Asam Garam Kehidupan: Si pekak Hatim al Assom.

Nuffnang

Pages

7 May 2017

Si pekak Hatim al Assom.

Satu perkongsian yang sangat mengharukan dari radio IKIM dalam slot Usrah Nurani, saya nak sharekan di sini, moga menjadi iktibar kepada kita bagi mengharungi Ramadhan yang bakal menjelang tak berapa hari saja lagi, moga kita direzekikan berada di dalamnya.

Hatim Al Assom ini seorang ulama sezaman dengan imam Ahmad bin Hambal.
Pada suatu hari seorang wanita datang untuk mengikuti majlis ilmu Hatim Al Assom. Dia belum pernah mengikuti majlis ilmu yang dikeñdali oleh Hatim Al Assom. Oleh kerana teruja dapat mengikuti majlis ilmu Hatim Al Assom, beliau duduk agak hampir dengan Hatim Al Assom dan agak jauh dengan penuntut yang lain.

Sedang wanita ini ingin mengajukan satu soalan, dia terkentut dengan agak kuat, alangkah malunya wanita ini, air mukanya terus berubah. Tapi dia terus juga bercakap mengajukan soalan.

Tetapi Hatim Al Assom seolah-olah tidak mendengar suara wanita tersebut, dia meminta wanita itu meninggikan suara kerana dia tidak mendengar. Alangkah leganya perasaan wanita itu, kerana pada sangkaannya Hatim Al Assom pekak...

Sejak hari tersebut, Hatim Al Assom mendapat jolokan Al Assom tersebut yang bermakna Hatim si pekak, setiap orang yang bercakap dengannya terpaksa meninggikan suara...

Berapa lamakah Hatim berpura-pura pekak begitu, selama 30 tahun. Suatu hari ada seorang mahu bercakap dengannya, Hatim berkata..perlahankan suaramu, aku boleh mendengarnya..
Rupa-rupanya kerana wanita tersebut sudah meninggal dunia..

Sahabatku semua... itulah buah akhlak yang tumbuh hasil ibadah yang tulus kepada Allah, sehingga seorang tuan guru sanggup berpura-pura pekak untuk menjaga maruah seorang muridnya.
Ramadhan bakal tiba, semoga kita mendapat roh Ramadhan yang menjadikan kita hambaNya yang bertaqwa.

16 comments:

  1. Dapat dijadikan pengajaran kepada kita semua.

    ReplyDelete
  2. sangat bermanfaat perkongsian ini..terima kasih kak azimah...akak apa khabar?moga sihat selalu ya kak..aamin

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, irda..sihat, cuma batuk je blm betul2 ok.
    Mmg byk kisah2 menarik di radio IKIM,santapan jiwa setiap hari

    ReplyDelete
  4. Gambar siapa tu NA?

    Terima kasih di atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami panggil dia tok, ibadahnya hebat, akhlaknya juga sangat baik.

      Delete
  5. perkongsian yg menarik untuk kita menjaga aib orang lain kan..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhlak dari buah ibadah yg ikhlas itulah dia.

      Delete
  6. Mak, gambo bawah tu gambo sapa?
    Masyaallah haibatnya akhlak beliau ye mak....Betul betul menjaga aib orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok ni mak kepada Allahyarham ummu jah isteri abuya, masya Allah pjg umurnya dlm berkat, anknya lebih dahulu pergi..

      Delete
  7. begitulah seeloknya kita menjaga aib sesama kita kan

    hebat sangat akhlak Hatim al Assom ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi yg selalu terjadi kita lebih seronok membuka aib org lain..jauh benar akhlak kita nk bandingkan dgn akhlak org2 soleh ni

      Delete
  8. Satu pengajaran ni supaya kita sentiasa menjaga aib orang. Sampai 30 tahun pura-pura pekak sehingga dapat panggilan si pekak lagi. Mulianya peribadi Hatim Al Assom ni.

    ReplyDelete
  9. untuk kalian yang menunggu liburan dan bingung untuk cari tempat yang NYAMAN,MURAH dan STRATEGIS :) langsung aja yu kunjungi di HOSTEL MURAH DI BANDUNG COCOK UNTUK BACKPACKER

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign