Asam Garam Kehidupan: Tumis lobak putih.

Nuffnang

Pages

8 Jan 2017

Tumis lobak putih.

Biasa kalo arwah ma saya, nak masak lobak putih ni, masak lemak putih je, resipi di Terengganu, cincang-cincang, kena celur dulu bagi hilang rasa maung tu. Kan, lobak putih ni tak taula macamana nak described dia punya bau bercampur rasa tu Jadi bila jumpa lobak putih atau beli lobak putih ni, cuma itulah resipi yang tau buat.

  Apa? Nak resipi?alah..mudah sangat. Lobak putih tu cincang-cincang macam nak buat kerabu mangga tu, pastu celur sampai agak lembik, buang airnya.
Bawang putih, cili merah potong. Ikan bilis secukup rasa. Garam. Santan. Lebur je semua, tunggu mendidih. Siap.

Masa baru kawen, balik rumah MIL. Dia masak satu cara lain. Simple juga. Mula-mula cuak gak nak makan, sebab dia terus masak tak yah celur pun. Ishh..nak makan ke tak ni, tak makan kang kecik plak hati mak mentua, ermmmm...makanlah.

Sekarang den nak share ngan korang plak resipi mak mentuo den ni. Kalo korang nak rasa camane rasa lobak putih ni, trylah masak sendiri. Takdo susah do.

Tumis lobak putih.
Lobak putih, buang kulit, belah dua, potong nipis-nipis.
Rempah tumis-bawang, bawang putih, cili kering, diblend.
Ikan bilis, air asam jawa, garam.
Tumis rempah sampai garing, masukkan ikan bilis, air asam jawa. Masukkan lobak putih, tambahkan air, masak sehingga lembut dan perisakan dengan garam. Siap.

Ni resipi makan tengahari kitorang. Tapi bebudak ni biasalah takdo nak makan sayur sangat. Sebiji lobak ni masak camni bolehla makan tengahari dengan malam sekali.

Pun bagus untuk buat ubat arthritis katanya. Sebiji lobak putih, sebiji nanas masak, tiga biji buah keras. Blend, minum tiga bulan sekali. Yarghhh....memang tak sedap lansung, saya dah cuba.
Haa...yang ni sedap. Tak caye cubalah masak, pada sayalah. Tak taulah kalo tak kena ngan selera korang.

21 comments:

  1. MAKAN LOBAK PUTIH BAIK UTK MENCERAHKAN MATA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo yeke, saya ingat lobak merah je bagus utk mata, tapi lobak putih ni tak lalu mkn mentah, rasa dia maung sangat.

      Delete
  2. wah resepi baru nih..apenah try lagi lobak putih ni ..

    biasa yg oren xpun yang pepel (dalam Vivix) je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try jgn tak try, kita pelbagaikan resipi sayur dlm menu harian kita.

      Tak pernah tgk lagi lobak pepel ngn oren, apatah lagi merasanya.

      Delete
    2. Try jgn tak try, kita pelbagaikan resipi sayur dlm menu harian kita.

      Tak pernah tgk lagi lobak pepel ngn oren, apatah lagi merasanya.

      Delete
  3. Jeruk lobak saya kerap jugak makan tapi masak cara tu sala belum pernah makan. Ingin nak rasa makanan macam tu tapi malas nak ke dapur.

    ReplyDelete
  4. Jeruk lobak saya kerap jugak makan tapi masak cara tu sala belum pernah makan. Ingin nak rasa makanan macam tu tapi malas nak ke dapur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, carilah owg rumah en adam...bole dia masakkan mcm2 yg teringin nk makan.

      Delete
  5. Semasa menyusukan Alya suatu ketika dulu, inilah makanan harian saya, masak sup + udang kering, sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak sup? Tak pernah cuba, acu bg resipinya;)

      Delete
    2. Masak sup? Tak pernah cuba, acu bg resipinya;)

      Delete
  6. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, tambah air secukupnya, masukkan lobak putih, udang kering di tumbuk kasar, sedikit lada hitam, garam secukup rasa.

    Renih hingga lobak putih empuk, siap.. masa nak hidang, tabur bawang goreng + daun sup..

    ataupun masak sup ayam (seperti biasa) + lobak putih, resepi lain, masak lemak cili api udang + lobak putih.. sedap..

    Sebenarnya beranika menu boleh di masak menggunakan lobak putih.

    ReplyDelete
  7. Wah, bestnya..byk rupanya boleh masak, tak perlu celur yr. Masak lemak cili api udang + lobak tu mcm best je.
    Tq sharing tau.

    ReplyDelete
  8. KakG, saya masak lobak putih takde cincang2. Masak gitu jer sampai empuk. Biasa buat lemak putih

    ReplyDelete
  9. Ermm, akk ikut apa yg arwah mak buat je sbb dia kata nak buang rasa maung tu, kena celur dulu.

    ReplyDelete
  10. Kan? Lobak putih ada bau semacam tapi PH OK. Biasanya masak sup. First time tengok lobak putih masak macam ni.

    ReplyDelete
  11. pertama dan terakhir makan lobak putih masa pantang...kikiki...tumis air letak lada hitam sikit...sedap jugak..bykkan susu

    ReplyDelete
  12. pernah 1-2 kali aje masak lobak putih :)
    nice.

    ReplyDelete
  13. Tak pernah beli lobak putih mak....Aku beli sayur yg biasa biasa jer. Yg luar biasa malas nak try. Org lain bukan makan pun. Kang aku jugak yg kena habiskan...malaslah....

    ReplyDelete
  14. Tak pernah beli lobak putih mak....Aku beli sayur yg biasa biasa jer. Yg luar biasa malas nak try. Org lain bukan makan pun. Kang aku jugak yg kena habiskan...malaslah....

    ReplyDelete
  15. Saya bab sayur-mayur ni memang tak tahu ceritalah sebab kalau saya masak sayur, saya tak rasa. Saya tibai aje. Sedap tak sedap belakang cerita sebab bukan saya yang nak makan.

    Betul eh lobak putih ni rasanya lain macam tapi pernah sekali saya masak menu lobak putih ni takdalah pulak kelat muka HD masa makan. Ke suami saya tu semua jenis sayur pun boleh makan tanpa rasa apa-apa!

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign