Asam Garam Kehidupan: Weh, rugi..sape tu tak suka tempoyak.

Nuffnang

Pages

13 Sep 2017

Weh, rugi..sape tu tak suka tempoyak.

Kali ni meh kita try sambal tempoyak goreng Pahang stail..kot, sebab ni ada sorang kawan dari Pahang yang perturunkan ilmu membuat sambal ni. Tapi macam Kak saniah punya resepilah. Next nak try ayam masak tempoyak plak. Tapi tempoyak tinggal seciput jer lagi tu.
Ni jer bahan2nya, dalam botol tutup kuning tu ada tempoyak. Sukatan bahan ikut suka hati, cili tu kalo korang memang hantu cili bolela taruk banyak mana suka pun. Blend semua bahan tu, blend kasar, jangan hancur tak sedap.
Nilah hasilnya. Cuma terblend agak hancur bahannya, kuranglah keenakan tika kunikmatinya. 
Bahan blend tu semua lebur dalam kuali bersama minyak, api sederhana. Kalau agak macam kering tambah sikit jer air, pastu masak sampai berminyak, jangan lupa tambah garam dan sikit gula, kena tambah gula sebab tempoyak beli ni masam.
Boleh dinikmati bersama biskut, nasi panas, nasib roti dah habis, kalo tak roti pun enterprem kat sini.
Rugi tau kalo tak Cuba.

16 comments:

  1. Replies
    1. Mano nk cari tempoyak kt Sabah, yo tak?

      Delete
  2. sedapnya tempoyak. kena plak dgn cili api memanh terangkatlah. nak try! :)

    ReplyDelete
  3. suatu masa dahulu...durian dimonopoli oleh orang melayu....tapi sekarang nih.....bangsa lain plak yang menguasainya...

    so tak heran suatu hari nanti...pasaran tempoyak ini akan dikuasai oleh bangsa lain......

    untung la tempoyak....

    ReplyDelete
  4. Oh ni stail Pahang ya Azi.Adek ipar akak kalau buat sambal tempoyak dia tambah serai ketuk beberapa batang...itu cara dia lah.
    Akak pulak semua bahan dihiris ,ditumis dulu baru masukkan tempoyak.
    Aduhhh Azi terliur pulak akak bila ingat tempoyak ni...

    ReplyDelete
  5. Kak, tempoyaknya takyah blend. Yg ditumis dulu, bawang,cili, ikan bilis semua tu, bila dah agak garing baru masukkan tempoyak dan masak smp berminyak. Setengah org suka bahan tumis tu digoreng garing dulu, tapi saya suka macam basah sikit.

    ReplyDelete
  6. Banyak ke simpan tompayak kat rumah Nor. Kemain lagi menu tempoyak je. Kok banyak tu pas kat saya sikit.hehehheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, takdelah..beli rm15 setgh kg, try tengok Ori ke Tak, nampaknya Tak Ori juga, huhu

      Delete
  7. Aku kalau masak tempoyak bilis mcm ni, aku buh serai dengan daun kunyit mak lepas tu bilis tak blend.
    Tp kalau dah tempoyak namanya, ko pusing cara apa pun mmg sedap kan mak.
    Kalau letak petai sedap jugak tu ek!
    Aku hari tu beli tempoyak kat pasar tani. Rm 8 henggit ko

    ReplyDelete
  8. Saya tak blend, cuma mayang bahan2 tu, ikan bilis dibelah dua, buang tulang, masuk kesemuanya, tmbah air sikit n tempoyak, serbuk kunyit. kemudian tumis sekali harung.. agak2 pekat, siap...

    Jk masuk petai n kacang pnjg lg sedap

    ReplyDelete
  9. Kalau musim durian WP jadi tokey tempoyak
    Tapi tak pernah makan tempoyak.

    ReplyDelete
  10. perghh..yg ni,kalo makan dgn nasi panas2, mmg terbaikk..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign