Asam Garam Kehidupan: Jeruk kedondong my style.

Nuffnang

Pages

28 Jan 2017

Jeruk kedondong my style.

Dapatlah dalam 30 biji buah kedondong petik kat kebun mylaling belakang rumah. Haruslah nak menjeruk rasa, eh..jeruk kedundun la kita.
Sampai kecut jari-jemariku mengopek kulit kedondong. Minta tolong Nadhrah, baru kopek dua biji, dah surrender penat katanya, adoko??
Kedondong belakang rumah.
Lepas kopek rendam dalam air garam semalaman. Nasib baik kebetulan ada beli garam kasar, tu pun beli sebab nak buat rendam ikan bagi hilang hanyir, saya suka masak guna garam halus.
Sementara tu, masak dulu air gula. Ni gula pasir, ikutlah rasa manis yang korang suka, saya guna dua cawan gula pasir+ secawan gula merah. Air gula ni kena sejukkan dulu.
Dah sejuk, bolehla masukkan kedondong. Oh ya, kedondong tu lepas keluarkan dari air garam tu, kena toskan betul-betul baru masukkan ke dalam air gula. Kalau suka, boleh masukkan 2,3 biji cili padi. Saya tak suka pedas, jadi saya takdelah letak.
Patutnya kena biarkan dua malam, bagi betul-betul meresap rasa air gula tu, tapi kekdah orang tak sabar, pagi tadi dah lesap 3 biji dalam perut. Sedapnya korang..kalah ayam goreng. Agaknya kalo tunggu 2 malam mesti lagi sedap dari pizza, mwehehe..
  
Jemput.

12 comments:

  1. aduhai sedapnya.....nak sikit

    ReplyDelete
  2. Mana aci, makan sorang2, patut le senyap jer di sana, rupa2nya makan sorok2.. ahakkk..

    ReplyDelete
  3. Aci dah balik india dah, bwk balik jeruk kedondong sekali, haha

    ReplyDelete
  4. Thank you for the tips buat jeruk kedonndong.. sekarang baru MK tahu cara buat jeruk

    ReplyDelete
  5. Lepas ni boleh try buat MK;)

    ReplyDelete
  6. Tak minat buah kedondong ni, macam ada rasa maung gitu.
    Tapi kalau buat jeruk buah, memang sedap.

    ReplyDelete
  7. Sedapnye.. Tertelan air liur sendiri.. Terembes2 ia kluo.. Tgk yg xdijeruk lg tu sedap.. Cicah ngn garam kasar.. Nikmat tak terkata..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    oo, begini rupanya buat jeruk kedondong, kecur air liur melihatnya.. Saya masa budak-budak dulu makan buah kedondong cecah dengan asam masin (boi). Masam-masam pun habis 3,4 biji, maklumlah selera budak-budak masa tu.

    ReplyDelete
  9. Oh, boleh buat jeruk, ya? Nak cuba. Biasanya PH makan kedondong dalam rojak buah (my faveret). Pernah beli jugak kat Aeon untuk try buat rojak kat rumah. Jus kedondong pun PH suka.

    ReplyDelete
  10. Hihi... Yelah sangattu lebih sedap dpd ayam goreng ....
    Rangup tak mak?
    Aku ni bab bab jeruk kurang suka. Yg suka laki aku. Mcm terbalik pulak ek. Selalunya org pompuan yg terlebih suka jeruk ni

    ReplyDelete
  11. Boleh cuba ni.banyak buah kedondong terbiar gitu je kat tepi sekolah tu

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign