Asam Garam Kehidupan: Bughots dan ghurobb.

Nuffnang

Pages

21 Feb 2017

Bughots dan ghurobb.

ISaya nak share dengan sahabat semua satu kisah yang saya dengar dari radio IKIM. Kisah dari sekian banyak kisah yang menggambarkan sifat Rahman Allah kepada setiap hambaNya, tak kira binatang, pokok-pokok, manusia sekalipun manusia itu hambaNya yang derhaka. Bagaimana Dia mengatur rezeki setiap hambaNya sedari dari alam rahim sehingga ke tarikan nafasnya yang terakhir. Tidak pernah Dia lupa sekalipun rezeki kepada seekor ulat di dalam batu yang terletak di dasar sebuah lautan....

Seorang lelaki diajarkan sebuah doa yang agak asing dan jarang diamalkan. Maksud dari doa itu lebih kurang begini..
  " Ya Allah, kurniakanlah kepadaku rezeki sepertimana Kau berikan kepada seekor bhughats,"

Bughats ni bahasa Arab bermaksud anak burung gagak. Rupanya anak gagak yang baru lahir tidak sama dengan ibunya ( ghurobb ) yang berbulu hitam. Ia kelihatan putih kerana belum ditumbuhi bulu. Jadi siibu tidak peduli kepada anaknya yang baru menetas itu, dia hanya memerhati dari kejauhan seolah-olah sikecil yang lemah itu bukan anaknya.

Jadi bagaimana sudahnya nasib sikecil itu..? Siapakah yang akan memeliharanya..? Akan bertahankah dia untuk hidup seterusnya..? Sedangkan untuk bergerak banyak pun belum mampu, terbang apatah lagi. Yang termampu olehnya hanya menggerak-gerakkan kepalanya seolah-olah mencari siibu, sedang siibu hanya memerhati dari jauh.., sangsi di hatinya..benarkah sikecil yang lain rupanya itu adalah anaknya..

Kalau anak manusia yang tak diterima kehadirannya, maka siibu akan meletakkannya di tangga masjid, di tepi tong sampah, dibunuh...

Tapi nasib si bughats ini di tangan Allah. Subhanallah...dari badannya yang tidak berbulu itu Allah jadikan satu aroma yang menarik datangnya serangga-serangga kecil kepada si bughats. Itulah yang menjadi makanannya sehinggalah dia agak besar dan ditumbuhi bulu. Tabarakallah....memang cantik sungguh kasih-sayang Allah kepada ciptaanNya.

Bila sudah penuh bulunya dan berwarna hitam seperti ibunya si ghurobb, barulah ibunya datang kepadanya, mengakui itulah anaknya. Dan mula menjaganya, memberinya makan. Sekarang si bughats sudah menjadi ghurobb sama seperti ibunya.

Dan ketika ini, aroma yang lekat di badannya selama ia bergelar si bughats sudah tiada lagi...kerana tanggungjawab memeliharanya sudah diambil semula oleh ibunya.

Subhanallah...begitulah cantiknya Allah menyusun hidup setiap hambaNya, tiada satu pun yang terlepas dari pemerhatianNya. Begitu sempurna.

Marilah kita selalu memerhati setiap ciptaanNya agar bertambah rasa beriman di dada kita, bagaimana langit yang tergantung tanpa tali, bukit dan gunung yang dipasakkan untuk mengukuhkan bumi, rumput yang tumbuh melata memegang lantai bumi...ya, tidak terhitung oleh lidah dan tidak tertulis oleh tinta jika mahu digambarkan sifat kebesaranNya..

11 comments:

  1. oo burung gagak rupnya. bahasa arab mmg lain2 anak dan mak sebutan lain. kalau melayu, anak gagak, mak gagak gitu je

    ReplyDelete
  2. Kan, yelah .kita ni tak tau bahasa arab, ada nahu saraf semua tu, rugi betul rasanya tk tau bhs arab, kalo tau bole faham al quran.

    ReplyDelete
  3. tak tahu nak menggambarkan perasaan saya ni bila membaca kisah gagak ni. sungguh Allah tak pernah melupakan makhlukNya, tapi manusia hambaNya sahaja yg selalu leka dan lalai utk mengingatiNya.

    semoga kita tak tergolong dlm org2 seperti itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita perbanyakkan merenung kepada setiap ciptaanNya, moga bertambah iman kita.

      Delete
  4. Ticer Azimah, this story is very interesting.

    ReplyDelete
  5. Luasnya kasih sayang Allah ye mak. Cantiknya aturan Allah. Pasti ada hikmah dan manfaat disetiap kejadian dan ciptaanNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, pada diri kita pun byk sangat tanda kebesaranNya.

      Delete
  6. Suka kan dengar radio IKIM
    Kakak pun dengar kisah ini Azi
    Jadikan renungan kita bersama.

    ReplyDelete
  7. suka baca cerita ni kak...Allah tak pernah lupakan kita, tp kita ni kadang lupa akan Allah, bukan kitalah tapi saya hehehe

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign