Asam Garam Kehidupan: Bagaimana mengajar anak ke tandas.

Nuffnang

Pages

26 Feb 2017

Bagaimana mengajar anak ke tandas.

Kesian tengok anak-anak korang ni tau, 4 taun still pakai pampers maa. Dahla pampers mahal, susu mahal, ate...kome idok ke nak ngajo anak kome ke tandas? Apa? Susah? Idok le susah mane pun kalo tau tekniknya. Meh sini teman nak ajor kome semua ye.

Anak-anak den dulu yang nombor satu dengan dua je yang agak lama berpampers. Seingat teman sampai umur 4 tahun. Teringat ada satu parent ( den rahsiakan nama ye), anaknya masa tu dah umur 5 tahun, dan dia pun tengah sarat ngandung sanggup datang semula ke tadika sebab terlupa nak pakaikan pampers sebelum ke tadika. Pastu masa umur 6 tahun, 2, 3 bulan pun masih berpampers. Jenuh saya psiko supaya anak ni yakin nak buka pampers.

Ada juga kes, anak yang tak reti nak membuang kalo tak berpampers.  Terpaksalah pakaikan pampers, pastu dia pilah cari sudut-sudut tertentu untuk membuang, pastu terpaksalah ticer menahan nafas azab bau sebab dah makan macam-macam, cer lah bayangkan baunya boleh pengsan trauma dibuatnya.

Begini caranya.
Alhamdulillah Nadhrah belum pun dua tahun dah tak pakai pampers. Muhammad Hilman dan Umar Zikri masuk umur 2 tahun lebih dah tak berpampers.
Nak tau saya buat camane?
Bila korang tengok anak-anak dah faham apa yang korang cakap, korang dah boleh start ajar.

Camane nak tau anak dah faham apa yang kita cakap? Faham apa yang kita nak sampaikan pada dia? Kalo dipanggil dia datang, ataupun dia faham bila kita marah, kita suruh makan dia makan, maknanya dia dah boleh faham kalo kita nak ajar dia guna tandas. Haa, dah bolehla start ajar ke tandas.

Saya dulu anak-anak menyusu badan, so malam kadang tak kencing, kering je pampers. So pagi-pagi tu dia bangun je tido saya terus bawak ke tandas, bukak pampers bagi dia kencing. Sambil tu saya bagitau..nilah tandas, sayang kena kencing kat sini ye. Saya buat macam tu setiap pagi.  Dalam tempoh dua minggu selepas tu, saya try tak pakaikan pampers waktu siang. Ada juga dia terkencing. Biasalah tu kan. Tapi in shaa Allah dalam tempoh sebulan saya berjaya mengajar anak ke tandas.

Bagaimana kalau anak yang minum susu formula?

Sama juga. Cuma anak yang minum susu formula memang kencingnya lebih banyak berbanding anak yang menyusu badan. Katalah waktu pagi tu kita tengok pampersnya penuh, bawak juga ke tandas, bukakkan pampers dan tunggu dia kencing. Kalau dia tak kencing pun tak ngapa, tapi bagitau dia..ini tempat untuk kencing.

Yang jadi masalah problemnya kome le mok-mok ni, suka biar anak-anak tu berpampers lama-lama di pagi hari. Ate..memang le dia akan kencing dalam pampers. Hatta sibuk nak pi keroje pun bukaklah pampers anak tu, bawaklah ke tandas. Bukannya susah mana, atas rajin ngan idok je. Kalo teman boleh, takkan mike tak boleh yek..

Bila dia dah tau kencing di tandas, otomatik buang isi perut pun dia tau ke tandas, percayalah. Anak-anak saya semua macam tu. Cuma kalau nak berjalan je saya pakaikan pampers. Tapi bila dah sampai ke destinasi, kalau ada tandas, tetap saya bawa ke tandas. Tau plak dia menahan, sampai ke tandas terus kencing. Tido malam pun saya pakaikan, bukan apa, takut dia terlepas. Tapi Alhamdulillah, takdelah plak. Umar Zikri dulu seplastik pampers terakhir tu banyak lagi bakinya, sedekah kat orang sebab tidur malam pun dia tak kencing.

Nilah Umar Zikri masa umurnya 2 tahun, dah free pampers tu. 

6 comments:

  1. betul tu kak..kalau tak berpampers ni jimat, saya ni masa abg2 si adelya tu senang lepas free diapers terus tak berpampers dah walaupun tidur malam, tapi adelya ni tidur malam mesti pakai pampers, siangnya dia ok, tp sekarang ni sejak duduk rumah pengasuh lagi teruk sebab ada kawan sebaya yg masih berpampers jadi dia pun nak ikit, siap nak yak-yak dalam pampers nangis2 mintak pampers...aduhhh geram dibuatnya tapi buat keras jugaklah suruh dia p toilet

    ReplyDelete
  2. daripada cerita akak ni, saya perasan girl dgn boy ada beza kan. Anak perempuan saya pun belum 2thn dah free diaper. Ckp sekali jer dh boleh faham dan buang air di tandas.

    Anak2 lelaki saya, dua thn lebih baru boleh ke tandas sendiri. Itu pun jenuh, kdg2 terkucil juga ^_~. Dan skrg tgh train si Yusuf. Setiap pagi memang suruh dia buang air di tandas dan terus mandi utk ke taska. hehe

    ReplyDelete
  3. Betullah Azi anak yang susu badan memang cepat tak guna pampers seperti anak akak Iman 2 tahun juga dibandingkan abangnya 4 tahun masih susu botol 4 tahun tu juga pakai pamper. Dah masuk tadika 4 thn tu akak berentikan susu berentilah pamper.

    ReplyDelete
  4. Oh itu caranya, ticer hee..hee... PH ada jugak terfikir macam mana orang buat toilet training. Kena start awal2 kan.

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan ko mak. Daripada beli diapers, sanggup lagi mak ngajo diaorang membuang dlm toilet.

    Anak aku yg kecik tu mmg cepat free diapers. Belum 2 tahun rasanya.

    ReplyDelete
  6. saya pun tengah train anak kedua saya potty train.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign