Asam Garam Kehidupan: .8.34 pagi, tunaikan azam 2017.

Nuffnang

Pages

1 Jan 2017

.8.34 pagi, tunaikan azam 2017.

Azam nak more alert jaga kesihatan untuk memudahkan beramal ibadah kepada Allah dan menjalankan kewajiban sebagai seorang isteri, ibu dan seorang cikgu tadika.

Sarapan saya pagi ni. Sepiring nasi goreng cina dan semug kopi Pak Belalang. Kopi Pak belang, kopi belalang, eh..korang pun nyanyi lagu kopi pak belalang yea.

Apa? Korang ingat saya sarap sepinggan nasi? Kalo macam tu makin bulatlah saya nanti, memanglah saya azam nak sarapan dengan nasi, tapi takdelah sepinggan, ni..sepiring je. Kang tengahari kang kalo masih kenyang saya lunch dengan buah ke, roti ke..

Lepas ni saya nak bertungku dengan batu sungai. Kawan yang urut saya tu cakap saya kena bertungku seminggu supaya rahim saya stabil semula kat tempat asalnya dan sisa-sisa angin tu habis keluar, in shaa Allah sihat. Dia cakap orang perempuan ni kalau rahimnya sihat, in shaa Allah dia sihat. Kalau rahim bermasalah tu yang jadi muka pucat tak berseri, badan lesu, sakit sana, sakit sini. 

P/s: sakit itu dari Allah, untuk orang yang banyak dosa seperti aku ini, semoga dengan sakit itu, Kau hapuskan dosa-dosaku ya Allah..

19 comments:

  1. Amiin kak.. Reen doakan agar agak sihat ya. Akak makan sepiring je eh.. Xpe diet. Yang penting akak makan pagi dari tinggal. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq reen, mkn sepiring dulu, kang mkn sepiring lagi, hihi..
      Sarapan mmg penting kan, baru boleh menjana tenaga utk buat keje seharian.

      Delete
  2. selalu baca iklan kopi pak belalang ni. best ke?

    saya memang susah nak buang tabiat minum 3in1, 4in1, 5in1 ni. sementelah sejak ibu_suri tak betah lagi ke dapur.

    3in1 dikatakan penyumbang tegar pada gula yang tinggi dalam darah.

    Uh... seram juga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best la Sgt, kawww
      Tapi tklehla consume tiap hari.

      Delete
    2. Best la Sgt, kawww
      Tapi tklehla consume tiap hari.

      Delete
  3. Pak Belalang...terkenal lagu tu..

    Semoga sentiasa sohat dan dimurahkan rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn.
      Jom sambung nyanyi lagu pak belalang

      Delete
  4. sy suka lagu tu kak..wahh akk sedapnya air tu...ya kak..kesihatan lagi penting dr segalanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang bila sihat tu kita tak beringat, nak buat semua benda, nak cpt siap nak cpt rehat, tu yg laju je buat keje smp kadang tk ingat mkn minum, itulah akk irda.

      Delete
  5. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Saya doakan akak dapat istiqamah dengan azam tersebut. Di antara nikmat yang sering manusia siakan ialah nikmat sihat. Apabila telah ditarik kesihatan tersebut maka barulah kita mengerti akan nilainya..(peringatan buat saya juga)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, terimakasih atas doanya. Sihat sakit tu ujian semuanya, dah lama sihat tkpelah sakit plak..tapi betul apa ustaz cakap tu, bila sakit baru kita tahu nikmatnya sihat.

      Delete
  6. Aamiin.. Mg kita semua dikurniakn kesihatan yang baik.

    Sebut pasal sarap ngn nasi, sy n famili le tu.. x boleh xder..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin ya Rabb.
      Sarapan ngn nasi ni kenyangnya lama kan UA, lagipun org melayu ni mmg suka mkn nasi pun, kalo tak takkanlah org suka naw mkn nasi lemak ye tak?

      Delete
  7. Happy New Year, ticer Azimah! Bagus, breakfast jangan terlepas. PH pun cuba makan breakfast tapi sometimes, tak ada selera pagi2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mmg tk skip sarapan, tapi saya kena breakfast berat terus kot, so masa lunch bolehla amik yg ringan sikit, perut saya byk angin.

      Delete
  8. Apalah yg kita harapkan selain tuk utk terus sihat dan kuat mampu memikul segala tanggungjawab dan amanah yg diberi kan olehNya.

    ReplyDelete
  9. Betullah mak....den pun nak sihat jugak. Mcm ko, den pun nak mudah beramal jugak. Moga doa kita sama sama dimakbulkan Allah ek mak....

    Walaupun kita ni pendosa tp Allah masih sayangkan mak...banyak peluang dan nikmat diberinya kek kito...

    ReplyDelete
  10. moga sihat ye.
    in shaa Allah...

    ReplyDelete
  11. Apasal saya tak tahu lagu Pak Belalang tu? Langsung takda clue tau macamana lagunya! Kesian saya...

    Saya takda azam nak diet tahun ni tapi of courselah ada niat nak jaga kesihatan dengan lebih baik. Tapi pagi tadi dah kecundang pi bantai makan nasi impit dengan rendang ayam marbeles!

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign