Asam Garam Kehidupan: Perkongsian yang berharga.

Nuffnang

Pages

6 Feb 2017

Perkongsian yang berharga.

Sabtu lepas, 4/2/2017, tadika saya telah jemput seorang wakil Pertim ( persatuan tadika islam malaysia ) puan Munirah untuk isi satu slot tentang pendidikan awal kanak-kanak dan parenting knowledge untuk ibubapa anak-anak tadika kami.

Saya ceritakan apa-apa yang saya teringat yea. Memang satu majlis ilmu yang banyak sangat manfaatnya buat ibubapa yang masih muda macam yang kat tadika saya tu, and ofkoslah for me juga, yang dah agak kertu still dapat manfaatnya.

Kalau remaja yang ada sekarang ni digelar gen Y, tapi anak-anak yang bakal membesar ni digelar sebagai gen alfa pula. Generasi yang sangat expose pada segala gadjet dan kemudahan internet, jika tidak dibendung alamat rosaklah masa depan mereka. Sehingga mereka rasa segala kemudahan ada di hujung jari, nak cari duit pun tak perlu keluar rumah, tak bergaul, tak bermasyarakat, apa jadi agaknya pada generasi akan datang? Jadi sebagai ibubapa pandai-pandailah  membenteng anak-anak sebab mereka pun akan dewasa, jadi ibubapa, jadi pekerja, jadi pemimpin masa depan.

Ibubapa zaman sekarang ni suka sangat bagi gadjet kat anak-anak, supaya anak-anak diam, ralit dalam dunia imaginasi, sebab taknak anak-anak mengacau, kurang komunikasi dengan anak-anak sehingga kadang tu anak-anak lebih suka berkongsi masalah dengan kawan-kawan. Ada ibubapa yang terlampau push anak-anak supaya belajar, belajar sehingga tiada ruang untuk bermain dan bergaul sesuai dengan perkembangan usia mereka. Ada juga parent yang nak anak pandai, tapi tak tau macamana nak bagi  moral support supaya perkembangan anak-anak seimbang mental dan spiritualnya.

Ada sesi selingan supaya hadirin tak stress sangat. Part ni yang bestnya. Part ngenakan orang. Tapi bukanlah mengenakan secara melulu. Ada hikmah dan pengajarannya. Yang best parents sporting dan semuanya enjoy dengan acara selingan ni. Dan semoga segala ilmu yang dicurah oleh puan Munirah dapat mereka praktikkan dalam mendidik anak-anak. Banyak lagi perkongsian yang menarik, tapi biasalah saya kan, konon terer boleh ingat tanpa catitan, tak sedar awak tu makin kertu, otak tu lambat dah nak cerna, pastu cepat lupa, so..pengajarannya jangan ikut cam saya, rajin-rajinlah korang mencatit bila ikut kuliah atau motivasi.

Pn Munirah yang sempoi, anak-anak berlarian dalam dewan, takpe..katanya, biarkan aje mereka dalam dunia anak-anak, jangan dibantutkan keriangan mereka nak bergaul, bermain..
Gimana pak? Bisa ngak nulisnya? Siap sila panggung kau, hehe, baru tau.
Parents memang nak anak-anak pandai, tapi jangan paksa anak-anak dengan suatu yang diorang tak faham, itulah yang pn munirah nak bagi parents ni faham. Mereka hantar anak-anak ke tadika,  di tadika (tak semua ye) anak-anak dipaksa belajar, menulis, duduk, tak boleh bising..padahal sebenarnya anak-anak sebenarnya seronok bila boleh belajar sambil bermain, ada aktiviti yang menyeronokkan.
Tulis ya pak, siapa yang guna tangan kanan sila tulis dengan tangan kiri, begitulah sebaliknya. Tulis pulak tulisan cina dan korea. Susah kan. Camtulah yang anak-anak korang rasa, bila kena buat sesuatu yang tak menyeronokkan pun, pastu tak siap, bawak balik sambung homework kat rumah, stress anak-anak.
Para ibu yang best, dapat buat aktiviti yang menyeronokkan, cucuk manik warna-warni guna benang. Hujung benang disalotep untuk memudahkan manik tu masuk. Kan best. Camane ibu-ibu rasa seronok, anak-anak pun tentu seronok bila ada aktiviti belajar sambil bermain macam ni.

27 comments:

  1. ye lah kak, saya pun ada sorang anak gen Y dan alfa ni. Memang risau mengingatkan masa depan mereka...tak tahulah mamanya boleh beradaptasi atau tidak!

    Seronok ye dapat hadir kelas ilmu parenting macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sentiasa kena tmbh ilmu parenting, sentiasa belajar KB, bukan senang ye nk didik ank2 dlm zaman serba mencabar ni.

      Seronok sgt, bermcm ilmu boleh dpt.

      Delete
  2. Betul tu, ticer Azimah, zaman sekarang banyak cabaran untuk membesarkan dan mendidik anak2. Sesi parenting knowledge tu macam seronok pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg seronok menambah ilmu secara santai ni, tak stress.

      Delete
  3. Bagus ada kelas parenting macam ni..
    Sekurang2 nya kaum bapa tahu bgmn susahnya utk mendidik anak kan..

    ReplyDelete
  4. Bagus buat progrem macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada permintaan dr parent utk buat lagi prog mcm ni.

      Delete
  5. bagus ada program macam ni.

    takut juga nak mendidik anak2 pada zaman ni, moga dapatlah saya didik anak2 saya dengan baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, tmbh ilmu dan bergantung pd Allah.

      Delete
  6. Setiausaha Pertim Puan Rozita tu kawan aku mak. Satu sekolah dulu. Kawan aku semuanya hebat hebat belaka, aku jer yg ketinggalan haha ....

    Yelah kan buat perkara yg kita tak suka mmg lah stress. Gitulah agaknya budak. Habis tu nak buat mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko hebat sbg suri hati tuan ehsan ko lah mak, jgn tk tau, besar hati tuan ehsan tu.
      Pn rozita tu pndai sgt bercakap hal pendidikan ank. Ada satu hari tu dia kt radio IKIM.

      Budak2 suka bljr smbil bermain mak, smbl nyanyi2, smbl buat aktiviti.

      Delete
    2. Dah tentu mmg bidang dia mak. Dia ada gak masuk TV tu

      Delete
  7. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Wah, bagus amat kelas parenting tu, jika ada di tempat saya tentu saya akan sertai juga untuk menambah pengetahuan. Untuk memahami budak-budak atau anak-anak kena menyelami perasaan mereka, dengan maksud kena jadi macam budak-budak atau anak-anak. teringat ketika terlibat dengan perkhemahan ibadat yang hampir 200 orang peserta. rasa macam 'tak cerdik' bila memaksa diri menjadi budak-budak untuk memahami mereka. Tetapi itulah hakikatnya, mereka mudah menerima apabila kita masuk ke dalam dunia mereka dan berbicara dengan bahasa mereka...Allahu jalla a`lam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.
      Trmkasih atas doanya
      Saya dah 20 tahun ddk dlm dunia ank2, saya kalo bcakap dgn budak2 kira mmg kena guna bahasa utk mudah bg dorg faham. Kadang bila ajar math, saya perati camane budak tu ajar budak lain, then saya apply kpd mereka
      Tapi saya bila nk bercakap depan parents habis ketaq lutut..

      Delete
    2. Wsalam.
      Trmkasih atas doanya
      Saya dah 20 tahun ddk dlm dunia ank2, saya kalo bcakap dgn budak2 kira mmg kena guna bahasa utk mudah bg dorg faham. Kadang bila ajar math, saya perati camane budak tu ajar budak lain, then saya apply kpd mereka
      Tapi saya bila nk bercakap depan parents habis ketaq lutut..

      Delete
  8. Zaman ky membesarkan anak dh lepas. Risau pulak cucu yg dlm gen y dn alfa ni. Mcmna masa depan diarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa tk risau KY, terlampau byk ujiannya.

      Delete
  9. Satu pendekatan motivasi yg bagus. Bagi parents membuka minda dan mata hati. Siapa tak nak anak pandai kan. Tapi dimana kita sebagai parents membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak, motivasi ni mmg nk bagi parents yg muda2 di luar sana tu bgmana kaedah yg betul utk mendidik ank2 di peringkat awal.

      Delete
  10. memang kena selalu tambah ilmu parenting ni kak, kita pun selalu kena belajar. sebagai ibu bapa kita bukan selalu betul juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, setuju. Kita ibubapa ni kena mpersiapkan diri dgn ilmu dunia dan akhirat.

      Delete
  11. Kalau Fatimah ni gen alfa la ek. 😍😍😍 Alhamdulilah.. Kite sama2 didik gen alfa ni. Lady rs lady gen Y.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gen Y dan gen alfa.
      Akk gen tu dah. Hihi.

      Delete
  12. Hehee btul. Reen pun kalau tgk anak2 org berlari kehulur hilir, panjat sane dan sini.. Biarkan aje. Budak2.. Lebih bagus begitu. Otak mereka lebih active dari waktu bermain dengan gadget..

    Kalau waktu berlari, jatuh? Xpe.. Belajar bangun sendiri. Kalau menangis pun sekejap.. Lepas tu main lagi. Sama macam zaman reen waktu jadi kanak2 riang dulu..

    Heheee anak2 reen pun reen nak didik macam tu. Bagi mereka main pasir.. Main lecak.. Main kejar2.. Berenang kat sungai.. N lain2 activiti lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reen pun suka kalau waktu bekerja.. Blh main.. Boleh borak.. Boleh ketawa. Sambil buat kje.. Sambil borak.. Yg penting kje siap dan berkualiti

      Delete
  13. risau jugak walaupun belum kahwin lagi..sebab sekarang persaingan sengit, tu yang ibu bapa dah start push anak dari awal. kesian juga pada diorang.tapi bab gajet tu saya setuju..hehe

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign