Asam Garam Kehidupan: Hidupkan api guna semut api...??

Nuffnang

Pages

31 Jul 2017

Hidupkan api guna semut api...??

Ni kejadian Hari jumaat lepas 28/7/2017( cehh...siap ada tarikh tu, yelah..dah kata sok2 nak buat kenangan hari tua kan )
Aku bawak bebudak ni beriadah di luar. Asyik terperuk kat atas tu, boring kot. Sesekali dapat keluar, sedut udara luar, tengok langit, tengok pokok2, seronok sungguh dorang, padahal bukan jauh pun, Kat area sekitar tadika tu juga, ada bangunan rumah kedai baru siap, masih banyak kedai kosong, parking kosong dimanfaatkan sepenuhnya dek bebudak ni.

Macam2 aktiviti kami buat, baca nombor plat kereta yang lalu dengan laju berdesup tu, terer bebudak ni, ada yang dapat baca terutama kalo ada kereta yang bawak slow, main lumba lari, main xplore race. Kat dalam tadika perlu dikemas sebab keesokan hari tu ada open day untuk kemasukan baru next year. Kalo bebudak ada susah kami nak buat operasi kebersihan tu, kang yang berlarinya, kang kejap2 nak minum, kang dah minum nak gi toilet pulak. So kita bawak dorang enjoy kat luar, ada Ticer yang kena buat operasi kebersihan, aku dan sorang lagi ticer bawak dorang keluar.

Macam2 dorang nak buat. Yang gambar atas tu dorang tengah try nak buat api.

"Nak buat apa ni?"
" Kitorang nak buat api Ticer."
"Oo, ok..kalau berjaya ticer belanja ais krim ek."
" Yey"

Maka makin bersungguhla dorang menggesek2 kayu2 kecil agaknya tengok Kat tv la tu.
" Ticer, dah ada api,"
" Mana, mana?" Aku yang tengah rileks sebentar bergegas bangun kat tempat dorang berkumpul.

"Mana? Takde pun." Aku agak dah, tapi kotlah memang dorang berjaya hidupkan api kan.
" Ha'ah, takdelah..dia kena cari semut api dulu.."
" Eh, nak buat apa dengan semut api, Kang dia gigit baru tau sakit,"kata ku.

" Yelah, nanti baru ada api bila ada semut api" yakin je jawapannya.
"Oo, ek..ok..cepat cari semut api," aku plak saja nak mengapi-ngapikan. Berialah dorang mengais2 tanah guna kayu kecik2 tu.
" Ha, dapat pun." 
" Ha, cepat letak kat kayu tu," arah ku.
" Mana, tak ada api pun," aku tunjuk muka hampa.
" Dia kena tuang air dulu, baru ada api Ticer," manalah korang belajar ni, oh...janganlah pandang aku, bukan aku yang ajar macam tu, huhu..
" Ok, cepat tuangkan air," sorang budak ni willing korbankan air dia demi nak buat api.
" Mana, takdepun api?" Aku tanya, tapi masing2 dah takde idea camane lagi nak hidupkan api guna semut api tu.
Majlis pun bersurai.

Bila masing2 dah penat, masing2 minta air, air pun dah kehabisan, tetiba ada rezeki bebudak ni, kebetulan ada satu parent ni nampak bebudak ni seronok main berlari2, berpeluh2.. dia belanja vitagen, dapatlah sebotol sorang, kecuali ticer tak dapat, tak cukup.
Ticer belanja ais krim? Mana boleh..tak berjaya buat api pun...

Hari sabtu open day tu, aku tak join sebabnya pegi kenduri kesyukuran adik ipar dan MIL nak ke Makkah.

14 comments:

  1. hah..hah..hah..geli hati baca pasal gelagat bebudak ni. Semut api, so mesti ada api. Ada logik jugak tu hee..hee..hee...

    ReplyDelete
  2. hahaha...ada2 je anak2 ni kan, idea dorang macam2.
    Alhamdulillah ada yang prihatin pada anak2 yang kehausan nih, murah rezeki orang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea melampaui kotak fikiranπŸ˜‚πŸ˜‚

      Trmkasih sgt kpd yg prihatin tu.

      Delete
  3. Hahaha... bahaya ada semut api dalam rumah kan...

    ReplyDelete
  4. budak2 ni boleh pulak terfikir semut api ....lagi haru bab tuang air tu...hihii seronok pulak dengar keletah budak2 kecik kan ..panjang akal mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yg tak menahan tu, agaknya tgk dlm tv nk hidupkan api tuang myk tanah disangkanya airπŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  5. Ko pun sama zimah..
    Mengiyakan semut api boleh keluarkan apiπŸ˜†πŸ˜…πŸ˜‚

    Dah gi ke MIL ke makkah zimah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..saje nk tengok adegan seterusnya.

      Blm laie, tggu tarikh baru

      Delete
  6. Asal ada perkataan api, jadilah....boleh buat modal hidupkan api katanya...Kelakolah budak budak ni kan.
    So laki ko tak jadi temanlah ek mak

    ReplyDelete
  7. Aah tak jadi mak, bagilah pd yg lebih berkemampuan.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign