Asam Garam Kehidupan: Cinta terpendam.

Nuffnang

Pages

9 Mar 2017

Cinta terpendam.

Seorang tokoh Hollywood, Walt Disney. Dia seorang lelaki tampan dan simpatik. Dengan modal yang mencukupi dia membina kariernya. Dia punya seorang setiausaha wanita yang cantik orangnya.

Dari hari ke hari Hollywood mengalami kemajuan pesat. Gaji setiausahanya dibayar dengan cek sahaja, tapi bagi wanita tadi cek itu tidak pernah diambil sehingga jumlahnya cukup besar. Wanita itu cukup dengan belanja makan. Sebenarnya mereka saling cinta,, tapi malu untuk menyatakannya. Setelah dihitung oleh Walt Disney bahawa cek-cek yang diberikan kepada setiausahanya begitu banyak jumlahnya, Walt Disney terfikir, kalau cek-cek itu diambil, perusahaannya akan muflis.

Dengan cemas Walt Disney berkata dalam gurauan.

   " Kalau cik tak perlu wang, lebih baik cek-cek itu dikoyak saja, biar tidak memeningkan saya."

Maka dengan senyum dan tak berfikir panjang wanita tadi memusnahkan ceknya di depam lelaki pujaannya.

" Demi cinta aku tak perlu wang,"

Dengan itu dirangkulnya setiausahanya itu dan beberapa hari kemudian mereka berkahwin. Demi kianlah seorang wanita sanggup menelan penderitaan cinta, menyembunyikan sampai bertahun-tahun. Hingga yang dicintai sendiri sukar menduganya. 

Jangan lukai perasaan halus wanita yang mencintaimu.

Belum terlambat kan? Selamat Hari Wanita.

12 comments:

  1. Adakah Walt Disney itu adalah insan manusia? wah Minah Kiwi tak pernah tahu pun dia adalah manusia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah MK, manusia tau bukan katun, tokeh syarikat tulah.

      Delete
  2. selamat hari wanita kak..begitu pengorbanan seorang wanitakan..

    ReplyDelete
  3. Jangan lukai perasaan halus wanita yang mencintaimu. suka ayat ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, wanita mmg sensatif, tidak sama dgn lelaki.

      Delete
  4. Amazing cerita ni :) Betul tu ticer, perasaan wanita mudah terguris.

    ReplyDelete
  5. Wanita boleh senyum dlm tangis..

    ReplyDelete
  6. Mak ko ni kan suka tertinggal ketapi tau! Hari Wanita semalamlah mak....hari ni dah Hari Lelaki ini haha...

    Rugilah pendam lama sangat. Baik terus terang je habis cerita. Tak rugi masa weyh

    ReplyDelete
  7. Takpelah ketinggalan ketapi pun, erl kan ada, boleh kejo lagi.
    Wanita kan pemalu, ko ni mak, mcm tk tau plak

    ReplyDelete
  8. Harap2 sidia pun ada memendam rasa pada saya. Saya memang dah lama jatuh cintai pada sidia.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign