Asam Garam Kehidupan: Sakit Tumit Kaki

Nuffnang

Pages

29 Mar 2017

Sakit Tumit Kaki

Antara banyak anggota badan kita, kaki menampung paling banyak beban disebabkan menampung berat badan kita. Kaki dan buku lali kita terdiri daripada 26 tulang, 33 sendi dan lebih daripada 100 tendon.
Manakala tumit merupakan tulang terbesar pada kaki kita. Banyakkan?
Sakit tumit merupakan sakit yang tertumpu pada bahagian bawah atau belakang tumit.
  • Kesakitan pada bahagian bawah tumit berpunca daripada Plantar Fascitis.
  • Kesakitan pada belakang tumit (dimana tendon Achilles melekat pada tulang tumit) adalah Achilles Tendinitis,
Walaupun sakit tumit merupakan penyakit yang jarang-jarang menyerang kita, namun ramai wanita mengalami sakit ini dan tentu sekali mengganggu aktiviti seharian kita.

Apakah Sakit Tumit Kaki?

Sakit tumit kaki Plantar Fasciitis adalah keradangan pada plantar fascia (lapisan pelindung keras) pada tapak kaki yang menyambungkan tulang tumit (heel bone) kepada jari kaki.
Ciri-ciri sakit tumit plantar fasciitis adalah:
  • Sakit apabila bangun daripada tidur atau ingin memulakan pergerakan kaki dari duduk atau berdiri yang lama.
  • Sakit akan mula hilang dengan pergerakan kaki (jika terlampau teruk, sakit tidak hilang)
  • Tiada bengkak atau tanda merah pada tumit
  • Tiada trauma yang berlaku pada tumit

Apakah Punca Sakit Tumit Kaki

Menurut beberapa artikel yang saya baca, sakit tapak kaki atau sakit tumit boleh jadi disebabkan oleh urat pada tapak atau tumit kaki (planta fascia) menjadi radang (inflammed) atau disebut dalam bahasa perubatannya "Plantar Fasciitis". Sakit tumit terjadi apabila kita menggunakan tapak kaki secara berlebihan dan menyebabkan Plantar fascia menjadi tegang (sila rujuk gambar di bawah).
Kedudukan Heel Spur yang mendatangkan kesakitan pada tumit kaki

Apabila ini berlaku, sakit tumit atau Heel Spurs pun boleh terjadi. Antara factor-faktor yang menyebabkan Plantar Faciitis dan Heel Spurs terjadi adalah:
  • Bekerja di tempat yang memerlukan anda berdiri dengan lama.
  • Senaman yang berlebihan.
  • Radang sendi (arthritis) berdekatan dengan Plantar Fascia.
  • Kencing manis senang merosakkan Plantar Fascia.
  • Memakai kasut yang tidak sesuai semasa senaman atau berjalan. Ia membuatkan berat badan tidak tersebar dengan sama rata di bahagian kaki. 
  • Bentuk tapak kaki yang datar (flat foot), tapak kaki terlampau melengkung atau gaya berjalan yang tidak normal boleh membuatkan Plantar Fascia menjadi tegang.
Sekiranya anda mengalami sakit tumit, cubalah membuat rawatan di rumah bagi mengurangkan gejala anda. Jika tidak berkurangan dalam tempoh 2 hingga 3 minggu, eloklah berjumpa doctor anda.

Komplikasi Sakit Tumit

Mungkin tiada komplikasi yang berat, namun sakit tumit boleh menjejaskan pergerakan harian, mengubah cara berjalan dan melakukan aktiviti seharian. Ini boleh juga menyebabkan hilang keseimbangan dan jatuh.

9 Tips Mencegah Sakit Tumit

Terdapat beberapa tips yang anda boleh amalkan untuk mengelakkan kecederaan pada tumit dan mencegah kesakitan.
  • Memakai kasut yang sesuai yang boleh menyokong kaki.
  • Memakai kasut yang betul untuk aktiviti fizikal.
  • Membuat regangan otot sebelum anda memulakan aktiviti fizikal.
  • Pengambilan diet yang seimbang dan sihat.
  • Berehat apabila anda rasa letih atau otot anda mula sakit.
  • Mengekalkan berat badan yang sihat.
  • Apabila bangun tidur, sebelum bangun, mulakan dengan senaman tapak kaki. Pusing dan gerakkan pergelangan kaki beberapa kali. Dengan cara ini bekalan darah dan oksigen akan mula sampai ke kawasan yang ditekan spur.
  • Rendam kaki dalam air suam.
  • Pengambilan suplemen untuk membekalkan nutrisi sihat kepada sendi dan tulang.
Selain itu jemput saksikan video di bawah:

Suplemen Untuk Sakit Tumit

Apabila berjumpa doctor, kemungkinan doctor akan suntik dan memberikan ubat untuk menahan sakit. Sekiranya memerlukan mungkin perlukan pembedahan.
Namun biasalahkan, ubat ini memberikan kelegaan sementara. Jadi sebenarnya paling terbaik adalah anda memberikan nutrisi yang diperlukan oleh tumit untuk ianya berfungsi dengan baik. Apabila sel sihat, anggota dan organ kita dapat kembali sihat.
Saya ada beberapa orang customer yang sememangnya mengalami sakit tumit. Salah seorang daripadanya telah mengalami sakit tumit selama belasan tahun. Selama 3 bulan beliau mengambil Shaklee, alhamdulillah sakit tumit juga semakin berkurangan.
Antara suplemen yang baik untuk sakit tumit adalah:

1. Ostematrix

Ostematrix merupakan suplemen kalsium magnesium yang dapat membantu sakit tumit dari segi:
  • Membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang. Apabila tulang sihat ia akan dapat menyokong berat badan serta pergerakan pelbagai otot badan.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas otot – pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan dapat memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.

2. Omega Guard

Minyak ikan Omega Guard adalah istimewa sebab ianya adalah minyak ikan tulen, selamat tanpa logam berat yang bahaya. Lagipun ianya boleh bekalkan asid lemak dengan 7 spektrum penuh khasiat minyak ikan.
Minyak ikan Omega Guard dibuat daripada ikan kecil laut dalam daripada perairan sejuk untuk pastikan sumber ikan yang digunakan adalah paling kurang tercemar. Kemudian diproses menggunakan teknologi penyulingan proprietari 3 molekul untuk pastikan logam berat yang bahaya untuk kesihatan betul-betul disingkirkan.
Dari segi sendi dan tulang, Omega Guard dapat:
  • Mengurangkan keradangan pada sendi. Sakit tulang adalah satu keradangan tulang dimana pelapik atau kusyen pada tumit tidak lagi anjal seperti dahulu.
  • Memberikan kuasa pelincir kepada sendi

3. Energizing Soy Protein (ESP)

ESP mengandungi isoflavones yang sangat baik untuk kesihatan tubuh. Isoflavon dikelaskan sebagai fitokimia, ia merupakan sebatian yang hanya terdapat dalam tumbuh-tumbuhan (phyto bermakna tumbuhan).
Isoflavones juga adalah sejenis phytoestrogen, atau hormon tumbuhan, yang menyerupai estrogen manusia dalam struktur kimia yang lemah. Isoflavones memberikan banyak manfaat kesihatan yang membantu anda untuk mengelakkan penyakit.
Dari segi tulang, isoflavones memainkan peranan penting dalam melindungi dan mengekalkan tulang yang kuat dan sihat. Terdapat kajian yang dijalankan di University of Illinois dan University of Hong Kong menyatakan pengambilan isoflavon soya boleh meningkatkan kandungan mineral tulang dan kepadatan tulang serta membantu mengurangkan gejala osteoporosis.

4. Vivix

Vivix mengandungi satu kompaun yang berkuasa yang disebut sebagai resveratrol. Dalam satu kajian saintifik melalui yang diterbitkan dalam jurnal pada tahun 2012, resveratrol dapat membantu sendi dari segi:
  • Mengekalkan dan memperbaiki fungsi dan struktur sendi.
  • Mengurangkan faktor yang menjadi punca kepada penyakit berkaitan sendi.
Seterusnya penyelenggaraan yang baik pada sendi yang normal, juga memberikan perubahan yang lebih baik terhadap kesan fisiologi kepada sendi termasuklah (faedah yang positif) daripada segi:
  • Kelebaran ruang sendi (joint space width on radiographs).
  • Pergerakan.
  • Kekakuan (stiffness).
  • Ketidakselesaan sendi.
Dengan sebab itu, Vivix juga terbaik untuk diambil untuk masalah sakit tumit ini.
Ikhtiar pengambilan yang konsisten dan berterusan disertai dengan sabar dan tawakal insyaAllah boleh membantu melegakan kesakitan akibat sakit tumit dan pelbagai masalah kesihatan lain.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

12 comments:

  1. Bila dah menginjak senja ni, memang banyak penyakit yang cuba hinggap terutama di bahagian kaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb tu kena amik juga suppliment, mcm pokok yg perlu dibaja ibaratnya, usaha utk sihat tu kena ada.

      Delete
  2. Baru je lepas terseliuh kt buku lali. Sakitnya smpai terasa kt bhgn tumit kaki tu.. bila nk berpijak, rasa mcm pijak atas paku plak rasanya. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo terseliuh tu elokla dibawa berurut aisya. Aduuhaii, mmg sakit kalau terseliuh.

      Delete
  3. Tq mak atas perkingsiannya.
    Ko sakit tumit ke mak?...Alhamdulilah buat masa ni aku tak sakit lagi. Cuma tang lutut tu kalau naik tangga ada berlaga sikit. Harapnya taklah melarat. Susah mak nak ronda shopping mall kang hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, mmg aku ada sakit tumit ni, buat masa ni aku makan vivix shaklee, lutut aku Alhamdulillah tak sakit dah. Aku ada artritis ikut mak aku, tu yg mudah kena sakit tumit tu.
      Ko pun try la vivix tu mak, aku bg harga ahli, konfem lutut ko baik tak sakit dah.

      Delete
    2. Vivix tu mahallah ....aku tak mampu

      Delete
  4. Ohhhhh faktor pemakanan pun boleh jadi sebab sakit tumit eh. Nice sharing kak. thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya syed, kan makanan kita zaman la ni byk sangat bahan pengawetla, itulah, inilah.

      Delete
  5. Sejak turunkan berat badan..alhamdhulillah masaalah sakit kaki akk hilang. Yelah suplement kena ambil untuk membantu masaaalah sakit kaki..

    ReplyDelete
  6. baru baca tadi pasal radang sendi di blog someone. kengkadang kalau sy berdiri lama sngt, sakit juga tumit tu

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign