Asam Garam Kehidupan: August 2017

Nuffnang

Pages

18 Aug 2017

Hari2 ada cerita..

Bila dah kelam-kabut ada je yang terlupa, nasib baik belum jauh..perasan apa pasal kelabu sangat, dah la gelap awal pagi pukul 6, ada orang baru keluar trrrrr...trrrrr bermotosikal  pi surau solat subuh berjemaah, awak, suami dan anak2 mengalahkan burung dah keluar menuju tempat meraih rezeki...eh..

Pagi tadi boleh plak tertinggal cermin mata. Nasib baik belum jauh, suami den dengan suara separuh marah..Hah, cepat..katanya, teruslah den keluar kereta berlari-lari anak patah balik ke rumah amik cermin mata, kalo tak meraba-raba dalam teranglah den.

Hari ni latih anak2 tadika buat haji cilik lagi, sebelum final 23/8 ni. Alhamdulillah, berkat2 dok buat rukun2 haji saya pun rasanya in shaa Allah dah hafal dan lulus semua rukun tu.

Dalam masa berlatih tu mestilah kena bagi nasihat dan pesan macam2, nada suara pun ada mendatar, kadang meninggi, ada juga ugut-ugutan..tetiba seorang budak ni cakap, ok..kita bagi nama palsu je ya, kang kalau nama betul mana tau kot parent dia terbaca blog den..naiya..
Budak tu cakap macam ni.." Ayah Atan suka marah-marah Atan, esok Atan dah besar, Atan ada anak, Atan tak nak marah anak-anak Atan.." Ha ha..jauh sungguh wawasan dia. 

Agaknya suara Ticer ni kadang tinggi macam marah, tu yang dia teringat ayah dia marah dia. Oh la anak, ayah mu marah tentulah bersebab...
Yang kelakarnya masa buat larian saie tu, dah bagitau, dah tunjuk macamana berlari-lari anak, dia bantai lari macam orang lumba lari juga, siap ada tukang sorak lagi. Den pun apa lagi, suruh ulang lagi, ulang lagi..haa..tau penat..Sapa suruh memandai-mandai.

Tengoklah tu, dengan gaya orang tengah lumba lari, siap ada tukang sorak...cepat, cepat..katanya.
Tahun ni walaupun Umar Zikri dah darjah dua, saya nak bawak juga dia buat haji cilik, tahun lepas nak ikut, tetiba sehari sebelum pegi, kakinya terseliuh.

17 Aug 2017

Kidnap dia.




🌹
Aduihhh, tercekik tulang ikan la plak budak sorang ni. Kepal2 nasi suruh telan tak boleh telan. Telan tapi lalukan dengan air pun tak pandai. " Ada lagi, ada lagi.."

Teringat plak petua yang diberi oleh ustaz Auni Muhammad, katanya suruh kucing urut-urut kat tempat yang terasa lekat tulang tu sambil selawat2, in shaa Allah katanya..

Alaa, mana nak amik kucing ni. Ok...pi kidnap jap kucing jiran selang sebuah rumah Kita tu. Kidnap tanpa tebusan, hihi..kita kasi upah ikan goreng Kat si Comey tu yek.

Alhamdulillah, berkesan rupanya petua ustaz Auni.

16 Aug 2017

Pokoknya kena sabar juga.

Masya Allah, banyak sungguh hal dalam seminggu ni, hal kerja, hal rumah..semuanya menuntut kesabaran. Memang Allah nak suruh aku banyak2 bersabar ni, praktikalkan sabar tu, jangan pandai cakap jer.

Nak beli kereta, tak cukup bajet. Gaji seciput tulah nak pusing belanja keperluanku, dan yang utamanya untuk tabungan ke Tanah Suci. Kalau tak, takdelah rasanya nak menyusahkan diri bekerja dalam usia dah kertu macam ni. Penat weh, terkejar2 seawal 6 pagi dah keluar dengan suami since uncle Rajan tak sudi dah tumpangkan aku, padahal aku bayar, bukan tumpang free tau. Ada hasrat nak beli kereta kekonon lepas raya baru ni, tapi bila Kira sana, pusing sini, pusing sana..tak boleh nampaknya.

So, dah tak naik van uncle, nak balik pun susah takde kenderaan. Belajar naik grab car. Masa awal2 naik dalam bulan Mei tu happy lah juga sebab tambangnya kira murah lagi, rm3 sahaja. Sebulan happy. Pastu tetiba naik rm5, alamak, pastu turun rm4. Dan seminggu ni naik rm5 lagi. Kalo seminggu dah rm25, kalau sebulan..dah rm100, banyak tu bagi warga marhaen cam aku ni.

Eh...sebelum lupa, sorila sangat korang teman alamaya den yang dikasihi, tak sempat lagi nak balas kunjung, tengah sibuk bona ni ha.
Tengah sibuk dengan benda alah ni. Kira den ni macam mutawif hajilah, ni uruskan jemaah haji cilik buat Simulasi Haji pada 23 hb ni, rabu depan. Tu yang sibuk sikit.

Dah tambang grab jadi 5 hengget, dah dua Hari, Isnin dan selasa den tak balik awal. Stay back tunggu suami sampai pukul 6 petang, sampai rumah bukak tudung terus bersilat Kat dapur plak. 
Tapi..
Hari ni nampaknya kenalah balik juga, dah sakit pinggang, sakit bahu semua terasa. Al maklum, Ticer tua tapi semangat muda, nak buat kerja macam orang muda, bila sakit padan muka..

14 Aug 2017

Nak sabar ke idok ni?.

Lagi kisah nak sabar ke tak sabar ni.

Pagi ni la. Nak keluar tengok tong sampah terbalik, sampah diselongkar dek anjing

Oitt..sabo, jangan nyampuk.

Tu bukan sampah rumah den. Tu jiran sebelah punya. Sampahnya diletak dalam tong sampah rumah den. Yang hanginnya satu badan den raso, dahla letak sampah dalam tong sampah rumah den, sampahnya yang diselongkar tu macam pampers, sisa makanan..habis berselerak ke kawasan rumah den..ha, sape tak hangin kan??

Tong sampah den memang dua, satu untuk letak sampah kering, macam kertas terpakai, botol2, kotak2, satu lagi untuk sampah basah, siap bertutup..takdelah kena selongkar. Masalahnya dia dahla tumpang tong sampah den, pastu tak tutup, sebab tu kena selongkar.

Dah banyak kali dia buat camtu.

Den dah letak jauh tong sampah dia dengan tong sampah den. Rumah den tu takde tempat tong sampah dalam tiang pagar macam rumah lama Kat bandar tun husseion on dulu, tu yang susah tong sampah letak luar, kalau tak jaga, tak tutup habis sampah kena selongkar, berselerak atas jalan.

Den goram ni. Ikut ati yang goram ni den nak sound guna wasap je, macam sebelum ni den buat. Eh..den cakap elok la, takdolah den tunjuk marah.

Atau nak ikut cadangan anak den..tulis nombor rumah kek tong sampah tu, tulis bosar2 bagi dia faham. Korang raso camano?

Sekian bebelan hangin pepagi Isnin ni yo.

12 Aug 2017

Nak sabar ke tak ni?

Seorang wanita kulit hitam menemui Rasulullah mengadu tentang penyakit sawan yang dihidapinya. Apabila diserang penyakit tersebut, dia tidak sedar apa yang berlaku sehingga selalu terbuka auratnya. Lalu dia meminta Rasulullah mendoakan kesembuhan penyakitnya.
Lalu bersabda Baginda...Aku boleh mendoakan kesembuhan mu, atau kamu bersabar dan memperolehi syurga kerananya..
Wanita tersebut memilih untuk bersabar dengan penyakitnya...cuma dia meminta Baginda mendoakan supaya auratnya terpelihara di kala penyakitnya menyerang..

---------------------------------------------------------------

Dah beberapa Kali dalam tempoh 4 bulan ni, aku kerap terkena penyakit gelagata atau orang kampung kata kena ludah hantu. Tak tau apa puncanya.

Habis bengkak satu badan sampai kepala pun gatal merenyam. Gatal bukan macam gatal gigitan nyamuk tu, ni gatal campur miang, sampai tapak kaki pun kena.
Malam tadi terbangun pukul 2.30 tak boleh tidur, sapu minyak aromaterapi berangin satu badan baru hilang gatalnya.  Baru dapat tido. Bangun pagi, dah kena lagi.

Kalau gi klinik memang kena cucuk kot.

Atau....nak memilih sabar macam wanita kulit hitam zaman Rasulullah tu? Mampu ke???

10 Aug 2017

Petang itu dalam sejarah.

Nak amik gambar mau melompat dia kang. Dia dah bagi amaran jangan sangkut pautkan dia dalam cerita2 di sini. Aritu pernah tulis kisah cintan kami, habis dideletenya..padahal asalnya dia juga yang suruh tulis. Harap yang ni takdelah den tertulis benda yang menyentuh sensitivity dia.

Takde..ni nak puji dialah. Bermula dari membasuh cawan minuman sendiri, padahal mungkin mak mentua tak biasakan anak lelaki dengan kerja2 orang perempuan kot, sebab adik-beradik dia yang lelaki kalo makan pinggan dorang sebiji pun tinggal je kat singki. Tapi anak2 perempuan a.k.a mykakakiparandadikipar semua rajin2. Eh...oh..tadi petanglah ( petang khamis) tetiba dia tolong basuh khazanah kat singki tu. Pagi memang kelam kabut, kejar nak keluar awal, tinggal semua lintang-pukang. Mula ingat dia nak basuh cawan minuman dia jer, cam biasa, tengok2 dia basuh semua.

Alahh...itupun nak cerita ka?

Mestilah..sebab inilah first time dia tolong den basuh pinggan tau sepanjang 21 tahun kitorang kawen. Sweet la kan. Alolo..mekacih..

Selalunya dia suka tolong basuh, jemur, angkat baju. Oklah kan, at least ringan sikit beban tugas rumahtangga. Tapi den tak suruh tau,..eh..jangan suruh2 kalo nak minta tolong tu, jatuh martabat dia sebagai seorang suami..orang lelaki ni pantang disuruh2, tercabar ego dia.kita pun tak solehah gitew tau. Biarlah dia tolong dengan rela hati dia, dia gembira, dia dapat pahala kerana tolong kita dan pahala sebab gembirakan kita. Biarkan dia mencontohi Rasulullah dengan kerelaan hati dia. Kalo dia taknak tolong, kita buat jelah dengan redha, rasakan itu tanggungjawab Kita sebagai seorang isteri yang mengejar title isteri solehah. Uishhh...tinggi Ooo darjat seorang isteri solehah ni, sebab Rasulullah pun sebut kan antara yang mengembirakan Baginda di dunia ialah seorang isteri yang solehah. Haa..jom kita struggle title tu sungguh2.

Lagi satu, dia tak cerewet bab berpakaian di rumah. Den memang suko bona pinjam baju cik kelawar tu. Lepas satu, satu den boli..pagi potang malam itulah den sarung, kejap hijau, petang kuning, malam pepel..oklah kan, at least tuko2 kaler. Sajalah den tanya..boring tak tengok den asyik berkibaran camtu. Katanya..ok je..senang hati den. Cuma tak taulah dia ikhlas ke tak...harap2 ikhlas la kan.

Tapi bab pakaian kalo nak keluar rumah, janganlah den berani2 pakai baju kurung ketat ke, jubah belah sampai pinggang ke, tudung belit2 ke, kalau berani cuba..tengoklah jelingan maut dia, uishhh..tak berani den. Ada ke dia kata cik Ta tu tak cantik, entah apa2 mekap eh.,jadi den ni kalo keluar berani pakai bedak dengan celak je, tapi den memang jenis tak suko mekap2 dari dulu pun.

Oklah kan, dia jaga den supaya tak terkeluceh melanggar tata susila pakaian muslimah. Tak faham terkeluceh tu apo? Alahh..buat2 faham sudahlah..

Tulah kan, bukan senang membina sebuah rumahtangga idaman ni, banyak simpang siurnya. Yang penting jangan sesekali mengalah, penting sangat juga, jangan lepaskan pergantungan kita kepada Yang Maha Esa, Maha Menjaga itu..mudah2an den dan dia bersatu di Jannah.

Bakal haji dan hajjah 60 tahun lagi...moga ada jalan dapat pegi lebih awal.

Senang dengan dia ni.

Kami sedang menyiapkan model kaabah untuk praktikal haji cilik di tadika. Nak panggil Ticer lain, dorang tengah berehat, so panggillah tc Goki ni, minta tolong dia. Dia ni dengan dia mudah berkira, nak minta tolong tak segan bak kata orang.
Waktu ni dah hampir pukul 4 petang, sepatutnya aku dah berehat di rumah, tapi kesian plak tengok dorang berdua terkial-kial, nak potong tang mana, nak salotep tang mana, so kenalah tolong.

Alhamdulillah, bila aku pun ikut praktikal haji cilik di masjid Shah Alam tahun lepas, perjalanan rukun haji tu aku dah faham. Rasa terpanggil ke sana pun makin terasa di hati. In shaa Allah tahun ni pun aku ikut bawak rombongan haji cilik seramai 18 orang, tahun lepas 10 orang je, itupun dah berpeluh2 atas bawah, tahun ni lagi ramai, janganlah Ticer tua pengsan kang, naiyaa..

9 Aug 2017

Ot setiap hari.

Inilah tugas tambahan ku setiap hari selagi budak berdua ni tak lancar membaca. Tinggal dua orang je lagi ni.
Kena make sure dorang boleh membaca dengan lancar sebelum naik ke darjah 1. Sekarang pukul 1.35, staff lain dah keluar beli makanan, aku masih mengadap mereka.
Takpe...yang penting aku mahu ibubapa dorang gembira bila anaknya dah boleh membaca. Bayaran otnya biar Allah saja yang tentukan.

7 Aug 2017

Sambal lebur, ulam kedondong.

Nak bagi link susah guna phone ni. Tapi korang boleh le stalk2 kt blog mak Okje tu, sebab den pun cilok resepi dia, cuma tak podeh mano, sebab orang Terengganu tak reti makan pedas.

Resepinya mudah, ..bawang, bawang putih, cili merah, cili padi, ikan bilis, tomato, belacan, blend kasar kan mak. Pastu lebur je dalam kuali, tumis sampai macam gajah naik minyak, hehheh...pastu perisakan dengan garam, asam, gula. Tapi den derhako sikit mak, sikit je takpe kan, den perah limau kasturi, umangg aiii..
Tak sodar dah bertambah 3 Kali.
Sedap mak oii..lawan plak dengan lauk asam podeh yang tak berapa nak podeh juga..
Ulam plak dengan buah kedondong ni, lazis jiddan, enak banget. Kedondong yang tak berenti berbuah ni, bila dah banyak offer kat grup muslimat taman, petik habis2 bagi je kat dorang.

6 Aug 2017

Monitor, escalator.

Di meja makanlah selalu tersembangnya topik2 sensasi lagi kontroversi antara kami anak-beranak. Time nilah nak bagi nasihat ke, bergurau-senda, bergelak-ketawa, dengar aduan macam beli barang kat koperasi tapi tak dipulangkan duit baki, tak sempat rehat sebab siapkan kerja sekolah, macam2 lagilah.

Semalam topik bawak beg berat kena naik tingkat tiga rasa macam nak patah bahu. Tapi memang beg dorang selalu berat macam bawak 5 kilo batu-bata. Nak tinggalkan buku teks takut nak kena guna, buku latihan plak sampai 2,3 biji. Pernah lah topik aduan tu dibincangkan kalolah ada laci berkunci di sekolah, boleh tinggalkan buku teks, taklah berat sangat, alahaiiii..

Dari laci berkunci sampailah kalo kat sekolah tu ada lif.

Nadhrah: Dahla beg berat, kena naik sampai tingkat 3.
Umar Zikri: Sekolah bb takde tingkat.
Nadhrah: Mana plak takde tingkat. Adalah, ko takde tingkat sebab kelas ko kat bawah.
Umar Zikri: Betul takde tingkat, satu tingkat jer.
Nadhrah: Ermm, yelah tu. Bu, kalo kat sekolah tu ada lif kan best.
Ibu: Ermmm, Kang asyik kena betulkan lif jelah.
Nadhrah: Kalo takde lif, ada tangga bergerak pun ok.
Ibu: Tangga bergerak?
Nadhrah: Aah, kalo ada apa tu? Monitor??
Abang Iman: Monitor?? Orang kalkulator.
Ibu: Monitor, kalkulator? Escalatorlah.

Nasib baik tak tercekik nasi dek gelak ibu ni tau. Asal ada bunyi tor, tor yea. Oh , anak2, awatlah ke laut sangat bi korang ni. Kira ibu ni terer sikitlah ek. Haha..
Anak2 yang kekadang tu buat ibu marah, kadang gelak, kadang naik angin..

Jom kita bersabar.

Perkongsian dari radio IKIM.

Suatu hari Saidina Ali mahu menunaikan solat di masjid. Lalu dia meminta seorang lelaki menjaga kudanya. Saidina Ali bercadang memberi sedikit ganjaran berupa dua dirham yang kalau dinisbah kepada duit kita berjumlah kira2 rm60 juga.

Tetapi setelah selesai solatnya, apabila keluar dia mendapati kudanya telah tiada. Dia mencari2 dan akhirnya dijumpai kudanya terikat di suatu tempat tetapi penutup mukanya telah hilang..

Saidina Ali meminta pembantunya membeli penutup muka yang lain di pasar. Diberinya dua dirham bagi tujuan itu. Sampai di pasar pembantunya mendapati penutup muka kuda Saidina Ali yang hilang sedang dijual oleh seorang lelaki, lalu dia membelinya semula dengan harga dua dirham tersebut.

Apabila hal tersebut diceritakan kepada Saidina Ali, dia berkata..
" Sesungguhnya seorang terhalang dari mendapat rezeki yang halal kerana dia tidak sabar, kalaulah dia bersabar tentu dia mendapat rezeki yang halal.."

5 Aug 2017

Renungan sabtu.

4 Aug 2017

Tauhid kepadaNya.

Hamboii, hamboii..tengok mukanya innocent je. Tak sangka makcik tau.

Dapur den tu jalan belakangnya memang laluan basikal dan motor. Shortcut. Selalu budak2 sekolah agama lah yang lalu lalang. Petang tu masa dok masak dinner about 6.30 camtu, tetiba parking satu basikal ni, tengok bentuk badan sedang2 gayanya budak darjah 6, balik dari sekolah agama petang. Dia pusing kiri-kanan, depan belakang, mula den tak perasan kat tangannya ada lighter, bila dia keluarkan rokok,...den yang tengah terkojut ni tak sempat plak nak ambik henpon snap gambarnya. Kalo tak nescaya dah viral kat grup muslimat taman den tu, biar makpaknya ambik kisah sikit hal anaknya.

Mursyid saya pesan...selitkan sungguh2 tauhid, Allah Maha Melihat kepada anak2 kita...

-------------------------------------------------------------
Yang membezakan aku dan kamu..umpamanya segelas air yang kuteguk ni, aku mendapat sekurang2nya ketinggian 5 darjat berbanding kamu kerana...
Bila aku mengambil gelas, aku memegangnya dengan tangan kanan..sabda Nabi..."Makanlah dengan tangan kanan" aku mendapat satu pahala..

Bila aku mula meneguknya, aku mulakan dengan ucapan..Bismillahirahmannirrahim..kerana..Nabiku berpesan..ucapkanlah Bismillahirahmannirrahim...maka aku dapat satu pahala lagi.
Dan aku sentiasa mencari kerusi untuk duduk kala kuteguk rezeki air kurniaan Tuhanku yang Maha Pemurah...atau kalau tidak ada kerusi, aku sanggup mencangkung dari berdiri..

Kalau minuman ku air kopi panas, aduhh..nikmatnya, atau secawan teh suam berperisa lemon, ya Allah..aku sisip perlahan dengan sabar tanpa meniupnya kerana ingat pesan Nabiku..Dan janganlah engkau bernafas di bejanamu...aku tau bila aku melakukan seperti yang diajar oleh Nabiku, aku mendapat satu lagi pahala.
.
Atau sekalipun yang kuteguk itu segelas minuman sejuk..(tetiba terbayang fresh orange ) aku tetap harus bersabar, sekalipun aku benar2 dahaga, aku tetap kena ikut ajaran Nabiku..supaya meneguk dan berhenti..3x...dan aku mendapat satu lagi pahala..

Selesai...hilang sudah dahagaku dengan segelas air yang dikurniakan kepadaku oleh Tuhanku, maka wajib atasku untuk ucapkan.. Alhamdulillah.. seperti yang diajar juga oleh Nabiku..nikmat walau sekecil mana pun syukurilah, musibah juga harus disyukuri, ujian itu tanda Allah masih peduli pada kita...

Subhanallah, walhamdulillah, Wala ilahaillalah..wallahu Akbar..
Juga perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan mulia di saiyidul ayyam hari ini..
Dari kepulan awan turunnya air sebagai kurniaan untuk semua hambaNya tak Kira yang beriman atau tidak..Maha Baiknya Dia...

3 Aug 2017

Senyum, gelak..

" Ibu, vagina tu apa?" (Sebut ikut bm yea) Nadhrah tanya. Dia kan tingkatan satu, baru belajar banyak benda baru.

" Tu tempat kau kencing tu," Jawab ku.
Nadhrah angguk faham.

" Oh, jamban yea ibu?" Umar Zikri menyampuk.

Abah cam biasa, senyum je. Aku, kakak, Nadhrah gelak sakan. Abang Iman tak masuk pot, terus makan macam takde apa2.

" Oh, bb pun kencing Kat jamban juga." Nasib baik dia tak kata dia kencing kat vagina. Bila kami masih gelak, dia mula kompius.

" Ibu, betul ke yang Ibi ( Nadhrah ) tanya tu jamban?" Pertanyaan itu berlalu tanpa jawapan. Nantilah dulu.

~~yang membezakan antara manusia dan binatang adalah akal, tapi binatang tanpa akal kadang tindakannya jauh lebih rasional berbanding manusia. Yang membezakan sesama manusia pula adalah taqwa, tinggi taqwanya tinggilah darjatnya di sisi Allah~~

2 Aug 2017

Lemon suamiku sayang.

Haha..satu lagi tajuk drama separuh meletup.
Ada dua biji. Lelong sebiji singgit, sape nak? Kat kedai singgit setengah sebiji ni tau.
Kita zoom Kasi dekat sikit. Fresh dari kebun cik abeku sorang. Pagi2 hiris sepotong dalam air panas, minum untuk ubat kanser, untuk diet, untuk buang kolestrol..perah dalam teh suam, perghh...nikmat sungguh.

Alhamdulillah..hasil keringat pagi2 ahad kan bah.

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign