Asam Garam Kehidupan: Habisla kalo tak sabar.

Nuffnang

Pages

10 Apr 2017

Habisla kalo tak sabar.

Punyalah penat, sampai masuk bilik air terus buka shower, opss...basah tuala separuh, baru perasan, belum bukak tuala daa..

Dari 6 orang ticer, 3 je yang sihat sejahtera dapat bertugas hari ni, yang 3 lagi, sorang sakit mata, sorang masalah hutang along, sorang masalah nak berubat buang saka. Jadi bolehlah nyanyikan lagu 10 budak hitam ye kome, aduh rasa cam nak pencen je. Penat dah cover2 kerja sampai petang ni, balik dah lambat, pastu nak masak dinner plak. Nape tak tapau kat WB ke, Planet Tomyam pun dekat tu? Sebabnya- takdo duit, the biggest reasonlah, pastu mylaling pun lebih rela makan lauk telur goreng dadar, sebab dia nak jaga kesihatan, so takpelah..teman pun memang ada cita-cita nak jadi isteri yang solehah kan, so takpelah teman masak juga, tadi sampai rumah dah pukul 6.30, bukak tudung terus bersilat kuntau, selesai gak masak menjelang azan maghrib. Tak usahla kome tanya teman masak apa? Kome imagine je sendiri lauk sempoi2 asal kenyang sudah.

Tulah, masalah problem betuilah kome. Tak taula bila boleh selesai. Masalah cikgu. Cikgu dah ramai, tapi kalau sekali 3 orang tak datang, ater..idok ke penat fizikal dan mental ticer otai ni, walau pun menyandang jawatan Guru Besarlah sangat, eh.. Teman tak ndak sebenarnya, susah kot nak ngarah-ngarah orang itu, ini, teman ni bukan berjiwa pengarah pun, pelakun bolehla. Tapi dah temanlah paling senior kat situ, ndak tak ndak terpaksa juga terima jawatan tu. Patutnya teman habis kerja pukul 2.30 boleh balikla, tapi bila takde ticer kenalah cover sampai pukul 5.30 atau lebih cam hari ni. Penat weyh kome.

Kerja dengan bebudak ni lain. Kadang tak ramai pun cam hari ni, ramai yang tak sihat. Tapi dalam tak ramai tu, ketajaman suara diorang tu tetaplah memeningkan kepala kami. Yang menjerit, yang menangis, yang tak habis2 mengadu cam den ni bukak kaunter aduan je, yang hilang beg, yang nak terkencing, yang nak mengaler, adeh...pening. Kalo kome rasa level sabo korang dah setinggi gunung Everest, ha...silalah. Tapi kalo takde sabo tu, nanti kome juga yang surender separuh jalan nanti.

Ya Allah ngantuknya, penatnya. Solat isya jap, pastu tidoo..
Moga hari esok lebih baik buat warga tadika ku dan lebih baik untuk kome semua ye. In shaa Allah.

19 comments:

  1. InshaAllah besar pahala tu kak. Sebagai isteri, ibu dan pendidik. Moga akak jadi isteri solehah ye.

    Terbaik akak ticer kita sorang ni. Superwomen! Hihi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, dah tumbuh sesungut, hilang dah pahalanya AF, tapi saja gak kadang tu jadi modal bercerita kt sini.
      Tlg doakan akk jadi lbh sabar ye.

      Delete
  2. Kita perlu redha, baru hati tenang.. ~_^

    (Redha lagi, hi3)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pstttttt: apalah yg disembangkan dlm group pg ni? "tepon kita sakit, gayanya kena masuk wad..."

      Delete
    2. Haha, redha..susah nk buat.

      Delete
  3. Oo, ada jiran YY meninggal mengejut, muda lagi baru 35 thn, biasa dia amik wife blk keje, smp rmh tgk dah biru dah...tulah, kematian tk kenal usia kan.
    Yg lain, nothin personal, blm rancak lagi.
    Nak kena beli baru tu, hewhew..

    ReplyDelete
  4. Akak tau Azi penyabar,kalau tak tak kan jadi ticer kan...
    Serentak pulak mereka cuti ya...tentu kepenatan berganda sampai tuala pun ikut termandi sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa meletop kebabom juga kak oii.

      Penatnya triple kak, dah kena cover dua kelas sbb cikgunya tk dtg, pastu admin pun kena tengok juga, pastu kena daycare plak, Allah aje yg tau penatnya.

      Delete
  5. Bukan senang nak jadi teacher tau. Lagi-lagi dengan budak tadika yang kecil-kecil macam ni. Kalau sayalah memang tak sabarlah! Memang tak layak jadi cikgu. Jaga anak dua orang pun dah mengurut dada sesaja. Inikan pulak nak jaga satu kelas! Dengan kerenah guru-guru lain lagi. Oh, memang saya bukan penyabar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kakTon, nk kata penyabo sangat tu idok juga, eshhh..time kena pegang hanger pum2 ketuk dinding pun ada weyh. Dengan ank sendiri marah lebih tkpe, dgn ank org jangan, kang dia balik umh, citer kt mama dia ticer garang, macam dah kena jer, hehe..

      Delete
  6. Tahu sgt penatnya tu. Dari pagi dah mengadap bebudak sampai bawak ke petang, lepas tu sambung pulak kerja di rumah, mmg lah kalau boleh nak merebahkan badan ajer kan kak.

    Hanya org2 yg sabar ajer boleh buat. Moga2 byklah pahala akak dapat menjaga anak2 ni. Hari ni, cikgu2 yg lain ok dah ke? hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bak kata uncle van sekolah akk tu, org ppuan ni ada byk t/jwb, mau cari duit, balik umh kena urus rumah plak, mmgla penat.

      Hari ni Alhamdulillah, semua ticer dah masuk.

      Delete
  7. Tahniah, ticer. Dah jadi cikgi besor. Ya lah, naik pangkat, tanggunjawab pun makin berat. All the best lah PH ucapkan.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    baca coretan akak pun saya dah terasa letih, belum mengalaminya lagi. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Apa yang boleh saya katakan, moga akak sentiasa dilimpahi gandaan kesabaran. Dengan kesabaran tersebut Allah SWT balasi dengan kebaikan yang banyak.

    ReplyDelete
  9. kuat betul kesabaran akak, pasti ada ganjarannya. kalau saya ni kak memang kurang kesabaran, nak menjaga yang 3 orang kat rumah tu pun dah hampir meroyan dibuatnya hahaha, ini nak jaga ramai2 macam tu mau fengsan dibuatnya

    ReplyDelete
  10. Taunya teman, ate menjaga budak budak bukan senang. Memang kena berjiwa penyabo. Teman pun tak sanggup haih...

    Dah sakit nak buat camne kome weyh....hadam ajelah kome dengan budak budak tu. Ko giling sekali je mak budak budak tu mana yg bising hihi...

    Hush...lauk sempoi sempoilah sedap. Telur goreng buh kicap manis patah cili api. Kalau ada ikan masin lagi best..

    ReplyDelete
  11. Heroes do not wear cape. They teach.

    Dapat imagine kepenatan akak tu. Nak handle budak2 ni bukan senang. Especially yang kecik2 lagi ni. Nak dengar dia mengadu tang benda tak penting tu pun rasa rimas. Itu belum lagi time diorang menjerit kan.

    ReplyDelete
  12. Patutlah ibu_suri semasa masih mengajar dulu. Balik rumah macam macamlah dia mengadu kat saya tentang kerenah guru, anak murid dan ibu bapa...

    Yang tukang dengar... ??

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign