Asam Garam Kehidupan: Jangan guna bawang tumbuh.

Nuffnang

Pages

20 Feb 2017

Jangan guna bawang tumbuh.

Sebenarnya tak salah juga kalo kita senduk nasi dulu, pastu baru basuh tangan dan makan. Sebab apa tau, cuba pikir orang lain yang datang sebelum kita pun memang pi senduk nasi baru pi basuh tangan cam kita juga. Dekat senduk tu memang dah ada bakteria. Lainlah kalo semua orang alert pi basuh tangan baru pegang senduk. Ada juga restoran yang sediakan khidmat menyendukkan nasi, haa..kan bagus tu.

Ada lagi tips yang baru saya teringat dari kursus pengendalian makanan tu. Antaranya:

Kalo korang nak beli kentang, jangan beli yang ada warna hijau-hijau tu. Yang macam tu dah bertoksik. Pilih yang isinya masih keras dan takde warna kehijauan tu.

Lagi satu bawang, jangan beli yang dah tumbuh. Itu pun dah bertoksid. Bagi mak-mak yang jarang masak sampai bawang keluar daun dalam bakul tu, samada buang or rajinkanlah diri tu pi semai dalam pasu, boleh gak guna daun bawang tu nanti, hehe..janganlah marah.

Saya dapat tips ni juga, semut tak suka bau cuka, so saya beli khusus ni nak buat lap meja, sebab pantang ada sisa makanan atas meja, mulalah semut berkerumun, entah ceruk mana datangnya. Alhamdulillah,takdedah semut datang. Saya try mop lantai juga dengan cuka ni, tapi baulah sikit.
Belakang rumah, ada tapak buang sisa buangan dari projek perumahan berhampiran, cam batu, papan2, dan entah apa2 lagi, jadi banyakla lalat berterbangan kat tingkap dapur saya, kadang hitam kat lantai dapur, so saya try lap cermin tingkap guna cuka, serta-merta hilang lalat tu.
Saya ada tiga chopping board, satu untuk siang ikan, tu yang dah comot tu, entah bila nak pi beli baru, haha..
Satu yang masih putih tu untuk potong2 saya, dan yang oren tu saya guna untuk canai karipap. Ingat tau, jangan campur2 chopping board ni, bakteria.

9 comments:

  1. Thank you for the tips kak Azimah

    ReplyDelete
  2. Oh... baru kakak tahu guna cuka
    Balik kampung kakak nak cuba sebab rumah kg kakak banyak semut.

    ReplyDelete
  3. terima kasih kak, hari ni byk belajar ilmu baru...
    paling teruja nak cuba guna cuka tu, maklumlah hidup di sekeliling anak2 belum baligh ni, tumpah sana-sini! semut pun sukalah...

    ReplyDelete
  4. Baguslah Azi bagi banyak tips ni...banyak yang akak boleh tau,apatah lagi surirumah sepenuh masa ni.Sebelum ni akak suka guna bawang yang dah tumbuh tu...biasanya akak habiskan dulu yang itu baru guna bawang yang lain.
    Kat rumah akak ni pun banyak semut .Kebetulan ada sebotol cuka yang dah lama simpan...lepas ni mudah2an takde masalah semut lagi.Terima kasih Azi.

    ReplyDelete
  5. thanks for sharing...byk kegunaan cuka ni..

    ReplyDelete
  6. Rumah aku pun banyak semut mak sejak kebelakangan ni. Nak trylah guna cuka. Ada je cuka masak tu. Boleh gunakan?

    Kalau ikutkan betul betul mmg sana sini bakterialah ek mak....
    Lecehlah pulak ek kalau kejap kejap asyik nak kerja basuh tangan.

    ReplyDelete
  7. Banyak kegunaan cuka ni rupanya....
    Boleh la cuba nanti.

    Kentang pernah terbaca jangan beli yg hijau, tapi bawang makchaq hentam ja guna yg dah tumbuh2 sikit tu.. x tau pulak beracun..

    ReplyDelete
  8. Tips berguna untuk orang dapur.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign