Asam Garam Kehidupan: 13 Ramadhan 1438H.

Nuffnang

Pages

8 Jun 2017

13 Ramadhan 1438H.

Eh ramai plak yang minta resepi murtabak  biskut ek? Ramai?? Haha..perasan.

Oklah khas untuk mama Yan, Kak saniah, CH and PH, lepas ni bolehla cuba kan. Hehe..

Untuk kulit murtabak.
Biskut hup seng.
Santan atau susu cair.

Inti.
Isi ayam potong halus2  atau blend.
Seulas bawang putih, ketuk.
Bawang besar kalau suka boleh letak 2,3 biji potong dadu.
Kentang potong dadu.
Kubis potong halus2.
Telur sebiji atau dua, ikut saiz.
Daun bawang, potong.
Garam dan rempah kari.

Kita kena sediakan intinya dulu.
Tumis bawang putih sampai wangi, masukkan inti ayam. Bila isi ayam dah masak masukkan rempah Kari, kalau suka pedas boleh lebihkan rempah kari, tambah sikit air dan masukkan kentang. Tunggu kentang empuk, masukkan bawang yang dipotong dadu tadi. Bila bawang dah masak baru masukkan kubis dan daun bawang, masukkan garam dan kacau hingga rata. Tutup api dan pecahkan telur.

Cara.
Saya guna 24 keping biskut, tapi terpulang korang nak tebal ke nipis. Setiap lapis saya guna 6 keping biskut. Biskut kena rendam sekejap dalam susu cair, baru susun dalam dulang bakar yang dah disapu margerin. Letakkan inti rata2. Buat proses yang sama sehingga selesai. Bahagian atas sekali mesti biskut ye, kalau inti nanti kering plak intinya, sebab kita kena bakar dengan suhu 160°c dalam 30 minit camtu. Sejukkan baru boleh potong.
Puas hati tau, makan sebab saya punya 4 tingkat weh.

Semalam suami takde, dia berbuka puasa kat hotel dengan geng pejabat dia. So kita masak menu paling simple tapi anak-anak den suko sangat nih, tadaaa...nasi goreng Pattaya. Abaikan cili sos yang comot tu sebab den takdo botol yang squeeze2 tu.

Bila suami berbuka di hotel, kita masak yg paling ringkas, duk kat dapur sekejap je dah siap.

14 comments:

  1. Ingatkan murtabak biskut, rupanya gambar nasi goreng pattaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambarnya ada kt entri yg sebelum ni, WP pun boleh buat ni, senang sgt.

      Delete
  2. Akak nak save dulu resepi ni Azi nanti anak2 semua ada boleh lah buat.Nampaknya bahan2 pun mudah ...tq Azi share resepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak, senang caranya Dan mudah bahannya, yg penting ank2 suka.

      Delete
  3. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Alhamdulillah, ada pun resepinya hehe...Nak save dulu, insya-Allah nanti nak cuba buat bersama ummu Ikhwan. Tgk pada bahan2 dan cara membuatnya, tidaklah rumit sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam ustaz, senang je tu, in shaa Allah jadi murtabaknya.
      Bahannya boleh tambah2 sendiri Mana tau nk lagi kaw2, nk guna daging pun boleh.

      Delete
  4. Timo kaseh zimah yo..
    Akhir dapek juo den resepi murtabak sekut ni..
    Save dulu resepi bak kato k.saniah..
    Bilo cuti den buek..
    Kono cari gak bahan2 eh..

    Anak den pun minta nasi goreng pataya ni..
    Minggu dopan lah den masak maso en suami berbuko kek otel tu dgn kawan kojo nyo tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak nunggu sebulan poso ni memacam resepi keluar, yg tak ponah masak pun nak yo cubo to tak.

      Tunggu cuti lagi sonang kan bole buat bebanyak hantar kek surau ko
      Den kalau toklaki takdo mmg menu eh ringkas yo, toklaki den tu jinih makan nasi berlauk

      Delete
  5. baru nak mintak resepi, dah ada entri...hihi
    nanti boleh cuba buat.
    tq kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba jgn tak Cuba.
      Senang Dan ringkas tu, sekejap je boleh siap.
      Mesti Yusuf pun suka, hihi

      Delete
  6. heh..heh..thank you, ticer. Nanti PH cuba buat :)

    ReplyDelete
  7. Welkem PH, nnt siap tunjuk ek

    ReplyDelete
  8. rupanya nasi ya kak, menarik gak ni

    ReplyDelete
  9. Yang penting senang dan cepat mak. Aku ni mmg malas nak berlambat lambatan kat dapur, kalau tak masuk dapur lagi aku suka haha....

    Ohh... sonang yo nak buat murtabak biskut ek rupanya

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign