Asam Garam Kehidupan: Berakhir dengan baik.

Nuffnang

Pages

25 Jul 2017

Berakhir dengan baik.

Akhirnya masalah mahram adik ipar  selesai sudah. Adik ipar lelaki yang akan pergi bersama. Alhamdulillah. Rezeki dia dapat lagi pergi ke Tanah Suci. Tak nafikan dalam hati ni rasa cemburu sangat, mudahnya dia ke sana. Dah pernah buat haji, umrah setiap kali Ramadhan, kali ni pergi sebagai mahram pula...takpelah..rezeki orang berduit ni, kita yang tak berduit ni tunggulah saja giliran kita sampai, mudah2an panjang umur kita.

Bukan suami taknak pergi. Saya pun takdelah sampai tak sokong kalau betul suami nak tolong adik dia tu, walaupun kalau boleh time saya nak pergi nanti, hajat hati tu nak pergi dengan suami. Tapi nak pergi sana tu tak bolehla sampai nak hutang2 walaupun adik tu kata boleh je guna dulu duit dia. Tapi tanggungjawab pada anak2 ni nak kena selesaikan juga. Si kakak satgi bulan 9 dah nak sambung semester baru, mau guna dalam seribu lebih juga sementara nak tunggu duit dari Yayasan Selangor. ( Alhamdulillah, akhirnya dapat juga pinjaman Yayasan Selangor ) Si abang pun minggu lepas baru je dibelikan laptop, assignments semua nak guna laptop, takkan manjang nak guna laptop kawan. Anak2 semua tengah belajar, yang sekolah menengah dua orang, yang sekolah rendah tinggal si Umar Zikri, semua tak selesai lagi.

31hb ni adik ipar dan MIL berangkat ke sana. Semoga direzekikan haji yang mabrur.

Kepada sahabat2 alamaya atau sesiapa yang tersinggah di sini, especially yang dok di Kelantan, jemputlah ke majlis ni, jamu selera sambil menderma kepada maahad tahfiz ni, yang nak beli van untuk kegunaan pelajar2nya.
Kita permudahkan urusan mereka di dunia, moga Allah permudahkan urusan kita di Akhirat.

13 comments:

  1. alhamdulillah...Allah permudahkan urusan adik ipar akak tu. InshaAllah kak, saya doakan moga akak dapat pergi haji dengan suami akak nanti. yelah yang bajet ciput2 macam saya ni pun kenalah tunggu juga walaupun teringin sangat nak kesana, hatta nak buat umrah pun kena pikir beribu kali. Moga Allah jemput kita jadi tetamunya nanti kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, teringin sangat, bajet ciput, ank2 masih sekolah..kita settlekan ank2 dulu.
      Amin, moga2 kita dpt jadi tetamu Allah suatu Hari nnt.

      Delete
  2. Alhamdulilillah.
    Kita ni kalau belum daftar haji, cepat2lah daftar dulu.
    Giliran menunggu tu yang makan masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, giliran menunggu tu yg lama, says plak lmbt daftar.

      Delete
  3. Alhamdulillah... Terlerai sudah segala kekusutan.

    Betul tu NA, t/jawab terhdp keluarga perlu diutamakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..moga lancarlah urusan seterusnya.

      Ya, kesian juga ank2 semua tgh perlu byk belanja.

      Delete
  4. Alhamdulilah dah selesai masaalah.
    Yalah Azi akak dan abang ni teringinnn sangat nak jejak ke sana tapi tulah setakat ni kami belum berkemampuan .Mudah2an satu hari nanti ada rezeki kita kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah Kak, Ada org mudah je nk kesana, rezeki dia kan.
      Mcm kita ni, kita panjatkan doa moga adalah kesempatan kita ke sana, masih sihat dan sudah selesai tggjwb terhadap anak2.

      Delete
  5. Baguslah, problem solved.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita semua sampai juga ke rumah Allah nanti. Bestnya kalau dpt pergi sewaktu badan kuat lagi ni kan

      Delete
  6. Alhamdulillah semoga Allah permudahkan perjalanan kesana, yang masih tunggu giliran kena bersabo lah Zimah In Shaa Allah soon lah tu kan...

    ReplyDelete
  7. Ohhh...dah settlelah masalah mahram tu ek. Ko pun lega jugaklah kan boleh menghadap laki ko hihi...kalau tak mau berendam air mata 50 hari haha....

    Biasalah mak budak budak tgh belajar ni mmg banyak pakai duit

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign