Asam Garam Kehidupan: Perkongsian menarik radio IKIM.

Nuffnang

Pages

9 Feb 2017

Perkongsian menarik radio IKIM.

Seorang lelaki mengadu kepada seorang lelaki soleh tentang kemiskinan hidupnya, kesusahan yang dihadapinya setiap hari. Lalu orang soleh itu mengatakan bahawa sebenarnya setiap orang dari kita ni sebenarnya kaya raya. Kehairananlah lelaki itu lalu bertanya penjelasan yang lebih lanjut.Terjadilah perbualan yang lebih kurang begini antara mereka..

" Mahukah kau tukarkan sebelah matamu dengan 10 ribu dirham?"

" Oh, manakan boleh begitu, aku tak mahu."

" Kalau begitu, mahu kah kalau aku tukarkan 10 ribu dirham lagi untuk sebelah pendengaranmu?"

" Yang begitu pun aku tak mahu."

" Aku tawarkan 20 ribu dirham untuk kedua belah tanganmu, bagaimana?"

" Oh, aku tak mahu, tak mahu.."

" Kalau begitu, dengarlah baik-baik, begitulah nisbahnya pemberian Allah kepadamu jika ditukarkan dengan wang. Tapi adakah Allah meminta bayaran di atas setiap pemberianNya kepadamu, Dia hanya minta kamu bersyukur dan menggunakan setiap pemberianNya kepada kebaikan."

~ Kita ni macam tulah kan, selalu menilai kekayaan dengan pandangan mata kasar, dengan melihat harta benda, kemewahan, rumah besar, padahal harta begini tidak boleh membawa kita ke mana jika tiada iman. Harta bertimbun pun hidup terasa sempit dan menyesakkan dada, jiwa kacau, hidup tunggang langgang, sampai satu tahap sudah tak mampu menangani tekanan hidup sehingga sanggup membunuh diri...itulah kemusnahan tahap kronik bila tiada iman di dada.~
Radio JOC, boleh dengar bacaan Al Quran di mana saja, saya suka dengar radio IKIM, saya boleh dengar kat dapur, kat bilik, pendek kata ni harta yang saya sayang sangat ni. Harga pun tak mahal, dulu beli rm46 je, sekarang boleh dapat lagi murah ni. 

18 comments:

  1. Oh.. ini pagi tadi punya motivasi pagi Azi
    Kakak tiap hari 24 jam memang dengar radio IKIM aje
    Kat kereta, office, rumah tak pasang radio lain

    Bulan ini giliran ustaz Pahrol utk motivasi pagi. Best kan
    Sama-sama kita renungkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak, ni pagi tadi lps subuh punya motivasi. Terkesan sungguh di hati.
      Saya pun tk pasang radio lain, lagi ada radio kecik ni, senang bwk ke mana2, bateri caj je.

      Delete
  2. Pagi tadi akak tak sempat buka radio pun....terima kasih lah dengan perkongsian yang menarik ni.Alhamdulillah walaupun hidup sederhana tapi hati tenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak, yg perlu hati tenang, kita redha dgn setiap pemberian Allah.

      Delete
  3. Betul tu. Kekayaan bukan sahaja diukur dari segi matawang dan harta. Thank you ticer Azimah for sharing. PH pun boleh belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, perkongsian universal, walau kita berlainan agama, still relevan utk sama2 kita ambil pengajarannya.

      Delete
  4. Kak baru dihadiahkan radio ni bolehlh dgr bacaan alquran smbil ngaji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhmdulillah, mmg radio kecik ni byk sgt manfaatnya kak.

      Delete
  5. Setuju kak.. Kite ni memang acap kali kurang bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.. Kadang lupa.. Leka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insan tu bhsa arab makna lupa, org putih kata insane maknanya gila.

      Delete
  6. Betul! Kita selalu 'tak nampak' hal2 begini. Selalu pandang remeh... Allahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb tu kita kena saling mengingatkan.

      Delete
  7. Akk.. Boleh x lady copy n paste d fb lady. Akn dikreaditkan ke blog akk jika dapat keizinan. Insya Allah

    ReplyDelete
  8. Ya, sila2x, apa salahnya berkongsi ilmu supaya ramai lagi dpt manfaat.

    ReplyDelete
  9. kaya bukan setakat duit..banyak lagi nikmat Allah yang lebih berharga dari wang ringgit.harap kita tak lupa bersyukur

    ReplyDelete
  10. Ya, bersyukur kuncinya. Tak bersyukur buat kita rasa serba tak cukup

    ReplyDelete
  11. Manusia yg tak tahu rasa bersykur ye mak. Dah diberi nikmat yang banyak pun masih tak cukup lagi huhu....
    Moga kota semua diberi hidayah olehNya kan mak. Apa yg melekat kat badan kita ni pun dah tak ternilai harganya huhu

    ReplyDelete
  12. Ya betul, yg Allah bagi ni percuma je, cer gi buat gigi palsu, palsu je pun, mahai tk payah cerite lah. Tapi brpa ramai sangatlah yg boleh berfikir dan mau bersyukur di atas setiap pemberianNya.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign