Asam Garam Kehidupan: Susahnya nak jadi baik.

Nuffnang

Pages

15 Jan 2017

Susahnya nak jadi baik.

Hari ni nak tulis entri berat sikit. Asyik tulis entri santai je. Tapi takdelah berat sangat, in shaa Allah masih boleh dicernakan dengan baik..
Saya selalu rasa terpukul bila baca ayat Quran yang bermaksud..  

          " Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah kamu daripada maksiat dan mungkar."

Bila saya renung-renung dalam diri saya ni, dah lama sembahyang, in shaa Allah sejak akil baligh tak pernah miss, tapi kenapalah saya belum dapat benci maksiat dan masih susah rasanya nak tinggalkan perkara mungkar..?  Setiap malam minggu saya tunggu gak mega movie, habis masa sia-sia depan tv. Saya masih sombong, tamak, dendam, gila puji, gila dunia, hasad dengki, kalau sifat pemarah tu datang, tu dia...rasa nak menjerit kuat-kuat, nak bagi tau orang yang saya tengah nak meletup.
Kenapa jadi camni? Sembahyang yang dibuat tak mampu mencegah maksiat dan sifat-sifat mazmumah

Rupa-rupanya kerana sembahyang takde roh. Sembahyang kosong.....

Roh sembahyang itulah khusyuk (ingat Allah ), faham apa yang dibaca, rasa takut, rasa diri hamba, rasa hina diri dan rasa harap pada Allah. Tapi tak nafikan, memang susahlah nak dapatkan rasa-rasa yang begitu. Apa yang selalu terjadi, angkat je takbir semua masalah datang, hal yang berlaku 10 tahun sudah pun boleh ingat balik. Sedar-sedar dah bagi salam. Pernah jadi tak ingat dah berapa rakaat. Itulah yang saya sedihkan.
Entah ada entah tidak nilai sembahyang saya di mata Allah....?
Alhamdulillah...akhir bertemu jodohnya..selamat diijabkabul 15/1/2017..semoga berkekalan jodohnya..adik ipar dan isteri.

19 comments:

  1. semoga solat kita lebih baik kak

    ReplyDelete
  2. Muhasabah diri seketika..

    Tk atas entri ini..

    ReplyDelete
  3. betul tu kakG, risau sangat kalau solat kita tak diterima Allah. >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada risau tuvdah bagus, lps tu kita usaha perbaiki kualiti solat kita.

      Delete
  4. Betullah ....Akak pun rasa apa yang Azi rasa ni...apakah solat2 ku diterima Allah ,selalu tanya pada diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an dgn adanya sedikit rasa takut itu Allah berbelas ihsan pada kita.

      Delete
  5. Semakin kita cuba khusyuk semakin banyak diasak utk mengajak minda lari. Patah balik sekejap, nanti lari balik - gitulah sampai salam.

    Comey bini dia:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibarat tarik tali kan, nak buat camane, kita teruskan juga sambil terus berusaha perbaiki kualiti solat kita.

      Delete
    2. Ibarat tarik tali kan, nak buat camane, kita teruskan juga sambil terus berusaha perbaiki kualiti solat kita.

      Delete
  6. Payah kalau kita nak jadi perfect. Kita ni manusia, banyak kelemahan. Tabik kat ticer Azimah sebab berani mengaku kelemahan diri. PH percaya ramai lagi yang alami pengalaman yang sama. Yang penting kita sentiasa cuba memperbaiki.

    ReplyDelete
  7. Oh, menusuk kalbu tetiba entri ni! Mana taknya, saya pun dapat merasakannya. Nak kata tak solat 5 waktu, secukupnya dah buat. Tapi itulah, masih lagi teringat hal duniawi even waktu tengah solat sekalipun! Kadang tu baru angkat takbir, tetiba ingat anak kat sekolah dah berambil ke belum. Si kecil tu dah sampai rumah ke belum. Dah makan ke belum. Itu baru angkat takbir. Yang 4 rakaat tu, entah mana yang paling khusyuk pun tak pasti. Lebih banyak tak khusyuk daripada khusyuk! Malunya...

    Suami saya selalu kata kalau dia bercerita hal-hal keagamaan, kisah Nabi-nabi dan sahabatnya, kenapa saya mendengar macam takda jiwa? Langsung takda rasa hebat, rasa sedih mendengar cerita. Saya pun malu nak ngaku sebenarnya yang saya tak rasa apa. Oh, sampai bilalah nak jadi macam ni....

    Ni tengah taip entri pun boleh terfikir bila nak habis tengok drama Korea!

    Aduh!

    Syaitan ke atau memang diri sendiri tu tak cukup kuat imannya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua2, sbb syaitan mmg kuat menipu daya pd kita lbh2 lagi kita pun iman tak seteguh mana.

      Delete
  8. Itulah mak. Nak kata tak solat, solat....tp masih berahi je dgn benda lagho ni. Habis tu acana ni?

    Tak pe mak, moga Allah terus beri kita peluang untuk terus memperbaiki amalan kita.
    Aku ada jugak macam tu mak ....lupa rakaat. Nak bagi puas hati aku solat sekali lagi huhu ..... malu sungguh dengan Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, rajin tu, ulang solat. Tambah rakaat je mak bila kita tak yakin dah cukup rakaat ke belum.

      In shaa Allah, moga Allah nilai mujahadah kita.

      Delete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign