Asam Garam Kehidupan: Serabut, kelam-kabut atau dah makin rabun???

Nuffnang

Pages

9 Jan 2017

Serabut, kelam-kabut atau dah makin rabun???

Makin rabun, mean makin tua, makin tua??? Huhu..taknak tua. Taknak tua? A'ah, boleh ke? Hadap je, buat persediaan apa patut...

Nilah kojo den saban tahun selagi anak-anak tak habis sekolah. Nak hantar upah orang jahit, selai pun dah 2 hengget tekau. Nak letak gam UHU cam orang ajar kat wasap tu, sok-sok tahun depan lencana tu nak pakai lagi, alah...berapa sangat harga selai lencana? Oittt! Konolah kira, 50 sen pun duit tau, minyak masak pun makin mencanak naik harganya tau, haritu masa baru naik harga rm20.50, semalam beli dah naik rm22.50 tauu..

Hihi..kona leper tekau..
Beli lagi selai tudung sekolah Nadhrah, kenalah jahitkan lencananya. Alhamdulillah yang lain-lain dah selesai dua-tiga hari sebelum bukak sekolah.
Nasib baik belum sampai separuh jalan, patah balik ke pangkal jalan. Bukak balik, kalo tak nasib ko la Nadhrah omak kau ni jahit lencana terbalik, atas ke bawah, bawah ke atas.
Ado buat entri tentang menatang ni awal tahun lepas. Ingatkan senang boleh guna untuk jahit lencana, rupo eh guna untuk jahit luruih je boleh la. Si abang beli on9 guna untuk jahit seluar trek dia yang selalu koyak tepi.

Sudahnya kenalah jahit manual juga. Harap tahun depan Nadhrah dah pandai jahit lencana sendiri yea.

21 comments:

  1. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Camner buleh sampai terbalik tu, nampak gaya kenalah pelan-pelan pakai cermin mata. Teringat seloka..."Bila mata dah mula kabur, kulit dah mula kendur, rambut dah banyak yang gugur..."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, trmkasih atas doanya.
      Itulah camane boleh terbalik ek, dah start rabun tua la tu, huhu..

      Saya sambung selokanya ye.." berbanyaklah beramal sedia utk ke kubur.."

      Delete
  2. saya suruh bibik jahitkan. huhu. kalau mata kabur tu amiklah carotomax kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekau ado bibik memangla boleh suh bibik jaitkan, akk mane ada bibik.

      Tulah, tingin gak nak tey carotomax tu.

      Delete
  3. Hihi... sampai terbalik jahit nampak sangat terkocoh-kacah tu
    Ala.. kalau kakak jahit guna mesin aje Azi. Senang dan cepat. Zerrr... siap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, ni sorang lagi, den mano ado mesin jait kak sayang oiii. Jarum dan benang je ada.
      Kalo ada mesin jait mmg jait je sendiri, tapi tkkan nk beli mesin jahit sedangkan nak jahit pun tu pandai.

      Delete
    2. Ha, ni sorang lagi, den mano ado mesin jait kak sayang oiii. Jarum dan benang je ada.
      Kalo ada mesin jait mmg jait je sendiri, tapi tkkan nk beli mesin jahit sedangkan nak jahit pun tu pandai.

      Delete
  4. eh akak, saya pun jenuh minggu lepas menjahit lencana budak2 ni. Terbeliak-beliak bijik mata jahit tgh malam! Lencana budak lelaki ni kena jahit di poket baju, leceh sikitlah kan. Kalau jahit di tudung tu..sonang lah sikit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jahit manual juga ke? Sampai berpinau biji mata kan. Apalak takdo lencana lelaki, ada je si umar zikri, sek agama 3 pasang, sek keb 3 pasang, umakk aii..serik.

      Delete
    2. Jahit manual juga ke? Sampai berpinau biji mata kan. Apalak takdo lencana lelaki, ada je si umar zikri, sek agama 3 pasang, sek keb 3 pasang, umakk aii..serik.

      Delete
  5. Tugasan yang paling tak minat, menjahit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak minat juga, tapii jena buat juga sebab tak mampu nk upah jahit, huhu

      Delete
  6. Sampai anak2 habis sekolah barulah pencen kerja ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui sangat, saban tahun inilah koje yg menunggu.

      Delete
  7. Ingatkan stapler benda tu. Rupa2nya mesin jahit kecik. Bab jahit menjahit ni PH kurang pakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tk reti PH, tapi sekadar jahit lencana ru bolehla juga walaupun hampir terbalik, hihi.

      Delete
  8. apa2 pun kena sabar. hehehe.
    http://datoksirkronik.blogspot.my/

    ReplyDelete
  9. aida tempah org aje :) hi hi hi...
    aida pernah nak beli mesin jahit mcm stepler tu.
    tapi tak terbeli...
    tak brape elok ekk?

    ReplyDelete
  10. Aku ada baca jugak pasal tampal lencana guna UHU tu mak.....tp tak tercuba pulak. Masa tu tak de gam rasanya. Nak kena membeli pulak, malas nak tunggu....Nak tak nak terpaksalah hangkut mesin jahit tu keluar buh atas meja.

    ReplyDelete
  11. Kak Mah... eh, Datinnnn!

    Tahun ni kan kita rasa bernasib baik sesangat sebab tetiba mak mertua offer nak jahitkan lencana dan name tag anak. Kita tak suruh pun tau (mana den berani nak main suruh-suruh mak mertua, nak kena lemps!) tetiba mak mertua mintalah benang dan jarum nak jahit. Dia pun dah arif sangat macamana 'hebat'nya skil menjahit menantunya ni ^_^ I is bangga pulak dengan skil menjahit ni sampai tak sempat nak buka kotak benang jarum tu ada aje orang lain yang offer nak tolong!

    Eh, siapa kata rabun tu maknanya tua? Kita ni dah rabun dekat sejak 30-an tau tapi kalau ikut umur baru aje nak baligh! Mana ada tua!

    ReplyDelete
  12. Ya canD..ke canDid><
    Dia tau tu menantu dia malas menjait, tak pun tak pandai jait, tu pasal dia dgn rela hati mengofer diri tolong jait tu, kan..kan.
    Tau sangat, kotak jarum tu pun dah bersawang agaknya, benang jait dah reput, jarum pun dah berkarat, kannn..

    Budak kecik pun dah ramai yg speky, kan.
    Rabun dekat tu dah ada lah, dlm 5 persen kot, sbb dah mula tk selesa nak tgk tulisan halus2 bila pakai spek rabun jauh tu.
    Sape yg nak tua, tapi dah hukum semulajadi sape boleh tolak, huhu..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign