Asam Garam Kehidupan: Bagaimana wanita pada pandanganmu??

Nuffnang

Pages

15 May 2017

Bagaimana wanita pada pandanganmu??

Kita selalu mendengar kisah pemerintahan dinasti Mongol, kisah-kisah kepahlawanan dan keberanian mereka setelah kerajaan mereka menerima kedatangan agama islam, tapi bagaimana agaknya Dinasti Mongol ini menerima islam?

Hari ni kita share lagi ye perkongsian dari radio IKIM dalam slot pesona d zahra yang dikendalikan oleh ustaz Muhammad bin Abdullah Al Amin. Kisahnya begitu menarik dan begitu memberi inspirasi tentang kegigihan pendakwah silam yang tidak mengenal gentar atau takut piada kematian, sehingga islam dapat dimenangkan, itulah kejayaan bagi mereka.

Bagaimana agaknya Raja Mongol ini menerima islam? Sebelum itu sudah ramai pendakwah islam yang syahid ketika cuba menyampaikan islam kepada raja ini. Sehinggalah datangnya seorang yang bernama Syeikh Syamsuddin Buhaizi, waktu itu mungkin juga timbul rasa hairan di hati raja kenapa agaknya para pendakwah ini tetap juga datang walaupun sudah sekian ramai yang dibunuh. Lalu dia bertanya apa sebenarnya yang mereka mahukan.
Syeikh Syamsuddin Buhaizi menjawab bahawa dia cuma mahu duduk dalam perhimpunan  mereka. Itu saja...

Dalam perhimpunan mingguan ini ada saja satu topik yang akan dibincangkan bersama ahli konsul mereka. Satu ketika mereka membincangkan tentang kedudukan wanita di sisi mereka. Wah! Topik hangat nih.

Lalu berbagai pendapat dan pandangan diberi. Ahli konsul yang pertama berkata..dia melihat wanita umpama syisya yang punya berbagai perisa,habis satu perisa akan dibuang dan dia akan cuba pula perisa yang baru.

Seorang ahli konsul yang lain memberikan pendapatnya yang melihat wanita umpama pedang, yang diasah dan diguna sehingga tumpul, dan diasah lagi, diasah lagi..lalu berderailah tertawaan di dalam dewan itu.

Bila tiba giliran syeikh Syamsuddin memberikan pandangan, dia berkata..menurut nabi kami, wanita umpama tulang rusuk kiri kami, dekat dengan kami yang perlu kami lindungi. Raja Mongol itu terdiam, seluruh dewan turut terdiam..

Setelah agak lama, Raja Mongol itu meminta syeikh Syamsuddin menceritakan lagi tentang islam, Syeikh Syamsuddin ini bijaksana dan berhikmah dalam menyampaikan ajaran islam sehingga  akhirnya Raja Mongol ini menerima islam dengan hati yang terbuka. Di tangannya islamlah antaranya negara Tajikistan, Uzbekistan..raja yang bernama Bayan kuli khan ini begitu terkenal, tetapi dia meninggalkan wasiat supaya mengebumikan dia di bawah telapak kaki gurunya Syeikh Syamsuddin Buhaizi.

10 comments:

  1. sesungguhnya islam mengangkat martabat wanitakan, dalam alquran pun ada surah mengenai wanita An-Nisaa'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, islam tidak membezakan jantina, yg membezakan antara kita adalah taqwa.

      Delete
  2. WANITA DI KIRI MENYIMBANG KANAN..TIASA KIRI TENTU XSEMPURNA STABILNYA INSYAA ALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, adanya sayap kanan tentulah kena adanya sayap kiri, kalo tak manakan sesebuah pesawat itu boleh terbang.

      Delete
    2. Ya betul, adanya sayap kanan tentulah kena adanya sayap kiri, kalo tak manakan sesebuah pesawat itu boleh terbang.

      Delete
  3. Teruk kan pandangan mereka terhadap wanita. Sedangkan islam memuliakan wanita dan mengangkat martabat wanita . Alhamdulillah akhirnya mereka masuk islam jua . Moga ramailah lelaki yg punyai pandangan spt Syeikh Samsudin. amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelaki yang berilmu dan beriman tentu saja faham apa kata islam tentang wanita.

      Delete
  4. Haip, termasuk sekali Uzbekistan tu... ^_^

    Agama kita ni yang sebenarnya memandang tinggi pada wanita tapi entah kenapa sebaliknya yang berlaku dalam dunia sekarang. Habis mereka kata kita ni abusive, wanita dianiaya dan dilakukan seperti hamba. Padahal bukan begitu pun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, jauh tu percaturan Allah untuk HD tau...

      Wanita sendiri kot yg tak pandai meletakkan diri pada tempat yg betul, tapi bukan semualah, ada juga yg betul2 teraniaya..moga terbela suatu masa nnt.

      Delete
  5. utk anak2 ni nak kena ajar hormati wanita

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign