Asam Garam Kehidupan: December 2016

Nuffnang

Pages

31 Dec 2016

Kenapa masuk tahun baru, baru nak berazam.

Beruntung orang yang bernama Azam ni, setiap kali disebut setiap kalilah jadi doa, doa yang baik-baiklah kan.

Pelik juga dan baru terfikir, kenapa bila masuk je tahun baru mulalah semua orang bercakap tentang azam. Azam tu maknanya tekad, hajat, impian...betulkan kalau saya tersilap, sebab saya malas naw nak membuka kamus dewan mencari makna azam ni.

So, kalau betul makna azam dalam definisi saya tu, hehheh..saya rasa kita kena pasang azam setiap hari, bangun tidur awal pagi je kita niat dah yang baik-baik..contohnya hari ni, ini target saya, saya mesti capai,...hari ni saya nak baca quran satu juz,....hari ni saya nak bersedekah,...dan bila dah berazam tu, buatlah, jangan tak buat.

Sebab tu saya pasang azam nak buat benda yang kecik-kecik dulu, contohnya..setiap hari saya mesti bersedekah walaupun sepuluh sen. Caranya saya buat satu tabung khas, saya namakan tabung subuh untuk memudahkan niat/azam saya tu. Tapi ada masanya saya terlupa juga. Biasalah dalam nak berbuat kebaikan ni, mesti ada halangannya.

So, untuk tahun depan azam saya..alaa..janganlah gelakkan saya. Memanglah azam saya nampak kecik je, tapi effectnya besar pada saya tau.

Ermmm...lantaklah kalau korang nak gelak pun. Ni kan azam saya, so suka hati sayalah kan.

Okeh...

Azam saya...

Setiap pagi pukul 6.30 saya akan bersarapan dengan nasi putih berlauk. Sebab, saya taknak dah perut saya penuh angin macam sekarang. Semalam saya pergi berurut tau bila dah tak tahan sakit bisa seluruh badan, rahim pun turun, kena sengkak untuk betulkan balik, sakit tau.

Senang cakap, azam saya ialah nak terus jaga kesihatan..hehheh..

Memang saya bersarapan, tapi kadang dengan biskut, roti, meehoon, bila time sarapan dengan bebudak tadika pukul 9.00 pagi tu, kadang tu saya rasa macam masih kenyang, atau kadang tu tak sempat pun bersarapan. Jadi sementara nak tunggu lunch hour pukul 12.30 tu, perut tu dah masuk angin.

Jadi kalau saya sarapan nasi putih instead of nasi lemak yang berlemak tu, in shaa Allah rasanya takdelah sampai perut saya masuk angin kan. Jadi in shaa Allahlah saya sihat dan kuat untuk jalankan tugas saya walaupun saya cuma sorang cikgu tadika, eh....tahun depan saya dah jadi guru besarlah korang.

So, apa azam korang? Tak kisahla kan, asal jangan pasang azam yang tak elok, atau pun dah berazam tapi tak berusaha nak buat.

Apa? Azam untuk blog? Sape taknak cari duit dengan blog, tapi dah tak pandai...biarlah takat ni je..

Selamat datang 2017, kami tak tau lagi apa yang akan kami lalui sepanjang jalanmu. Moga kami tak sesat jalan, tak terus leka, tak dibawa arus deras yang akan menenggelamkan...
Usia kami pun meningkat setahun lagi, bukannya semakin muda, bahkan semakin mendekati kematian...sedangkan persiapan untuk perjalanan yang amat jauh dan kekal abadi itu, belumlah seberapa pun...

Ampun maaf kawan-kawan alamaya ku, jika saya selalu komen yang bukan-bukan terutama pada mak okje..huhu..maaf bebanyak  kalau ko ada terasa ngan komen-komen aku, aku tau ko memang selamba je, tapi manalah tau kan..aku dah insap ni..

Walau apa pun azam korang, moga semuanya berjayalah ye. In shaa Allah..
Ni result hasil jumpa doktor Homopathi.
Ni plak ubat homopathi yang saya kena makan.

30 Dec 2016

Kurang asam betul kutu babi ni.

Ahad lepas masa kat umah MIL tu, bila dia cerita pasal kutu babi, diorang sebut cengkonit, sampai saya segan nak sebut, ada cam unsur 18sx sikit pada sayalah, tapi pada diorang biasa je...hihi..rupa-rupanya sebutan yang betul Nadhrah belajar kat sekolah..sengkenit..
Ntah dari mana datangnya, agaknya sebab MIL pun tak larat dah nak mengemas area rumahnya, maka berlarianlah sengkenit ni mencari mangsa. Sampai bawah ketiak MIL yang dah berkedut tu dia bertapa, dalam lubang telinga sampai kena pegi kelenet jumpa doktor sampai bertelur lah deh dalam lubang telinga MIL tu.
Malam rabu tu dah pukul 11.30 tepon ngacau den dah tido, takdo nak layan, rupanya si kakak, dah ibu tak angkat dia tepon abah, terdengar sayup-sayup suara dia mengadu kat abah, si abah suruh letak balm panasla nak kasi tercabut, degil betul natang ni bila dah menggigit tu, nasib baik berjaya gak kakak mencabutnya.
Malam tadi Nadhrah ngadu sakit telinga suruh abah tengok. Tu dia belakang telinga Nadhrah dia bertapa. Dah gemuk dia ngisap darah. Pun degil ya amat, susah nak mencabutnya guna ketip kuku, sampai hancur dikerjakan dek abah.
Saya pulak teringin nak nengok ropa sengkenit ni sehensem manakah. Buka google, mak aiii...meromang bulu telinga den, serta-merta meraba celah telinga...hahhhh...sudah..dan tu juga menjerit, rupanya celah-celah telinga saya pun dia dah bersarang. 
Jenuhlah abah malam tadi berperang dengan sengkenit ni. Nasib baik abah berjaya buang, kalo tak ingat nak gi klinik juga. Tu yang gambar atas tu yang dari telinga sayalah tu. Dahla degil, laju jr jalannya. Sampai sekarang terasa sakit kesan gigit dia tu, tapi yang pelik tu dari hari ahad sampai malam tadi baru perasan, sebab tak plak rasa sakit, lepas dicabut baru rasa sakit.
Agaknya dalam ramai-ramai cucu wan ni sape lagi yang terkena serangan sengkenit aka kutu babi nih?

29 Dec 2016

29/12/2011...

Wajah kerinduanku..
Yang layu, lesu..
Nafas yang berat penuh kepayahan..
Dada yang sesak, menyucuk..
Aku sekadar menyaksikan...
Tidak mampu melegakan..
Subuh terakhirmu...
Suapan terakhirmu..
Renungan terakhirmu..
Masih dalam ingatanku..
Rindu yang terlalu rindu..
Aku tidak pernah melupakanmu..
Rasa terkilan masih membeku..
Kerana aku..
Tidak menyadari..
Itulah hari terakhirku..
Bersamamu..

Buat almarhum bonda Hjj Zubaidah..
Hari ini genap 5 tahun pemergianmu..
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

28 Dec 2016

Dadih mudah mystail.

Dulu masa baru belajar buat dadih secara manual, ...sekarang ni mudah, macam-macam pilihan dadih segera kat pasaraya, pokok pangkal sedia duit je. Eh..melalut pulak, okeh..resipi  dadih yang original siap ada susu segar. Memanglah sedap, tapi tak sanggup menahan kos susu segar tu, saya pun pandai-pandai cipta resipi sendiri. Eh, ok ape, rasa dia tak jauh beza dengan resipi ori tu. Jom kalau kengkawan nak cuba. Buat bebanyak, simpan dalam esbox, senang sikit takdelah memanjang nak kena ke dapur, almaklum cuti-cuti ni anak-anak suka naw makan.
Nilah bahannya..agar-agar tu 20 gram tapi guna separuh je, susu cair dua tin, susu manis setin, gula secukup rasa. Saya guna susu murah je beli kat Mydin.
Agar-agar dimasak hingga hancur, masukkan gula, tunggu gula hancur, masukkan susu cair dan susu pekat tin, tambah lagi air sebanyak dua liter, nak tambah lebih pun boleh. Tak perlu tunggu mendidih, tutup api dan nilah deh hasilnya..sodap dimakan sojuk, kenyang pun kenyang.

Diminta menghabiskan cuti.

Hehheh...sape tak seronok kan, bos suruh cuti, habiskan cuti yang berbaki. So hari ni, saya cutiyyyyyy....
Oh tidak!!!, Dah berderet kerja yang nak disettlekan, basuh baju, lipat baju, mop lantai, bla, bla, bla...oh! banyaknya kerja.

Jom tengok cucu wan Rembau, ni tak sampai separuh pun ni, kalau ada semua, tak muat dah rumah wan, semua dah jadi bujang dan dara. Ermmmm...cepatnya korang besar, tak sedar masa berlalu, dan......ibu plak semakin tak muda...

Sori mak uda, nak cover aurat mak uda tu..yang atas riba mak uda tu si bongsu buat masa ni, Fauzul Azim, dah susut sikit badannya sebab demam
Ni cucu wan, pakat berkelah kat luar rumah wan, makan tengahari ramai-ramai ahad baru ni. Cucu wan kalau berkumpul semua adalah 30 orang.

26 Dec 2016

Sambal kelesek, jantung pisang.

Pernah dengar sambal kelesek? Sambal orang nogori, sedap cicah dengan ikan bakar ke, ulam raja, jantung pisang rebus. Ermmm, sedapnya hingga ke cicahan terakhir gitew.
Dah tinggal banyak ni baru teringat nak amik gambar, almaklum lama sungguh tak makan ulam jantung pisang rebus, tiga biji jantung sekali hadap, habis sekelip mata. Dalam mangkuk tulah sambal kelesek. Meh nak ajar resepinya.
Bawang merah 5,6 biji.
Bawang putih seulas.
Ikan bilis segenggam.
Cili padi ikut suka hati.
Air asam jawa bancuh pekat.
Garam.
Tumbuk bawang, bawang putih, cili dan ikan bilis, tapi jangan terlampau hancur. Masukkan air asam jawa dan garam. Siap.

Kalo balik rumah MIL den lah chef tak bertauliahnya. Tapi adik-adik ipar rajin, tolong blend bawang cili, potong sayur, jadi senanglah kojo den tinggal nak masuk kuali je. Tengahari tadi menunya asam pedas ikan kembung, goreng kangkung, sambal kelesek dan ulam jantung pisang rebus.
Ni budak demam. Petua orang tua-tua, mandi dengan air daun, daunnya daun durian belanda, daun bunga raya, daun rambutan, daun bolai. Demam nak besar lagi kan Fauzul..
Selamat pengantin baru buat Nur Fahana dan suami. Terimakasih masih ingat nak jemput akak. Moga rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.
Kita share tarikh ni..
25/12/1995- tarikh pertunangan akak dan suami.
25/12/2016- tarikh kawen Anna. Beza 21 tahun tu.j

25 Dec 2016

Arwah Tokki Salleh.

Tokki saya ni baik sangat orangnya, walaupun tak fasih sangat berbahasa melayu, dia berbahasa dengan senyum. Saya cucu kesayangannya yang kerap digendong bawak balik ke kampungnya. Saya ada sorang sepupu lelaki sebaya, tapi selalunya dia datang ke rumah tokki dibawa oleh maknya iaitu makcik saya. Selalu kalau tokki bawak saya balik sepupu saya ni pun akan bermalam di rumah tokki.

Saya ingat lagi, rumah tokki bertiang tinggi, rumah papan atap zink terbahagi tiga, naik tangga terus jumpa dapur, ruang tengah tu bilik tidur, ruang depan sekali tu ruang tamu pun ada satu lagi tangga, tapi kami jarang naik ikut ruang tamu ni. Tangga dapur ni ada lambur, alaa, cam pelantar..buat dari buluh. Tangga ni tangga pacak buat dari kayu bulat, kena hati-hati bila hujan, licin. Lambur buluh tu pun pernah patah masa kenduri, tak ingat kenduri apa, saya yang dok ralit perati kambing besar dua ekor bedebub jatuh ke bawah. Kecoh jap cucu tokki jatuh, nasib baik tak apa-apa, walaupun lambur tu tinggi. Malaikat sambut kata orang tua-tua, yelah budak kecik lagi umur 4 tahun. Ermmm..saya pun rasa pelik, camane saya boleh ingat banyak peristiwa zaman kecik saya tu.

Tokki Salleh ni pekat pelat cinanya. Nama cinanya saya tak ingat, tokki kalau turun ke bandar Jerantut( kami dok Pahang masa tu ), bila balik kampung serak suaranya sebab banyak bercakap bahasa cina bila jumpa orang cina di pekan tu. Puas hati agaknya dapat bercakap, cakap sungguh-sungguh, bila sampai kampung senyap semula. Jumpa orang pun senyum je. Anak tokki yang suka senyum menurun tokki itulah makcik saya di kelantan dan sorang lagi pakcik saya di Bentong Pahang. Yang lain menurun arwah tok, serius je air mukanya, termasuklah abah saya, serius dan garang je mukanya. Oh ya, anak tokki ada 6 orang semuanya, yang sulung iaitu paklong saya dah lama meninggal.

Yang saya ingat sangat pasal arwah tokki ni, dia suka dengar saya mengaji, arwah ma banyak ajar saya hafal surah-surah pendek, saya suka berbuai-buai dalam buai kain adik, mulut dok baca surah, arwah tokki akan ralit dengar, bila saya berenti arwah tok kata.."Gie, ngajilah lagi, tokki nak dengar,"..yang saya plak bila disuruh lansung tak sambung dah. Melompat turun buai sambung main. Tokki dan tok selalu datang rumah saya, bila tokki datang saya mesti ikut balik rumah tokki. Rumah tokki kat kampung lain, jauh jugak kena lalu hutan getah jalan kaki.

Tau jelah budak 4 tahun bila berjalan, kejap-kejap kutip daun, kejap-kejap nyangkung perati semut. Tokki rimas agaknya, dia angkat saya letak atas bahu, sukalah saya. Kalau tak letak atas bahu tokki gendong dengan kain panjang warna biru. Saya plak tak suka digendong, peluh tokki baunya kuat, mesti saya meronta nak turun, hihi..kalau dapat turun sukalah hati, tu yang leka perati semutlah, perati siputlah..

Kalau musim durian lagi tokki suka bawak balik saya. Dia akan buka 3,4 biji durian depan saya, suruh saya makan. Saya makan sampai demam.

Nak mandi. Sungai depan rumah tokki je. Bila dekat maghrib saya ikut dua orang makcik saya mandi sungai, saya panggil makteh ( ni lah makcik yang dok di kelantan), dan sorang lagi saya panggil Cu. Sukanya hati dapat mandi sungai. Kalau mandi pagi, turun mesti bawak sekali berus gigi dengan colgate. Saya suka bau colgate, ia mengingatkan saya pada saat-saat mandi sungai 40 tahun lepas. Lamanya kan.

Tinggal kat rumah tokki amat menyeronokkan. Saya dapat ikut tokki cari buah salak, dapat makan lauk sardin arwah tok. Sedapnya lauk sardin pedas-pedas tok masak makan dengan nasi panas-panas, pastu ikut makcik mandi sungai. Satu lagi, dekat rumah tokki banyak pokok manggis, pokok rambai. Saya umur 6 tahun kot, dah reti panjat pokok manggis.

Tokki ada senapang patah. Tokki suka masuk hutan tembak burung merpati atau pelanduk. Senapang patah ni abah saya yang mewarisinya, masa sihat dulu abah pun suka masuk hutan tembak kancil, kijang, ayam hutan...
Kalau tokki tembak pelanduk dapatlah saya makan daging pelanduk goreng kicap.

Yang peliknya saya tak ingat momen tokki hantar saya balik ke rumah saya semula. Saya boleh ingat peristiwa ikut tokki balik, peristiwa di rumah tokki...ermmm...mungkin otak saya merakam memori yang indah je kot.

Begitulah dua tahun saya riang dengan tokki. Bila umur saya 6 tahun, yang saya ingat tokki sakit...
Tapi saya tak ingat, atau mungkin juga saya tak dibawa bersama saat tokki meninggal dan dikebumikan. Yang saya ingat, saya rasa amat kehilangan, selalu menanti-nanti tokki datang sehinggalah akhirnya perlahan-lahan saya lupa bila saya mula bersekolah.

Hari ini, saya nukilkan di sini, untuk kenangan saya dan anak-anak saya pula, betapa beruntungnya ibu mereka ni ada sorang tokki yang baik dan penyayang. Anak-anak saya tak rapat dengan tokki diorang ( abah saya ), kalau berjumpa pun..itupun baru dalam 3, 4 kali rasanya, sekadar bersalam je. Tokki rapat dengan cucu belah sana je, sebab diorang duduk dekat dengan tokkinya, sedangkan anak-anak saya duduk jauh. Tapi dengan tokma ( arwah mak saya) diorang sangat sayang, selalu disebut-sebut, walaupun tokmanya dah lima tahun meninggal. Dengan tokma diorang sayang walaupun tinggal berjauhan, kalau cuti sekolah tak sabar nak balik Terengganu nak jumpa tokma...

Panjang cerita saya kan. Itupun sekadar secebis ingatan, mungkin banyak lagi yang telah hilang dari memori..

Al Fatihah untuk arwah tokki Salleh bin Abdullah.

23 Dec 2016

Alahai anak dara.

Padanlah cepat siap. Daun je yang disiang. Alahai Nadhrah Hanani. Terpaksalah tunjukkan cara nak amik batang yang lembut tu. Bebudak ni daun je yang dimakan, tu yang tak diambil batangnya tu.

Bayam merah ni bagus untuk tambah darah katanya. Rebus je pun sodap. Potong-potong bawang merah, bawang putih, ikan bilis, halia sikit untuk buang angin, tuang air, tunggu mendidih, masukkan bayam. Siap.

21 Dec 2016

Bila orang tak pernah kerja nak kerja.

Anak bujang seorang ni kalau cuti aktivitinya game je, pc tu dia punya dah. Nak merayap takde kawan setaman, yelah duduk asrama kan. Nak naik motor takde motor. Tapi jangan tak tau dah berani curi-curi bawak kereta abah tu, tu yang eager sangat nak cari kerja lepas spm baru ni. Hajatnya nak amik lesen, nak minta abah support manakan boleh.

Alhamdulillah dah dapatlah kerja.
Pembantu makmal gaji rm900 sebulan. Masuk pukul 8 pagi, keluar pukul 5 petang. Katanya taklah susah kerjanya, tapi penat, banyak naw nak kena buat. Ermmmm...faham, orang tak pernah kerja kan, so rasalah macamana penat lelah abah ibu kerja cari duit kan.

Baru dua hari kerja, hari ni hari yang ketiga. Dah nampak keliatan dan kemalasannya nak bangun awal pagi, sebab nak kena ikut abah keluar seawal pukul 6.30 pagi...hihi..
Tanya nak basikal tak, takmo plak. Kalau motor harus kot mau. Tapi mana kan dapat, awak tu lesen motor pun nan hado!

So, kita tengokla sejauh mana kekentalan semangat anak bujang sorang ni bekerja yea. Ibu harap bertabahla ko yea Muhammad Danish sebelum ko betul-betul menempoh pancaroba sebenar kehidupan masa depan...

Umurnya baru 17, tapi dah sama tinggi dengan abah. Harap semangatnya pun setinggi badannya. Jangan separuh jalan jer..

20 Dec 2016

Berterabur melarikan diri bila nak makan Spirulina Elken.

Tinggal budak bertiga ni penghibur hati ibu di rumah.
Diorang ni rapat. Almaklum tinggal diorang tiga beradik je kat rumah. Korang, ni ahkak nak pesan sape yang bole kawen tu kawen cepat, beranak ramai-ramai. Rasulullah pun suka umat dia ramai. Macam ahkak ni, anak lima orang jer, masa diorang kecik rasa cam ramai, riuh-rendah tak kira masa, suara maknya pun ngalahkan tarzan jantan kot, terutama bila diorang bergaduh, ya Allah...
Tapi sekarang, yang suka cari pasal si Umar Zikri lah, dialah pencetus suasana terutama masa mandi petang, mesti nak mandi dengan si abang tengah tu, pastu mulalah bergaduh dalam bilik air tu..
Spirulina Elken. Dulu masa pegnant si kakak dan abang besar tu memang den makan benda ni. Larling aktif juga jadi dealer masa tu. Pastu bila orang atas keluar, teruslah tersenyap camtu aje.
Alhamdulillah berkat makan Spirulina Elken ni masa ngandung tu, pastu masa diorang nyusu hancurkan masuk dalam susu dorang, anak den yang berdua tu boleh tahan otak eh.

Tapi untuk anak yang bertiga ni, cuma bagi cam multi vitamin je. Cuma baru ni abah eh teringat nak bagi diorang makan spirulina Elken ni juga. 
Dulu packingnya dalam botol. Sekarang ni dah packing camni plak. Tapi harga masih sama, rm150 isinya 300 biji.

Jadi malam tu abah bawak balik, bagi diorang makan disuruhnya kunyah...
Yang si anak pun jujur je ngunyah difikirnya cam gula-gula kot. Pastu nak tau apa jadi...masing-masing macam nak termuntah minum air bercawan-cawan nak menghilangkan rasa tu.
Padahal patutnya telan jer, takyahla kunyah, memangla tak sedap lansung walaupun khasiatnya tak payah ceritalah...nak tau lebih lanjut tanyalah cikgu Etuza yek.

Jadi malam tadi bila nampak si abah bukak peti sejuk, masing-masing berterabur melarikan diri nak menyorok taknak makan ubat tak sedap tu. Si kakak selamat nyorok dalam bilik gelap, yang si abang tengah
langkah dua mata langkah lari naik atas, yang si Umar Zikri yang nyorok balik kerusi tolak balik kerusi berlari ngikut si abang naik atas..

Tapi manakan sempat, abah dah bersuara dulu, "Epp, sini, makan nih!"
Masing-masing sengih-sengih cam kerang busuk menadah tangan. 
"Ambikla air, dah tau tak sedap, tak payahla kunyah, telan dengan air," den si omak nih memberi tunjuk ajar.

Maka selamatlah diorang makan spirulina Elken tu malam tadi.

18 Dec 2016

Tiada kasih, tiada rindu.

Jarak memisahkan aku dan abah..
Jauh mau dekat..
Dulu zaman kecilku, kulihat dia dari dekat, tapi ada jarak memisahkan..
Wajah yang jarang tersenyum, apatah lagi gelak tawa bersama..
Tiada bual mesra, tiada gurau senda..
Makanku hanya berteman bunda..
Nak ku sentuh hujung jarinya pun tak tersentuh..
Apatah lagi memeluknya..
Amat canggung, malu, kaku..
Abah...itulah jarak bila abah sudah ada kehidupan sendiri..abah bahagia..
Aku besar, dewasa dan kini memasuki usia dewasa tanpa rasa rindu maupun kasih pada abah..
Arwah ma tidak mengajarku dendam..
Tapi mungkin rasa jauh hati seorang anak masih terbawa-bawa hingga jarak itu tetap ada...
Abah..aku tau kau sudah berada di hujung usia..
Bila menyaksikan tubuhmu terbaring lemah dan beratnya helaan nafasmu, layu raut wajahmu..
Aku memberanikan diri mengusap dahimu..
Tahukah engkau bagaimana perasaanku..
Dan dalam usiaku yang juga semakin tua ini, engkau memelukku buat kali ketiganya..airmataku sudah tak mampu kutahan lagi..
Abah...sungguh tiada dendam di hatiku..
Percaturan Allah dalam hidup kita, aku tau itulah yang terbaik buat kita..
Cuma aku memang tak mampu mengasihimu..
Maafkan aku, maafkan aku..
Abah...70 tahun sudah umurnya, selalu sakit-sakit. Ditemani isterinya yang baik itu, sedang menjalani rawatan kerana jangkitan kuman di paru-paru.

15 Dec 2016

Dilema betul.

Nilah dilema bila dah meningkat usia, bagi den je tau. Tak semua orang sama proses metabolisme badan dia kan, betul tak?

Tak kerja, penat. Kerja pun penat. Camana tuh.

Tu yang den kato. Dilema orang meningkat usia. Serba sakit. Dulu masa umur 30-an semua steady jer. Makan, stamina, even kulit muka pun takde masalah, flawless je walaupun tak pakai bedak.

Ni hah, dok rumah masa cuti baru nilah, habis sengal-sengal satu badan. Kat rumah dah siap masak, siap kemas, dok wilex2 depan tv, sambil fefeling windu kat larling kat Kemboja..last-last tertidur dua jam, tidur siang dua jam ko, mana tak sengal satu badan.
Lain plak halnya bila hari kerja. Bangun awal siap masak sarapan, makan tengahari untuk anak bujang den yang dok nganggur habis spm, tunggu ofer kerja tak dapek2 lagi. Kat tadika den ni ligat ke depan, ke belakang, ke kiri, ke kanan,  badan tu rasa sejahtera je. Tapi......ha, tunggulah balik rumah kang, mulalah segala masalah keluar, dengan sengalnya, bisanya, sakit sana, sakit sini, terutama nak bangun awal pagi tu, mak aiiii, rasa cam nak pencen hari tu juga, kalau tak pencen, rasa cam amik cuti je.

Tapi kalo tak kojo, takdo duit. Duit toklaki tu takat nak makan oklah, tapi kalo untuk beli supplement ke, nak beli bedak Ronasutra ke, takmolah minta duit dia.

Ishhh, dilema, dilema.
Uishhh...nak kena stop dulu, bebudak dah ramai datang, ada yang nangis-nangis lagi tu.

Den dah ada cucu, cucu saudara..apa ke namanya mikayla amani..tun dia, nama kemain.

13 Dec 2016

Kisah semalam.

Kisah semalam lagi. Takpelah...sedang mencari dan mencungkil-cungkil hikmah di sebalik kejadian. Belajar untuk menerima dengan redha apa saja ketentuan dari Dia walau sekecil-kecil kejadian...

Kisahnya kan warga Selangor ada 4 hari cuti. Sakan kan. Seronok dengar  cuti ni. Mulalah plan macam-macam, nak ke situ, nak ke sini, tapi....camane nak bergerak, mytoklaki takde, dia pergi Kemboja, den kono tinggal, takdo bajet.  Sian den kan. Takpolah...redha mana tau suatu hari nanti den dapat rezeki terpijak boleh pergi  melancong di Englang ke, mwehehe..

Di salah sebuah sekolah anak-anak Kemboja kampung Champ
Tak sampai destinasi yang dituju, singgah makan di sini.
At least dapat gak anak-anak bermain di sini..

Suami pergi Kemboja hari jumaat 9/12 tu, so...alahai...camane nak melenjan ni, macam patah kakila..takdo kereta, ada kereta, ada lesen tapi takut plak nak drive. Anak-anak dok merengek.." ibu, kita gi jalan nak, ibu gi MAHA, ibu jom gi situ, jom gi sini.." ate..tak ke luluh hati ibu ni.
Hari sabtu plan nak gi MAHA, plan punya plan..tolak campur, darab bahagi, pikir nak cari bas, nak cari teksi, kang lambat sampai, kang nak balik pun susah...cancel. Muka anak-anak dah monyok. Cian.

Ahad..kakak ipar datang rumah. Plan lagi. Nak pegi rumah dia. Tapi kena naik grab car, turun kat Nilai dia amik. Anak-anak pun dah bercahaya balik mukanya. Alih-alih si kakak taknak ikut, segan nak bermalam, nanti susahkan maklongnya plak, tambah lagi anak-anak maklong yang lelaki semua ada kat rumah. Cancel lagi, alaa..

Kemuncaknya semalam. Dah tak jadi gi rumah maklong, den merancang plak nak ke Rawang tempat kawan-kawan jemaah, ada buat sambutan maulidur rasul, ada pameran barang-barang kepunyaan Rasulullah, hati teringin sangat nak tengok, tapi...tengok tambang grab car tu dia rm93, pergi sahaja, kalo balik..mak aiii..banyak tu.
So tukar plan. Nak bawak anak-anak mandi di Santai Resort, Hulu Langat, Ampang. Ni hasil  baca blog reenri. ( tak dpt bagi link la ), macam seronok je tempatnya, ada resort, ada kolam mandi dewasa, kolam untuk kanak-kanak.  Final decision, set..panggil grab car. Caj ke sana rm47 sahaja satu kereta.

Seronok kemain anak-anak nak mandi kolam katanya.  Pemandu grab car tu Cina, peramah. Tapi...

Huhu..ntah sampai mana perginya, masuk hutan sampai takde signal. Cam jauh sangat. Ah sudah..kami dah menggelabah, si driver tu pun dah menggelabah, yelah...entah mana tembusnya. Dalam dok berpusing-pusing tu terpaksa tukar plan, nak balik ke, nak gi shopping mall ke, nak gi mandi tempat lain, driver tu sanggup nak hantar pergi Templer park sana nun. 
Pikir punya pikir punya pikir, den decided patah balik je, tapi singgah la makan dulu, perut dah keroncong, so singgahla Kfc..
Destinasi tak sampai, tambang grab car mencecah rm83, sebab patah balik kan, dah kira dua destinasi, tapi driver tu amik rm80 je. Hrmmm..lebih kurang tambang nak gi Rawang je. 

Hikmahnya...entahla., tapi pasti ada hikmah, mungkin lepas ni den makin pandai guna grab car ke, kehkeh..
Yang pasti, rasa terkilan tu tetap ada sebab duitnya habis macam tak berbaloi. Rm80 tu bawak anak-anak gi restoran boleh kenyang makan. Ermmmm...belajar redho, belajar redho...ada hikmah.

12 Dec 2016

Apakah engkau benar kenal Nabimu..

Aku belum kenal dia sepenuhnya
Aku belum merasa nikmat cinta terhadapnya..
Aku belum menghayati perjuangan agungnya..
Aku hanya tahu tinggi akhlaknya, tapi aku belum mampu mencontohinya..
Aku tahu betapa pemurahnya dia dalam bersadakah, tapi aku tak dapat menirunya..
Aku tahu betapa sikap penyayangnya terhadap sesama manusia mahupun binatang..
Sehingga sang unta pun tunduk mengadu nasib kepadanya..
Sehingga tunggul kurma pun merintih kesedihan apabila ditinggalkan..
Sehingga batu-batu kecil juga turut memberi salam..
Oh..tinggi sekali kecintaan mereka kepada dia..
Tapi aku, kerasnya hatiku sehingga belum mampu mencintai dia..
Aku sudah baca sejarahnya dari berbagai versi..
Aku sudah dikenalkan kepadanya sejak zaman ingusanku..
Dan sehingga kini pun aku masih membaca kisah hidupnya..
Kisah perjuangannya..
Juga kecintaan sepenuh hati para sahabat terhadapnya..
Sanggup mati kerana dia...
Tapi sehingga kini..
Aku tahu..
Aku memang belum kenal dia sepenuhnya..

Maafkan aku kerana tidak bersungguh terhadapmu..
Sedangkan engkau hingga akhir hayatmu menuntut keselamatan untuk kami..
Maafkan aku belum mampu mencintaimu..
Tapi aku mahu  memberitahumu
Aku sedang berusaha ke arah itu..
Dan aku akan berusaha hingga hujung nyawaku..
 
" Apabila telah datang pertolongan dari Allah lalu terjadilah kemenangan. Dan kamu akan pasti melihat manusia berbondong-bondong akan masuk ke dalam agama Allah. Maka bertasbihlah kepada Tuhanmu dan mohonlah keampunan dariNya. Sesungguhnya Dia Maha menerima taubat."
( Annasri: 1-3 )

Salam 12 Rabiul Awwal 1438H.

9 Dec 2016

Adiknya dah move on.

Ingat tak aritu saya citer pasal adik dan abang, dalam post dia dah jadi abang yang sebenar. Sebenarnya ( banyaknya sebenar ) si abang ni memang ada masalah sikit, cuma saya tak dapat nak perincikan bebetul masalah dia sebab saya bukan doktor. Parent dia memang dah bawak jumpa pakar kanak-kanak. Tapi entahlah, nak kata improve banyak tu takdelah sangat.

Tapi adiknya Alhamdulillah, takde masalah. Normal. So, si adik dalam tempoh seminggu ni nampaknya dah boleh sesuaikan diri. Yang si abang, bila tengok si adik dah boleh bawak diri, dia pun dah tak kisahkan sangat dah adiknya.

Ada satu hari si abang buat perangai lagi. Menangis entah apa puncanya. Terbalik dah, si adik pulak cuba pujuk si abang. Yang si abang lari masuk satu bilik ditutupnya pintu kuat-kuat sampai terkena kaki si adik yang mengekor cuba pujuk dia tu. Dah dua-dua menangis. Cam biasa ticer Azimah kena handle sebab si abang ni takut dan makan saman dengan ticer Azimah je. Dah kena ubat dengan ticer Azimah, si abang peluk ticer Azimah sampai naik luluh plak hati ni. Barulah nak salam dengan si adik, barulah tamat drama air mata hari tu. Fuhhhh...

Alhamdulillah..
Salam 9 Rabiul Awwal.
Adik dah solat dalam saf gegirl.
Tengok si abang nangis, si adik pergi dekat abang.
Si adik cuba pujuk abang.
Abang, dah..dah..diam. Tapi si abang tak makan pujuk plak. Penat adik pujuk abang lari masuk bilik tutup pintu kuat-kuat sampai kena kaki adik.

8 Dec 2016

Sambal tempe my style

Takdo idea nih. Ngantuk dah ni, padahal baru jam 9 malam..Penat weyh, ngadap bebudak dari pukul 7.30 pagi sampai pukul 5.00 petang. Dapat je tido siang, tapi ngantuk semacam je mata ni.
 
Nak share dengan PH sambal tempeh power rangers nih.
Saya suka tempe dalam daun. Simpan 2,3 hari pun masih ok. Kalau yang dalam plastik tu, simpan sehari je dah bertukar warna, rasa pun dah lain macam, bau pun macam hancing je.
Potong nipis-nipis, goreng garing-garing, makan macam tu je pun sedap.
Tu dia, menggoda tak? Bahan tumisnya..bawang merah, bawang putih, cili kering blend dan goreng hingga naik minyak baru masukkan gula, asam jawa exra dan garam. Sambalnya mesti betul-betul kering ye, sebab bila masukkan kacang panjang tu kalo tak kering betul, bila masuk tempe, nanti tempehnya hilang rangup. Bila kacangnya dah masak, barulah masukkan tempeh dan ikan bilis goreng, terus padamkan api. Siap.
Jemput makan.

7 Dec 2016

Ticer tumbang.

Ni semalam punya kes. Ada sorang budak baru umur 4 tahun. Nangis tak henti-henti. Takde ticer nak cuba pujuk. Yelah masing-masing ada tugas, sibuk sebab budak- budak baru ni semua kita nak kena perati, ajar letak beg kat mana, disiplinkan dorang, ajar adab makan sebab dah tentu-tentu nak kena kasi diorang makan, ajar guna toilet, sebab ada yang masuk toilet tak bukak seluar kencing berdiri pastu tak basuh kencing..... pendek kata letihla kami sebulan ni.
....jadi budak ni menangis je, saya ni plak jenis tak boleh dengar budak nangis, naik serabut kepala otak. Jadi saya cuba pujuk, amik dudukkan atas riba, dia tak mau. Saya cuba berlembut dulu, tak jalan. Last, last saya tangkap, peluk. Dia meronta-ronta. Makin kuat nangisnya. Saya peluk lagi kuat, lagi kuat dia meronta. Sambil peluk tu saya bacakan ayatul kursi dan selawat hembus di ubun-ubun dan telinga dia. Ada kot 15 minit saya peluk dia dan dia meronta-ronta tu, agaknya dia dah letih, dia cakap..." taknak peluk, nak tido.."

Saya pun lepaskan. Dan memang dia tertidur lepas tu. Letih bertarung dengan ticer Azimah. Tapi bukan dia je letih, den pun nai mongah dibuatnya.

Pastu bahananya menimpa ticer Azimah. Naik sakit kepala mula dari belakang tengkuk berdenyut sampai ke atas. Tak tahan Oo..sudahnya ticer azimah tertido dari kul 2 sampai kul 4. Bangun tido tu Alhamdulillah hilang sakit kepalanya.

Hari ni ticer azimah amik cuti. Nak rehat satu hari.
Namanya Aqil, nama penuh tak ingat lagi. Tu yang baju biru, seluar merah..tulah budaknya yang mengamuk semalam. Tapi menurut ticer lain, hari ni dia dah ok, cuma dah tunjuk belang juga, tetiba je pukul dan cubit kawan-kawan lain. Errmmmmm...
Nak kena pelan- pelan cuci ni.

5 Dec 2016

Dia dah jadi abang sebenar.;)

Alhamdulillah...akhirnya Allah balas kesabaran kami dengan melihat anak ini berubah sikit,sikit dari tak tau bercakap lansung masa umurnya 4 tahun, bukan takat tu saja, dia nak kita ikut kepala dia je. Rasanya parents dia pun dalam paksa rela kena ikut setiap kehendak dia supaya dia nak datang skul. Bawak mainan tiap hari, bawak junk food, pagi-pagi dah makan junk food tu, tak nak masuk kelas, pendek kata memang kena sabar baaaaanyak dengan dia. Tapi...tak nafikan ticer Azimah memang ada gak banyak kali hilang sabar dengan dia, terutama bila dia dah taaaarik suara tinggi-tinggi menangis tak hengat, aduishhhhh....memang geram dibuatnya. Tak payah tanya ticer Azimah buat apa, haha..

Tahun depan dah masuk 6 tahun umurnya. Banyaklah perubahan yang mengembirakan hati kami, dah mula nak ikut solat, nak makan, nak belajar, dah kurang tantrum dia yang menaikkan darah tu. Dan percakapannya pun kami dah mula faham, dah berbiji butirlah bicaranya tu, kalau dulu memang tak faham lansung.

And guess what, yang buat saya kagum, gelihati pun ada...adik dia pun dah ikut skul sekali. Dalam dok kita tengok dia pun masih ' terumbang-ambing' nak bawak diri tu, masih 'meraba-raba' dalam kesamaran...rupa-rupanya dia boleh harap juga jaga adik dia. Contoh bila nak naik tangga, dia sabar tunggu adik dia, saya perati je diorang dua beradik. Yang si adik, yelah masih baru kat sini, dok ngekor je abang dia, abang solat dalam saf dengan boy, dia menyelit juga, ermmm..takpelah., biar je dulu.

Si adik panggilan manjanya Intan, tengoklah tu, solat sebelah abang dalam saf boy.
Abang ada ekor dah. Sabo jelah bang ye.
Pantang si abang hilang, menangislah dia, abang gi toilet pun ikut, abang jalan guna lutut, dia pun jalan guna lutut. 
Macam-macam gelagat anak-anak yang baru masuk tadika. Eh! Korang pelik ye, nape bukak skul awal, macam ni...bulan Disembar ni kami buat kelas oreantasi selama sebulan supaya anak-anak yang baru ni cepat sesuaikan diri. Nanti bulan Januari bila sesi persekolahan sebenar, diorang dah stabil, so bolehla terus mula belajar.

# Nak ikut sifat  penyayang Rasulullah.,sifat sabar baginda...tapi selalu je kalah, huhu#

4 Dec 2016

Tiada siapa dapat menandingi sabarnya.

Alhamdulillah, pagi ni cuaca bermula terang. Cahaya matahari pun menyapa lembut je. Jadi in shaa Allah bolehla keringkan kain baju yang tersidai lembap tu kan.

Semalam kan hujan. Tapi rutin pergi pasar tetap kena pergi juga. Dah lama teringin nak beli handbag baru, saya ni takat beli kat gerai tepi jalan pun ok je, janji saya selesa nak guna, cantik di mata saya dan harganya munasabah, bukan munasarawak ek.

So, singgah satu gerai jual handbag ni. Sibuknya kakak tu menggantung handbag yang nak dijual, tapi yang tak seronok didengar mulutnya bersungut menyalahkan hujan...." ni semua hujan punya pasal la ni, sampai lambat buka gerai ni ha..."
Saya tak balas banyak, cuma saya kata...." hujan ni rahmat kak.."
Betul tak? Dalam lambat dapat buka gerai tu, still Allah hantar orang ( sayalah, hihi ) untuk beli handbag yang dijualnya.

Yang warna coklat tu dah dua tahun saya pakai, ke mana pergi tulah jelah saya bawak. Yelah...bukan reti bergaya pun, asal ada sudah. Beli besar punya, dalamnya saya sumbat h/p, pen, gunting, agaknya kalo ada anak kecik, botol susu pun sumbat masuk handbag.
Yang warna kelabu tu yang baru beli semalam kat gerai akak tu. 

#sewaktu berdakwah di Taif, Baginda saw dihujani batu sehingga darah memenuhi kasut yang dipakai. Apabila malaikat jibril bertanya...mahukah kutimpakan ke atas mereka bukit yang besar ini, agak mati mereka semuanya? Tapi Baginda tidak membenarkan, kerana Baginda berharap generasi yang akan lahir seterusnya akan menerima Islam. #

Kita? Baru dihujani air, sudah bersungut. Hujan salah, panas pun salah...kita ni hamba ke tuan? 

3 Dec 2016

Masak lemak cili padi belitong.

Belitong? Tak tau apa benda belitong? Sian kome ye. Eh, sian Tin K, kat Peghak kome panggil apa belitong ni, siput sedut?

Ni anak bujang den dan mytoklaki suka sangat. Tapi saya tak reti makan, arwah mak tak ajar pun, kat Terengganu tu, etak adalah, tu pun dah susah nak dapat.

Punya dia suka makan, gigih dia memotong bahagian belakang cengkerang siput sedut tu. Kenalah tolong kan, barulah ibu boleh masak cepat, kalau nak harap ibu buat semua, lambatlah siap, haa...nak makan cepat, meh sini bersila tolong settlekan siput nih.

Gigih dia motong bahagian belakang siput sedut
Malas dah nak singgah kedai Aceh beli kelapa parut, beli jelah santan kotak. Blend bawang, bawang putih, halia dan cili, serai ketuk je, lebur je semua dalam periuk, masukkan serbuk kunyit dan garam...
Alhamdulillah...siap.

Ishhh...janganlah kome kompius plak, nyangka den dah bertukar arah jadi blog masak memasak plak. Terus-terang den tak pandai masak, masak untuk isi perut mytoklaki dan myanaks jer bolehla. Dah namanya blog asam garam kehidupan, semua cerita pun boleh masuk.

#Terkenang bagaimana Rasulullah saw dihadiahkan beberapa biji limau yang teramat masam oleh seorang perempuan yahudi. Perempuan yahudi itu meminta Rasulullah saw memakan limau tersebut pada masa itu juga.Para sahabat merasa hairan kenapa Rasulullah saw tidak mempelawa kepada mereka walau seulaspun dari limau tersebut. Akhirnya perempuan yahudi itu berlalu. Para sahabat menyuarakan perasaan hairan mereka. Lalu Rasulullah saw memberitahu bahawa limau itu adalah limau yang paling masam pernah Baginda makan.  Rasulullah tidak mempelawa para sahabat kerana bimbang mereka menunjukkan reaksi, ekpresi bahawa limau itu masam, sehingga menyinggung hati perempuan yahudi itu...Rasulullah makan limau tersebut seolah-olah limau itu amat manis, sehingga para sahabat pun teramat ingin merasa limau tersebut. Rupa-rupanya Baginda ingin menjaga perasaan perempuan yahudi itu jangan sampai tersinggung.Indah sungguh akhlakmu ya Rasulullah., sangat menjaga perasaan orang lain, sekalipun terhadap orang yang berniat jahat kepadamu...#
~Salam 3 Rabiul Awwal~

1 Dec 2016

Phong Hong, try this plak ye.

Since PH ni suka dengan masakan melayu, ni nak share satu resepi dengan you.  Tadi ai gi blog you, tengok ada resepi nak masak kacang bendi ni. So, maybe you can try this recipe too. Resepi ringkas warisan my late mother, exclusive for you tau. Bila ai masak ni, ai akan ingat pada dia. How i miss her, so much....
Fresh lady's finger, cut into 2 or 3. Satu petua supaya tak banyak lendir, basuh dulu baru potong.
Potong bawang, halia, carot, tomato dan cili. Sepatutnya cili besar merah potong melintang, tapi takde dalam esbok, yang ada cili hijau jer, jadilah.
Ikan bilis goreng, dalam bekas kecik tu ialah bawang, bawang putih dan cili kering yang telah diblend. Jangan lupa sedikit garam, gula and vinegar, tapi vinegar pun dah habis juga, so ai ganti dengan cuka epal. PH...takde cuka resepi ni tak menjadi tau. That cuka memberi kelainan rasa pada resepi ni.
Caranya- tumis bahan blend hingga garing, masukkan sedikit gula. Tambah air. Masukkan tomato, halia, carot, bawang dan cili, kacau sehingga agak layu, kemudian masukkan bendi. Tambahkan sedikit air lagi, biar mendidih, masukkan garam dan cuka. Kacau dan tunggu masak. Tutup api dan baru masukkan ikan bilis goreng tadi.

Tada....inilah dia, namanya Acar bendi. PH, you really should try it. You takkan menyesal tau. Hehe.

Adehh..sakit ni.

Camana ni. Dah nak masuk darjah satu tapi belum pandai baca dan tulis. Datang pagi ni menangis-nangis, meronta- ronta sampai tak terdaya tenaga tua ticer Azimah nak memeluk bagi dia tenang. Lastnya terpaksa juga ticer Azimah menaikkan volume suara nak bagi dia jangan meronta, kalau tak harus dengan ticer Azimah tumbang ke lantai.,
Datang tusyen, sebelum ni belajar di tadika lain, sebulan je lagi nak kejar sebelum bukak sekolah masuk darjah satu.  Nampaknya kena kerja keras la. Tapi in shaa Allah saya usahakan juga.

Datang menangis-nangis, tapi Alhamdulillah bila dia cool dah boleh ikut kelas bacaan. Disebabkan lansung takde basic kenalah mula dari bawah, kena kenal a  dulu, sebut a yea.
Menulis pun tak boleh lagi, pun kena mula dari awal, nak wat camane, kenalah kan.
Dapat gift lagi hari ni. Seronok rasa hati walaupun hadiahnya tak seberapa, yang penting penghargaan dari parent tu, rasalah juga macam jasamu dikenang, mwehehe..

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign