Asam Garam Kehidupan: 5 Ramadhan. 1438H.

Nuffnang

Pages

1 Jun 2017

5 Ramadhan. 1438H.

" Eh, macam dah pernah makanlah kuih ni , " Umar Zikri.
" Bila?" Ibu.
" Entah, tak ingat,"

Haha..mana nak ingat, dah juadah setahun sekali, ibu rajin buat di bulan Ramadhan je, lepas tu ibu sumbat masuk gobok acuannya, jumpa balik di Ramadhan tahun depan, kalo ada rezeki lagilah.

Itulah kisahnya bila kaum-kaum ibu cam den ni sempat merajinkan diri memikirkan juadah demi juadah untuk dihidangkan untuk berbuka, kadang gamble aje cuba buat resepi yang belum pernah cuba, cam buat murtabak sebab toklaki suka makan murtabak untuk berbuka.

Dah 5 ramadhan, asyik cerita pasal makan je kan, ntah apa-apalah, eh...ok apa, sekurangnya dapat bagi idea Kat korang juga, daripada pegi beli kat Param tu, kang tak menang tangan nak menjinjit plastik makanan, ye tak? Hehe...janganlah terasa.

Pinjam yo, kuih cara yang den buat semalam idokle sekiut yang ni, den bancuh, si kakak nadrah Tukang bakonya, ada yang penyet, ada yang hangus..takpe nak bagi dia belajar.
Anak-anak memang minta nak makan itu, ini..sabo yea, ibu masak satu resepi sehari, itupun pukul 3.30 petang dah masuk dapur, siang2 ikan, sayur, bancuh2 apa patut..lepas asar baru sambung, target siap sebelum kul 6.30. Jadi boleh juga duduk2 mengisi waktu mustajab doa sebelum berbuka tu.

6 comments:

  1. Aku jarang beli kuih ni mak kalau ke Param. Buat sendiri jauh sekali haha...Aku anak beranak kurang suka kot. Tapi kalau ada depan mata bedal jugaklah haha....
    Aku kalau nak buat sendiri mmg pilih resepi yg senang senang je. Macam kuih ni kira senang jugak ni. Tapi tulah.... acuannya pulak tak de

    ReplyDelete
  2. Alorrr kita mak tgok yang nadrah masak.. rajin dia k dapur ya

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Bulan ramadhan gini, tengok gambo kuih aje pun dah menitis air liur hehe,. Betul la kaum ibu memang sibuk sikit bulan Ramadhan, kadang-kadang pening mikir nak buat juadah apa untuk berbuka...
    Kalu cara ni memang banyak di bazar Ramadhan.

    ReplyDelete
  4. Sedap ni kuih cara. Lama tak makan.

    ReplyDelete
  5. rajin mak masak macam2 utk berbuka. untung family kak. 😊

    ReplyDelete
  6. Rajin akk buat kuih cara ni, saya suka juga mkn kuih cara manis dan cara berlauk

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign