Asam Garam Kehidupan: 2017

Nuffnang

Pages

16 Oct 2017

Bijak menilai kasih-Nya

Hari ni aku ingin berbicara secara serius, moga ramai yang sudi mengambil manfaat.
 
Aku yakin ramai antara kita tidak suka dipanggil tua...termasuk aku salah seorangnya...kerana kalau diibaratkan daun, daun yang tua itu sudah kuning, kering, rapuh dan layu. Resah tatkala ditiup angin atau ditimpa hujan...oh...bila2 masa sahaja aku boleh gugur ke bumi.

Apabila mencecah usia 40-an, hati kita diserang cemas. Menopause atau putus haid akan membuka tirai tua buat kita. Tentu kita tertanya2, kenapa Allah datangkan ujian itu buat kita? Kenapa orang lelaki tidak diuji begitu?
Wanita beriman juga akan tua, mengalami proses putus haid, hidupnya tetap diuji sama seperti wanita2 lain juga. Malah ujiannya kadang kala lebih berat berbanding wanita biasa, lihat sahaja sejarah Siti Khadijah Al Kubra, saidatina Aishah, bukan calang2 ujian yang Allah timpakan buat mereka. Tapi merekalah sesabar2 manusia tika diuji. Mereka yakin ada sesuatu yang amat berharga dari Allah, antaranya Allah mahu mereka merasakan diri  benar2 hamba.
Sebab itulah wanita beriman tidak berduka walaupun usianya kian meningkat tua kerana dia tahu anugerah itu Allah beri kerana kasih-sayangNya. Dia sangat berterimakasih kerana Allah mahu selamatkannya supaya tidak lagi rakus memburu keseronokan hidup dan terbuai hanyut kerananya. Dia dapat merasakan Allah mahu mengajarnya supaya lebih berhalus denganNya dalam beribadah. Bukan lari dari realiti tua dengan menempek berbagai alat solek, pembedahan plastik untuk menutup segala kedutan isyarat tua itu.

Bila menyedari hakikat ketuaan itu, kita yang mahu melayakkan diri menjadi wanita beriman, akan sentiasa memperkemaskan diri, sesuai dengan usia, kita jaga tutur kata dan tingkah laku, supaya kita jadi orang yang sangat bersopan santun dengan suami, isteri solehah yang merasakan masanya untuk berkhidmat dengan suami sudah semakin singkat dan sentiasa bimbang kalau2 terbuat dosa yang mana boleh menghapuskan amalan sepanjang usianya. Kita mahu jadi wanita beriman yang cukup yakin dengan qadha dan qadarNya, seharusnya menerima hakikat bahawa dalam usia2 begini kekuatan untuk melayan keperluan batin suami kian menurun. Bukan disengajakan, tapi itulah kehendak Tuhan. Inilah percaturan hidup yang kita tidak boleh lari bila bergelar wanita. Ketika ini terasalah kita betapa kerdilnya kita di sisi Tuhan. Walaupun sewaktu gadis, kitalah si rupawan yang menjadi pujaan ramai lelaki.

Hakikatnya Allah beri peluang supaya kita dapat banyak merintih kepadaNya, supaya hati kita menjadi dekat kepadaNya, menyesali segala kelalaian yang lalu, serta memohon kekuatan agar disediakan hati yang mampu menerima ketentuan ini.

Semoga suami kita juga sentiasa dilapangkan dada dan sentiasa memberi semangat dalam menghadapi usia ini. Dengan bantuan dan doa suami, hati wanita beriman dipupuk supaya kian lembut dengan Tuhan. Dia berhempas pulas memperkemaskan ibadahnya kerana dia cukup yakin sedikit masa lagi dia akan dipanggil menghadap Tuhan.

Inilah 'zikir' yang paling berharga hadiah dari Tuhan, tanpa peringatan istimewa in belum tentu kita bersedia kembali kepadaNya. Sesungguhnya Dia Maha Tahu setiap apa yang dijadikanNya. Dihantarnya kita ke dunia in dalam keadaan cantik, bersih dan sihat. Jadi bila Allah mahu kita kembali kepadaNya, walaupun fizikal sudah tidak cantik dan sihat seperti dulu, namun wajiblah bagi kita kembali kepadaNya membawa hati yang sejahtera.
Aku mahu pulang kepadaNya membawa sekeping hati yang sejahtera.

13 Oct 2017

Nam pak tuju nang.

" Pakcik, tumpang tanya?" Pemuda key ell.
" Nok tanye mende?" Pokcik Teganung, daeroh Hulu Kuala Berang.
" Pakcik ada nampak tak sebiji kereta merah lalu kawasan ni tadi, saya tunggu  kawan Saya ni, dia pinjam kereta saya." Pemuda key ell.
"Ho, ade tadi, nam pak tuju nang nung tepi lokang tadi," pokcik Teganung.
"Ha, nampak terjunam, habislah kereta Saya tu, pakcik tolong tunjuk tempat tu" pemuda key ell cemas dan menggelabah puyuh.

" Doh bakpenya ya takuk sangak ni, tepi lokang je anok oii,"
" Yelah pakcik, dahla kereta Saya tu belum habis bayar lagi, kalau masuk longkang, habislah rosak," pemuda key ell berjalan kelam kabut mengekori belakang pokcik Teganung.

" Doh bakpe ya masuk lokang pulok?" Pokcik Teganung naik hairan. Sambil menunjukkan kereta merah yang dimaksudkan, dah sampailah ke destinasinya., di tepi sebatang longkang, di sebalik semak hujung sebuah kampung di daerah Hulu Kuala Berang tersebut.

" Laa pakcik, takde masuk longkang pun, kenapa pakcik kata nampak terjunam tepi longkang tadi?" pemuda key ell mengurut dada kelegaan.
" Lhoh, mung ni guane lah mude2 dok ingak nombo kete sediri?" Pokcik Teganung menunjukkan nombor plat kereta pemuda key ell WA 6476 A. Pemuda key ell garuk kepala masih tak faham.

Pengajaran dan kesimpulan
Masuk kandang kambing kenalah mengembik, nanti kena tanduk Kang, susah.
Pahtu kalu nak belajo cakak Teganung, bulehla belajo dengan PH, ye dok PH, ke guane? Cuti Deepavali balik Teganung dok?

Rindu nok balik Teganung, huhu..

11 Oct 2017

B- - - k cantik.

Tak taulah cantik ke hape, tapi bengkak macam kena tinju mana ke cantiknya.

Entah betul ke idok katanya virus ni dibawa balik jemaah haji baru ni sebab suhu kat sana kan mencecah ke 45°c kan. Tapi bila sorang dah kena habislah berjangkit2 sampai cikgu pun kena jangkit juga. Tapi Alhamdulillah katanya penyakit ni kalau dah pernah kena takkan kena jangkit lagi, sekali seumur hidup gitulah.

Bila sampai dua orang ticer yang kena jangkit, tinggal 4 orang ticer je, cer bayangkan camane kelam-kabutnya kami nak handle budak2 yang boleh tahan lasaknya weh kome, penat yop. Den kono tunggu sampai kui 5.30, sampai rumah kui 6 nak kena masak dinner plak, memang sesungguhnya sangatlah penat...sehingga terpaksa menyepikan diri dari bw dan hapdet apa semua tu, ceh..ada je alasan untuk cover malas tu kan.

Harap2 ticer dua orang tu cepatla sembuh..kot budak takpelah sebab makpaknya bolehle amik cuti, supaya kurang sikit budak dan kurang sikit kerja ticer, haha...teruk punya ticer.

Apa2pun sakit tu ujian kan, sapelah kita nak sihat memanjang, nak kaya memanjang, nak senang memanjang, ye tak? Moga2 ujian sakit ni membuatkan Kita semakin dekat dengan Allah.

Lhah..lupa lak kekonon nak bagi sasepen..beguk. Nasib baik den dah pernah kena, selamatlah kan. Kesian tengok ticer yang baru kena, bengkak pipinya. Pi jumpa doktor, ada doktor yang kata beguk, ada yang kata jangkitan virus, hrmmm...entah mana satu betul pasti, tapi yang pasti dorang kata sakit, nak telan makanan susah, nak bercakap pun susah siap package demam plak tu.

Teringat petua orang tua dulu2, ubat beguk ni sapu nila campur cuka, tapi tak sure nila cair cam sekarang bole guna ke tak. Dulu nila ketul tu, tumbuk2 Kasi hancur campur dengan cuka, sapu Kat bengkak beguk tu. Pastu kena elak minum jus2 oren , in shaa Allah cepat baiknya. Kalo jumpa doktor, tak taulah ada ke tak ubatnya.

Anak ni makannya berselera, tapi bila dah kena, makan pun Tak nak, makan bubur boleh la kan.

9 Oct 2017

Ada yang rindu tak?

Ceh! Perasan kan, alaaa..sesekali takdo salah do. Malas benau, lemau, lazy.. semua adalah, tapi cian plak blog yang semakin suram ni, so kito hapdetlah apo patut yo, buleh gak buat kenangan sok2 kan.

Dek maleh bona kita syer gambar budak2 tadika den main giant bubble lah ek. Ritu kita dah syer kekretipan makpak membuat berbagai bentuk 'wand', so hari ni Kita tengok keterujaan anak2 eh plak main giant bubblenya.

Papehal kita makan dulu, banyak weh bekal dorang, kenyang dorang konyanglah den, mwehehe..
Rasa tu sikit, rasa yang ni sikit, sudahnya sendat perut den.
Kita punya bekal sedap, mak kita buat, tengokla tu, kiri-kanan penuh, mulut pun penuh..
Wuuuuu..
Besar tu, menjadi lah bubblenya.

5 Oct 2017

Macam2 idea.

Jom kita tengok hasil kekretipan parents from my tadika menyediakan 'wand' untuk anak2 dorang gunakan untuk bermain giant bubble. Bubble ticers dah sediakan,so parents kenalah kita bagi kerja sikit kan.πŸ˜‚πŸ˜‚
Ada yang guna hanger besi, paling mudah cari yang ready made jer.
Ada mak yang cukup kretip, cantik wand nya, si baju biru tu batang wand nya dari tiang bendera, oklah tu.
Dari permainan pun jadi.
Amboii, besarnya wand diaπŸ˜„πŸ˜„
Haa, yang ni cukup kretip, beli Penapis teh kedai mamak, atau jaring tangguk ikan, tapi buanglah jaringnya.
Yang sebelah tu...ha, Penapis santan pun jadi..hehe, dari tak dimanfaatkan sebab dah senang pakai santan kotak je..so jadilah sebatang wand yang cukup berinovasiπŸ˜„πŸ˜„

2 Oct 2017

Terkunci.

Kes terkunci, tombol pintu rosak tu dah perkara biasa Kat tadika. Banyak tangan bukak tutup, banyak kaki keluar masuk, sekejap je tombol jem.

Tahun lepas den jadi minah gyver bila kunci pintu tengah terkunci, nak ke dapur tak boleh, Kat dapur plak takde orang. Den buat camane tau, panjat dari tangga kecemasan Kat dapur belakang, nasib baik tingkap dapur tu kebetulan tak berkunci. Terjerit2 den marahkan mamak kedai bawah tu bila gelak2 tengok den panjat, dahla pakai Kain...

Baru ni den terkunci dalam bilik air plak, samalah kes tombol pintu jem. Nasib baik pintu bilik air tu bawahnya dah lompong, minta pisau..den cungkih2 dari dalam, akhirnya terbuka jugak.

Kes 2015 lagi parah, pintu kelas 6y terkunci masalah tombol jem. Dalam kelas ada budak, ayahnya dah tunggu kat bawah. Last2 terpaksa minta tolong ayahnya naik.
Ayahnya naik jadi mc gyver la jawabnya. Pecah tombol dikerjakan.

Kes terbaru tengahari tadi, pintu kelas 5y plak terkunci, ni bukan tombol yang rosak, rasanya ada budak yang tertekan kuncinya. Kecohla budak2 ni, mana nak tido, camane ni, camane ni, ticer, ticer...carilah kunci.
Den pun menggelabahla keluarkan semua kunci yang ada, malangnya semuanya tak boleh pakai. Aduh, camane ni??? Cemas wei kome, takkan nak pecahkan tombol lagi...
Try lagi, try lagi, try lagi....gedek, gedek, gedek..( tu bunyi tombol kena pusing yea). aduh tak bolehla..

Tetiba, ada satu cadangan entah sape punya suara, tak sempat nak mandang....
" Ticer, ticer masuklah ikut tingkap tu.."
.......ttttttttt.....
Aduihhh., Aduhh..ticer dah mengong, sampai tak terfikir, tak terperasan,  ada tingkap Kat kelas 5y tu  yang bole diceroboh, nasibla tingkapnya tak lock, tingkap ni pun sebenarnya baru gak  ditebuk. Jadi den angkat masuk kot tingkap tu sorang budak yang badannya kecik,...nasib baikla ada anak murid yang brilliant.... 
Tu ha tingkapnya..dah menyong tak sempat nak fikir.

29 Sep 2017

Cerita rojak.

Haha,  ada yang cepat2 nak berkunjung ke rumah den ni yo, nak
tumpang makan rojak ler tew, kuikui..
Bukan cerita makan rojak, tapi cerita rojak2 campur2 la ( sila goyang kepala macam uncle mutu upin ipin ).

Cerita satu.
Sambil turun tangga dah nak menyampaikan pesan ticer.
" Ummi, ummi..tc tikah pesan esok bawa daun kering satu, batu dua, dengan tissue.." si ummi hanya diam. Si anak tak puas hati cakap lagi, ummi diam lagi. Sekali lagi..
" Ummi, tc pesan suruh bawak daun satu, batu kering dua dengan tissue.
Kuikuikui..

Cerita dua.
"Tc wana, tc Saida suruh minta maaf" sengih nampak giginya rongak.
" Minta maaf kenapa?"
" Entah, kejap.." dia berlari ke kelas, pastu dengar dia tanya kenapa kena minta maaf.
Datang balik.." tc, tc Saida cakap suruh minta maaf sebab bising.."
Hihihi..
Gaya jaguh taikwando. Semalam ada grade untuk naik tali pinggang kuning plak. Lulus semuanya.
Kerepek cincin from Sabah, tapi takdelah ke Sabah pun, bukan juga dari kawan sabahan blogger ke..ni dari seorang adik..

26 Sep 2017

Lauk paling best dalam dunia.

Ni citer lama, saja nak syer.
Dulu masa saya ada Taska sendiri, petang2 bila nak Kasi makan petang tu pening juga, ada yg balik lambat, kalo bagi makan ringan nanti cepat lapar kesian plak. Selalu buat nasi goreng, meehun macam tulah.

Satu hari tu ada sorang budak request nak makan something. Masa tu saya dipanggil ustazah.

" Ustazah, masaklah lauk yang paling best dalam dunia.." Saya pun bayangkan lauk kari ketam ke, sotong masak kicap ke, udang goreng ke..

Jadi saya pun tanyalah.." Lauk apa yang best sangat tu?"
" Lauk telur goreng, makan nasi dengan kicap.." Jawabnya dengan sengih dan mukanya yang teruja, maknanya bukan saja2 dia nak kenakan saya, saya tau memang dia nak makan macam tu. Jadi petang tu saya masak nasi, goreng telur, tuang kicap makan panas2. Seronok tengok Hakimi ( nama budak tu ) makan berselera jer.

Jom tengok resepi ayam masak tempoyak. Nak masak ni saya suka lebihkan ramuan herba, lagi best tau.
Ayam separuh.
Tempoyak 4 sudu.
Halia, bawang merah, cili- blend.
Daun kesum, serai, bunga kantan.
Kunyit, garam.

Kekdahnya: renihkan ayam dengan bahan blend sampai isinya kecut.
Pastu masukkan air, tempoyak, daun kesum, serai, bunga kantan, kunyit, garam. Tunggu mendidih. Siap.
Dengan periuk sekali enterprem, punya maleh nak tuang dalam mangkuk.
1958- 80 sen setopok, sekarang dalam mimpi pun tak dapek.

25 Sep 2017

Ticer nak biskut berdiri ke biskut duduk?

Anak2 murid den suka pelawa sarapan dorang kat den, seronok kot bila kena puji .." ermmm, sedapnya.."
Apalagi meleretlah senyumnya.

Bahagia tau jadi cikgu tadika ni, bila Hari guru dapat hadiah, bila ada anak murid sambut besday, dapat tumpang makan kek, paling best dapat merasa bekal dorang, hihi..bukan nak bagi kenyang pun, tapi seronok tengok bekal dorang yang macam2 tu.

Kesian cikgu2 sekolah rendah, sekolah menengah, asyik tension je dengan kerenah bebudak sekarang, den baco pun naik gerun, nasib baik den cikgu tadika je, nak kerja boleh kerja, agak nak pencen bebila masa pun boleh.
So kisahnya dalam kelas tadi, dah habis aktiviti dorang, den layanlah dorang borak, budak2 ni suka sangat kalo dilayan boraknya.

" Ticer, ticer tak rasa pun bekal saya tadi.."
" Awak tak kasi pun kat ticer.."
" Ok, ticer nak rasa tak biskut saya, saya ada biskut berdiri dengan biskut duduk, ticer nak yang mana?"
Dalam pale hotak saya dok bayangkan camanelah rupa biskut berdiri dan biskut duduk tu. Agak korang camane ek biskut tu?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tada...nilah biskut duduk.
Dan biskut berdiri😁😁😁

23 Sep 2017

kakak ipar.

Dalam ramai2 kakak ipar, ada sorang kakak ipar yang tak berapa nak ngam dengan saya. Dari dulu, sampai sekarang. Masa awal kawen dulu, sampai satu peringkat saya tak seronok sangat nak balik kampung suami bila dengar kakak ipar ni ada balik juga. Kalau boleh tak nak balik.

Kenapa tak ngam? Saya ni jenis orang tak banyak cakap pun. Kecuali dengan geng yang betul2 satu kepala, sehati sejiwa, sepusat sepusing...kalau tak saya ni akan jadi seorang kawan yang sangat membosankan, orang tanya sepatah, saya jawab sepatah..lagi kalau orang borak topik artis ke, mekap, baju, perabut..memanglah tak boleh masuk. Bukan kaki sembangla, saya lebih suka mendengar, menyampuk sesekala. Kalau tak saya cari buku, dok tepi..layan buku lagi best.

Mungkin nilah kot salah satu sebab saya tak berapa ngam dengan kakak ipar yang sorang ni.

Lagi satu, kakak ipar ni jenis cakap lepas. Saya plak jenis cepat terasa. Mana boleh nak ngam kan.
Tapi saya tetap cuba jaga hubungan dengan dia. Saya hormat dia, jumpa tetap salam peluk cium tangan, cuma tulah...saya memang tak boleh sembang banyak dengan dia.  Nanti ada je kata-kata dia yang buat saya sentap. Sembang takat berbasi basa, pastu saya menyisihkan diri buat apa patut, masak ke, ngemas ke..selalu saya ambik part masak. Sarapan, makan tengahari, makan malam, tu tugas rasmi saya Kat rumah mak mentua.

Alhamdulillah plak, dengan kakak ipar dan adik ipar yang lain saya saya ok je. Takde masalah lansung. Dengan adik ipar dan abang ipar lelaki pun takde problem. Dengan biras pun so far so good.

Korang camane? Ada tak masalah macam den? Dah tu apa korang buat bila berdepan dengan masalah problem nih??
Bacaan Yasin kat rumah kakak ipar di Sendayan, N9.. mudah2an mak mentua segera sembuh dan pulang ke Tanah air dengan selamat.

22 Sep 2017

Salam Maal Hijrah 1439H.

Salam maal hijrah buat semua. Cantik, indah sungguh cahaya mentari pagi ni, mudah2an berpanjangan hingga lewat petang sebab cadangnya hari ni nak berziarah ke maqam bunda, rindu benar rasanya dah agak lama juga tak ke sana. Kebetulan pula hari ni jumaat kan, awal Muharram pula, mudah2an tiada aral melintang.

Tiada apa nak dibicarakan, sekadar menyampaikan Salam hijrah...semoga apa saja perubahan ke arah kebaikan, hijrah kepada yang lebih diredhai dapat pula kita istiqomahkan, dikekalkan..ya, nak berubah itu susah, tapi nak mengekalkan kebaikan itu juga amat sukar kerana nafsu dan syaitan tidak pernah tidur atau leka dalam usahanya menjerumuskan kita kepada kesesatan.

Sedikit perkongsian dari radio IKIM, bagaimana cara kita nak beristiqomah dalam kebaikan yang kita lakukan, mudah2an boleh sama-sama kita manfaatkan.

* Mulakan dengan amalan yang mudah dulu- contohnya dengan solat sunat 2 rakaat, kemudian bolehla ditambah sedikit demi sedikit, solat dhuha tak dapat buat, doa dhuha jangan tinggalkan.

* Ada jadual- susunlah contohnya hari ni kita nak berselawat, esok bertasbih Subhanallah 1000x, lusa pula bertakbir 1000x..

* Memilih sahabat yang baik- rakan2 dalam grup whatsaap contohnya, grup2 WhatsApp, biarlah grup yang bermanfaat.

* Menuntut dan menambah ilmu- Tak dapat ke masjid atau surau, radio IKIM kan ada

* Berdoa semoga Allah tetapkan kita dalam kebaikan- ini sangat penting. Mintalah agar Allah pegang hati kita selalu. Doakan juga sahabat2 kita.

Cuaca pagi yang damai, suami sedang berusaha menegakkan semula pokok durian belanda yang tumbang akibat hujan dan angin kuat selasa lepas, mudah2an pokok ni dapat bertahan dan memberikan manfaat kepada kami. Aminnn.

19 Sep 2017

Tumbang sudah.

Bukan saya, tapi pokok diyan belanda yang mylaling tanam belakang rumah. Petang tadi ( selasa ) hujan lebat betul, angin pun kuat sangat. Sayang nengoknya, dah ada berputik dah pokoknya. Suami kata nak cuba tanam balik pokok ni, boleh ke WP?
Hujan lebat, dapat snap gambar dari beranda belakang tingkat atas.

Pening palo.

Kecoh. Habis semua orang dimarahnya termasuk saya. Habis kena provok jadi tukang sorok. Habis beg budak2 perempuan kena check, tong sampah digeledah, setiap penjuru  dikorek...tak jumpa.

Lastnya jumpa diambil oleh seorang budak perempuan yang suka mekap2 juga😣😣.

Tapi tak bolehla salahkan budak, tak cukup akal lagi. Sape yang letak merata, sape yang ada ajar budak2 mekap??

Pening kepala saya mengadap kerenah macam ni, sampai kepala otak saya ni dok asyik terpikir2 sampai terbawak2 dalam solat. Parah.

Yelah, dia buat semua staff lain terasa, termasuk saya..bukan main tegang suara dalam tepon tanyakan beg mekapnya yang hilang, saya yang tak bermekap ni pun jadi suspek ke??? Taulah saya ni ada satu perangai bawah sedar selalu terambik penlah, guntinglah yang berterabur atas meja pejabat masuk dalam beg saya, tapi beg mekap? No lah..

Itulah pasal..kehidupan jadi kucar-kacir, kadang benda kecik dah jadi bermasam muka, dah tak bertegur sapa, bawak aura negatif babitkan semua orang. Bukan sekali, dah kerap sangat..

Anak...bacalah nasihat ini, bukalah pintu hatimu...anggap aku sebagai seorang ibu.
Pertama, kembalilah ke pangkuan ibumu, mohon maaf dan perbaiki, pulihkan hubungan dengannya. Walau apa pun kesalahannya, dia tetap seorang ibu yang pernah mengandung dan melahirkanmu, tidak berkat hidupmu selamanya jika kau membelakangkan dia...

Kedua...solatlah. Aku sudah pernah bercakap panjang denganmu berkaitan solat ini.

Aku percaya, jika kau pegang erat dua kunci ini, kehidupanmu akan berubah. Kau akan bahagia. Tapi jika kau masih tak berusaha mencari dua kunci ini, percayalah...ke mana saja kau pergi, kau tidak akan mencapai bahagia itu, percaya cakap ku ini.

Jadi, selamat berusaha.

17 Sep 2017

Nasi goreng tempoyak..eh..alamak.

🎢Tukang masak suka kerja senang🎢
πŸ˜†πŸ˜†
Di satu senja jumaat, cam biasa kalo toklaki takde kita masak ikut senang kita je, telur dadar, nasi goreng atau kalo nak yang luar biasa kita masak ikan masak kicap campur kentang, wakaka..anak2 no komen, suka makan, tak suka lapo le jawabnya.
Jadi ingatkan toklaki kita lambat sampai cam selalu, tak sangka plak belum maghrib dah sampai, jauh kot Langkawi ke Semenyih ni, hehe..
So, nak tak nak dia kena redha makan jer nasi goreng tempoyak kita ni, kita dah malas nak masak lagi..

Korang pun ada bran tak nak cubo nasi goreng ni? Cubolah, takdo menyosa lah, cayo cakap den ni.
Jangan komen telo mato tu, tu nak cepat, minyak belum panas,tu yang jadi rupo itu, nak goreng yang lain, tu je satu2 nya tolo yang tinggal dalam poti sojuk den, janggut sotong tu pun jangan komen, badan sotong dah selamat, tinggal janggut Kita masuk je dalam tu.
Ok..ni bahan nasi goreng Kita ni.🍚🍚🍚🍚🍚

Tempoyak sesudu/ dua sudu besar,tengok la banyak mana nasinya.
Bawang, bawang putih, cili api, ikan bilis, blend kasar dan tumis. Dah agak2 garing masukkan putik jagung muda yang dipotong nipis2. Bila putik jagung dah masak,masukkan tempoyak, tumis2 lagi kasi agak garing, pastu barulah masukkan udang sedang barang seploh ekor ke, den takdo udang tu yang ganti janggut sotong, tapi udang lagi sedap, manis je. Bila udang dah masak baru masukkan nasi, jangan lupo taruk garam yo. Dah siap.

13 Sep 2017

Weh, rugi..sape tu tak suka tempoyak.

Kali ni meh kita try sambal tempoyak goreng Pahang stail..kot, sebab ni ada sorang kawan dari Pahang yang perturunkan ilmu membuat sambal ni. Tapi macam Kak saniah punya resepilah. Next nak try ayam masak tempoyak plak. Tapi tempoyak tinggal seciput jer lagi tu.
Ni jer bahan2nya, dalam botol tutup kuning tu ada tempoyak. Sukatan bahan ikut suka hati, cili tu kalo korang memang hantu cili bolela taruk banyak mana suka pun. Blend semua bahan tu, blend kasar, jangan hancur tak sedap.
Nilah hasilnya. Cuma terblend agak hancur bahannya, kuranglah keenakan tika kunikmatinya. 
Bahan blend tu semua lebur dalam kuali bersama minyak, api sederhana. Kalau agak macam kering tambah sikit jer air, pastu masak sampai berminyak, jangan lupa tambah garam dan sikit gula, kena tambah gula sebab tempoyak beli ni masam.
Boleh dinikmati bersama biskut, nasi panas, nasib roti dah habis, kalo tak roti pun enterprem kat sini.
Rugi tau kalo tak Cuba.

12 Sep 2017

Rugi sape tak suka tempoyak weh.

Tapi tulah, susah nak dapat tempoyak pure ni. Yang ada tu campuq pisanglah, campuq nasi lah, tak sedap. Tempoyak pure ni arwah mak den dulu buat tempoyak cari durian yang dah taknak makan tu ambik isinya, sisa2 isi yang ada kat biji2 diyan tu campurkan sikit je dengan air, pastu campur gula sikit je dan garam, dah siap simpan dalam molo kaca. Tau tak molo tu pebendanya? Tu yang macam bekas plastik isi kuih raya tu, tapi tutupnya dibuat dari plastik. Tapi la ni mana ada lagi bekas camtu, eh...adalah, tu macam botol kaca mayonis tu,ha..macam tulah molo. Tapi molo besar. Dah isi tempoyak tu dalam molo bahagian atas tu tabur sikit garam kasar. Pastu simpan dalam esbok.
Tapi orang dulu2 buat tempoyak lansung tak campur air. Tempoyaknya tahan lama, setahun pun ok je lagi, tak payah simpan dalam esbok pun, dulu2 mana ada esbok kan.

Sapa tak terliuq tengok gulai ikan tempoyak den dengan goreng kangkung kicap ni memang ada slack lah lidah korang tau. Goreng kangkung ni pun time mylaling takdo je baru kita buat, time dia ada dia tak makan sayur kangkung ni, dia makan sayur brokoli jer, hehe..minggu ni dia ada kursus di Langkawi, den dah oder toester, sian kat den kan, dah lama takde toester, dulu beli yang pop kuar roti tu, anak guna pastu tak simpan, dahtu masuk cicak, eeiii...buang jelah.

Jom kita share menu gulai tempoyak my stail nih. Rugi weh sapo tak cubo.

-Malam ni den guna ikan selar. Tapi kalo dapek ikan selar kuning yang kocik2 tu kan, umang aiii...isinya manis, lagi sodap.

-Pastu, bawang seulas ko, dua ko, taknak lotak pun takpo.

-Cili api, sapo suka podeh, taruklah ikut suka banyak mano.

- Pastu tempoyak, sesenduk duo, blend tempoyak, cili dan bawang. Den tak suka tempoyak tu berketul2 sebab tu den blend jer.

-Daun kesum, garam, gula. Den tambah gula sikit sebab tempoyak beli ni masam bona. Pastu lebur je semua sekali dalam periuk.

- Taraaa...siap.

11 Sep 2017

Salam rindu di angin lalu.

Ceh..
Hehe..saja promo pengenalan, dah kenal? Alaaa..apa salahnya kita berkenalan selalu, eratkan ukhwah gituh.
9/9/2017...Di Pantai Sepat, Kuantan..jalan2 otw sambil hantar kakak balik sambung belajar masuk semester dua dah..sunyi dah rumah, hilang kawan gaduh ibu, tukang potong bawang, potong sayur, jadilah...entah bilalah nak pandai masaknya kakak oii.
Mama Yan kata kena nyorok kat belakang sikit nak bagi nampak kurus, amacam? Nampak kurus tak? Tu yang tersongeh lebar bila tingat kena nyorok.
Sata panas2,sedap weh, lama tak makan.
Jangan risau, sape nak mandi boleh Mandi kat pantai yang bersih, pastu boleh bilas kat sini, cerdik tuan kedainya, buat toilet dan tempat mandi, toilet 30 sen, mandi singgit.

8 Sep 2017

Misteri...

Lama tak muncul ni kita keluar bawak citer seram sikit hari ni. Benda misteri tak tau bila adanya, muncul dari mana, siapa yang bertanggungjawab...yang saya cakap tak tau sejak bila tu, memang tak perasan lansung masa turun naik tangga tadika tu. Yang tiba-tiba terperasannya boss lah, dia terpandang, masa tu saya turun tangga sesama dengan dia, dia tanya pebenda tu...tu yang saya baru terperasan juga. Tanya kat staff sorang pun tak tau. 

Boss Ada Tanya kat sorang ustaz, ustaz tu kata tu orang buat untuk minta perlindungan dari kejahatan orang lain.

Nauzubillah... sebaik2 tempat berlindung hanya Allah swt.

Boss dah minta orang yang pandai untuk buang benda ni, kena pegang dengan tangan Kiri katanya, lepas tu bakar.

4 Sep 2017

Masak daging korban.

Kami jarang dapat daging korban. Dah banyak surau pakai sistem kupon, ada kupon dapatlah daging, no kupon no daging korban, tapi takpelah..biarlah orang yang lebih patut dapat yang dapat.

Tapi tahun ni rezeki daging korban lebih sikit. Adik ipar yang pergi Makkah ada buat korban, ada lagi mak budak taska tempat si kakak kerja sementara cuti sem pun bersedekah daging korban kat kami, Alhamdulillah..

So hari ni kita masaklah apa yang anak2 mintak nak makan, semua berasaskan daging. Nasi goreng daging, kari daging, sup tulang tu boleh digandingkan dengan mihun dan bubur. Haa..makanlah yea anak2, lepas ni ibu nak rehat sampai malam, ibu masak dah banyak tu, harap2 cukup sampai ke malam. Semua ada tu,  5 orang..si kakak dah nak habis cutinya balik kampus minggu depan, si abang cuti sampai rabu ni, lepas ni tinggallah 3 orang semula.
Sup tulang, Kari daging..memang kesukaan anak2.
Ikutlah nak lawankan dengan apa, nak makan nasi pun ada ibu dah masak, bubur tu sedap juga gandingkan dengan sup tu. Resepi mudah dan ringkas ni senang kerja ibu nak siapkan.

1 Sep 2017

Makan bidara di hari raya.

Di Rembau. Orang sibuk membahagikan daging korban, den yang terjumpa pokok bidara di rumah biras ( ramai naw biras sebab adik-beradik suami ramai), sibuk makan buah bidara. Sedap. Lagi sedap dari epal hijau. Buahnya rangup. Buah ni pernah masuk Majalah 3 tau. Selama ni dok singgah kat umah biras tu baru ni tergerak hati nak tanya pokok apa, buah apa..daunnya orang guna untuk campur dalam air mandi jenazah...
Ingat nak berpantun buah bidara tadi, tak ingat plak camane pantun eh.
Lembu korban adik ipar, tulang rangka tu amik lebih sikit sedap buat sup.
Bunga tenggek burung, Comey je burungnya, betul macam burung bertenggek atas dahan, biras ni sejuk tangannya, kalo menanam tu pokoknya subur je.

31 Aug 2017

Anak2 merdeka.

Anak2 ticer yang dikasihi...
Bukan faham pun erti merdeka...
Disuruh mewarna jalur gemilang...
Ticer pun terangkan merah untuk apa, biru, kuning, berapa jalur yang ada...
Anak2 pun mewarna penuh gembira...
Berkibaran jalur gemilang..
Segemilang wajah anak-anak yang bersih..
Sambil melaungkan merdeka..merdeka..
Jalur gemilang dibawa pulang...
Anak2..
Selari usia kematangan, erti merdeka itu turut berubah padamu..
Faham merdeka makin mekar di jiwamu..
Bukan lagi sekadar mewarna sekeping jalur gemilang...
Anak2 ticer...
Tapi jangan lupa pesanku pula..
Merdekakan akhlakmu..
Jagalah solatmu..
Jagalah adabmu terutama pada keluarga..
Jangan sampai dewasamu lupa pada pesanku...
Kamu tetap dalam ingatan dan doaku selalu..

30 Aug 2017

Kenangan ticer di hari tua.

Nak abadikan gambar2 anak2 kesayangan ticer di halaman kenangan ni, manalah tau suatu hari nanti anak2 kesayangan ticer terdatang ke sini, bolehlah tertengok, tersengih, tergelak sama2 yea. Ticer sayang sangat pada kamu semua. Setiap kali hujung tahun, rasa macam nak berentikan saja masa, jangan berlalu..supaya kamu tetap jadi anak2 kesayangan ticer..mudah2an kamu semua jadi anak soleh yang selamat di dunia lebih2 lagi di akhirat..aminnn.
2015- Umar Zikri, anak ticer jadi imam solat di masjid Putra, PutraJaya.
2016- Afrina, Ar Rayyan, Fawwaz, Adil, Rahman, Danish, Aidid, Raja Muhammad...masa last rehersal konvo.
Hari persembahan- Amna, Suri Nabila, Safwa insyirah.
2017- Hepi besday Adam Taqiuddin myluv, ticer murid kesayangan ticer.
Santai saja- Qaseh umairaa, Lisa, Aisy Batrisyia, Auni Syawqina.
2016- Hujung tahun yang pilu, Ar Rayyan yang ceria tapi mudah mengalirkan air mata.
Bertiga ni memang rapat- Adam Taqiudin, Nu'man, Amir Zafran.
Tekun saja si tiga Abdul ni..😁😁
Lagi aksi mereka.

Nanti akan menyusul lagi gambar2 kenangan mereka.

28 Aug 2017

Berperang dengan monyet.

Semalam sempat singgah rumah mak mentua di Rembau otw ke Melaka. Sian rumah omak mentua den tu, penuh taik cicak koring. Dia tak berapa sihat, banyak duduk rumah anak2 dia. Sebelum berangkat ke Tanah Suci semalam, dah sebulan dia tak balik rumah. Kitorang singgah sempat sapu2 jelah. Sempat tebang pisang abu. Sempat juga minta tolong adik ipar galikan anak pokok pisang nak tanam kat belakang rumah tu. Toklaki den tu bila suruh tanam pokok pisang,..dijawab eh macam ni.." buat apa tanam, kan dah banyak pokok pisang kat belakang tu.."
Den jawab balik.." Lhah..tu kebun pisang orang, bukan pisang Kita.."

Ada ke..mentang2 ada pokok pisang orang, mana nak sama dengan pokok pisang sendiri kan. Aritu adalah den ikut petuo WP letak selipar buruk kat celah batang pokok diyan belanda. WP kata petua orang tua biar pokok tu malu sebab taknak berbuah...letak sipar buruk tu biar dia rajin berbuah..tapi toklaki den tak percayo, dibuang eh selipar buruk tu. Bila den tanyo.." kenapa buang? " Dia kata.." Ada ke.."

Memang hutan kebun gotah belakang rumah den tu dah jadi kebun pisang. Tapi ada gak monyet memberanikan diri datang mencuri buah Kat kebun toklaki den tu. Pokok mangga epal aritu den ugut2.." kalau ko taknak berbuah, den tobang kau nak?" Takut deh, tak lamo berbuah plak dia. Tak taula sebab ugutan den tu ko atau sebab toklaki den rajin taruk baja.

Ada la lebih 20 biji buah eh. Kemain lagi den mengidam nak meraso buah yang pertama tu, tapi alangkah keciwanya di hati hamba, sebak terasa di jiwa hamba, terasa nak cari batu bolah batu bertangkup jer..bila tengok buah idaman dicuri cik nyet tu. Den suruh toklaki balut buah tu, dia jawab macam ni.." balut pun kena curi gak.."
Memang betul pun, adalah den balut sendiri aritu..tengok2 plastik dah berterabur kat bawah, buah dah kena kidnap..huwaaaa...

Tapi sok2 kebun pisang orang tu dah berbuah mesti dia gigih menjaga supaya tak kena curi. Otomatik kebun kami pun terjaga kan, rasanya lah, sebab kebun pisang dia betul2 kek belakang kebun toklaki den tu.

Jadi sementara ni den isytihar porang dulu dengan cik nyet. Bukanlah den tembak, sebab den takdo senapang takdo pistol pun. Kalo ada pun tidaklah tergamak nak melakukan perbuatan yang kejam tu. Den lastik jer. Hehe..caye tak?
Tak cayo? Memang tak boleh percayo sebab den tak ghoti pun pegang lastik. Habis, buat camano?

Den tak bagi peluang kat cik nyet tu, cepat2 suruh suami den petik buah mangga tu, nampak je ada tanda dah matang sikit, cepat2 amik. Tapi antara kami dengan cik nyet tu, rasanya dorang lebih banyak dapat buah tu dari kami. Takpelah..kita niat je sama2 berkongsi rezeki pemberian Allah.
Mangga epal dah berbuah, buah eh selalu kena curi dek cik nyet..tapi den tak boleh salahkan dio 100%, dah habitat dia kena ceroboh oleh suku sakat den kan, kek mano laei dia nak cari makan.
Aritu den balut pun kena kidnap gak. Ada orang tua sedara belah toklaki den bagi petua, kato eh, gantung air sirap kek pokok, gantung bebanyak sikit, agak eh kalo monyet tengok dipikir cam darah kaum dia kono tembak, haha..tapi den belum try buat lagi, tak tau la berkesan ke sebaliknya.
Dah lapang, dah ditanam dengan pokok pisang. Tapi Masa amik gambar ni belum nampak bona pokoknya. 

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign