Asam Garam Kehidupan: Habis, saya nanti camane...?

Nuffnang

Pages

20 Jul 2017

Habis, saya nanti camane...?

Adik ipar baru dapat tau law Arab Saudi tak benarkan bawah umur 18 sebagai mahram, padahal jadual berlepasnya 31hb ni, camane ek?
( adik ipar ni balu, anak lelaki sorang umur baru 16 tahun, asalnya nak bawak anak nilah, tetiba baru tau tak boleh, masa pulak dah suntuk sangat )
Adik ipar mintak suami temankan jadi mahram ke sana. Tapi..

1)  Duit belum cukup, adik ipar sanggup dulukan duit, tapi suami kata nanti kena menanggung hutang plak.

2) Suami takde buat apa2 persediaan pun, kursus haji terutamanya, senang cakap kosong la.

3) Aku yang tinggal ni, nak pergi kerja camane? Tapi mungkin boleh je deal dengan uncle Rajan tu, harap2 dia nak tolong.

4) Tapi aku pun nak pergi, masalahnya duit sangatlah jauh lagi dari mencukupi..sok2 bila aku nak pergi, kalo boleh aku nak pergi dengan suami.

5) Tapi kesian juga kat adik ipar tu, kalo suami tak pergi sape plak nak jadi mahram dia kat sana?

6) Ada adik ipar lelaki sorang tu, bulan puasa baru ni dia dah buat umrah, kalo dia pergi dia kena bayar double, pastu isteri dia pun nak ikut kalo dia pergi. Tapi adik ipar ni takdelah masalah kewangan pun, tak macam kami...cuma mungkin dia rasa berat sebab nak kena bayar double tu kot..

Camane nak selesaikan ni? Ermmm...terpulang lah kat suami.

( Nadhrah siap request kalo abah pergi Makkah tolong doakan pokok bayam hidroponik dia tumbuh, pokok dia je tak tumbuh2...ada kaa, kot nak mintak abah doakan lulus periksa ke adalah juga logiknya )

Haji Cilik 2016, nampaknya tahun ni sekali lagi aku direzekikan jadi pengiring untuk jemaah haji cilik 2017 yang akan berlansung bulan ogos nanti.

9 comments:

  1. Allah sebaik-baik perancang..Nadhrah request doa tu cute je..

    ReplyDelete
  2. InshaAllah kak...Allah akan mudahkan segalanya. Kalau tak pergi kesian juga dekat adik ipar tu kan.

    Comel sangat tu nadhrah hahaha

    ReplyDelete
  3. Kawan aku pun ada kes mcm ko tu mak, suami dia baru meninggal jugaklah. Rasanya dia baru lepas eddahlah kot... sudahnya sebab umur dah cukup, dah tak payah bawak mahram...settle kes.

    Kira suami ko beruntung jugaklah tu kalau dapat pergi. Rezeki tak disangka sangka namo eh... Istiharahlah mak haih....
    Camne ek status pasal duit yg adik ko nak dulukan tu... aku pun tak tahu weyh

    ReplyDelete
  4. Mudah2an dipermudahkan urusan adik ipar akak ye.. susah jg klu takda mahram,mmg tak dpt pegi lah kan.. klu suami akak ikut, kesian kat akak plak nti... moga ada jalannya..
    *comel plak request Nadhrah..ihihi

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan urusan adik ipar ticer..

    ReplyDelete
  6. Dilema ni. Semoga dapat cari jalan penyelesaian yang terbaik.

    ReplyDelete
  7. Naper adik ipar tak belanja jer abgnya g haji? lgpn dia mampu dan bawa abgnya sebagai mahram, kiranya memudahkan kedua2 pihak.

    Bila sebut berhutang ni susahlah sikit, dgn anak2 sdg membesar.. 🤔

    Apa2pn moga dipermudahkanNya dan didoakan awakpun boleh join sekali mengerjakan haji, aamiin...

    ReplyDelete
  8. laa macam tu plak. patut diberitahu kita awal2 la kan. semoga dipermudahkan semua urusan ya. ada lah tu hikmah yang kita tak nampak. Allah sayang kita kan. :)

    ReplyDelete
  9. Pasti Allah tunjuk jalan penyelesaiannya nanti.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign