Asam Garam Kehidupan: Rugi sape tak suka tempoyak weh.

Nuffnang

Pages

12 Sep 2017

Rugi sape tak suka tempoyak weh.

Tapi tulah, susah nak dapat tempoyak pure ni. Yang ada tu campuq pisanglah, campuq nasi lah, tak sedap. Tempoyak pure ni arwah mak den dulu buat tempoyak cari durian yang dah taknak makan tu ambik isinya, sisa2 isi yang ada kat biji2 diyan tu campurkan sikit je dengan air, pastu campur gula sikit je dan garam, dah siap simpan dalam molo kaca. Tau tak molo tu pebendanya? Tu yang macam bekas plastik isi kuih raya tu, tapi tutupnya dibuat dari plastik. Tapi la ni mana ada lagi bekas camtu, eh...adalah, tu macam botol kaca mayonis tu,ha..macam tulah molo. Tapi molo besar. Dah isi tempoyak tu dalam molo bahagian atas tu tabur sikit garam kasar. Pastu simpan dalam esbok.
Tapi orang dulu2 buat tempoyak lansung tak campur air. Tempoyaknya tahan lama, setahun pun ok je lagi, tak payah simpan dalam esbok pun, dulu2 mana ada esbok kan.

Sapa tak terliuq tengok gulai ikan tempoyak den dengan goreng kangkung kicap ni memang ada slack lah lidah korang tau. Goreng kangkung ni pun time mylaling takdo je baru kita buat, time dia ada dia tak makan sayur kangkung ni, dia makan sayur brokoli jer, hehe..minggu ni dia ada kursus di Langkawi, den dah oder toester, sian kat den kan, dah lama takde toester, dulu beli yang pop kuar roti tu, anak guna pastu tak simpan, dahtu masuk cicak, eeiii...buang jelah.

Jom kita share menu gulai tempoyak my stail nih. Rugi weh sapo tak cubo.

-Malam ni den guna ikan selar. Tapi kalo dapek ikan selar kuning yang kocik2 tu kan, umang aiii...isinya manis, lagi sodap.

-Pastu, bawang seulas ko, dua ko, taknak lotak pun takpo.

-Cili api, sapo suka podeh, taruklah ikut suka banyak mano.

- Pastu tempoyak, sesenduk duo, blend tempoyak, cili dan bawang. Den tak suka tempoyak tu berketul2 sebab tu den blend jer.

-Daun kesum, garam, gula. Den tambah gula sikit sebab tempoyak beli ni masam bona. Pastu lebur je semua sekali dalam periuk.

- Taraaa...siap.

14 comments:

  1. Gulai ikan tempoyak saya boleh makan lagi, kalau tempoyak je tak boleh masuk tekak... hihi...

    ReplyDelete
  2. gulai tempoyak mmg masakan tok nenek..kpg Bukit Gantang, depa berniaga tempoyak..

    ReplyDelete
  3. gulai tempoyak mmg masakan tok nenek..kpg Bukit Gantang, depa berniaga tempoyak..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Tempoyak... hurmm kalau di Pahang, tempoyak daerah jerantut yang agak 'femes'. Menunya tidak bukan ikan patin masak tempoyak. Baunya pun dah membangkitkan nafsu makan. Tetapi saya bukanlah peminat tegar ikan patin.
    Betul kata akak, tempoyak sekarang kadang-kadang dah tak berapa ori. ada yang dicampur dengan isi pisang.

    ReplyDelete
  5. Sedap tu Kak.

    Saya masa kecik2 dok kampung tak makan tempoyak. Dah besaq jadi Mak orang ni baru reti makan tempoyak. Rasa rugi pulak dulu2 Mak buat tempoyak dari durian segar macam Mak akak juga tapi ceq eksyen tak makan. Mesti lagi sedap kan tempoyak asli macam dolu-dolu.

    ReplyDelete
  6. Saya tak pernah buat tapi makan biasalah... sebab kalau sendiri masak rasa macam tak sedap. My kakaklah yang selalu buat tapi ikan yang selalu dia masak cenggini ikan keli.

    ReplyDelete
  7. saya suka tempoyak kak, laki bini hantu tempoyak hehehe..tapi patin tempoyak dua2 tak makan walaupun suamiku itu mmg orang temerloh. ikan masak tempoyak macam akak buat tu memang saya tak pernah masaklah, kalau ayam masak tempoyak haa adoo.

    betul kak sekarang tempoyak banyak campur dengan pisang, tapi sekarang saya import tempoyak dari pahang hehehe, kawan kakak yang buat jadi tempoyaknya memang sedaplah

    ReplyDelete
  8. Saya suka sambal tempoyak ikan bilis / udang...Layan sgt..Mkn pulak dgn nasi panas2..huhu

    ReplyDelete
  9. sedapnya gulai tempoyak. dapat sambal tempoyak pun sodap kak.

    ReplyDelete
  10. Akak kurang suka durian tapi kalau tempoyak akak suka.Masa banyak durian gugur kat rumah akak buat sendiri tempoyak....takde tambah apa2 kecuali garam.Baru akak tau ni tempoyak skg ada campur pisang ...ermm macam2 org nk untung ya.
    Kat rumah akak ni dorang tak pandai makan tempoyak yang dimasak dgn ikan atau sayur.Yang dorang makan sambal tempoyak atau tempoyak yang digoreng bersama ikan bilis,bawang dan cili.

    ReplyDelete
  11. Aku baru beli tempoyak minggu lepas mak. Tak sabo nak masak rasanya, tambah lagi bila tengok lauk tempoyak ko ni weyh.

    Terkecur air liur den tetiba...

    Merdekalah ko mak minggu ni yeh. Masak ikut selera tekak ko je hihi...
    Tak sabolah tu tunggu boypren balik, tak sabo nak dapat toester....
    Kan mak, mcm aku tak tau!

    ReplyDelete
  12. Suka! Guaner dok suka? PH LOVE tempoyak. Dah lama tak buat sebab tak beli durian. Next time jumpa durian must maka tempoyak!

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign