Asam Garam Kehidupan: MC bidan terjun.

Nuffnang

Pages

2 May 2017

MC bidan terjun.

Ni kisahku di hari sukaneka ahad 30/4/2017. Sebenarnya takde mood sangat nak story2 ni sebab apa tau, pagi tadi ticer pembantu kelas den tu tiba-tiba bagitau nak berenti. Huhu..camane ni? Betul hilang sungguh mood ni. Rasa fedap pun ada ni, asyik-asyik sorang berenti, kang ada lagi nak berenti, naik biul plak memikir hal camni, dari dulu lagi tau, ada masalah nak berenti, ada hal nak berenti, letih tau, nak latih ticer baru, kot dapat yang memang dah pandai ok juga, kalau yang masuktu zero, terpaksalah ajar dulu apa patut.
Kelas den tu memang kena ada dua ticer, tak terkejar rasanya tugas management dengan nak mengajar ni. Dari dulu lagi den taknak jadi guru besar, biarlah jadi cikgu kelas je, senang nak tumpu. Tapi kena juga rela paksa jadi guru besar.

Ticer tu cam nekad sangat nak berenti, ada terasa hati dengan boss,  boss tak niat nak kecikkan hati dia, tapi yelah kan, sebab tu bercakap ni kena berhati-hati selalu.

Oklah, lega sikit dah terluah kat sini. Kita sambung kisah sukaneka.

Aritu kan, den terpaksa jadi mc bidan terjun, haa..tengok, berapa kali terpaksa. Kisahnya sub atas sub. Orang yang kami sewa pa system dia tu, dia sub plak pada orang lain, kira dia amik untung atas angin la. Tapi dia tak cakap betul-betul yang program kami ni habis jam 12.30, dia pepandai bagitau kami selesai jam 10.30, eh..logik ke sukan start kul 9 pagi, habis pukul 10.30??
Jadi orang yang kena sub ni dah marah kat kami sebab ada orang nak guna pa system dia untuk kenduri kawen, janjinya pukul 1. Kami plak tak faham kenapalah kami kena marah.

Oh, kisah mc bidan terjun ni, den tunggu lah orang pa system ni nak mulakan majlis, nak umum apa-apa patut, tapi dia wat lek, wat dek jek, eh apahal ni, makpak dah gelisah, bebudak pun jangan cakaplah..ticer, bila nak sukan ni, bila nak sukan ni.
Nak tak nak den amik mike, dengan takde skrip, dengan gelabah juga sebab malu weh kome nak cakap depan makpak reramai tu..

Dahla kena jadi mc, dalam masa yang sama kena kontrol budak, dalam masa yang sama juga nak kena arrange peralatan sukan, susun kat mana kon, kat mana bakul, pendek kata berpeluhla ketiak den berkojar-kojar nak buat semua tu. Tahun ni boss tak dapat cari staf sambilan macam sukan tahun lepas, tahun lepas ada bebudak U cuti semester, upah je dorang. Tahun ni betul-betul kami 6 orang ticer je handle semua. Mana tak terkejarnya.

Nasib baik juga dengan budi bicara boss orang pa system mau tunggu sampai majlis kami selesai. Kalau tak camanelah nak bercakap tanpa mike, mau putus urat leher den nih.

Ermmmm... dugaan betul rasanya. Tapi Alhamdulillah, rasa ringan sikit beban yang tergalas di batu jemala den ni dengan selesainya sukaneka ni. Lepas ni nak pikio exam bebudak ni plak. Satu hal juga exam ni, ingat tak penin ke nak lukis-lukis gambar, nak reka2 soalan walaupun cuma soklan budak tadika???

Warm up.
Sebahagian dari acara.
Anak itik tokwi mandi dalam kolam.
Mewarna bunga matahari.
Belajar lipat baju ye anak2, nnt boleh tolong mak lipat baju.
Pengacara bidan terjun tunjuk bakat.
Sambil kontrol budak.
Acara kemuncak, penyampaian hadiah.

18 comments:

  1. Cantiklah seragam bebudak tu 😍 Gold+pink merah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, cer tgk bebetol warna dia, mcm tkde gold rasanya.

      Delete
  2. BERAT TUGAS GURU BESAR YE NOR SEMA NK HANDLE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan, cam pemimpinla, berat tggjwbnya,pastu kalau tk success kena ngadap muka boss..

      Delete
  3. dah terbayang macam mana penat akak hari sukan tu, nak handle anak2 kecil macam tu memang mencabarkan, tapi tahniah buat akak dan cikgu2 semuanya yang berjaya menjalankan tugas dengan baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat jgn citerlah, balik jer terus pengsan tak hengat.
      Kejayaan semua dgn izin Allah juga, in shaa Allah.

      Delete
  4. Tadika pun ada staff problem. Hmmm...ni masalah kebanyakan industri, kekurangan staff. Sampai boss sendiri kena buat kerja.

    ReplyDelete
  5. Dari satu masalah ke satu masalah ya Azi.Tahniah lah acara sukan dah berakhir walaupun katanya kalut dengan pa system dan jadi bidan terjun .
    Ramai juga pelajar2 tadika Azi ya ....memang pening lah kalau yang tak biasa dengan bebudak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua ada 50 lebihla, bermacam kerenah kak.

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. okla kak, ada pengalaman dah jadi MC

    ReplyDelete
  8. Kira gila kuasalah masa nih... Hahaha!

    Nasib baik ada bidan terjun, kalau takda bidan yang nak terjun lagilah susah, KakG.

    Penat jugakan kalau kerja ambil orang bekerja, lepas tu berhenti, lepas tu kena ajar lagi, lepas tu berhenti lagi. Memanglah letih. Menulis pun dah letih tau inikan pulak melalui pengalamannya.

    Awat company PA system buat lagu tu? Sub atas sub atas sub, kita yang jadi mangsa padahal bukan salah kita punkan. KakG tak marah depa balik ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, cam gila kuasa jer.
      Takpe, sesekali, haha
      Mmg penat, penat perasaΓ n ni, kang salah tegur, salah ajar jadi lain plak, bukan senang tau jaga org besar ni, jaga budak kecik lagi senang, marah je diamla dorang, kalu org dewasa ni maunya merajuk tarik muka.

      Entah ngapenya, nak cari untungla tu, kami jadi mangsa, ko jgn plak suggest suh beli pa system sendiri, kang den mintak duit hang kang.
      Ishh..tak berani nak marahla, biar bossla marah, den kojo je.

      Delete
  9. Aduhai ..
    Letih juga semua nak kena buat ..
    Jadi MC lagi..
    Nak arange acara lagi..
    Boss tak nak tolong ke Zimah..

    ReplyDelete
  10. Boss tolong sikit2 je, dh namanya boss kan, takkan nk sama naik dgn staf kot.

    ReplyDelete
  11. Kalau dah namanya ada majlis mmg cenggitulah mak. Mmg kelam kabut. Lagi lagi ramai pulak tu yg datang. Kalau aku dah tak cukup napas tu mak.

    Apa pun bila dah settle ni mmg dah lega sangat ek G

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign