Asam Garam Kehidupan: Alhamdulillah, dah boleh baca.

Nuffnang

Pages

30 Mar 2017

Alhamdulillah, dah boleh baca.

Alhamdulillah, target 3 bulan boleh membaca tercapai. Teman ler yang rasa lega sesangat. Cuma ada 3 orang je lagi yang agak slow, tapi in shaa Allah rasanya sebelum menjelang hujung tahun diorang pun boleh lancar membaca.
Inilah buku yang saya guna untuk ajar anak-anak ni membaca. Kaedah e-Xra ni memang berkesan berbanding kaedah mengeja yang kita belajar dulu-dulu. Ada 3 buku, yang bestnya anak-anak ni saling berlumba nak menghabiskan setiap buku. Tapi biasanya bila dah masuk buku terakhir, tak habiskan buku tu pun diorang dah boleh membaca dengan lancar.

Free stail, ni aktiviti membaca selepas mandi tengahari sebelum tidur.
Saya lambakkan buku cerita, diorang ralit membaca, saya boleh buat kerja lain.
Ralit membaca sampai tak perasan saya amik gambar.
Moga anak-anak ticer ni menjadi anak-anak yang cerdik, pintar, soleh, solehah, berakhlak sehingga dewasa. Aminnn.

16 comments:

  1. Alhamdulillah, berkat usaha ticer, dah pandai anak2 membaca.

    Saya belum pernah tahu buku e-xra ni. Modul BM ke BI kak. Excited pulak nak tahu. Anak2 saya, biasa guna buku Bacalah Anakku....dari yg sulung sampai anak no.3, si kecik tu pun cadangnya buku yg samalah. Kalau e-xra ni lagi bagus, bolehlah beralih arah

    ReplyDelete
  2. Bagus jugak kalu dah ada kaedah baru utk anak2 cepat menguasai bacaan..

    ReplyDelete
  3. eXra ada dua modul, BM dan BI, tapi kami guna BM je. Akk rasa buku ni lagi bagus, sbb akk pernah guna bacalah anakku, cahayaku, tapi buku ni lagi senang nak guna, takde trick pun, so parent pun boleh ajar sendiri di rumah.
    Cuma akk tak sure di Perak nun ade ke idok centre dia, ater cubalah mike google yek

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Alhamdulillah, bagus ye kaedah extra ni. Semakin mudah utk anak-anak menguasai bacaan. Moga mu`allimah nor azimah sentiasa sukses dan dipermudahkan dalam mendidik ahli-ahli fitrah ini....

    ReplyDelete
  5. comel je..macam-macam gaya membaca anak2 nih.

    tak pernah saya tengok buku ni, boleh try cari ni

    ReplyDelete
  6. Wahhh, alhamdulillah. Kalau saya dulu ingat belajar guna buku Bacalah Sayang. Hehe

    ReplyDelete
  7. Benda yg baik elok dikongsi. Tapi tak tau kat mana nak beli buku tu.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah mesti rasa seronok bila diorang dah boleh membaca kan. hehee.

    ReplyDelete
  9. Cepatnya.. 3 bulan dah boleh membaca...
    Bagus betul la kaedah eXra ni..

    Tak pernah tengok/jumpa lagi buku ni..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah cepat gak 3 bulan dah boleh baca tu

    ReplyDelete
  11. keja seorang pendidik ni bukannya senang. sy tabik pada mereka yang memilih bidang kerja ni. sangat berbakti mencurahkan ilmu kepada anak murid :)

    ReplyDelete
  12. macam2 gaya depa membaca..yang baring tu tak tahan, feel at home..bagus, ada persaingan sihat nak cepat habiskan baca buku..

    ReplyDelete
  13. 3 bulan dah pandai membaca? Anak saya dulu setengah tahun juga baru pandai membaca. Harapnya yuran aje mahal. Sikit-sikit nak suruh hantar kelas tambahan. Letih dengar suggestion cikgu tau!

    ReplyDelete
  14. Bagus kalau budak2 suka membaca. Amalan yang baik, kan ticer?

    ReplyDelete
  15. eXra? Dulu zaman anak aku.... Bacalah Sayang ke hape. Lupa dah. Zaman pun dah berubah takkan nak guna benda sama lagi ek mak.

    Pandaikan ko mak, gula gulakan budak tu ngan buku. Nasiblah aktiviti sihat hihi...
    Depa ralit tu ko buat apa mak? Blogging ke ?

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign