Asam Garam Kehidupan: Berkelah di tepi lebuh raya.

Nuffnang

Pages

21 Mar 2017

Berkelah di tepi lebuh raya.

Tulah nikmatnya balik kampung ramai-ramai, padat grand livina abah. Singgah TBS amik kakak. Tujuh orang, si Umar Zikri je yang kira badan kecik, nasib baiklah semua kurus-kurus, sumbat dah jadi macam tin sardin plak. Alah, nanti kakak dah kerja, abang dah kerja belilah kerete sendiri. Buat masa sekarang ni, sempit sikitpun takpelah, bukannya selalu balik Terengganu pun.
Hujan sepanjang jalan, hingga ke Kuantan. Risau juga sangkut banjir.
Mendung sepanjang LPT. Tapi Alhamdulillah, masuk negeri Terengganu, elok plak cuacanya, tak hujan pun. Kat negeri Sembilan, kampung suami, Pedas Rembau plak yang banjir. Pantai timur tak banjir.
Bekal makan, sotong masak sambal, ikan goreng tepung, sambal ikan bilis kentang, sayur dan ulam. Memang biasa bekal-bekal camni. Singgah makan kat mana-mana RnR. Makan rileks2, tunggu masuk waktu zohor, siap jamak, baru gerak semula. Lagipun puas hati masak sendiri, kenyang pun kenyang, tak crowded macam kat kedai makan..lagipun si kakak dah craving nak makan masakan ibu.
Jemput makan semua. 

19 comments:

  1. KALAU JLN JAUH ELOK SGTBAWA BEKAL N RENTI MKN KAT MAA2 RNR BERKELAH SANTAI SEKELUARGA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, sambil berjalan sambil berkelah, seronok, jimat pun jimat.

      Delete
  2. Sedap laukpauk tu Azi...
    Akak pun kalau jalan jauh anak beranak pasti bawa bekal..Lagipun boleh berjimat sikit.Cuma skg anak dah tinggal satu dua org ni biasa membeli juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kak, sementara masih ank ramai2 ni, bolelah masak2 bekal, nnt kalo tggl berdua rasanya mkn beli juga.

      Delete
  3. Wah seronok kan bila ramai2 travel, tapi ok sebab banyak rnr... biasanya budak2 yang cepat tak tahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah tk risau, rnr merata. Mknan ringan pun ada jual. Kalo brjln jauh ank2 biasa tido byk.

      Delete
    2. Tulah tk risau, rnr merata. Mknan ringan pun ada jual. Kalo brjln jauh ank2 biasa tido byk.

      Delete
  4. Gayanya kita 1 geng, ke mana pergi, tetap ada bekalan..simple xper, janji selera kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, geng yer. Tu yg penting, kita masak mesti kena dgn selera kita, kalo singgah kt kedai tu, ada je yg tk kena, penah sekali terkena, ikan cencaru bakar je pun, sekor 8 hengget, yg sedeynya ikan tu dah busukk.

      Delete
  5. Oh, rajin ticer masak buat bekal. Seronok plak PH baca pasal ticer balik TG :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Citer balik kapung sendiri ni PH, mmg boleh tumpang seronok.

      Delete
  6. terliur tgk lauk-pauk bekal balik kpg..mmg betul, kalau blk kpg time cuti sekolah, R n R selalu penuh sesak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kalo singgah mkn kt rnr tu mmg penuh org, lauk pun byk dah habis.

      Delete
  7. Bawa bekal lebih menjimatkan hehee. Terliur pulak tengok sambal sotong tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal sotong sempoi je syed, ank2 suka masak yg simple2 ni.

      Delete
  8. assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Oh, Akak balik terengganu ye, memang kat Kuantan hujan semalam setelah sekian lama panas menggigit kulit, lebat pula tu sekali dengan berangin. Kecur air liur pula nengok juadah yang terhidang tu....sama la macam kami sekeluarga, kalau travel ke mana-mama, lebih selesa membawa bekal. Tapi sekali-sekali singgah juga di kedai makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Terengganu ni panas ustaz, takde setitis hujan pun, berdenting kata org. Nak gi pasar kedai payang tu pun malas, dahla jem, cuti2 ni ramai org, panas plak tu. Baik dok rumah beli kepok leko makan anak beranak puas2.

      Delete
  9. Best macam tu NA..
    Bawa bekal dari rumah..
    Tak yah sibuk mencari makan di RNR tu..
    Terliur pulak tengok masakan kome tu :)

    ReplyDelete
  10. Bestnya mak makan kat RnR.... Rajin ko masak mak. Dalam kereta mesti ko tido kan mak. Sebab penat masak hihi...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign