Asam Garam Kehidupan: 1 Ramadhan 1438H.

Nuffnang

Pages

28 May 2017

1 Ramadhan 1438H.

Alhamdulillah, berjaya juga bawak keluarga berbuka dengan kurma dan air je dulu. Ibu dah bagitau awal nak buat camtu, sebelum masuk bulan Ramadhan lagi. No objection pun, yelah belum menghadapinya kan.

Tapi sebelum berbuka semalam, tengah Ibu dok masak-masak tu, lebih-lebih lagi tengok ibu masak ayam masak merah lawan plak dengan tomyam seafood, memasing mula merengek nak makan nasi juga masa berbuka, yelah tak pernah-pernah sehayat hidup dorang berbuka dengan air dan kurma dulu, ingat tak berat ke ujian tu, hihi..

Azan maghrib je si Umar Zikri yang berazam nak puasa penuh tahun ni, ha ah..sebelum2 ni dari zaman tadika dan darjah 1 tahun lepas, puasanya puasa sambung2, kot dahaga ibu bagi je izin Kalo nak minum air, so..Kita tengok jelah tahun ni camane. Ibu kalo bulan puasa ni stock kudap2an memang ibu tak beli, jadi kalo lapar pun memang takde benda nak dimakan..eh..jauh lak kona kisah si Umar Zikri dengar Azan maghrib semalam, haa..dialah menangis nak nasi juga, jadi abah pun sendukkan jelah nasi untuk dia, tapi tengok orang lain takde yang menyenduk nasi, dia pun tak jadi menyuap, tapi monyok jer mukanya..kesiann..😂😂

Jadi bermulalah semalam acara berbuka mengikut Sunnah, yang ibu pun tak pernah-pernah buat seumur hidup ibu ni, menderita weyh nafsu ni kena tekan camtu, dah berkobar-kobar nak mengisi perut sekenyang-kenyangnya tetiba kena stop dulu, berbuka sekadarnya, solat maghrib dulu barulah makan nasi.

Cuma semalam tak dapat nak hantar juadah ke surau, sebab tengah-tengah masak tu gas habisla plak. Sempat buat je keria ubi keledek ungu nak sira dengan gula merah, tapi tak sempat goreng, in shaa Allah hari ni kita hantar, tugas abang Imanlah tu.

4 comments:

  1. Ye, batalkan puasa aje dulu, lepas maghrib baru makan kenyang2.
    Nanti lepas tarawih ada lagi.

    ReplyDelete
  2. Ya WP, batalkan puasa he dulu, lps maghrib mkn nasi, lps tarawih mkn kuih2 plak, hihi

    ReplyDelete
  3. Bagus kak buat mcm tu, tp saya ni kan ttplah cari nasik jugak..haishhh x thn godaan betul.

    Adam pun tahun lepas puasa sambung2, mls jg nk paksa tp tahun ni dah besar katanya dia dah larat tahan lapar hehe, mama tgklah sampai mana dia tahan nanti. Moga2 dpt penuhlah

    ReplyDelete
  4. Baru nk try mama Yan, tak taulah boleh bertahan ke idok, hihi.

    Abg tu rajinlah tolong masak ek, entah2 minat no jadi chef tu, Suka tengok. Kalo Umar Zikri, ngacau she dia, tak boleh jadi betul. First puasa bole terlupa pegi minum air plak, anak..anak.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign