Asam Garam Kehidupan: April 2017

Nuffnang

Pages

25 Apr 2017

Aku sedih sebenarnya.

Abah ku dah sedar, dah celik matanya, tapi matanya tak berkedip dan memandang hanya ke satu arah saja. Abah dah tak kenal orang, tak boleh bercakap dan lansung tiada reaksi di wajahnya. Doktor ada jumpa kami lima beradik bagitau nak tebuk leher abah untuk abah bernafas, abah tak boleh berlama-lama menggunakan mesin pernafasan seperti sekarang. Abah dah tak boleh lansung menelan hatta air liur sendiri, jika tak tebuk di leher tu doktor kata air liur tu akan masuk ke paru-paru pula. Aku serahkan saja apa yang terbaik, apa saja keputusan adik-adik ( berlainan ibu ) aku ikut saja.

Oh ya..abah diserang strok sebenarnya. Nasib baik juga kenanya di hospital, ke hospital tu pun kerana memenuhi rutin rawatan setiap 3 bulan. Bila kena tu, terus pengsan masuk icu, ni dah seminggu lebih. Doktor kata kalau dalam tempoh dua minggu tak keluar icu, lagi lamalah abah di tahan di situ, lagi lama di icu, makin lemahlah keadaan abah.

Walaupun aku tak rapat dengan abah, aku tetap sedih melihat keadaan abah sekarang. Doktor ada memberitahu hayat abah pun dah tak panjang. Apa yang mampu aku buat sekarang ni hanyalah berdoa meminta agar perjalanan pulang abah kepadaNya dipermudahkan, diampunkan segala dosanya dan diterima segala amalan abah selama ini.

Aku tak berdendam, cuma sedih bila teringatkan apa yang berlaku dulu. Tapi bila ku fikir-fikirkan, mungkin inilah hikmahnya abah ada kehidupan lain. Anak-anak abah ( adik-adik berlainan ibu ) lah yang menjaga abah sekarang, anaknya yang di Sabah dan di Riyadh pun pulang menjaganya. Kami yang 4 beradik ni pula hanya mampu menjenguk abah sesekala saja. Ya, mungkin inilah hikmahnya, sungguh cantik percaturan Allah itu, walaupun pedih pada awalnya.

Aku percaya ma pun sudah memaafkan abah. Sebelum ma meninggal dulu ma pesan pada kami supaya balik ke rumah abah, jumpa abah. Ma pesan supaya maafkan abah juga.

Walaupun aku tak sayang abah seperti mana aku sayangkan ma, aku tetap hormat padanya. Abah..tolong jangan salahkan aku, ketidakbersamaan aku dan abahla merenggangkan hubungan kita. Aku juga bersalah kerana jarang sangat menelefon abah. Sepatutnya aku telefon abah selalu, bertanya khabar sepatah dua pun memadai, abaikan rasa sedih tu. Ya, aku pun bersalah..

In shaa Allah selepas ni aku cuba perbaiki hubunganku dengan adik-adik.

Ya Allah...permudahkanlah urusan abah. Kasihani dia  ya Allah, ampunkanlah segala dosanya, semoga kepulangannya ke pangkuanMu Engkau terima penuh redha.



24 Apr 2017

Orang Islam di tahun 60-an.

Mungkin tak semua. Tapi inilah gambarannya betapa ceteknya pengalaman islam dahulu. Kita pun ada tonton filem-filem melayu tahun 60-an yang pelakun wanitanya berpakaian seksi dan pergaulan bebas.

Seandainya tiada yang berusaha bersungguh-sungguh memperjuangkan 'Islam is the way of life', yang tetap menggenggam bara api Islam itu sehingga ke hari ini, yang sungguh gigih mempertahankan ekonomi, pendidikan, hiburan, cara hidup yang berlandaskan ajaran islam secara syumul....cuba bayangkan, agaknya bagaimana masyarakat islam hari ini? Tidakkah lebih teruk dari yang ada sekarang?
http://www.anjungmuor.com.


Iklan dalam bahasa melayu, yang melakunkannya pun nampak macam orang melayu, mudah2an mereka sempat bertaubat.

Selamat menyambut Isra' mi'raj.

22 Apr 2017

SEGMEN: Seorang Syed Nak Bloglist


Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!

Syarat-syarat untuk sertai segmen "Seorang Syed Nak Bloglist!"

1. Anda haruslah mempunyai blog yang aktif

2. Follow blog  Seorang Syed 

3. Follow Google+ Seorang Syed 

4. Buat satu entry di blog anda bertajuk "Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!"

5. Nyatakan kenapa anda mahu berada di dalam bloglist Seorang Syed dan tulis short review tentang blog Seorang Syed

6. Jangan lupa letak banner segmen aku di atas dan back link kepada blog ini



7. Comment entry penyertaan di bawah .

Dah lama sangat tak join mana-mana segmen. kemalasan menguasai diri ku yang sememangnya malas nak copypaste, nak reviewlah, lagi-lagi kalau kena ada fblah, instagramlah..manolah den ado bondo alah tu semuo ha. Tak kuaso dah nak melayan bondo-bondo tu. Tapi ni si Syed sorang ni ha, ada jomput personal gitew, tu yang den pakso-pakso diri nak review sikit blog cikgu mudo sorang ni.

Camano? Dah tau lon kek mano coruk cikgu nak berkhidmat bakti tuh? Jangan nangis tau kalau dapek kek Sek Keb Kg Bantal Hulu Tembeling, hihi.

oklah, jom kita tinjau-tinjau sikit blog anak mudo sorang ni. biasalah, anak mudo kan, banyak idea, gaya bahasa pun gaya orang muda, tapi ahkak no hal, boleh yo layan, blog Syed pun dah masuk dalam bloglist ahkak tau.

Kita layan pantun ye Syed.

Sorang cikgu namo eh Syed Abd Hakim
tengah tunggu penempatan.
Umur eh 24 dah yo cikgu Kim
Suko tulis pasal makan-makan.

Dari menganggur eloklah kerja
Restoran fast food cari pengalaman
Gaji pertamo kemain happynya
Nasi kerabu jadi habuan.

sekarang ni kemain gembiranya.
sudah sah terima jawatan.
bagi tips bijak juga.
yang mana ok kita gunakan.

sekian saja serba ringkasnya
harap syed gembira membacanya
ada salah harap maafkan ya.
semoga syed dalam rahmatNya.



Dalam nak tulis pendek jadi panjang gak nih. Kebetulan ada masa sikit, cuti pun agak panjang, 3 hari kan, abah yang masuk icu dah sedar dah Alhamdulillah, jadi adalah kesempatan join segmen syed ni.

19 Apr 2017

DIA tahu apa yang terbaik..

Aku dan Umar Zikri.
Kita ada wan dengan tokma, atuk takde.
Kita ada tokkilah.
Tokki? Yang mana?
Tu yang kita pegi tengok kat hospital aritu..
Ooo.....

Aku dan Nadhrah.
Ibu, kenapa tokki bercerai dengan tokma??
Krikk, krikk..
Ibu...
Sebab tokki dah tak sayang tokma lah.
Ala, kalo tak sayang pun takyahla bercerai..
Krikk, krikkk.

Aku dan Muhammad Danish.
Jom, esok ikut ibu nak gi tengok tokki kat hospital.
Tokki kenapa?
Sakitlah, masuk icu..
Oo, tapi esok ( hari ni ) nak keluar jumpa kawan.
Krikkk, krikkk.
---------------------------------------------------------------------
Harini aku ke PPUM.
Abah..andainya inilah pertemuan terakhir kita, moga detik ini abadi dalam kenanganku..
Sungguh jauh jarak hati yang memisahkan Gie dan abah. Gie selalu rasa abah tak patut, abah tak adil, abah tak sayang kami, abah tak pedulikan kami, abah dah lupa kami juga anak-anak abah...mungkin rasa-rasa inilah yang makin menjauhkan jarak hati kita..
Tapi entah kenapa, rasa kekok, rasa seperti tak ada apa yang nak dibicarakan...membuatkan Gie rasa tak perlu menelefon abah. Ada satu waktu bila terdengar di hujung sana,...buat apa telepon2, habis duit je..membuatkan Gie rasa makin tak perlu menghubungi abah..
Rasa2 itu turut menjarakkan hubungan antara Gie dan anak-anak abah yang lain...
Hanya Allah yang tau...
Gie abadikan wajah abah di sini, moga suatu hari gambar wajah abah ini jadi tatapan kenangan kepada anak-anak Gie...yang juga cucu-cucu abah...


ICU, ppum

17 Apr 2017

Saya degil dan tun kutu.

Sekarang ni tengah sibuk dengan latihan untuk sukaneka tadika pula, in shaa Allah 30/4 nanti real sukanekanya akan berlansung. Jadi nampaknya idokle dapat bersiaran selalu. Penat tau kome, melatih bebudak ni, lain yang kita arah, lain pulak dibuatnya.

Pagi tadi, adalah sorang budak ni..ticer saya degil kan, saya degil..
Saya pun terdiam je, sambil terfikir2 pebendanyalah dia nak cakap..hajat nak bagi nasihat, tapi tengah sibuk tak sempat la plak.

Tetiba ada sorang lagi budak perempuan cakap..ticer..saya tun kutu..

Oh...baru faham, rupanya budak yang cakap saya degil tu, nak bagitau dia ni kumpulan Hang Lekir dan yang cakap tun kutu tu yang sebenarnya dia nak cakap dia ni kumpulan Tun Kudu..

Tulah saja ceritanya.

13 Apr 2017

Mata, rambutku memberi peringatan..

Masya Allah...kematian itu sangat dekat dengan kita. Tidak semestinya tunggu umur tua, tunggu sakit baru berlaku kematian. Mengingatkan diri dengan kematian menjadikan kita orang yang bijaksana. Bersedia untuk satu perjalanan yang sangat jauh dan panjang.

Ishhhh....alahai, boringnya cerita tentang mati, macam takde cerita lain,...alaaa..janganlah cenggitu. Takut ek? Memangla takut sebab kita tak pernah bersedia..

Okeh...kita lite2 jer ceritanya. Saya kan, ye saya, lebih mudah cerita tentang saya. Saya ni memang dari kecik, seingatnya sebelum masuk tadika, eh...dulu2 mana ada tadika, saya ni memang jaga sangat kebersihan gigi walaupun gigi saya ni sedikit mancung, setiap malam sebelum tidur mesti gosok gigi. Tapi anak2 saya takmo ikut kerajinan saya ni, malas gosok gigi sebelum tidur. Sampailah sekarang umur dah masuk ambang senja ni, sebatang gigi pun belum tercabut, berlubang tu adalah, tapi tampalla kan. Tapi kan, itulah...sebaik mana saya menjaga gigi ni, tetiba baru ni ada gigi yang serpih. Gigi yang tampal pun tampalannya pecah pula.

Allah dah mula tarik sedikit demi sedikit nikmat hidup yang diberi kepada saya...

Kaki kanan saya, saya pun tak perasan sejak bila ada rumathoid arthritis. Tapi arwah mak saya lagi kesian, dua2 belah kaki kena, sampaikan macam bersilang ibu jari kaki dengan jari di sebelah. Bila sakitnya datang, sakitnya mencucuk-cucuk, boleh tahan sakitnya. Kesian mak saya, tapi dia tak pernah bercerita kepada saya bagaimana kesakitan yang ditanggungnya..

Allah dah mula tarik sedikit demi sedikit sihat yang saya nikmati dari zaman muda dulu...

Mata saya pun, saya rasa dah mula ada rabun dekat..
Rambut saya pun dah ada uban...
Muka saya pun dah ada garis-garis halus..
Panggilan makcik pun terdengar, ishhh...pedih jugak telinga nih, tapi itulah hakikatnya...

Jadi kiranya saya ni tergolong orang yang beruntung kerana Allah dah mula memberi peringatan-peringatan tentang kematian kepada saya..
Ada juga peringatan yang diberiNya bila mendengar kematian orang yang saya kenali, sedangkan orangnya jauh lebih muda, anak sulungnya pun baru berumur 11 tahun. 

Ya...kematian datang tanpa mengenal usia.

Ada juga kisah kematian yang indah. Kisahnya panjang, saya ringkaskan. Kisahnya tentang seorang imam yang meninggal selesai saja memberi salam pertama. Pengurusan jenazahnya tertangguh kerana dia rakyat asing tanpa pengenalan diri. Jebazahnya terpaksa disimpan di peti sejuk hospital sehingga akhirnya selepas dua bulan baru ada yang menuntut jenazahnya. Ajaibnya jenazah si imam ini tidak membeku, dahinya berpeluh dan ada kalimah tauhid. Apabila ditanya kepada pihak saudaranya, rupanya imam ini tidak pernah meninggalkan solat sunat tasbih setiap malam...

Indah kan..
Lalu saya pun menyimpan azam nak buat kembali solat sunat tasbih. Seingat saya adalah kot tak sampai 10 kali pun saya pernah buat...

Kematian memang menakutkan, tapi rasanya saya beruntung jika tau mengambil iktibar dan sentiasa bersedia untuknya...

Siang tadi makan nasi kerabu, tapi sekarang ni deria bau tengah hilang, harap2nya tak hilang terus...jadi makan pun dah hilang nikmat..kalo manis, rasa manis semata, kalau lauk tempoyak tu, rasa je ada, bau harum tempoyak tak terhidu. Tapi oklah juga, tak tercium bau busuk anak bujang teman yang malas mandi tu..
Macam nilah kaki mak saya kedua2 belah, inilah rumathoid arthritis. Tapi saya kena kaki sebelah kanan, dan takdelah sampai bersilang macam ni. Nak kata saya ni makan banyak sangat sea food, takdelah plak, saya kan resdung, mana boleh makan see food selalu. 
Ada terbaca ubatnya blend nanas, lobak putih mentah dan buah keras, tapi yekhh..tak boleh minum, tak sedap lansung. Cuma sekarang ni saya ada makan ubat homopathi dan vivix shaklee, mudah2an tak melarat.

#sakit itu satu peringatan.

11 Apr 2017

Batuk yang dahsyat.

Mula dengan demam, baik demam jadi batuk, ni dah dekat 3 minggu batuknya, belum baik batuk, naik plak gatal satu badan, macam gegata tu, seminggu juga kot. Sekarang tengah selsema sampai hilang deria bau. Tapi batuknya still tak baik lagi ni.

Nak citer pasal batuk ni. Teringat masa sekolah dalam tingkatan 5, tengah bulan puasa plak tu. Tengah jawab exam lagi. Tengah khusyuk member lain jawab exam, tetiba dikejutkan bunyi batuk bertalu-talu. Semua pakat menoleh, tapi masa tu tak boleh kontrol sampai naik panas muka, mesti merah muka rasanya. Sorang kawan perempuan cina ni kesian agaknya siap offer air dia, saya cuma mampu guna isyarat tangan tanda tak mau, yelah kita tengah puasa kan.

Saya ni kalo dah batuk, time baru uhuk-uhuk sikit tu kena cepat makan ubat, in shaaAllah cepat recover. Kalo ada vivix shaklee tu lagi bagus, cepat baik. Tapi my vivix dah habis, tengah tunggu stok baru sampai, Anah...bila nak sampai vivik akak tu? So cuma ada ubat batuk, ni dah 3 minggu tak mau dia ok.
Siksa weyh time tido, elok2 tengah lena, datang gatal tekak tu memang tak menahan, sampai keras urat perut. Batuknya bukan seround, tapi beraound2 sampai penat bangun buang kahak kat bilik air. Lastnya amik bekas kosong supaya tak perlu bangun ke bilik air dah.

Satu lagi paling siksa time solat. Tengah solat bila datang batuk tu, memang jenuhla menahan supaya tak batal solat tu, tapi yang tak tahannya bila dah batuk tu siap terkucil, dah batal. Kena amik wudhuk solat lagi sekali. Sekarang ni solat baca yang wajib-wajib je. Memangla ada kurang sikit dah batuknya, tapi bila time solat tu, syaitan kot tau-tau je digaruk agak eh anak tekak den ni supaya batuk, hilang khusyuk solat.

Hihi, dah sah-sah kena tarbiah dengan UA ni...redha, cuma nak jadi modal bercerita je. Lagi pun Allah bagi sakit tu tanda sayang kan, tanda kita masih dalam perhatianNya. Doa orang sakit pun makbul kan ustaz Abu Ikhwan?

Kenapa agaknya ek batuk tak sembuh2 ni? Entah le, tapi saya ni suka nangka. Kebetulan baru batuk tu, mylaling bawak balik sebiji nangka dari kebunnya, hoi, hoi ya hoi..den pun melantak tak hengat, angin? Tolak tepi dulu. Ya Allah, dahla wangi, dengan teramat manisnya, who can resist? Cheh..PH, sorilah saya selalu guna BI pasar dengan you, hehheh..

Dahtu bebudak ni, aritu ada jiran bagi nangka dalam 9, 10 ulas tu kan main berebut dia makan, macam tak pernah jumpa, sekali nangka kebun abah dah berhari-hari dalam peti ais, korang buat dek aje. Ibu plak yang kesian tengok nangka abah tergolek-golek dalam tipuware, jadi ibu bukak, ibu makan, ibu bukak, ibu makan, ater camane nak baik batuk ibu ni.

Sedap weyh, manis teramat manis.
Last kopek, letak dalam pinggan, buang dulu empulur2 tu, bawak ke depan diorang yang tengah bizi siapkan homework tu, Alhamdulillah...habis akhirnya.

10 Apr 2017

Habisla kalo tak sabar.

Punyalah penat, sampai masuk bilik air terus buka shower, opss...basah tuala separuh, baru perasan, belum bukak tuala daa..

Dari 6 orang ticer, 3 je yang sihat sejahtera dapat bertugas hari ni, yang 3 lagi, sorang sakit mata, sorang masalah hutang along, sorang masalah nak berubat buang saka. Jadi bolehlah nyanyikan lagu 10 budak hitam ye kome, aduh rasa cam nak pencen je. Penat dah cover2 kerja sampai petang ni, balik dah lambat, pastu nak masak dinner plak. Nape tak tapau kat WB ke, Planet Tomyam pun dekat tu? Sebabnya- takdo duit, the biggest reasonlah, pastu mylaling pun lebih rela makan lauk telur goreng dadar, sebab dia nak jaga kesihatan, so takpelah..teman pun memang ada cita-cita nak jadi isteri yang solehah kan, so takpelah teman masak juga, tadi sampai rumah dah pukul 6.30, bukak tudung terus bersilat kuntau, selesai gak masak menjelang azan maghrib. Tak usahla kome tanya teman masak apa? Kome imagine je sendiri lauk sempoi2 asal kenyang sudah.

Tulah, masalah problem betuilah kome. Tak taula bila boleh selesai. Masalah cikgu. Cikgu dah ramai, tapi kalau sekali 3 orang tak datang, ater..idok ke penat fizikal dan mental ticer otai ni, walau pun menyandang jawatan Guru Besarlah sangat, eh.. Teman tak ndak sebenarnya, susah kot nak ngarah-ngarah orang itu, ini, teman ni bukan berjiwa pengarah pun, pelakun bolehla. Tapi dah temanlah paling senior kat situ, ndak tak ndak terpaksa juga terima jawatan tu. Patutnya teman habis kerja pukul 2.30 boleh balikla, tapi bila takde ticer kenalah cover sampai pukul 5.30 atau lebih cam hari ni. Penat weyh kome.

Kerja dengan bebudak ni lain. Kadang tak ramai pun cam hari ni, ramai yang tak sihat. Tapi dalam tak ramai tu, ketajaman suara diorang tu tetaplah memeningkan kepala kami. Yang menjerit, yang menangis, yang tak habis2 mengadu cam den ni bukak kaunter aduan je, yang hilang beg, yang nak terkencing, yang nak mengaler, adeh...pening. Kalo kome rasa level sabo korang dah setinggi gunung Everest, ha...silalah. Tapi kalo takde sabo tu, nanti kome juga yang surender separuh jalan nanti.

Ya Allah ngantuknya, penatnya. Solat isya jap, pastu tidoo..
Moga hari esok lebih baik buat warga tadika ku dan lebih baik untuk kome semua ye. In shaa Allah.

Renunglah selalu hati kita.

Renunglah selalu hati kita
Kerana ia merupakan sumber kebaikan dan kejahatan.
Wadah kekufuran dan keimanan.
Rebutan antara malaikat dan syaitan.
Hati perasaannya halus.
Sentuhannya tiada terasa.
Tapi sangat memberi kesan di dalam kehidupan.
Siapa yang arif perjalanan hatinya.
Faham kebaikan dan kejahatannya.
Bersungguh-sungguh bermujahadah membuang kejahatannya.
Diganti segera dengan kebaikan.
Orang itu akan selamat dari tipu daya syaitan dan dunia.
Ramai orang tidak faham perjalanan hatinya.
Kerana tiada ilmunya.
Mendidik hati kenalah berilmu.
Agar selamat dari yang menipu daya.

8 Apr 2017

Rumah Warisan (3)

Lamanya nak sambung balik kisah rumah warisan ni.Jomlah nak tunjuk barang apa yang ada kat bahagian rumah utama yang menempatkan ruang dapur, bilik tidur, ada juga tempat mandi yang ada perigi tu, tapi toilet tak plak kami jumpa. Kebanyakkan peralatan masaknya dibuat dari tembaga, dulu kalo siapa yang guna tembaga tu memang orang kayalah, jom kita tengok.
Ni rumah utama, ada dapur, bilik tidur, bilik tenun, tempat mandi.
perigi ni masih ada airnya. Yang sebelah tu tempayan isi air untuk basuh kaki. Gayungnya dari tempurung kelapa.
Almari lauk dan meja makan. Peratikan mangkuk tambah yang dibuat dari tembaga tu.
Di ruang dapur ni juga menempatkan katil salai. Katil ni khusus untuk ibu yang menjalani pantang, katilnya agak tinggi kerana di bawahnya ada bekas bara arang khusus untuk memanaskan badan ibu yang bersalin. Saya sempat juga bersalai masa bersalin anak pertama dan berpantang di rumah mak di Terengganu. Kalo nak tau bersalai ni biasanya ada di Terengganu je. Tapi sekarang rasanya dah takde ibu2 yang sanggup ikut proses ni. Yang di sebelah tu daun2 kayu yang digunakan untuk mandi sepanjang proses berpantang.
Ruang makan, ada katil salai, ada meja makan dan dapur kayu untuk memasak.
Cerek dan mangkuk tambah tembaga.
Periuk dan tempat kuih bakar tembaga.
Dulang tembaga. Antara barang tembaga yang lain.
Batu giling rempah dan cili, kukuran kelapa dan lesung kayu. Sapa pandai kukur kelapa? Angkat tangan, hihi.
Tuyung tu saya pun tak tau apa. Tapi kisar batu tu dulu kat rumah arwah mak pun ada, buat kisar beras jadi tepung beras.
Di ruang santai ( saya rasalah ) ada tempat menghasilkan kraf dari anyaman. Anak bujang kedua saya bergaya di sebelah alnari tombak dan pedang.
Ada juga mesin jahit tangan dan gayung tempurung.

Pendek kata banyaklah pusaka peninggalan hj Su di sini. Last part nanti saya tunjuk plak apa yang ada di bahagian rumah yang dipanggil rumah limas. 

7 Apr 2017

Masalah van sekolah.

Bila hal yang berkaitan dengan anak-anak, apa sajalah, yang tak senang duduk biasanya si maklah. Takyah cakap orang lain, aku pun macam tu. Nak diam, kesiankan anak, nak kecoh-kecoh pun risau gak anak jadi mangsa.

Contohnya van sekolah hari jumaat. Penuh padat sampai anak dara sunti aku yang berusia 13 tahun tu, tak dapat duduk. Dahlah tak dapat duduk, berdiri pun tak boleh sebab dia tinggi, ada masa kena berdiri sambil membongkok,  dahla beg sekolah ibarat bawak beras 10kg punya berat, ada masa terpaksa duduk di lantai van. Habis...hati mak mana tak keruan. Kita bayar kot, satu trip dah rm40 sebulan, kalau pergi balik dah berapa..

Bukan tak teringin nak sambar axia barang sebijik, hantar dan amik sendiri anak pegi sekolah. Tapi bila fikir, sok berenti kerja sape plak nak sambung bayar, takkan nak kerja sampai badan bongkok tiga? Atau takkan nak suruh suami bayar sedangkan dia sendiri pun banyak lagi nak pikir.

Nak tak nak aku sound gak driver van tu, sound elok2lah, takdelah pedas mana pun kak Ton. Dari gaya bahasa wasap si driver tu, adalah nampak juga tanda ketidakpuasan hatinya. Nanti  anak daraku balik petang kang nak tanya adake apa-apa kejadian ganjil berlaku..? Harap-harap takdelah. Yelah, kot aku ada pilihan, misalnya ada van lain yang lebih selesa, atau ada jiran yang boleh tumpangkan, bolehla aku buat pilihan, ni dah takde pilihan.

Macam kamilah, cikgu-cikgu di tadika ni, sehabis mungkin nak buat yang terbaik untuk anak-anak yang dihantar kat tempat kami ni. Tapi tetaplah ada juga komplen dari ibubapa atau ada masa boss pun sound juga. Apa pilihan yang aku ada. Dulu kalau tak kerja rasanya boleh je survive dengan selesa, cukup makan minum, berlebihan pun ada sampai kembanglah sudah ukuran lenganku ini mak, macam ko juga, tapi takdelah sado sangat. Tapi sekarang rasanya aku perlu kerja, perlu duit sendiri, mesti nak kena cover juga duit dapur walaupun takdelah banyak. Ada sekali tu pegi pasar, pusing satu pasar cari serai rm1 seikat yang agak banyak macam sorang pakcik ni jual, tapi pakcik tu tak datang menjual plak haritu, pusing-pusing jumpalah satu kakak ni, aku tengok seikat serai ada 10 batang, ingatkan singgit, rupa-rupanya 2 hengget daaa..nak tak nak amik juga. Haa..tengok, serai pun dah naik harga tau. Apa? Tanam serai sendiri? Ada gak terpikir, tanam banyak2, pastu jual. Haha...macamlah rajin.

Ishhh...apalah aku membebel ni? Saja je nak berkongsi cerita. Dah 10 rejab dah hari ni, rejab, syaaban, Ramadhan...ohh..
 Terimakasih sudi baca.
Tengok, aduhaiii..
Pasar Kedai Payang, buah kundang rm20 hengget, tak jadi beli.

5 Apr 2017

Tersayat hatiku.

Tak tertahan airmata turun menjujuh-jujuh, sambil kutahan esak agar tidak didengari dan disedari oleh ticer2 lain yang sedang berehat. Umpama ada sembilu menyucuk perasaan tapi tak dapat kugambarkan..

Setiap isnin khamis kakak puasa, jadi dapatlah berbuka puasa di masjid luar kampus, dapatlah makan lauk sedap-sedap, macam-macam. Kalau tak hari-hari makan nasi goreng, itu yang murah, untuk jimat-jimat belanja. Almaklum biasiswa pun takde...

Tiap kali telefon mesti kakak tanya.."ibu masak apa hari ni?" Kalau kebetulan dengan lauk kegemarannya kedengaran pujiannya.." dapnya, dah lama tak makan.."

Ada satu hari tu dia bagitau.." kita makin kurus, duit belanja kena jimat2, nak beli makan pun beli yang paling murah.." 

Habis, ibu nak buat apa? Kalau dekat boleh je balik makan kat rumah. 

Nak tambah duit belanja kakak usahalah buat jualan. Buat roti sandwich telur sos lada hitam. Macam sedap je bunyinya. Ada masa, tak habis. Ada juga yang ambil tapi tak letak duit.  Dan hari ni, nampaknya murah rezeki kakak, jualan habis, gembira sungguh dia, walaupun cuma dapat rm8...

Tu pun bukan boleh buat hari-hari. Nanti orang jemu. Dan tak boleh buat banyak, nanti tak habis, jadi bila sesekali buat dan habis, tentulah kakak gembira.

Tapi hati ibu yang tersayat pilu tau. Mungkin terbayang susah payah kakak bangun pagi-pagi sebab nak siapkan roti telur tu...hati ibu mana yang tak sayu..

4 Apr 2017

Sambal belacan anak bujang teman.

Ni betul-betul mix terengganu dengan negeri sembilan. Sambal belacan meletop pedas.

Sanggup tu buat sendiri. Ibu dah tak sanggup menahan lubang hidung, habis semerbak satu rumah bau belacan, sanggup gugel tu. Eshhh...ater dah kemaruk sambal belacan katanya.

Teringat pulak zaman-zaman sekolah dulu, arwah mak teman tu hari-hari masak singgang ikan aye lawannya sambal belacan. Lapar sungguh balik sekolah ni, senduk nasi, tuang kuah singgang penuh-penuh sampai tenggelam nasi, sesudu sambal belacan, ya Allah..nikmat tak terkata.  Itulah lauk teman hari-hari. Mak dah pegi mengajar kat kelas agama dewasa sekitar bandar Terengganu tu, surau Pasir Panjang, surau Gong Badak, petang baru mak balik, lenggang- lenggok sambil kat tangan tu ada je menjenjet plastik berisi  mee goreng ke, karipap ke, ada je buah tangan dari anak murid mak, mak bawak balik untuk anak-anak dia. Habis terer pun adalah goreng ikan selayang lawan kangkung goreng kicap. Sedap bebeno dah tu. Pastu sepupu teman menyibuk nak juga lauk kangkung goreng mak teman, marah bebeno rasa teman, sibuk jer, suruhla mak ko masak sendiri.
Haha..aduii..bebudak sungguh.

Tapi la ni, teman dah tak boleh makan sambal belacan, resdung weyh kome, habis rompong hidung kalo berani-berani makan. Gantinya tulah dia anak bujang teman, suka beno sambal belacan. Teman rasa-rasa hujung lidah, tuuu dia...mau meleleh air hidung pedasnya tu. Tu yang teman kata mix sejati terengganu and nogori sembilan. Abah bising tak bagi makan selalu, naiya kot kalo jadi buasirrr.

Ni semangkuk takde sape terliur nak rasa, pedas melangit, tahanlah 3 hari untuk dia sorang makan.

3 Apr 2017

Nak salam, nak salam.

Susah betul nak pulihkan semangat yang hilang ni, bila hari isnin tiba nak up entri mulalah blur-blur pusing keliling cari idea yang hilang. Tambah lagi diserang penyakit misteri lah sangat, akibat sumpahan wan Peah kot, ishhh...habis naik bengkak dan gatal satu badan balik kerja hari khamis tu, terpaksa amik mc jumaat tu, kena sejarum, adduiiii...( kat mana,  biarlah rahsia   ),sebab muka pun dah bengkak cam zombi, sat lagi ada juga anak muridku yang sawan nanti. Alhamdulillah, hari ni dah baik.

Sebut pasal anak murid, atau sesape yang ada anak sedara, atau kita sendiri katalah bersalam dengan orang yang lebih tua, salam dengan suamimu tercinta.. haaa..camane caranya?

Seronok tak bila anak murid bersalam dengan kita, dia cium tangan kita? Kalo kome semua nak cari calun mentua, cer salam cium tangan orang tua tu, haaa...dan2 tu dia cuppp nak buat menantu, mwehehe..

Ater.. Kome tau tak cara yang betul bersalam dengan bakal mak mentua kome tu? Cium tangan ke, letak tangan kat dahi? Hati-hati ye, cara yang betul ikut sunnah ialah salam dan cium tangan, bukan letak tangan di dahi ye kome. Bersalam cium tangan tu dah cantik, tapi jangan sampai kita buat tanpa suluhan ilmu, nanti jadi lain.

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign