Asam Garam Kehidupan: 25 Ramadhan 1438H.

Nuffnang

Pages

20 Jun 2017

25 Ramadhan 1438H.

HiMasyaAllah, dah nak habis puasa dah., dah 25 Ramadhan, kalau lah yang bernama Ramadhan tu manusia, dah 25 hari bertamu kat rumah kita, hari ni agaknya dia dah mula packing2 nak balik, dah rima's dah duduk lama2 kat rumah orang. Kita pun dalam hati duk tertanya2 dah, bila agaknya orang ni nak balik, penat dah ni dok menjamu makan, mengemas2, kita pun mula hint2 supaya tetamu tu cepat balik, walaupun tetamu tu bukan duduk percuma, dia bayar tau, tu pun kita rasa penat.

Macam tulah kita dengan tetamu batin yang namanya Ramadhan ni. Mula kedatangannya kita sambut, kita rai sungguh2, kita mengaji, sedekah, tarawih sungguh2. Kat masjid, surau penuh jemaah bertarawih, sampai melimpah2 keluar. Tapi dah akhir2 Ramadhan ni cer gi tengok, rasanya dah tinggal tak sampai separuh jemaahnya. Mak2 dah sibuk membaking, tukar langsir, kemas rumah. Pak2 dah menggaruk kepala mengira bajet sebelum dan selepas Raya, fuhhhh..
Lagu2 Raya dah berkumandang sana-sini, lampu raya dah berlip-lap2 kat rumah jiran hujung sana, simpang depan, kona Kiri, mercun dah berdentum-dentam, pastu dah masuk berita anak orang sana putus jari, cacat kat mukalah bahana meriam buluh, yang peliknya anak cina yang sambut Tahun Baru Cina tu takde plak dengar berita putus tangan, putus jari akibat main mercun, tiba kalau time nak raya je adalah berita anak en Ahmad ke, anak en Bustamam ke masuk spital akibat cedera main mercun, contoh..itu contoh, harap kalau betul ada orang yang namanya en Ahmad atau en Bustamam janganlah terasa ek.

Pastu yang banyak berlaku eksiden ni time Raya kitalah, jem teruk time Raya kita, harga bahan mentah melambung naik pun time kita nak raya, eh..bulan puasa pun harga barang dah naik, baru ni tengok harga kerang sekilo dah mencecah 13hengget lebih, padahal 4, 5 tahun lepas tak sampai pun 7 hengget sekilo, kansel...tak jadi buat rendang kerang.

Tahniahla kepada sahabat2 Yang berjaya capai target khatam Quran, nak bertarawih setiap malam, sedekah setiap hari, kurangkan pembaziran beli Kat Param tu, tapi masak setiap hari walaupun penat2 balik keje, tak sempat bukak stokin dah buka freeze keluarkan ikan, sotong nak masak juadah penuh kasih sayang untuk anak2 dan suami. Pukul 4 pagi mata masih separuh terbukak dah bangun siapkan sahur, pastu kalau sempat tahajud barang serakaat dua, mengaji barang semuka dua, jadilah la kan.

Panjang pulak terbebel pagi ni. Ampun maaf kalau ada yang tersinggung.
--_------_---__-------------------------------------------

Assalamualikum

Niatkan *INFAQ* untuk Set Lengkap Pengurusan Jenazah
Harga Set ini RM250/=

Nilai Infaq CUMA
*RM10.00 satu nama*

📞Tel: []] *012 384 4558* Ashekin ]]]]

👆🏻.. Team Ashekin dan AL~WALID akan menghantar (*Infaq*) Set Pengurusan Jenazah ini
*ke Rumah Orang Orang Tua Sri Kenangan, Cheras KL*

Terimakasih di atas *keperihatinan dan menyantuni* hikmah bersedekah..

*boleh ! Sila viralkan projek ini* 🚀❤🕋

Follow this link to join my WhatsApp group: https://chat.whatsapp.com/7iy2eEM9JyLBPO1r0oHl5K

Saya ada join grup yang namanya grup infaq Kain kafan, sape nak join ikut he link Kat atas tu.

4 comments:

  1. SELAMAT BERHARI RAYA NOR MAAFZAHIR BATIN

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah berikan kekuatan kepada kita untuk kekal beristiqamah dalam ibadah meskipun setelah Ramadhan berakhir. Selamat menyambut Aidilfitri. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  3. sedih juga tetamu kita dah nak berangkat pulang, moga sempat lagi kita menyambut tetamu ini untuk tahun2 akan datang.

    ReplyDelete
  4. Itulah roda kehidupan.
    Semoga kita akan ketemu lagi Ramadhan akan datang dalam situasi yang lebih baik.
    Kalau ramadhan tak nak pegi, susahlah Syawal nak datang.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign