Asam Garam Kehidupan: July 2017

Nuffnang

Pages

20 Jul 2017

Habis, saya nanti camane...?

Adik ipar baru dapat tau law Arab Saudi tak benarkan bawah umur 18 sebagai mahram, padahal jadual berlepasnya 31hb ni, camane ek?
( adik ipar ni balu, anak lelaki sorang umur baru 16 tahun, asalnya nak bawak anak nilah, tetiba baru tau tak boleh, masa pulak dah suntuk sangat )
Adik ipar mintak suami temankan jadi mahram ke sana. Tapi..

1)  Duit belum cukup, adik ipar sanggup dulukan duit, tapi suami kata nanti kena menanggung hutang plak.

2) Suami takde buat apa2 persediaan pun, kursus haji terutamanya, senang cakap kosong la.

3) Aku yang tinggal ni, nak pergi kerja camane? Tapi mungkin boleh je deal dengan uncle Rajan tu, harap2 dia nak tolong.

4) Tapi aku pun nak pergi, masalahnya duit sangatlah jauh lagi dari mencukupi..sok2 bila aku nak pergi, kalo boleh aku nak pergi dengan suami.

5) Tapi kesian juga kat adik ipar tu, kalo suami tak pergi sape plak nak jadi mahram dia kat sana?

6) Ada adik ipar lelaki sorang tu, bulan puasa baru ni dia dah buat umrah, kalo dia pergi dia kena bayar double, pastu isteri dia pun nak ikut kalo dia pergi. Tapi adik ipar ni takdelah masalah kewangan pun, tak macam kami...cuma mungkin dia rasa berat sebab nak kena bayar double tu kot..

Camane nak selesaikan ni? Ermmm...terpulang lah kat suami.

( Nadhrah siap request kalo abah pergi Makkah tolong doakan pokok bayam hidroponik dia tumbuh, pokok dia je tak tumbuh2...ada kaa, kot nak mintak abah doakan lulus periksa ke adalah juga logiknya )

Haji Cilik 2016, nampaknya tahun ni sekali lagi aku direzekikan jadi pengiring untuk jemaah haji cilik 2017 yang akan berlansung bulan ogos nanti.

19 Jul 2017

Anak murid sound ticer.

"Aip, aip..berapa kali ticer nak kena cakap ni..minum duduk.." aku tunjuk muka garang sambil jegilkan mata.

Dia pun segera mencangkung instead of berdiri kejap tadi. Kejab minum, kang kejab lagi nak terkencing, kang nak minum lagi, pastu nak kencing lagi, sampai penuhla singki dengan cawan. Tak boleh jadi betul.

" Haa..sape minum, cawan basuh semula, takyah sabun, siram air je, penat Ticer asyik kena basuh cawan je tau"..ishhhh...tak habis2 berleteq Ticer ni. Agaknya tu kot benda dalam hati dorang. Haha, nasib koranglah bebudak oii.

" Ticer, minum kena duduk kan, kalau makan?"

"Makan pun kena dudukla, sape minum berdiri, makan berdiri nanti jadi macam kambing.."

"Tapi tadi ticer pun makan sambil jalan..." Dushhhh..

"Alamak, yeke? Ticer lapar sangat tadi, Tak perasan." Aku dah termalu. Memang tadi aku ambil seketul kuih, masuk mulut terus berjalan sebab nak kejar ada kerja lain nak buat dan memang perut pun tengah menyanyi lagu keroncong. Selalu aku memang berhati2 jangan sampai tersilap langkah depan bebudak ni, tau jelah dorang..kita sound dia, dia pun pandai jer sound kita balik, jangan sampai jadi macam mak ketam kan..

Tapi sesekali Ticer pun tersilap jadi mak ketam, huhu..

18 Jul 2017

Suamiku yang rajin.

Macam boleh buat tajuk drama melayu jer, hehe..
Eh..tak salahkan puji suami sendiri, lain ler kalau puji suami orang.
Den rajin menanam jer, membelanya tak rajin. Dia tanam, dia taruk baja, den tanam, den biar jer, mana nak idup.
Buah lemon tau, takyah beli dah. Tak sabar nak tengok dia jadi kuning.
Tak termakan kedondong ni, banyak sangat, monyet pun taknak, tau plak masam agaknya.
Pelam apple, pertama kali berbuah. Acu besar sikit, hilang buahnya. Ingatkan orang amik, rupanya monyet. Cepat naw sangka bukan2x.
En.suamiku yang rajin. Sekurang2nya dapat gak keluar peluh, dok dalam ofis jer, hari2 minggu elokla berkebun plak.
Cantik sangat warnanya, nak jaga pun senang. Den tanam bunga Ros sempatlah sekali dua berbunga, pastu tak berbunga dah, lama sikit pastu lansung mati. Nanti mylaling nak cari bunga kemboja putih plak, tapi den suruh cari kemboja biru, Ada ke tak ek?

16 Jul 2017

Mak Nom terjah rumah den.

Ingat dia tak siyes, rupa2nya siyes.
Dia dah wasap2 dari pagi dah, alang2 beraya ke Semenyih kekdahnya. Biasalah den Hari minggu doing lauk-mauk dulu. Nak singgah tengahari kato eh, den pun nak berayo, ajaklah singgah petang. Tapi kato eh tak pasti, takut pak driver kesayangannya tu enggan menyinggah, takpelah ...den jemput plak ahad dopan, tak pasti juga. Main tak pasti ni yang keliru nih..
Rupo eh dia wasap jadi singgah, tapi den biasolah mano ado mogang tepon manjang kan. Dah dekat pukul 6 petang, tengah dok elok landing, tetibo dia call, kekdahnya dah sampai dopan umah den!!!

Haaa..rumah dahla cam kapal tobang terbalik, dengan mainan Umar Zikri je dah penuh satu ruang tamu. Nak tak nak terpaksolah den biar dio tunggu kek luar sementara den cam lipas tak cukup kaki mengomeh apa patut, sampai dia call baliklah ingat den takmo jemput masuk.

Alaaa..mak oii, ekau dah terojah camtu takkan den tak kasi masuk. Masuk leee..
Dah masuk, den pakso dia tunggu lagi. Cian dia asyik kena tunggu. Orang jauh datang takkan den tak jamu apa patut kan. Kita jamulah apa yang ada...

Tak sompek nak borak panjang. Sompek yo kami ber..ape tuh, welfi berduo..hehe..
Mak, ko jangan rasa joran yo, rayo taun dopan den plak serbu rumah kau yo, den pun nak raso makaroni hanguih kau tu..haha..

Jangan tiru sembarangan.

Nilah masalah orang kita. Nampak benda yang pelik, havoc macam gah cepat sangat nak tiru.  Sebaiknya bila nak ikut sesuatu tu, kita kajilah dulu, tanya orang2 yang berilmu supaya akidah kita terpelihara, kalau tak....perbuatan kita menyalahi akidah pun kita tak sedar.,kita buat yang Rasulullah tak suka pun kita tak tau...
Copy-paste, sama2 kita sebarkan supaya lebih ramai yang tau dan ambil tahu.

10 Jul 2017

Ishhhh..mau rojak apa??

Hari ni kita citer campur2 semua Mana yang teringat ye. Kira cam rojak Mee camtu, den suka rojak mamak tu, tapi nak beli kenalah cari mamak yang bersih.

Cakap pasal mamak, teringat plak kisah raya ke 5, kemalasan memasak mengheret kami, ouhh...den yang pakso suami keluar walaupun dia cakap.." mano ado kodai makan yang bukak.." den tak cayo, tapi masin mulut suami den memang takdo satu pun kodai makan melayu yang bukak, terpaksalah singgah satu kedai mamak ni, walaupun memang tak suko bona nak makan kek situ, oder nasi goreng kampung..siap makan, terkejut monyet mak aiii, semua sekali rm72 hengget lobih, padahal kami makan nasi goreng kampung ada ikan bilis goreng semata, pastu anak oder mi goreng, dengan air takdolah jus pun, sirap limau, teh ais limau... aduhaiii..tak berbaloi sungguh rasanya.

Jauh beza makan kek satu kodai bukak puasa aritu, oder untuk makan satu family, baru rm85, ada siakap 3 rasa, udang salut tepung, paprik ayam, telur dadar, jus tembikai satu jug..puas hati, kenyang dan sedap, tapi tulah..Raya  ke 5 orang melayu belum bukak kodai...
Teringat plak kisah berebut membeli daging kat pasar masa dekat nak raya aritu, punyalah ramai umat manusia, termasuk juga warga Indonesia pun sibuk juga berebut nak membeli daging, berebut, bertolak, dapatlah juga sekilo lebih, jadilah daripada tak dapat, apa taknya, pakcik daging tu potong letak, terus kena sambar, dek kuat semangat nak buat rendang, kutabahkan hati ikut berebut, tapikan..sudahnya den tak buat rendang pun, buat daging masak itam je. Daun kunyit dah tinggal koring dalam peti tu hah.

Pastu terpikir plak camane orang dolu2 beranak ramai, camane dorang bawak anak pergi beraya. Boleh terpikir tu camni, adalah pi beraya rumah adik ipar tu, umurnya baru masuk 40. Usik-usik bolehle tambah tentera lagi, eh...tak mau dah, jawabnya..nanti tak muat keto nak balik kampung ko, nak berayo pun susah jawab eh. Tu yang terpike2 tu, camanolah orang dulu2 beranak ramai pi berjalan rayo.
Den tanyo toklaki den camano arwah abah eh bawak anak2 berjalan Raya.
Ceritanya takdolah pi berjalan raya bawak anak reramai, naik motor pi rumah sedara dekat2 tu bawaklah sorang anak. Anak2 lain pegilah beraya sendiri, yang besar naik bas ke, jalan kaki reramai ke. Pastu takde cam sekarang ni, raya sampai sebulan.

Teringat den zaman kekecik dulu, lepas zohor takde dah raya. Habis raya. Setengah hari je beraya kutip duit raya simpan dalam kotak mancis, sebab duit rayanya syiling je, kalau ada orang bagi 50 sen pun rasa dah besar sangat nilainya,  seronok kemain. Sekarang nak bagi rm2 pun sogan, rasa cam sikit naw.

Ni anak2 tadika den beraya jumaat lopeh, tengoklah tu baju masing2, kan main meriah. Pasang plak lagu Raya dibantainya berjoget lambak reramai.
Rm85, pakej makan anak beranak bukak puasa, pueh hati, Ada siakap 3 rasa, tomyam campur, paprik ayam, udang salut tepung, kailan ikan masin, jus tembikai satu jug, berbaloi2. 
Ni kedai orang kita, Tak bukak plak malam Raya ke 5 tu, terpaksalah singgah kat kedai mamak, mahai cam bedil, dahle tak sodap lansung.
My boss, yang kiri sekali tudung cekelet tu, bagi duit rayo, mekacih boss, walaupun tak banyak mano, kami terimo dengan gembira. Tahun dopan kot ada lagi tenaga nak kojo kek situ, harap boss bagi duit rayo lagi yo, haha..dah tetua dapek duit rayo, happy kemain.
Suasana Hari Raya walau di mana pun jua..anak dah besar nak bawak beraya semua sekali, memangle kena ada paling koman mpv, kalo tak tumpangle mana2 kenderaan yang kosong. Sebab tu orang sekarang tak mau beranak ramai, semua nak kono pikir, mana part nak beli baju Raya, belanja sekolah, duit Taska atau pengasuh, Al maklum zaman semua kena berduit..
Last kita tunjuk gambar Umar Zikri dan 'makwe' yang sama transit kat tadika den tu, cam janji plak, sedondon. Dahla malu plak Nisa' bila nak amik gambar dorang.

Lopeh ni kita tutup buku cerito rayo, muak den. Kalo tak pikio nak jadi kenangan den tuo sok, maleh bona nak menulis dah. Tu yang merapu merepek meraban tu. Sapo yang tersinggung terbaca tu, lebih kurang halal lah yo.

9 Jul 2017

Selamat ulang tahun Muhammad Danish.

Anakanda Muhammad Danish.

Takde yang lebih ibu harapkan melainkan MD tidak meninggalkan solat, mengerjakan solat di awal waktu, seterusnya berusaha untuk mendirikan solat yang khusyuk...kerana dengan solat kita sebenarnya sedang menjalin hubungan dengan Sang Khaliq kita.

Kalau selama ini MD rasa ibu tidak sayang, tidak peduli, tidak kisah kepadamu, mungkin kerana ibu garang, kurang menunjukkan kemesraan, dari kecik ibu ajar kau berdikari, kemudiaan pada umur 13 tahun, ibu setuju sangat kau bersekolah asrama...tak bermakna ibu tak sayang, tak peduli..

Kalau ibu tak sayang, takkan lah ibu sanggup ketuk pintu bilik kau setiap subuh terutamanya nak pastikan kau tidak tertinggal solat subuh. Kalau ibu tak peduli takkan setiap usai solat ibu tak lupakan doa khusus memohon rahmat, kasih sayang, pengampunan dan perlindungan Allah selalu buat mu.
Cara ibu dan abah dalam menzahirkan kasih sayang tidak boleh kau samakan dengan cara ibubapa kawan2 mu. Tidak sama, tapi percayalah.. setiap ibubapa memang inginkan yang terbaik untuk anak2 mereka, lebih2 lagi keselamatan di akhirat.

Selamat ulang tahun yang ke-18, moga Anakanda semakin matang dalam usaha menjadi hamba Allah yang mencari keredhaanNya. Aminnn.

4 Jul 2017

10 syawal, betullah kasih sayang Allah itu..

Tenang saja wajah anak perempuan  kecil berusia 2 tahun itu, ibarat dalam tidur yang lena...cuma kain putih yang menjadi telekungnya diwarnai sedikit darah...

Baru malam Isnin sebelumnya aku lihat dia dalam dukungan ibunya. Kami datang memenuhi jemputan rumah terbuka syawal mereka. Pakcik Zahanis, seorang pelakun ( tapi aku tak cam sangat drama2 yang disebutnya sebab aku bukan kaki drama, dan tak minat pun nak ikuti perkembangan artis2 ni ) ghairah bercerita tentang cucu lelakinya yang juga pelakun, ada anaknya pun pelakun juga, dia bercerita juga kawannya penyanyi Razis Ismail. Dalam hati..eh..aku berjiran dengan pelakun rupanya..

Tiba-tiba pagi tadi, selasa.. dah nak keluar kerja sangat dah pukul 6 pagi, tiba-tiba pakcik zahanis datang minta tolong cucunya meninggal.
Ceritanya ayah dia masuk rumah, dia ingat anak dia tu ikut masuk sekali, rupanya si anak pergi ke belakang kereta, si ayah tak perasan.. rivers kereta..terlanggar si anak..
Tiada kecederaan luar yang serius, cuma sedikit calar di muka, tapi mungkin kepalanya terhentak kuat, sebab kepala dan matanya bengkak..
Siibu dalam hiba bercerita, patutlah si anak buat perangai.. tiba-tiba suka buat orang marah..

Moga2 si anak kecil yang masih suci bersih dari dosa ini menjadi jambatan ibu ayahnya ke syurga..
Hanya amik gambar van jenazah..nak amik gambar si anak tu tak tergamaklah rasanya, lagipun takut parentnya tak izinkan.

( Abaikan tong sampah tu, huhu)

2 Jul 2017

Harta pusaka raya.

Aah, iyee..apa tak nya. Semua keluar sebulan beraya. Pastu sebelas bulan dia masuk bertapa dalam kabinet semula.
Tapi aku rasa tu normal bagi kebanyakan orang. Simpan elok2, baik2, takut pecah.

Tapi aku punya ni spesel bagi aku sebab apa tau. Sebab semua ni adalah hadiah kawen aku dulu.  Tu yang aku sayang tu. Kenang-kenangankan, teringat masa bukak kotak hadiah kawen tu, bukak satu, isinya gelas, bukak lagi, gelas lagi, bukak lagi, gelas lagi, paling terer pun adalah dapat blender 2 biji. Ha, bayangkan gelas2 ni dalam simpanan aku dah mencecah 21 tahun, haaa..
Semuanya masih elok, shining2 ibarat masih baru. Ada 6 set, ada yang masih lengkap 6 biji, ada yang tinggal 5 saja. Bila Raya baru dia keluar.

Menjadi kesayangan biarpun harganya tak seberapa.
Yang ni plak bukan Kain batik ek, coraknya memang macam kain batik. Tapi ni ialah Kain saprah namanya, oh..yang ni lagi lejen bagi aku, ni kenang-kenangan masa aku bertunang, arwah ma yang beli untuk lapik hidangan masa keluarga myhasben datang meminang tu.
Nilah dua ekor kucing dalam entri aku sebelum ni, tuannya belum balik lagi, kami lah keluarga angkat dorang buat seminggu ni, harap2 tuan2nya sampai petang ni, kesian tengok dorang kelaparan.

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign