Asam Garam Kehidupan: Sebelum terlupa

Nuffnang

Pages

24 Jul 2017

Sebelum terlupa

Baik dikongsikan dulu sebelum terlupa. Mudah2an jadi jariah berterusan.

Ni perkongsian dari radio IKIM lagi, my fevret channel, selain menambah ilmu, dapat juga meneman sunyi subuh hari kala di dapur seorang diri. Tazkirah mendidik jiwa bersama Ustaz Muhadzir Hj Jol pagi tadi katanya:

Bila kita membaca Surah Al A'la, ikutlah seperti yang nabi baca, nabi baca..Sabbihis marabbikal a'la..berhenti di situ dan nabi baca tasbih memuji Allah..Subhanarabbial A'la...barulah nabi sambung ayat yang seterusnya. Tapi ini bukanlah wajib, cuma kita ikut apa yang nabi buat. Baca pun perlahan je, hanya dengar di telinga kita sahaja.

Satu lagi yang dikatakan khusyuk dalam berwudhuk itu salah satunya ialah kita berjimat dalam menggunakan air. Ada seorang ustaz tu cara dia mengambil wudhuk cukup tertib, bukak air tadah di tapak tangan, tutup air tu baru basuh muka, nak basuh muka kali kedua baru bukak lagi. Kalau kita rasanya air yang terbuang tu lagi banyak dari air yang kita guna untuk berwudhuk..

Mudah2an ilmu yang sedikit ni boleh kita amalkan secara istiqomah ye, bukan mudah kita nak beramal ni jika tiada kekuatan jiwa dan izin dari Allah..
Pagi tadi saya tuang Milo dalam cawan anak2, sama rata je..Nadhrah pun puji..ibu, camane ibu boleh tuang sama banyak jer ni??
Serta merta rasa nak kembang...tengok.. benda kecik macam tu pun nak kembang, rasa diri dah terer, nasib baik tetiba teringat satu tazkirah..kita ni benda kecik pun dah rasa itu kelebihan kita, padahal kalau Allah tak izinkan, nak kelipkan mata pun tak mampu...Allahu Akbar.

Lama tak jumpa teman2 dalam jamaah, Alhamdulillah, minggu lepas Allah rezekikan bertemu.

18 comments:

  1. terima kak berkongsi ilmu, ye lah tentang wudhuk tu saya ni kalau boleh buka paip tu kuat2 je hadoiii memang membazir sangatlah lepas ni kena praktikkanlah apa yang ustaz tu ajar, saya ni dah ada pun video macammana nak ambik wudhuk tanpa membazir air tapi tu lah..susah je rasanya nak buat tetap nak air mengalir banyak2 kalau tak tak puas hati lepas ni mesti kena cubalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 mmg susah, tapi bila dah selalu buat, in shaa Allah tak susah dah.

      Delete
  2. Bagus zimah..
    Info yg bermanfaat utk dikongsikan..

    Den selalu dgr ikim fm..
    Waktu pagi.. motivasi..
    Dlm minggu ni Prof Dr Muhaya..
    Mengenai benda yg kecil juga..
    Memmafkan dahulu org lain..
    Nmpk kecil.. impaknya besar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memaafkan org tu susah CH, susah nk ikhlaskan hati tu.Tapi ttp kena paksa diri tu, mujahadah namanya kan.

      Delete
  3. Assalam kak..makasih atas perkongsian.. kadang perkongsian yg sedikit ni lah yg meninggalkan kesan..
    pentingnya kita melakukan sesuatu dgn tertib..indah sekali :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam atie..kita nk amal yg berat2 tu susah, jadi kita amal yg kecik2 dulu, sikit2 kita tambah kan.

      Delete
  4. Betullah Azi,bab ambil wuduk tu memang banyak membazir air yg digunakan tapi kalau time air dicatu tu boleh pulak kita gunakan walaupun segayung air.
    Anak akak Iman cukup hati2 waktu ambil wuduk tak boleh membazir katanya setelah dengar ustaz bagi tau masa di sekolah....
    Terima kasih kongsi ilmu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Kak, bila tkde air baru tau nak berjimat kan.

      Wah, baguslah Iman, dpt ilmu terus Amal, moga kekal ye Iman.

      Delete
  5. alhamdulillah dapat lagi ilmu yang sgt cantik untuk ptg ni..tq kak

    ReplyDelete
  6. Tq berkongsi ilmu dpt ilmu baru harini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga bermanfaat.
      Tq dtg sini dan komen.😃😃

      Delete
  7. Alhamdulillah, terima kasih kongsi entri ini....

    ReplyDelete
  8. Alamak.... tetiba terasa tang ambik wudhuk tu... mmg pun, bukak air sebeso yg mungkin, sampai basahlah baju....mcm baru lepas mandi hihi... Tiba kat Mekah, baru padan muka, berwudhuk guna spray...

    Terima kasih mak atas perkongsiannya. Seronok jumpa kawan lama kan. Banyak benda nak borak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, baik ko belajar dari sekarang mak, sok Kat sana taklah susah sbb dah biasa, kata taun depan nak ke sana kan.

      Tak sempat borak lama, nak kejar pergi tempat lain plak.

      Delete
  9. Perkogsian yang bagus.
    Walau pun benda kecik2, kadang2 impaknya sangat besar.

    ReplyDelete
  10. Ya, nak buat yg besar terus kan susah, so kita mulakan yg kecik2 dulu.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign