Asam Garam Kehidupan: 17 Ramadhan 1438H.

Nuffnang

Pages

12 Jun 2017

17 Ramadhan 1438H.

Salam nuzul Quran.
Semoga Ramadhan yang masih berbaki kita manfaatkan sepenuhnya bagi merebut barakah, kebaikan dan seribu satu kebajikan yang Allah janjikan di sepanjang Ramadhan ini. Hati dah mula terasa walang mengenangkan tetamu yang mau beransur pergi ini, terasa kurang beradabnya melayan tetamu yang sepatutnya sangat dimuliakan, Allahu Akbar..

Ujian tanda kasih sayang Allah. Ujian juga sebagai tanda penghapusan dosa, bagi saya sudah tentunya ujian itu untuk penghapusan dosa selayaknya saya yang memang banyak dosa ini.

Memang terasa bebanan perasaan bila subuh hari terpaksa keluar dengan suami, seawal jam 6 pagi sudah tercongok di tadika, walhal waktu kerja start pukul 7.30 pagi. Entah kenapa uncle Rajan dah tak mau menumpangkan saya padahal saya bayar tak kira cuti sekolah pun tetap juga bayar penuh. Tapi dia nak pula amik Umar Zikri macam biasa. Mungkin berpunca dari Goki. Isteri uncle tak suka Goki, jadi kalau uncle masih hantar saya ke tadika, nanti uncle masih terserempak dengan Goki. Itu je sebab yang saya nampak.

Nak tak nak kenalah keluar dengan suami pukul 6 pagi tu. Seksa nak kejutkan Umar Zikri, angkut baju sekolah, sabun mandi bagai, kalau bulan tak puasa dengan bekal sarapan semua. Tu yang awal bulan 5 aritu saya hilang mood sungguh, memang rasa nak berenti kerja.

Balik plak kena naik grab car. Grab car ni ujiannya kadang tu susah nak dapat, kadang dah otw dia cancel, terpaksa booking lagi, tunggu lagi. Satu hari tu line tepon meragam, lansung takde signal. Tak dapatlah nak booking grab, nak tak nak tengahari buta tu terpaksa balik jalan kaki, nak naik satu bukit takdelah tinggi pun, sekali hilang imbangan badan, yelah..awak bukannya muda lagi..tetiba gedebuk jatuh, luka kat hidung..sedih wehh..
Jalan kaki tu ikut jalan kampung, dalam 1km lah jaraknya, takdelah seram sangat, ada gak rumah2 kampung, tapi ada gak semak-samun...

Hajat nak beli kereta tu ada, tapi entahlah, rasa hati tu berbelah bagi plak, mengenangkan awak pun bukannya muda lagi, takkan nak kerja sampai anak murid panggil Ticer nenek kot..lagipun rasa macam dah tak larat. Bebanan perasaan wehh.

Bila dengar kisah pemandu Uber kena tahan kes cabul, pastu baru semalam ada lagi berita pemandu grab kena reman kes rogol, tetiba rasa takut dan seram semacam..

Sabtu lepas dah bercerita panjang lebar dengan boss masalah saya ni, saya bagitau nak berenti sebab masalah takde kenderaan. Nampaknya boss keberatan nak bagi. Boss, boss...kalo tak bagi berenti, bagilah naik gaji, bagi boleh bernafas sikit kalo saya nak betul nak beli kereta, betul tak korang??

Lain orang lain masalahnya kan, bagi orang mungkin ni bukan satu masalah besar. Dan saya plak mungkin bila dengar masalah Kak Saniah ke, masalah mak okje ke, masalah si CH ke, saya tak terasa terbeban pun, mungkin sekadar rasa kesian je.

Esok dah start sekolah semula selepas cuti sekolah dua minggu. Sekejap je habis dua minggu, cuti sekolah bolehla suami keluar lewat sikit, pukul 6.15 pagi, tapi ni dah sekolah memang tak boleh lambat, nanti kesian kat suami tersangkut jem lambat plak sampai pejabat.

Entahla, saya tak dapat nak ambik apa-apa keputusan lagi. Macam-macam yang ada dalam kepala otak saya ni. Cuma buat masa terdekat ni saya masih nak bekerja dan dapat sedikit gaji untuk keperluan hidup yang makin  mencengkam ni tau korang, sekurang-kurangnya saya dapat beli vivix sebagai ikhtiar untuk sembuh dari pra kanser pangkal rahim, entah apalah cerita kat dalam tu setelah tertangguh pembedahan colposcopy bulan 12 tahun lepas.

Saya nak cari kereta paling murah, tapi ofkoslah nak cari yang kira ok juga.

9 comments:

  1. Mak ko ni yo yo o nak beli kereta bagai ....dah berani ke tidak bawak kereta tu haha....
    Ngapelah pulak uncle Rajan tak nak ambik ko? Kesian ko mak. Memanglah... kalau aku kat tempat ko, aku pun rasa stress mcm tu.
    Dengan nak kejut anak lagi...adoiyai..
    Sabolah mak yek ..

    ReplyDelete
  2. Semoga dengan berkat Ramadha ini, dipermudahkan segala urusan seharian,
    dileraikan segala kekusutan.
    Aamiin

    ReplyDelete
  3. bersabarlah kak, saya yang membacanya ni rasanya tak sanggup nak keluar awal macam tu dengan nak kejutkan anak lagi. InshaAllah moga ada kesudahan yang baik nanti ya.

    ReplyDelete
  4. Kesian, ticer. Banyak cabaran. Ada buat follow up ke kat hospital? Take good care of yourself, ticer.

    ReplyDelete
  5. Asalamualaikum Nor. Cuma nak komen pasai post kat bawah tu. Ambik vivix untuk untuk mengubati pra kanser. Sebagai seorang yang pernah ada fibrod bermula sebesar 3cm dan kemudian nya membesar sehingga 9cm, menunggu dan ambil beberapa inisiatif sendiri untuk sembuh rasanya bukan lah satu pilihan yang baik. Pergilah buat pemeriksaan susulan untuk perkembangan terkini. Moga Nor diberikan kesembuhan oleh Allah Yang Maha Esa.

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan semua urusan 😊

    ReplyDelete
  7. Salam nuzul Quran semoga kita beroleh keampunan allah

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign