Asam Garam Kehidupan: 4 Ramadhan 1438H.

Nuffnang

Pages

31 May 2017

4 Ramadhan 1438H.

Alhamdulillah, berkumpul buat sementara waktu 5 orang anakku di rumah. Kakak yang sepatutnya sampai petang dengan abah dari TBS, tapi komuternya lambat, akhirnya sampai malam waktu aku tarawih sendirian di rumah.

Berkumpul 5 orang anak ni, buatkan aku mula berfikir nak masak juadah apa nak raikan anak-anak. Kebahagiaan seorang ibu camtulah. Lagikan acara makan-makan nilah yang best bila dah terkumpul ni. Si Umar Zikri pun dah pandai request nakkan puding karamel, kakak Nadhrah nak dadih, abang Iman belasah je apa yang terhidang, abang Danish kalo ada lauk ayam lemak cili padi bolela tengok dia makan bertambah, si kakak Humairah suka meehoon sup. Nasib baik gak anak-anak tak pandai minta ibu masak yang bukan-bukan, ibu pun bukan pandai masak sangat, takat untuk sekeluarga tu bolela.

Ahad ni 4/6 si abang Danish plak daftar masuk asasi IIUM Petaling Jaya, nasib baik dekat je, boleh gak jenguk sesekala. Yang si kakak plak kena ikut sebab dia jadi ajk apa tah kat sana.

Kakak, dua dari depan.

8 comments:

  1. semua anak ada berkumpul ya Azi,seronok kan dapat masak2 utk dorang.Wah selera mereka berbeza ya,takpelah banyak menu nak dimasak ,ada anak2 boleh tolong sama.
    Akak anak2 hampir nak raya nanti baru dapat berkumpul semua 5 org.
    Untuk Danish ...good luck ,semoga terus berjaya apa yang dicita dan selamat menempuh dunia baru.

    ReplyDelete
  2. meriah time berbuka..

    ReplyDelete
  3. kalau ikutkan slera masing2, banyaklah juadah yang kena sediakan.
    Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah untuk peluang berkumpul ramai2..

    ReplyDelete
  5. seronok bila dapat berbuka dan bersahur dengan semua anak2kan kak, mesti meriah rumah. makanan pun tentulah mengikut selera anak2

    ReplyDelete
  6. Betullah tu mak sebagai ibu kalau anak anak berkumpul mmg kalau boleh nak penuhi selera mereka.... Tapi kalau mak malas weyh. Baik beli je haha...Buka semua nak makan benda sama ...Ni mmg dasar pemalas masak punya mak haha....

    Kakak kat rumah ni boleh tolong masaklah kan mak

    ReplyDelete
  7. wah meriah kan kak...bila anak-anak pulang ke rumah

    ReplyDelete
  8. selamat berpuasa kak sekeluarga

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign