Asam Garam Kehidupan: Manusia macam kambing.

Nuffnang

Pages

9 Mar 2017

Manusia macam kambing.

Harap jangan sentap ye kengkawan, ni bukan saya yang cakap, saya cuma memetik isi ceramah Allahyarham ustaz Yazid Jaafar, seorang penceramah terkenal. Kalau kengkawan nak tau lebih lanjut tentang beliau, google sendirilah yea.

Kerja kita di muka bumi ni siang malam, pagi petang makan saja. Macam kambing, di atas kandang makan, turun kandang makan, sudah tidur lelap pun makan juga, mata pejam mulut mengunyah.

Sepatutnya fikirlah wahai kambing, sebelum tidur. Alhamdulillah, hari raya haji, tidak ada orang yang korbankan aku. Tidak lama lagi bulan maulud, jangan-jangan orang korbankan pula aku.

Kita manusia ni pun ada juga macam kambing. Makan saja kerjanya sepanjang hari. Sudah kenyang pun makan juga. Air sudah tidak boleh masuk, nasi pun juga, dia makan koci pula.
Sepatutnya fikirlah, bilakah agaknya malaikat maut hendak mencabut nyawaku? Tapi kita tidak pernah berfikir perkara tersebut. Kita hanya ingat bagaimana harus mengisi perut saja. Ingat kata bumi, suatu hari nanti aku pula yang akan makan engkau. Aku ratah kulit dan daging engkau sampai hancur. Bumi akan makan kita tak kira hidung kita mancung seludang, pipi pauh dilayang, leher jinjang dan dagu kulit kerang.

Sampai begitu kata Rasulullah saw, kalaulah binatang-binatang itu tahu bahawa mereka akan mati, maka kamu tidak akan dapat merasa daging binatang yang gemuk. Tidak ada lagi binatang yang gemuk, semuanya kurus. Tapi binatang tidak tahu. Tapi kita yang tahu bahawa kita akan mati pun gemuk juga, tidak susah hati!

Allah mengingatkan kita tentang mati, lupa juga kita. Bumi mengingatkan kita 70 kali sehari semalam akan mati, lupa juga kita. Maka Rasul mengingatkan kita tentang mati:
" Berbanyak-banyakkan kamu mengingati sesuatu yang melupakan segala kelazatan ( kematian ) "
Hadis riwayat At Tarmizi.

Yang paling lazat di dunia ini apa? Bubur kacang? Kalau sudah mati, mana ada sedap bubur kacang. Hidup inilah yang paling lazat. Yang memutuskan hidup ini ialah mati. Sebab itu hendaklah kamu berbanyak-banyak mengingati mati supaya kamu menjadi orang yang beruntung.

Orang yang mengingati mati itu untungnya tiga:
1) Dia ingin bertaubat.
2) Tidak mahu melakukan maksiat.
3) Ingin menambah ibadah.
 

Orang yang lupa mati itu ruginya tiga:
1) Dia menangguhkan taubat.
2) Tidak mahu beribadat.
3) Suka melakukan maksiat.

9 comments:

  1. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Terima kasih atau mau`izah yang mengesankan. Ibarat sebatang besi kalau dijual begitu sahaja murah sahaja harganya. Tetapi jika besi yang sama..dibakar, dicanai, ditempa, diketuk bertalu-talu menjadi sebilah keris.. tentu harganya menjadi mahal.. Begitulah kita, sesekali kena peringatan yang sentap dan menyentap, barulah terasa di lubuk hati...

    ReplyDelete
  2. aduh terkena pulak saya pagi ni. tengah membaca sambil menyuap bihun ke mulut. Ye lah, betul sgt statement tu kak, saya selalu fikir sebelum tidur, 'esok nak masak apa?' hihi...

    terima kasih atas perkongsian, kalau tak diingatkan asyik terlupa saja saya ni ^_^

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang sangat baik, kisah sesuai untuk muhasabah diri...

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang bagus kak...ingatlah akan mati supaya kita takut untuk berbuat dosa dan maksiat kan kak.

    Moga masih sempat untuk terus berubah

    ReplyDelete
  5. muhasabah diri, thanks kak

    ReplyDelete
  6. Aduhhh kak. Terkena sebiji dekat muka ni :(
    Thanks untuk peringatan ni kak.

    ReplyDelete
  7. mati itu pasti, hidup in shaa Allah..
    rindu kat Allahyarham Pak Yazid..

    ReplyDelete
  8. Aduh mak, terkesan jugak aku ni bila kena ceramah dengan ko sekali sekali. Apa taknya hari hari pikir nak masak apa, nak makan apa? aduhhhh.....

    Sebenarnya ada jugak terpikir pasal kematian ni, lagi lagi bila dengar kawan kawan ada yang sakit, meninggal.... Takutnya mak, pahala entah ada entah tidak

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign