Asam Garam Kehidupan: Suamiku yang rajin.

Nuffnang

Pages

18 Jul 2017

Suamiku yang rajin.

Macam boleh buat tajuk drama melayu jer, hehe..
Eh..tak salahkan puji suami sendiri, lain ler kalau puji suami orang.
Den rajin menanam jer, membelanya tak rajin. Dia tanam, dia taruk baja, den tanam, den biar jer, mana nak idup.
Buah lemon tau, takyah beli dah. Tak sabar nak tengok dia jadi kuning.
Tak termakan kedondong ni, banyak sangat, monyet pun taknak, tau plak masam agaknya.
Pelam apple, pertama kali berbuah. Acu besar sikit, hilang buahnya. Ingatkan orang amik, rupanya monyet. Cepat naw sangka bukan2x.
En.suamiku yang rajin. Sekurang2nya dapat gak keluar peluh, dok dalam ofis jer, hari2 minggu elokla berkebun plak.
Cantik sangat warnanya, nak jaga pun senang. Den tanam bunga Ros sempatlah sekali dua berbunga, pastu tak berbunga dah, lama sikit pastu lansung mati. Nanti mylaling nak cari bunga kemboja putih plak, tapi den suruh cari kemboja biru, Ada ke tak ek?

20 comments:

  1. boleh dah tu kak buat tajuk drama pastu bagi fattah amin berlakon ehehehe.. kak cantiklah bunga yang gambar last tu kalau dekat mau juga saya rembat tu nak tanam kat rumah, nursery kat rumah ni takde pulak jual bunga macam tu.

    en.suami saya pun rajin bab2 macam ni kak, boleh la tu geng ngan suami akak haa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu bunga kemboja hiasan, bonsai tu. Pokoknya tak besar, boleh tanam dlm pass sedang. Oo..ada hati nak rembat ek, babab Kang.

      Apa lagi depa nk buat dok tgh2 bandar ni, ada yg kaki pancing, ada yg suka geng motor, sib baik asben2 kita minatnya biasa2 jer, hee..

      Delete
  2. Boleh buat tajuk novel juga. Bestnya ada macam2 bunga dan buah kat garden. Wah, lemon pun ada! Lemon mahal, so kalau tanam sendiri berbaloi. Tapi PH punya pokok limau kasturi dah tak berbuah. Apa lagi kalau tanam lemon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, lemon sebiji pun kurang2 singgit lebih kan, ni dah ada tkyah beli dah.
      You kena rajin letak baja kot PH, cam myasben selalu buat.

      Delete
  3. Geramnya tengok kedodong tu Azi...melayut2.Kalau dekat harus akak bawa plastik dengan muka tak malu nya minta .
    Suami akak kalau tolong bersihkan kawasan bolehlah ,kalau dia sendiri tanam memang tak menjadi lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kirim ke Johor tk sempat sampai dah busuk, hehe..
      Saya petik pastu masuk grup wasap taman, sape nak bagi free jer Kak. Nak buat jeruk saya ngn suami je yg suka, kitorg je Tukang perabih, tu yg malas nk buat.

      Delete
  4. rajin husband kak. untung gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hobi dia tu, kita galakkan aje.

      Delete
  5. Rajinnya..fasa i menanam ni dah lama berlalu..kedondong tuuu..lebat sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tanah rezab jalan, ramai yg suka menanamnya, dpt gak sikit hasil.
      Kedondong tu tk berenti berbuah.

      Delete
  6. RAJIN SUAMI NOR BERBUDI KPD TANAH HASIL MELIMPAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah minat dia Kak, buat keluar2 peluh.

      Delete
  7. Bertuah dpt suami rajin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..dah keje pun Kat jab Pertanian.

      Delete
  8. Eh samalah kita mak.... tapi den lagi teruk. Dahlah tak suka menananm, harap pokok tumbuh sendiri je haha....
    Lepas tu den biokan mcm ko....

    Berbudi pada bumi, mcm mcm yg dapat ye mak... Buah durian kat kg den pun monyet curi mak. Tak merasalah den .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap pokok tumbuh sendiri, pokok rumput jelah yg tumbuhnya, wakaka..

      Aku ingat masalah monyet ni Kat mana2 Ada je kan, yelah..dah hutan kediaman dorg pun kita juga yg musnahkan..

      Delete
  9. dia minat nih.. kalau x minat xdenyer.. hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu, dia suka. Lain org lain plak hobinya kan.

      Delete
  10. Sedapla ada tempat nak menanam kan kak.
    Mak saya sekarang ni tengah syok menanam bunga hehe.
    Buat lepas stress dia kata.

    ReplyDelete
  11. Wah lemon pun ada..bagusnya...lemon tu banyak kelebihannya =)

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign