Asam Garam Kehidupan: Batuk yang dahsyat.

Nuffnang

Pages

11 Apr 2017

Batuk yang dahsyat.

Mula dengan demam, baik demam jadi batuk, ni dah dekat 3 minggu batuknya, belum baik batuk, naik plak gatal satu badan, macam gegata tu, seminggu juga kot. Sekarang tengah selsema sampai hilang deria bau. Tapi batuknya still tak baik lagi ni.

Nak citer pasal batuk ni. Teringat masa sekolah dalam tingkatan 5, tengah bulan puasa plak tu. Tengah jawab exam lagi. Tengah khusyuk member lain jawab exam, tetiba dikejutkan bunyi batuk bertalu-talu. Semua pakat menoleh, tapi masa tu tak boleh kontrol sampai naik panas muka, mesti merah muka rasanya. Sorang kawan perempuan cina ni kesian agaknya siap offer air dia, saya cuma mampu guna isyarat tangan tanda tak mau, yelah kita tengah puasa kan.

Saya ni kalo dah batuk, time baru uhuk-uhuk sikit tu kena cepat makan ubat, in shaaAllah cepat recover. Kalo ada vivix shaklee tu lagi bagus, cepat baik. Tapi my vivix dah habis, tengah tunggu stok baru sampai, Anah...bila nak sampai vivik akak tu? So cuma ada ubat batuk, ni dah 3 minggu tak mau dia ok.
Siksa weyh time tido, elok2 tengah lena, datang gatal tekak tu memang tak menahan, sampai keras urat perut. Batuknya bukan seround, tapi beraound2 sampai penat bangun buang kahak kat bilik air. Lastnya amik bekas kosong supaya tak perlu bangun ke bilik air dah.

Satu lagi paling siksa time solat. Tengah solat bila datang batuk tu, memang jenuhla menahan supaya tak batal solat tu, tapi yang tak tahannya bila dah batuk tu siap terkucil, dah batal. Kena amik wudhuk solat lagi sekali. Sekarang ni solat baca yang wajib-wajib je. Memangla ada kurang sikit dah batuknya, tapi bila time solat tu, syaitan kot tau-tau je digaruk agak eh anak tekak den ni supaya batuk, hilang khusyuk solat.

Hihi, dah sah-sah kena tarbiah dengan UA ni...redha, cuma nak jadi modal bercerita je. Lagi pun Allah bagi sakit tu tanda sayang kan, tanda kita masih dalam perhatianNya. Doa orang sakit pun makbul kan ustaz Abu Ikhwan?

Kenapa agaknya ek batuk tak sembuh2 ni? Entah le, tapi saya ni suka nangka. Kebetulan baru batuk tu, mylaling bawak balik sebiji nangka dari kebunnya, hoi, hoi ya hoi..den pun melantak tak hengat, angin? Tolak tepi dulu. Ya Allah, dahla wangi, dengan teramat manisnya, who can resist? Cheh..PH, sorilah saya selalu guna BI pasar dengan you, hehheh..

Dahtu bebudak ni, aritu ada jiran bagi nangka dalam 9, 10 ulas tu kan main berebut dia makan, macam tak pernah jumpa, sekali nangka kebun abah dah berhari-hari dalam peti ais, korang buat dek aje. Ibu plak yang kesian tengok nangka abah tergolek-golek dalam tipuware, jadi ibu bukak, ibu makan, ibu bukak, ibu makan, ater camane nak baik batuk ibu ni.

Sedap weyh, manis teramat manis.
Last kopek, letak dalam pinggan, buang dulu empulur2 tu, bawak ke depan diorang yang tengah bizi siapkan homework tu, Alhamdulillah...habis akhirnya.

19 comments:

  1. Syafakillah. Moga cepat sembuh kak.

    Sedapnyaa nangka tu. Manje betul eh, nak kena sedia macamtu baru habis. Kitorang kat rumah macamtu jugak kadang2. Kalau duk dlm peti, takde orang sentuh. Sekali mak ambik letak depan tv terus licin. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trmkasih AF, in shaa Allah dah kurang batuknya ni.
      Tulah kadang kita bgtau dlm esbox tu ada anggur, ada epal, amikla mkn, eh...tak bergerak pun, cer kopekkan letak dpn dorang pandai plak makan.

      Delete
  2. semoga cepat sembuh..berubat fizikal & spiritual, in shaa Allah..saya dulu pun batuk lama jg sampai doktor buat ujian TB..tapi kantoi sbb tempat cucuk, dh kena sabun..tak pi tengok result pun..hihi..

    nangka..sedapnya..telan ailio..*gulp*

    ReplyDelete
    Replies
    1. TB?? Ada lagi ke zaman ni? Ada je dokter tu kan, hehe.

      Nangka mmg sedappp, tu yg melantak tak hengat.:)

      Delete
  3. Semoga batuknya cepat sembuh ya, KakG!

    Pada sayalah, masalah besar kalau kena batuk ni tau. Sebab trend batuk saya pun cam nilah, lama baru baik. Yang bagus sikit, saya batuk kering aje, takdanya kahak. Tapi time dia gatal mengenyam nak terbatuk tu memang tak boleh kawal!

    Batuk ni pun satu, time-time penting mulalah nak terbatuk - tengah bercakap dengan bos, dalam meeting, tengah bercakap di telefon, orang semua senyap sunyi sepi tetiba kita terbatuk kohkohkoh tak berhenti sampai berair mata, seluar dsbnya! Stress tau!

    Bab solat tu, KakG saya pun gitu gak. Kalau dah terbatuk, nak solat berlama-lama memang tidak ler... By the time kita niat aje solat, teruslah batuk tak mahu berhenti. Time beri salam, hilang batuknya. Syaitan memang laknat tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, aduhaiii, kadang dah 3 rakaat tk daya nk tahan, sekali batuk terkucil da, bila time duduk2 tkdelah batuk sgt, time solat ya Allah...Tuhan aje yg tahu, tekak tu gatal mcm digaruk2.

      Delete
  4. Yalah Azi mungkin terlebih makan nangka tu penyebab batuk berlarutan....suka bebeno Azi dengan nangka ya.
    Akak sekeluarga tak minat nangka,kalau ada yang memberi seulas dua pun terbiar je dalam peti ais.Kalau sayur nangka muda akak suka lah...akak je.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..yelah kan, tapi kak, nangka dh simpan dlm esbox sedap kak, tu yg bukak makan, bukak makan.

      Saya plak tk suka nangka muda, tk bole geng ni kak.
      Tapi bab tido kita geng kak.

      Delete
  6. memang penatlah kak kan kalau batuk tak berenti2 ni, kalau dah terkena tu memang abis ditarik urat perut, terkucil tu jgn cakaplah..huhuhu

    apapun saya doakan batuk akak cepat reda ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah mama yan, sakit urat perut ni,lps baik ni nk gi urut kot, takut turun rahim.
      Rupanya bab terkucil ni bukan akk sorang ek, hehe.

      Delete
  7. Semoga cepat sembuh batuk nya. Seksa jugak kalau batuk tak kebah-kebah ni 😅

    ReplyDelete
  8. Mungkin terlebih makan nangka agaknya.
    Apa2 pun, mudah2an beransur sembuh.

    ReplyDelete
  9. Moga cepat baik batuk ko tu mak. Ha a mmg siksa kalau kena batuk ni. Dahlah tegang urat perut , urat dada, urat tekak lagi haha....

    Budak budak mmg gitulah mak, yg org bagi tulah yg dia suka. Satu lagi yg dihidang tulah yg dia suka, kalau benda tu duk dlm esbok sampai keringlah jawabnya diaorang tak makan

    ReplyDelete
  10. Sodap eh nangko..
    Lopeh tu berangin satu bdn😀

    ReplyDelete
  11. sedap nagka tu kak..nangka madu tu..memang feveret irda..owh akk amalkan vivix ya..hemm teringin nak bleikan utkmak juga

    ReplyDelete
  12. Belilah irda, elok sgt vivix ni, sakit lutut pun hilang, cuma mahal sikitla, tapi berbaloi irda.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign