Asam Garam Kehidupan: Sebagai ibu saya marah dan sedih.

Nuffnang

Pages

2 Feb 2017

Sebagai ibu saya marah dan sedih.

Sedih. Marah. Itu yang dapat saya katakan. Perasaan seorang ibu. Saya rasa anak saya teraniaya. Sewenang-wenangnya orang nak kenakan dia. Janji lain, beri lain.

Anak saya Muhammad Danish tu sementara menunggu keputusan SPM memang berhasrat sangat nak ambil lesen kereta. Nak harap abah support, nampaknya mustahil. Kami bukanlah tergolong makpak duit berkepuk, ada cukup-cukup makan, menabung sikit untuk hari depan diorang juga, dia faham...Alhamdulillah.. Jadi dia nak usaha sendiri. Dapatlah kerja sementara.

Janji gajinya rm900. Bulan pertama tu dia start kerja dah pertengahan bulan, jadi bila dapat gaji dalam rm300 lebih, saya taklah kisah pun. Faham, kerja sikit hari gaji pun sikitlah kan.

Tapi saya dah rasa pelik dari awal. Dari awal kerja takde cuti. Annual leave maksud saya. Setahu saya walaupun belum confirm, seorang pekerja pun ada hak annual leave. Ke saya salah????. Ni bila nak cuti kena tolak gaji??? Betul ke macam tu???

Dia boleh cuti hari ahad je. Hari sabtu pun kerja full day, 8 to 5.

Nak jadi cerita minggu lepas abah takde. Pegi Kedah hari rabu. Petang rabu tu dia balik jalan kaki. Tengah jalan kena kejar dengan sekumpulan anjing. Ya Allah berderau darah saya. Alhamdulillah, tengah kalut dia nak selamatkan diri, banyak kereta dan motor berhenti. Syukur sangat.

Haah, kami takde kenderaan lain, hanya sebuah kereta. Kalau abah takde, kami memang patah kaki. Nak beli  lagi satu, walaupun kereta kecil, tak mampu rasanya. Banyak komitmen, anak-anak nak sambung belajar, semua tu bukan sikit belanjanya.

Jadi keesokan hari tu, hari khamis dan jumaat dia ambik cuti. Saya pun rasa keberatan nak suruh dia pegi dan balik kerja jalan kaki. Bimbang saya kena kejar dengan anjing lagi. Ada satu hari, hari sabtu pun dia amik cuti sebab kami nak ziarah ada saudara meninggal. Kira dah 3 hari cuti.

Tapi baru ni sempena CNY, hari isnin 30/1/2017 tu kan kira public  holiday. Rupanya hari tu dia kena kerja, tapi dia ingatkan cuti. So dengan tak sengaja dia tercuti lagi. Jadi 4 hari cuti.

Saya nak tanya korang, kalau public holiday tu sepatutnya cuti, bolehke tolak gaji kalau tak pegi kerja?? Kalau pergi kerja pun kena bagi double atau triple pay kan?

Ok, fine. Tolak gaji, 4 hari. Sehari rm30, dah tolak 4 hari rm120, sepatutnya gaji dia rm780 kan. Tapi bila dapat gaji bosnya bagi rm655 saja dengan alasan dia banyak sangat ambik cuti. Eh! Sape yang sawan nih?? Dah tolak gaji 4 hari kan, habis tolak apa lagi tuh?? Tak ke aniaya orang tu. Tak takut dosa ke, ke tak faham?? Kita islam sesama islam, melayu sesama melayu, kenapa buat macam tu??

Memang sebagai ibu,  saya terkilan sangat. Saya rasa macam nak buat report kat tribunal tuntutan pengguna. Atau nak tepon bos tu sound kaw2 punya. Eh!! Saya emosianal sangat kan. Pada pendapat korang la apa patut saya buat. Dah report kat abah, nampaknya abah cool je. Takde pun nak melenting macam saya sorang mak nih??

Cadangnya nak cari kerja lain. Belikan basikal. Biar senang sikit dia nak pergi dan balik kerja.

10 comments:

  1. bagi irda abaikan je lah kak..selalunya boss2 yg xbertemadun ni dengan budak2 habis spm dia mkg lagu tu...xpe kak..mana yg rezeki anak akak..tp dia xbagi xpergi mana pun duit dit atu..pasti ada problem banyak atau sikit business dia..n kalau ia rezeki anak akk..tp dia xdpt..mungkin allah bagi rezeki lain..seperti sennag lulus amik lesen ke..xperlu repeat..sbb repeat duit lagi..berlapang dada je kak..org macam tu kalau kita gaduh2..dia bukam boleh berubah pun..sbb kepala dah keras hati dah batu

    ReplyDelete
  2. Yalah Azi sebagai ibu dh tentu rasa terkilan bila berlaku begitu....tapi akak harap Azi bersabar lah dugaan ni.Akak pun penah rasa pengalaman anak sulung akak bekerja sementara di Mydin.Bukan kerana gaji tapi masalah lain....memang geram akak masa tu.
    Semoga lepas ada basikal nanti ak

    ReplyDelete
    Replies
    1. # maaflah Azi ayat trgantung pulak ....
      Semoga anak Azi akan dipermudahkan utk mencari rezeki sementara cuti ni.

      Delete
  3. KakG bawak bertenang. Tarik nafas dalam2, lepas ok...hihi

    Pd pendapat saya, ada nampak macam teraniaya jugaklah Danish ni. Cuba akak check balik term and condition masa sign surat tawaran kerja tu. Kalau melanggar terma ttg gaji, cuti etc yg company tu dah tetapkan, akak bolehlah argue balik kat boss tu. Buat kaw2 punya tau kak!. Ataupun akak boleh buat report kat Jab.Tenaga Kerja. Untung2 boleh dpt balik gaji yg tak dibayar tu ^_^

    Saja tanya, jgn marah ek...Danish tak boleh pandu motor?

    ReplyDelete
  4. Bwk motor bole je, pandai je w/ pun tkde lesen, masalah motor pun kami takde. Suami akk penah accident motor, dia jadi serik naik motor, sejak tu takde motor smp sekarang.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Turut bersimpati dengan apa yang berlaku. Apa pun sabar dulu kak. Cuba akak tengok dalam pay slip tulis macamana... kalau meragukan boleh je tanya majikan dengan baik. Ataupun cari kerja lain. Biasalah majikan dengan budak-budak yang baru belajar bekerja ni...tapi tidak semua begitu, ada majikan yang juruh...

    ReplyDelete
  6. Ticer Azimah, sebelum sound kat bos tu atau ke tribunal, mohon siasat dulu sebab untuk pekerja sementara (part timer) mungkin terma dan syarat2 berlainan kot bergantung atas polisi syarikat. Atau mohon penjelasan dari bos tersebut, mana tau kerani akaun dia salah kira ke apa. PH bersimpati kat Muhammad Danish sebab baru aje mula kerja. Masih mentah, kesian dia.

    ReplyDelete
  7. Pandangan saya NA, mungkin ia ikut gaji hari, maksudnya jika cuti walaupun di hari minggu, ia tidak dikira sebagai gaji.

    Anak bujang sayapun bekerja sambilan, awalnya dapat bantahan dari kami (yalah anak tak pernah kerja2 berat)

    Gaji RM55/hari, setiap 2 minggu terima gaji, dapat le merasa duit gaji anak. Awalnya ditolak tapi dia berkeras juga hulur, katanya memang niat nak berkongsi dengan umi abah..

    Banyak hari dah dia cuti dalam minggu ni, belajar kereta, minggu depan pula 4 hari kena handle Alya sorang2 (mungkin dia bekerja juga sambil tu makan gaji dengan umi - kekdahnya 2in 1.

    ReplyDelete
  8. Budak2 lepas SPM ni mungkin dia kira kerja sambilan aje.
    Ada kerja ada gaji. Xde term dan syarat apa2 pun. EPF pun Xde.

    ReplyDelete
  9. Mak tak de pengalaman bab kerja macam ni weyh. Tapi betul jugak ckp PH tu, sebelum ko report kat Tribunal tu baik mo check dulu dengan boss dia mak. Kang takut kita pulak yg bopeng.... Dia keja gaji hari ek mak? AKu rasa kalau gaji hari, Public holiday tu tak dibayar mak. Diaorang bayar hari yg kita kerja je kot

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign