Asam Garam Kehidupan: 2 Ramadhan 1438H.

Nuffnang

Pages

29 May 2017

2 Ramadhan 1438H.

Betul plak sangkaan ibu yang anak dara ibu akil baligh pada bulan puasa. Lambatlah kiranya dah masuk umur 13 tahun baru first period, takpelah..lambatlah sikit pun tengok perangai masih bebudak sangat lagi. Jadi adalah ibu tukang rasa masakan masin ke tawar start semalam. Tapi masih rahsiakan dari si abang Iman dan Umar Zikri. Kecohla Umar Zikri bila tengok si kakaknya lambat solat, jadi si Kakak ni masuklah bilik pura-pura solat. Selesai berbuka dia pun bertelekong sama sebab solat berjemaah camane plak nak nyorok-nyorok. Berdiri kat belakang takdelah orang nampak.

Berbuka semalam ibu tak benarkan bukak tudung saji, kurma dan air je tak bertudung, tapi bila tengok kuih keria gula merah tu semua tak boleh tahan godaannya, ok..makanlah, ibu izinkan. Separuh dah hantar ke surau. Tapi nampak macam tak cukup je, takpe..nanti ibu buat lagi yea

Dapat plak video ustaz Kazim Elias, katanya mana yang lebih payout dipertahankan, antara Sunnah dan kusyuk solat? Yelah dah tengok juadah berbuka siap terhidang baikkk punya, bolehke nak khusyuk solat maghrib tu. Jadi seeloknya makanlah dulu bagi kenyang baru solat.

Tapikan persoalannya dalam hati den ni...dah makan pun khusyuk ke solatnya? Rasa macam manjang tak khusyuk, huhu..

Takpelah, nanti tanya abah, nak teruskan acara berbuka ikut sunnah lepastu solat ataupun nak makan bagi kenyang dulu baru solat??

Aduihhh..malasnya nak gi kerja hari ni, takdak mood, bukan Monday blues pun, cuma rasa macam nak berenti keje je...

Try jual laici dan mix cocktail keluarga Yusuf Taiyoob la plak bulan puasa ni..

15 comments:

  1. Oh kiranya Azi ni ada lagi sorang anak ppuan ya.Alhamdulillah dah remaja ya...memang lah sukar bila tak puasa saat adek masih tak faham .
    Kat rumah akak ni memang makan dulu baru solat.....Tak lama pun ...ifftar kat Johor kan cepat,bila azan kat tv/radio anak2 dah selesai makan terus solat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Kak, ank saya 5, 2 ppuan, 3 llki. Yang ppuan ni no 4.
      Kt sini pun kira cepat juga, dlm 7.20 lbh sikit, tapi sbnarnya bila mkn lps solat ni makan tu takdelah mcm terkejar2 smp nk solat pun mengah. Kalo nk kira khusyuk tak khusyuk tu rasa mcm sama je.

      Delete
  2. Mmg susah tu klu x solat mesti.yg lain bertanya, mcm saya ni lah x solat ank2 tny berhuhu je la jawabnya hahaha..

    Eh x penah jumpa pun fruit coktail yusof taiyob tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia malu mama Yan, bgtau abah pun marah sbb malu, nnt kalo si Umar Zikri plak tau Kakak tk boleh solat tak boleh puasa, dia pun tknak solat tak nak puasa juga, budak sorang tu.

      Fruit cocktail ni baru ada mama Yan, laici dari tahun lps dah Ada.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Eh akak, cuti sekolah pun kena gi kerja ke? Kalau saya wajiblah kerja sbb kerja ofis..

    Anak dara saya yg sorang tu, akil baligh umur 11 tahun, bebudak lagi. amboi dia, bulan puasa dia bantai krup-krap-krup-krap makan depan adik, abg, papanya. sampai kena tegurlah, tahun lepas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tadika ni ada daycare KB, so mmg kena keje jugalah, akk kena pantau staff. Lainlah tadika kemas atau perpaduan sekolah cuti tadika pun cuti.

      Awal balighnya budak2 sekarang ni, perangai pun masih kebudak2an sangat. Ank akk yg sulung tu awal, masa umur 11 thn juga.

      Delete
  5. Usahkan 'kakak', sampai skrg sy mkn2 sembunyi dr anak2 jk kena masa tak boleh berpuasa tu, kdg2 sempat minum air cuma punyalah risau jk terserempak dgn mereka.

    Solat lg le, susahnya nak jawab pertanyaan, 'naper umi tak boleh solat, umi juga kata w/pn sakit, demam, kita wajib solat" kelu lidah untuk berkata2 jika berdepan dgn si cilik Alya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah saya pun, kadang teguk air bagi jgn sama dgn puasa je, kesian pun kesian kita kenyang Kang diaorg lapo.

      Si Umar Zikri kalo kita ckp kita cuti solat dia pun siap cakap nk cuti juga, camane tuh

      Delete
  6. Okay la tu kak ada yang jadi tukang rasa kan, takdalah terlebih garam atau terlebih gula pula hehe. Selamat berpuasa diucapkan kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadhan cikgu Syed, ni kt umh la ye, tgh cuti sekolah kan.

      Delete
  7. PH pun hari ni takde mood. Pun nak berhenti kerja hah..hah...

    ReplyDelete
  8. Sama mcm ana akil baligh umur 13.

    Samalah kak. Nk kusyuk sentiasa selalu fail. Agak2 dah tersasar cpt2 beringat semula. Selalu jadi kalau masa buka mkn berat.

    ReplyDelete
  9. Hihi...aku makan sekali harung mak baru solat....Tu pun melilau jugak fikiran hihi....
    Hish entah bilah nak berubah agaknya.
    Ohhh ada ek YT punya fruit koktel. Tak pernah nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dugaan betul si kakak tu ek. Terpaksa ganti puasalah lepas ni nampaknya

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign