Asam Garam Kehidupan: Aku sedih sebenarnya.

Nuffnang

Pages

25 Apr 2017

Aku sedih sebenarnya.

Abah ku dah sedar, dah celik matanya, tapi matanya tak berkedip dan memandang hanya ke satu arah saja. Abah dah tak kenal orang, tak boleh bercakap dan lansung tiada reaksi di wajahnya. Doktor ada jumpa kami lima beradik bagitau nak tebuk leher abah untuk abah bernafas, abah tak boleh berlama-lama menggunakan mesin pernafasan seperti sekarang. Abah dah tak boleh lansung menelan hatta air liur sendiri, jika tak tebuk di leher tu doktor kata air liur tu akan masuk ke paru-paru pula. Aku serahkan saja apa yang terbaik, apa saja keputusan adik-adik ( berlainan ibu ) aku ikut saja.

Oh ya..abah diserang strok sebenarnya. Nasib baik juga kenanya di hospital, ke hospital tu pun kerana memenuhi rutin rawatan setiap 3 bulan. Bila kena tu, terus pengsan masuk icu, ni dah seminggu lebih. Doktor kata kalau dalam tempoh dua minggu tak keluar icu, lagi lamalah abah di tahan di situ, lagi lama di icu, makin lemahlah keadaan abah.

Walaupun aku tak rapat dengan abah, aku tetap sedih melihat keadaan abah sekarang. Doktor ada memberitahu hayat abah pun dah tak panjang. Apa yang mampu aku buat sekarang ni hanyalah berdoa meminta agar perjalanan pulang abah kepadaNya dipermudahkan, diampunkan segala dosanya dan diterima segala amalan abah selama ini.

Aku tak berdendam, cuma sedih bila teringatkan apa yang berlaku dulu. Tapi bila ku fikir-fikirkan, mungkin inilah hikmahnya abah ada kehidupan lain. Anak-anak abah ( adik-adik berlainan ibu ) lah yang menjaga abah sekarang, anaknya yang di Sabah dan di Riyadh pun pulang menjaganya. Kami yang 4 beradik ni pula hanya mampu menjenguk abah sesekala saja. Ya, mungkin inilah hikmahnya, sungguh cantik percaturan Allah itu, walaupun pedih pada awalnya.

Aku percaya ma pun sudah memaafkan abah. Sebelum ma meninggal dulu ma pesan pada kami supaya balik ke rumah abah, jumpa abah. Ma pesan supaya maafkan abah juga.

Walaupun aku tak sayang abah seperti mana aku sayangkan ma, aku tetap hormat padanya. Abah..tolong jangan salahkan aku, ketidakbersamaan aku dan abahla merenggangkan hubungan kita. Aku juga bersalah kerana jarang sangat menelefon abah. Sepatutnya aku telefon abah selalu, bertanya khabar sepatah dua pun memadai, abaikan rasa sedih tu. Ya, aku pun bersalah..

In shaa Allah selepas ni aku cuba perbaiki hubunganku dengan adik-adik.

Ya Allah...permudahkanlah urusan abah. Kasihani dia  ya Allah, ampunkanlah segala dosanya, semoga kepulangannya ke pangkuanMu Engkau terima penuh redha.



8 comments:

  1. Ameen...moga Allah permudahkan..lancarkan setiap apa yang diharapkan...

    ReplyDelete
  2. Aamiin..inshaAllah kak, semoga segala urusan ayah akak dipermudahkan. memang setiap yang berlaku tu ada hikmahNya kan cuma tinggal kita untuk memikirkannya. semoga hubungan akak dan adik-beradik lain juga semakin baik.

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan semuanya.
    Bertabahlah.

    ReplyDelete
  4. Aamiinn...

    Faham sungguh perasaan KakG tu walaupun bukan diri sendiri yang merasainya sebab insan paling dekat dengan saya melalui semua ini. Tapi pesanan mak KakG samalah seperti pesanan yang saya pernah dengari. Kalau takda abah, takdalah kita walaupun hakikatnya dia tinggalkan kita dan bina keluarga baru yang nampak lebih bahagia!

    Semoga saki-baki perjalanannya dipermudahkan oleh Allah!

    ReplyDelete
  5. Aamiin..
    Semoga abah zimah segera sembuh..
    Dan dipermudahkan segala urusan..

    Memang sedih bila kenang yg lalu zimah..
    tetapi kemaafan itu yg paling terindah..

    ReplyDelete
  6. Akak faham perasaan Azi sebab suami akak pernah alami pengalaman lebih kurang sama dengan Azi tapi diakhir2 hayat nya suami akak lah yang menjaga kebajikan nya dan masa bapa dia meninggal pun suami akak yang uruskan dan bawa balik ke rumah kami.
    Apapun doakan dan maafkan abah Azi semoga permudahkan segala.

    ReplyDelete
  7. Allahu. Syafahallah. Moga terus tabah kak. Ambik peluang untuk berbakti kepada abah dan banyakkan berdoa kepada Allah.

    ReplyDelete
  8. Allahu akbar. Moga Allah memudahkan urusan ko sekeluarga mak. Agaknya itulah hikmah yg tersembunyi. Tp normallah tu mak. Dah tentulah kita tak sebumbung dgn dia, mestilah rasa tak rapat dgn abah, kalau banding dgn adik beradik sebapa ko tu. Memang patutlah depa jaga.

    Namanya manusia mak, terasa, kecik hati tu semua lumrah. Insyaallah.... Allah maha pengampun lagi maha penyayang..

    Untung abah ko tu mak anak anak ingat kat dia.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign