Asam Garam Kehidupan: May 2017

Nuffnang

Pages

27 May 2017

Ma makna Ramadhan kareem?

Kita dengar, Kita pun ada tulis, ada mengucapkan sesama kita ucapan Ramadhan Kareem yang bermaksud bulan yang Kita digalakkan bersikap pemurah, dengan saling memberi dan berkongsi rezeki.

Tapi bagaimana agaknya kita nak membalas ucapan itu? Sebaiknya kita jawab begini..Allahu Akram, yang bermaksud Allahlah yang Maha Pemurah, Pemurah dari segala yang pemurah. 

Sedikit dari perkongsian radio IKIM.

26 May 2017

Masuk gobok dulu yea

Dolu-dolu gorobok ni maknanya almari simpan lauk. Kome kalau yang sempat membesar dari zaman 70an dulu takkan tak kenai gerobok ye dok? Kekdah sekarang ni orang dah tak panggil gerobok, dah moden panggil kabinet la plak, ada yang mahai siap bertingkat-tingkat. Den orang biasa, duit pun bukan luar biasa makanya kabinet pun biasa-biasa aje le juga. Tempat simpan pinggan mangkuk Tupperware sikit aje tipuware  yang banyaknya.
Intro yang entah apa-apa kan. Abaikan..
Nak citer pasal ni ha.
Banyak sungguh kelegaan bila bulan Ramadhan tahun ni kebetulan dalam cuti sekolah dua minggu. Jadi mytoklaki boleh keluar kerja lewat sikit, den pun takdolah kelam-kabut bona.

Ha..korang semua masuk gobok a.k.a. kabinet dulu yo. Hidup korang tak berguno bulan poso ni, den tak bawak bokal makan, kang menyomak yo kek luar bebanyak ni, so..dok ontok-ontok dalam gobok yo. Lopeh poso sok kito jumpo laie.

24 May 2017

Exam yang memeningkan kepala ticer.

Jangan terkejut, bebudak tadika pun kono buat exam.
Kat bawah ni perbualan aku dan bebudak tu.

" Susah ke senang periksa?" Aku tanya.
" Senang." Bebudak jawab ramai- ramai.
" Habis tu kenapa tak boleh jawab?"
" Memanglah, susah..." 

Huk aloh.
Haishh...habis senang ke susah???
Lagi koleksi gambar di Rabbit Fun land.
Cer teka, sape yang tengah sawan meniti kat titi bebudak tu??
Wajah-wajah ceria dan seronok.
Camni caranya sayang oii, tengok ni ticer buat..
Jenuh dua ekor kuda nak bawak sorang-sorang bebudak yang ada 45 orang aritu, habis je dengar dia merengek penat kot.
Lapar sudah, sedapnya nasi ayam.

23 May 2017

Rabbit Fun land- penat naw gayanya.

Jumaat lepas  19/5/2017 bawak anak-anak tadika pegi trip ke Rabbit Fun land Lenggeng. Lenggeng ni dah masuk dalam daerah negeri Sembilan, tapi takdelah jauh sangat.

Biasalah anak-anak seronok sangat pergi tempat-tempat macam ni, dapat kejar arnab, bagi makan unta dan macam-macam lagilah aktiviti yang menyeronokkan, sesekali dapat keluar melihat suasana luar kan main happynya dorang.

Dah penat beriadah dengan bermacam aktiviti naik bas je mata pun tak larat dah nak buka.

Tresure hunter, cari telur ayam plastik celah2 rumput, nak no 6 jer..
Meniti titian gantung, gayat gak dorang.
Bagi makan rusa, hebat rusa makan carot you.
Tak ramai yang berani dan minat nak perah susu lembu, semua pakat lari taknak.
Unta pun makan carot juga.
Petik sayur bayam, bagi makan kambing, kandang kambing kat sebelah kebun sayur tu je. Ada gak acara bagi makan ayam, tapi takdelah nak taruk semua gambar kat sini.
Rabbit pun dah jemu kot makan carot, ada yang buat dek je takmo makan.
Sampai bertindih.
Terlentok.
Terkulai.

22 May 2017

Kurma ajwa.

Dah dekat-dekat Ramadhan ni rasa nak cerita pasal bulan puasa je, tak sabar dah rasanya nak berpuasa ni, mudah-mudahan ada rezeki den nak merasai kemeriahan Ramadhan tahun ni, yelah..manalah tau, ajal maut tak mengira usia.

Aritu myboss gi umrah dengan grup umrah Andalusia, jadi bila balik tu dia offer, eh..bukan offer kurma free, ni ustaz dari grup tu offer tolong belikan kurma terus dari Makkah. Jadi boss tanya nak tak kirim sekali. Sape tak nak weyh. Tapi boleh tahan mahal, rm100 sekilo.

Kurma apa? Kurma ajwa. Kurma paling sedap. Paling disukai Rasulullah, yang Rasulullah sendiri tanam kurma ni. Antara kelebihan kurma ajwa ni, ni nak share dari radio IKIM, sekiranya kita amalkan kurma ni, in shaa Allah kita terhindar dari perbuatan sihir orang kepada kita, atau sekiranya kita termakan makanan beracun, makanlah kurma ajwa ni sebanyak 7 biji, in shaa Allah bisa racun tu akan hilang. Yang penting yakin, ni dari hadis Rasulullah, takkan tak yakin kan.

Seeloknya sebelum makan kurma masa nak berbuka tu, kita basuh la dulu, yelah..dah jatuh2 atas tanah berdebu, takkan nak terus masuk mulut ye tak? Lainlah kita pi petik sendiri dari pokok kurma tak jatuh atas tanah..
 
Blend kurma campurkan dengan susu segar pun sodap kan, segar je buat juadah berbuka.
Kurma ajwa terus dari Makkah ni, sekilo rm100.
Memang sedap sangat, isinya tak manis sangat dan melekit sikit, tapi melekit tu yang sedapnya.

21 May 2017

Jom kita bersedia untuk Ramadhan.

Alhamdulillah, abah dah selamat disemadikan, tapi suami keberatan bermalam di rumah adik kat Jerantut tu, jadi semalam dalam pukul 1.30 kami selamat sampai di rumah semula.

Hari ni sambung mengemas rumah, sucikan kalau-kalau ada najis hukmi. Untuk Ramadhan tahun ni, kami bercadang untuk berbuka deñgan kurma dan air kosong dulu. Solat maghrib berjemaah di ruang tamu tingkat bawah, selepas tu baru sambung dengan apa yang patut.

Habis satu rumah aku mop hari ni bermula dari tingkat bawah naik ke tingkat atas. Cara nak bersihkan najis hukmi atau najis yang sudah hilang ain, bau dan rasa ni memadai dengan merenjiskan air sahaja di tempat yang diyakini bernajis. Tapi dalam kes aku ni, yang ada sedikit rasa was-was, ni kes si Umar Zikri la, suka mandi tak tutup pintu bilik air, atau tutup tak rapat, selalu air mandian dia tu melempah ke lantai luar bilik air, bimbang aku kalau-kalau ada bercampur dengan air kencing ke, lepas tu dengan kaki basah tu berlari satu rumah, nanti habis bernajis satu rumah. Habis tu camana plak ñak ratakan air ke satu rumah, dalam kes aku ni, abuya aku ajar caranya kita gunakan mop saja, mop tapi jangan sampai mop tu diangkat kemudian letak balik, mop balik, make sure rambut mop tu tak diangkat sewaktu menjalankan mop tu, eishhhh...susahnya nak terangkan, tapi harap2 korang fahamlah ek.

Ramadhan berlalu saban tahun, mestilah nak kita usahakan ada peningkatan dari segi pengamalan dan rohnya, tak mampu nak usahakan yang besar2, kita usahakan yang kecil2, contohnya ikut cam nabi, berbuka puasa dengan kurma dan air, kan..boleh juga lebihkan masak juadah tu, hantar sikit kat surau. Nak buat macam kat kampung dulu, saling bertukar juadah tu, macam janggal sikit kalo kat bandar ni, jadi kita hantar je juadah berbuka ke surau, ye tak?

In shaa Allah apa yang kita faham dan ada ilmu sikit2 tu, kita amalkan ye tak, nak tunggu banyak ilmu baru nak beramal, haih...lambat tu.

So, kawan-kawanku yang dikasihi...harap semuanya dah bersedia mental fizikal, lahir dan batin untuk kita raikan tetamu agung yang bakal berkunjung tak berapa hari lagi ni. Jom kita raikan sungguh-sungguh seolah-olah inilah Ramadhan kita yang terakhir..
Alhamdulillah, menjelang Ramadhan, sunquick ni ada turun harga sikit. Rm10.80, selalu 11.30, berbanding tahun lepas rm10.30. My family suka perisa sunquick ni, rasanya cukup terangkat, ada perisa mangga, buah campuran, rasberi..pendek kata jenama lain memang tak boleh tanding. Minggu depan kalau masih harga yang ni, kita nak amik lagi dua botol.

Abah...selamat pulang ke kampung halaman..

Selamat pulang abah. Semoga kepulanganmu dalam rahmat dan keampunanNya.

Walau pun tak sempat menatap wajahmu buat kali terakhir, aku puas juga kerana dapat melihat pusaramu. Andai kata selepas ini aku tak berpeluang menjejaki pusaramu, in shaa Allah aku tetap menghadiahkan Fatihah, yasin dan doa sebagaimana aku selalu menghadiahkan buat ma.

Selamat bersemadi dengan aman..abah.
11.40 pagi, sabtu 20/5/2017 bersamaan 23 syaaban 1438H.

16 May 2017

Bulan-bulan bahagia.

Alhamdulillah..
Sekian banyak ujian..
Sekian banyak juga kegembiraan..
Mungkin kecil pada pandangan orang lain..
Tapi bahagia buatku..
Akhirnya Goki dan Satish bersatu...tapi ada drama di sebaliknya, nak tau nantilah kuceritakan.
Aku takde insta...ini ucapan yang membahagiakan dari seorang anak..
Muhammad Danish dapat dua tawaran, matrik di Perak atau asasi kejuruteraan di UIA, abah lebih suka dia buat matrik, dia nampaknya lebih berminat nak buat asasi, apapun anakku ibu ikut saja, sebaiknya istikharah dulu.
My first foto book akhirnya siap, sebulan weyh tunggu, berbaloila juga rasanya rm45.

Apapun yang Kau takdirkan, semuanya terbaik buatku.. Alhamdulillah..terimakasih ya Allah.

15 May 2017

Bagaimana wanita pada pandanganmu??

Kita selalu mendengar kisah pemerintahan dinasti Mongol, kisah-kisah kepahlawanan dan keberanian mereka setelah kerajaan mereka menerima kedatangan agama islam, tapi bagaimana agaknya Dinasti Mongol ini menerima islam?

Hari ni kita share lagi ye perkongsian dari radio IKIM dalam slot pesona d zahra yang dikendalikan oleh ustaz Muhammad bin Abdullah Al Amin. Kisahnya begitu menarik dan begitu memberi inspirasi tentang kegigihan pendakwah silam yang tidak mengenal gentar atau takut piada kematian, sehingga islam dapat dimenangkan, itulah kejayaan bagi mereka.

Bagaimana agaknya Raja Mongol ini menerima islam? Sebelum itu sudah ramai pendakwah islam yang syahid ketika cuba menyampaikan islam kepada raja ini. Sehinggalah datangnya seorang yang bernama Syeikh Syamsuddin Buhaizi, waktu itu mungkin juga timbul rasa hairan di hati raja kenapa agaknya para pendakwah ini tetap juga datang walaupun sudah sekian ramai yang dibunuh. Lalu dia bertanya apa sebenarnya yang mereka mahukan.
Syeikh Syamsuddin Buhaizi menjawab bahawa dia cuma mahu duduk dalam perhimpunan  mereka. Itu saja...

Dalam perhimpunan mingguan ini ada saja satu topik yang akan dibincangkan bersama ahli konsul mereka. Satu ketika mereka membincangkan tentang kedudukan wanita di sisi mereka. Wah! Topik hangat nih.

Lalu berbagai pendapat dan pandangan diberi. Ahli konsul yang pertama berkata..dia melihat wanita umpama syisya yang punya berbagai perisa,habis satu perisa akan dibuang dan dia akan cuba pula perisa yang baru.

Seorang ahli konsul yang lain memberikan pendapatnya yang melihat wanita umpama pedang, yang diasah dan diguna sehingga tumpul, dan diasah lagi, diasah lagi..lalu berderailah tertawaan di dalam dewan itu.

Bila tiba giliran syeikh Syamsuddin memberikan pandangan, dia berkata..menurut nabi kami, wanita umpama tulang rusuk kiri kami, dekat dengan kami yang perlu kami lindungi. Raja Mongol itu terdiam, seluruh dewan turut terdiam..

Setelah agak lama, Raja Mongol itu meminta syeikh Syamsuddin menceritakan lagi tentang islam, Syeikh Syamsuddin ini bijaksana dan berhikmah dalam menyampaikan ajaran islam sehingga  akhirnya Raja Mongol ini menerima islam dengan hati yang terbuka. Di tangannya islamlah antaranya negara Tajikistan, Uzbekistan..raja yang bernama Bayan kuli khan ini begitu terkenal, tetapi dia meninggalkan wasiat supaya mengebumikan dia di bawah telapak kaki gurunya Syeikh Syamsuddin Buhaizi.

14 May 2017

Mengidam dari minggu lopeh.

Ni CH punya pasal la, teringat-ingat nak mencicip lauk lemak putih pucuk belalai gajah campur labu kuning. Hewhew..nak cuba, tapi asyik lupa je nak beli labu. Tunggu la sampai shopping barang dapur hujung minggu barulah dapat beli labu. Pucuk belalai gajah petik je kat kebun belakang rumah, mylaling yang tanam.
Pucuk belàlai gajah, daun limau purut, kedondong, hasil usaha mylaling berkebun di belakang rumah.
Den suko guna lada hitam kalau masak lemak putih camni, anak-anak tak makan sayurnya, kuah habis, labu tinggal tergolek-golek,.eh..dah potong kiub apalak tergolek^^
Jus kedondong asam boi. Malangnya anak-anak tak pandang sebab bau kedondong yang kuat. 
Ada lagi baki buah kedondong tu, nak cuba buat pajeri kedondong plak. Resepinya kita tanya pakcik gugel lah kan, sebab idok penah sekali seumur hidup pun jumpa makan apatah lagi pajeri kedondong ni. Kot sodap sok bulan poso den nak buek bisnes juai depan romah, hihi.

12 May 2017

Nama panjang ke nama pendek??

Ticer, nak tulis nama panjang ke nama pendek??
Nama panjang. Tegas je suaraku.

Buat latihan, buat latihan, buat latihan, siap...ticer, tulis nama pendek eh??
Nama panjanggg..nada suara ticer turut panjang.

Jap lagi siap latihan, dia tanya lagi soalan yang sama, esok tanya lagi. Macam tulah kerenah seorang budak yang asyik tanya soalan..nak tulis nama pendek ke nama panjang..bila selesai latihan, padahal namanya takdelah panjang mana pun, nama pendeknya dipanggil Suri. Nama panjangnya Nurliyana Suri Nabila.

Tu kira takdelah rumit naw nak menulisnya. Cer bayangkan nama yang lagi panjang yang berbelit- belit, yang bersimpul- simpul contohnya, Tengku Puteri intan syazwina balqis..contoh,haa, kalau nak isi form dah tak muat.

Nape ek orang sekarang suka sangat bagi nama panjang-panjang kat anak memasing, suka hati akula..dah anak aku, bukan anak kau..kuikui..mesti ada yang jawab macam tu ek.

Korang, kesianlah kat anak korang tu. Yelah, nanti kena marah dek cikgu tadika cam teman ni, ater..cikgu tadika yang memula nak ngajo tulis nama, yang anak kome tetiap kali buat latihan dok tanya nak tulis nama pendek ke nama panjang. Mestilah nak tulis nama yang proper macam yang tertulis dalam birth certificate tu, tapi kalau dah namanya panjang tu yang nak tulis nama sendiri pun sikit punya bercinta, sampai terlentok-liuk, tulis pun terbalik-terbalik, uishhh..nampak naw susahnya.
Tapi ticer kena juga ajar tulis nama betul-betul sampai pandai. Kalau tak pandai kang cikgu darjah satu plak yang susah. Darjah satu masih banyak guna work sheet, bila guna work sheet kena tulis nama, kalau tak pandai tulis nama cikgu nak bagi semula kertas latihan tu dah tak tau sape punya, haa...nampak tak, besar tau tanggungjawab teman as cikgu tadika ni.

Teringat plak arwah mak cakap sok kat Padang Mahsyar malaikat nak panggil nama pun susah, malaikat panggil nama yang mudah2 dulu macam Muhammad, Aminah, Abdul Rahman...tapi tak tau lah betul ke idok cerita mak teman tu, nak tau sahih ke tak kenalah tanya ustaz yek.

10 May 2017

Pensil kontot.

Arwah ma cerita, dulu masa dia sekolah serba susah nak beli itu ini semua kena jimat-cermat, ma lahir tahun 1941, tahun Jepun menyerang Tanah Melayu. Pernah juga tanya kisah hidup di zaman Jepun tu, tapi tak banyak yang boleh ma cerita sebab dia masih kecil masa tu, yang ma cerita pasal kubu bawah rumah berupa lubang besar, bila Jepun menyerang orang kampung lari masuk dalam kubu tu. Dalam hati aku terfikir, kalaulah lubang tu tertimbus masa insiden serangan bom jepun tu, harus mereka terkubur hidup-hidup...berbalik pada kisah zaman ma sekolah, ma kata,  buku teks buku tulis pun share adik-beradik. Ma kata buku-buku teks dia abang dia ambik, dia takde buku nak belajar jadi terbantut, kalau tak mungkin juga dapat jadi cikgu atau guru agama...ermmm, bukan rezeki ma, lagipun ketentuan Allah dah tersurat semuanya terbaik untuk ma.

Antara yang sehabis jimat arwah ma guna ialah pensil. Sehabis pendek sampai tak boleh pegang ma cari batang buluh kecil masukkan hujung pensil supaya jadi panjang dan boleh dipegang...

Tapi Umar Zikri ni kes lain. Dia ni suka mengutip bila jumpa benda yang menarik minat dia. Kalau saya perasan benda tu masih elok, agaknya si kawannya tercicir ke, saya paksa dia letak semula di tempat yang dia jumpa tu. Tapi kalau dah kontot macam yang di bawah ni, saya tak tercakap apa dah.
Entah kat mana dikutipnya dua benda ni, yang warna merah tu aku tak tau pebendanya.
Arwah ma cari batang buluh kecil masukkan hujung pensil supaya boleh dipegang dan boleh menulis, macam nilah kot rupanya..masuk pensil dalam batang pen yang dah habis dakwat.

8 May 2017

Trending ko???

Kalo teman ni ditakdirkàn jadi lelaki, idokle teman nak memilih ini pesen. Biolah tak trending pun. Mak oii, teman soping dengan niat baik tau, taknak kurangkan pahala mata di bulan Ramadhan nanti, teman dah niat nak menambah amal ibadah tau, rugi weyh pahala berganda mana ada dalam bulan lain kome oii.

Ni minggu depan teman niat pulak nak mencantikkan rumah, tukar langsir, Oppss, bukan tukar langsir baru, tukar langsir lama naikkan langsir lama jer, lap kipas yang berabuk tu,ermm..idokle nak tukar perabut bagai, sekadar nak tambah bersih2 je almaklum nak sambut tetamu agung tu kome, entah sempat sambut ke tidak ye..

Ater, yang teman soping semalam tu bukan baju teman pun, idok sepatah haram kome membuka mulut minta baju baru tau, haa..dulukan anak2, deme nak nak beraya, teman ni udoh kematu, bawok2 le mengucap.

Haa, udoh mike nak tengok yang trending mending raya ini tahun, inilah dianya, baju melayu yang diinnovasikan takdo pesak takdo kikek, habis sudah baju melayu tradisi entah hape ke rupanya, tapi itulah anak bujang teman ngabokan itulah trend terbaru.
Berhempas pulas nak memakeinya, masuk tangan kanan, tamgan kiri tak lepas, seksa kome nengoknya.
Masuk pulak tangan kiri, kat sebelah kiri ni ada zip sampai bawah ketiak, iah...iahhh...tak lepas juga, ater..camane ke nak makeinya kome??
Rupanya kena masuk tangan dua2 dulu, pastu baru masuk kepala, baru lepas, ngehh..
Mak, aku pinjam abam baju merah tu jap.
Camane ada rope model ke kome?

Teman ni bukan tak sabo nak raya, tapi tulah, sok2 bulan puasa kalo lapo dahaga keluar soping takleh makan minum. Lagi pun banyak naw dugaan nafsu di bulan Ramadhan nanti, kang tengok tu rasa nak, tengok yang ni rasa nak beli, haa..kan susah tu.

7 May 2017

Si pekak Hatim al Assom.

Satu perkongsian yang sangat mengharukan dari radio IKIM dalam slot Usrah Nurani, saya nak sharekan di sini, moga menjadi iktibar kepada kita bagi mengharungi Ramadhan yang bakal menjelang tak berapa hari saja lagi, moga kita direzekikan berada di dalamnya.

Hatim Al Assom ini seorang ulama sezaman dengan imam Ahmad bin Hambal.
Pada suatu hari seorang wanita datang untuk mengikuti majlis ilmu Hatim Al Assom. Dia belum pernah mengikuti majlis ilmu yang dikeñdali oleh Hatim Al Assom. Oleh kerana teruja dapat mengikuti majlis ilmu Hatim Al Assom, beliau duduk agak hampir dengan Hatim Al Assom dan agak jauh dengan penuntut yang lain.

Sedang wanita ini ingin mengajukan satu soalan, dia terkentut dengan agak kuat, alangkah malunya wanita ini, air mukanya terus berubah. Tapi dia terus juga bercakap mengajukan soalan.

Tetapi Hatim Al Assom seolah-olah tidak mendengar suara wanita tersebut, dia meminta wanita itu meninggikan suara kerana dia tidak mendengar. Alangkah leganya perasaan wanita itu, kerana pada sangkaannya Hatim Al Assom pekak...

Sejak hari tersebut, Hatim Al Assom mendapat jolokan Al Assom tersebut yang bermakna Hatim si pekak, setiap orang yang bercakap dengannya terpaksa meninggikan suara...

Berapa lamakah Hatim berpura-pura pekak begitu, selama 30 tahun. Suatu hari ada seorang mahu bercakap dengannya, Hatim berkata..perlahankan suaramu, aku boleh mendengarnya..
Rupa-rupanya kerana wanita tersebut sudah meninggal dunia..

Sahabatku semua... itulah buah akhlak yang tumbuh hasil ibadah yang tulus kepada Allah, sehingga seorang tuan guru sanggup berpura-pura pekak untuk menjaga maruah seorang muridnya.
Ramadhan bakal tiba, semoga kita mendapat roh Ramadhan yang menjadikan kita hambaNya yang bertaqwa.

4 May 2017

Ingatan.

Isnin malam selasa 26/12/2011,  Petangnya kami terima khabar pemergian sepupu ku ( selang tiga hari ma pula menyusul ) yang usianya lebih kurang sebaya aku juga, cuma tua 4 atau 5 tahun saja. Petang tu pun kami sempat singgah di gerai keropok leko, nak beli bawak balik KL. Sempat juga ma menyapa orang di gerai tu, masih ramah dan masih tersenyum seperti kebiasaannya.

Selepas maghrib, ma ajak ziarah sepupu ku itu. Kelihatan ma lemah tak bermaya tapi menggagahkan diri juga nak ziarah kematian anak saudaranya itu.

Ma lebih dahulu membacakan yasin sementara aku mengambil peluang melihat buat kali terakhir wajah sepupuku itu. Terkenang saat-saat indah waktu kecil kami bersama, kami agak rapat waktu tu. Terfikir juga, alangkah cepat kematian menjemputnya,(tapi aku tidak menjangka ma juga akan pergi, tak terfikir lansung walaupun ma nampak uzur ) belum pun 50 usianya, bagaimana aku..??

Bila aku duduk memulakan bacaan yasin, ma sekali lagi ikut membacanya bersamaku...membuatkan aku terkenang bila membaca yasin malam jumaat begini, entah kenapa malam ni hatiku sebak benar terkenangkan ma, mungkin ma menunggu aku menziarahi pusaranya, ya.. dah lama aku tak ziarah ma di sana...

Rindunya aku pada ma..

2 May 2017

MC bidan terjun.

Ni kisahku di hari sukaneka ahad 30/4/2017. Sebenarnya takde mood sangat nak story2 ni sebab apa tau, pagi tadi ticer pembantu kelas den tu tiba-tiba bagitau nak berenti. Huhu..camane ni? Betul hilang sungguh mood ni. Rasa fedap pun ada ni, asyik-asyik sorang berenti, kang ada lagi nak berenti, naik biul plak memikir hal camni, dari dulu lagi tau, ada masalah nak berenti, ada hal nak berenti, letih tau, nak latih ticer baru, kot dapat yang memang dah pandai ok juga, kalau yang masuktu zero, terpaksalah ajar dulu apa patut.
Kelas den tu memang kena ada dua ticer, tak terkejar rasanya tugas management dengan nak mengajar ni. Dari dulu lagi den taknak jadi guru besar, biarlah jadi cikgu kelas je, senang nak tumpu. Tapi kena juga rela paksa jadi guru besar.

Ticer tu cam nekad sangat nak berenti, ada terasa hati dengan boss,  boss tak niat nak kecikkan hati dia, tapi yelah kan, sebab tu bercakap ni kena berhati-hati selalu.

Oklah, lega sikit dah terluah kat sini. Kita sambung kisah sukaneka.

Aritu kan, den terpaksa jadi mc bidan terjun, haa..tengok, berapa kali terpaksa. Kisahnya sub atas sub. Orang yang kami sewa pa system dia tu, dia sub plak pada orang lain, kira dia amik untung atas angin la. Tapi dia tak cakap betul-betul yang program kami ni habis jam 12.30, dia pepandai bagitau kami selesai jam 10.30, eh..logik ke sukan start kul 9 pagi, habis pukul 10.30??
Jadi orang yang kena sub ni dah marah kat kami sebab ada orang nak guna pa system dia untuk kenduri kawen, janjinya pukul 1. Kami plak tak faham kenapalah kami kena marah.

Oh, kisah mc bidan terjun ni, den tunggu lah orang pa system ni nak mulakan majlis, nak umum apa-apa patut, tapi dia wat lek, wat dek jek, eh apahal ni, makpak dah gelisah, bebudak pun jangan cakaplah..ticer, bila nak sukan ni, bila nak sukan ni.
Nak tak nak den amik mike, dengan takde skrip, dengan gelabah juga sebab malu weh kome nak cakap depan makpak reramai tu..

Dahla kena jadi mc, dalam masa yang sama kena kontrol budak, dalam masa yang sama juga nak kena arrange peralatan sukan, susun kat mana kon, kat mana bakul, pendek kata berpeluhla ketiak den berkojar-kojar nak buat semua tu. Tahun ni boss tak dapat cari staf sambilan macam sukan tahun lepas, tahun lepas ada bebudak U cuti semester, upah je dorang. Tahun ni betul-betul kami 6 orang ticer je handle semua. Mana tak terkejarnya.

Nasib baik juga dengan budi bicara boss orang pa system mau tunggu sampai majlis kami selesai. Kalau tak camanelah nak bercakap tanpa mike, mau putus urat leher den nih.

Ermmmm... dugaan betul rasanya. Tapi Alhamdulillah, rasa ringan sikit beban yang tergalas di batu jemala den ni dengan selesainya sukaneka ni. Lepas ni nak pikio exam bebudak ni plak. Satu hal juga exam ni, ingat tak penin ke nak lukis-lukis gambar, nak reka2 soalan walaupun cuma soklan budak tadika???

Warm up.
Sebahagian dari acara.
Anak itik tokwi mandi dalam kolam.
Mewarna bunga matahari.
Belajar lipat baju ye anak2, nnt boleh tolong mak lipat baju.
Pengacara bidan terjun tunjuk bakat.
Sambil kontrol budak.
Acara kemuncak, penyampaian hadiah.

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign