Asam Garam Kehidupan: Umar Zikri dan siput sedut.

Nuffnang

Pages

4 Mar 2017

Umar Zikri dan siput sedut.

Cerita siput sedut lagi. Seronok tengok diorang anak beranak nyot-nyot-nyot terus masuk dalam mulut. Den tak makan, masakkan je, pastu enjoy tengok diorang makan.

Nampaknya kali ni semua makan kecuali den sorang. Yang si Umar Zikri tak padan demam, berselera jugak menyonyot siput sedut.

Den kalo orang ofer free pun belum tentu den makan, gelii. Rupa eh yang berbelit-belit tu, eshh..tak tertelan tekak ni. Bukan den sombong, bukan gak lahir kek London nun, tapi tulah..ikan keli, ikan semilang, ikan puyu, belut lagilah, tengok rupa eh dah naik seram. Takpelah..kome makanlah ye, den tukang masakkan ok jer.

Si Umar Zikri mulanya nak sekor je, cusss, sedut terus masuk mulut. Minta tambah, eh..kemain lagi dia menyedut. Sekali ada sekor dia sedut tak kuat agaknya, tak sempat masuk mulut, terkeluar separuh, bila dia tengok rupa siput sedut tu, terus mukanya berkerut, diperati jer. Gelihati pulak tengok dia macam tu. Lansung berenti makan. Hihi...tulah pasal ibu tak boleh makan.

Dah tinggal kuah je. Beli tak banyak pun. Pernah tak korang terbeli yang bau lumpurnya kuat sangat, busukkkk..dah dua kali terkena, nak buang sayang, sebab ada yang suka makan. Jadi cuba rebus dulu, buang airnya. Kalau masih busuk rebus lagi. Adalah dua, kali rebus. Alhamdulillah, pastu boleh masak dan tak busuk dah.
Ni yang Umar Zikri tak lalu makan sampai ke sudah, letak je atas tutup periuk, sekor je, yang lain selamat masuk perut sebab tak nampak.

6 comments:

  1. Siput sedut ni masak lemak cili api memang sedap... memang tak cukup sekilo... orang perempuan memang masak je pandai, makan tak pandai, sama macam wife saya... hihi..

    ReplyDelete
  2. Kem salam kat wifenya ye, satu geng katanya. Hehe.
    Siput sedut ni boleh buat masak lemak cili padi je kan. Ke ada resepi lain?

    ReplyDelete
  3. siput sedut masak lemak memang terbaik..campur dengan batang keladi..hari ni irda kat umah in law..mak mertua masak masak lemak pucuk paku dengan ikan belanak..pergh sedap

    ReplyDelete
  4. Ikan belanak? Yg mata terjojol tu kr? Akk ni tau ikan kembung, tenggiri, selar, sadin, ikan pelik2 tk kenal, hihi.
    Tapi cam sedap je bunyinya..lemak pucuk paku campur ikan belanak, ummpp

    ReplyDelete
  5. Ruginya NA tak makan, sedap woo..

    dulu2 anak2 saya suka makan, pantang terjumpa siput masak lemak, pasti diambil.

    Sekali tu, entah naper, selepas dorang makan kat kedai, tak lama selepas tu, mereka term**t*h.. (keracunan makanan kot), terus tak makan sampai sekarang.

    Jadi yang makan sekarang cuma kami suami isteri jelah..

    ReplyDelete
  6. hahaha kelakar la umar zikri ni, mula tu makan sebab tak nampak rupa siput tu macamnana ye..saya pun kak kecik2 dulu makan sekarang ni rasa macam kurang sikitlah

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign