Asam Garam Kehidupan: Exam yang memeningkan kepala ticer.

Nuffnang

Pages

24 May 2017

Exam yang memeningkan kepala ticer.

Jangan terkejut, bebudak tadika pun kono buat exam.
Kat bawah ni perbualan aku dan bebudak tu.

" Susah ke senang periksa?" Aku tanya.
" Senang." Bebudak jawab ramai- ramai.
" Habis tu kenapa tak boleh jawab?"
" Memanglah, susah..." 

Huk aloh.
Haishh...habis senang ke susah???
Lagi koleksi gambar di Rabbit Fun land.
Cer teka, sape yang tengah sawan meniti kat titi bebudak tu??
Wajah-wajah ceria dan seronok.
Camni caranya sayang oii, tengok ni ticer buat..
Jenuh dua ekor kuda nak bawak sorang-sorang bebudak yang ada 45 orang aritu, habis je dengar dia merengek penat kot.
Lapar sudah, sedapnya nasi ayam.

12 comments:

  1. Mesti ticer keliru..senang ke susah exam ni...hehehe..lucu..

    ReplyDelete
  2. Senang ke susah exam?? Keliru sudah.. Ha3

    ReplyDelete
  3. Hihii...poning kepala ticer ...budak2 skg bijak sangat .Sebenarnya dia orang boleh jawap tu cuma tak tau nak buat macamana.
    Cian kuda2 tu jenuh melayan budak yang ramai nak diangkut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, dia dh jwb camtu, lps jawab pandai la garuk kepala, tau kot ticer pun dah penin lalat, hihi

      Ya kak, merengek kuda tu, saya pun nasib baik pakai kain aritu, kalo tak saya pun nk naik.

      Delete
  4. Susah ke senang sebenarnya ni? Hehehe... Soalan senang tp susah nak jawab tu.

    Gigihnya ticer tu meniti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah tu agaknya, almaklum kecik2 dah kena ngadap exam, haha.

      Nak gak ticer tu rasa naik jambatan gantung.

      Delete
  5. hah..hah..budak2 exam, ticer pun pening.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Hmm, seronok bebudak tu,dapat hilangkan stress setelah exam. Tu la seingatnya zaman saya tadika dulu takde pun exam, jalan2 macam ni pun takde juga.
    #kesian kuda tu sampai merengek bebudak tu naik, agaknya kalu akak naik mesti menangis kuda tu..hehehe.. maaf akak saya bergurau

    ReplyDelete
  7. Patutnya budak-budak yang pening tapi teacher lagi pening. Baru Tanya susah ke senang, dah dijawabnya dua-dua sekali. Itu belum tanda kertas exam lagi ^_^

    Huk aloh! Macam guru besar aje yang atas titi tu? Gianlah tu kot. Hahaha!

    ReplyDelete
  8. Soalan yang senang,
    nak jawab susah.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign