Asam Garam Kehidupan: October 2017

Nuffnang

Pages

30 Oct 2017

Kena beghuk...

" Ticer2x, nak tau tak saya kena beghuk, sebab tu saya tak datang.." xcited dia bercerita.

" Ha, kena apa?" Saya tanya sebab nak dengar dia sebut lagi sekali. Tapi nampaknya dia taknak sebut lagi, mungkin dia tengok muka saya macam nak gelakkan dia.

" Kena apa Qalish, ni yang bengkak ni nama apa?"

Tapi dia tetap taknak sebut.
" Beguk la Qalish, bukan beghuk. Beghuk( I mean beruk la kan) yang duduk dalam hutan tu, yang macam monyet tu."

Kuikuikui..
Daripada penuh dewan ni, tinggal separuh je. Lepas sorang, sorang kena beguk. Ada juga yang kena ciken pox. Risau weyh saya, hujung bulan ni Ada graduation day, sekarang tengah latih dorang buat persembahan, bila ramai yang tak datang, nak buat latihan pun susah, tak cukup korum.
Tengahari tadi, si Comey baju biru yang depan sekali ni plak ngadu sakit kat bawah dagu, Saya raba2 dah rasa ada benjol, hmmmm...beguk jugalah gayanya.
Umar Zikri baik sebelah pipi, naik sebelah pipi lagi, tapi tak demam..so saya suruh je pegi sekolah, dua2 sekolah ada exam, sekolah agama, sekolah kebangsaan serentak pagi tadi ( pagi Isnin )

26 Oct 2017

Meraih Jannah dari dapur.

Rasulullah saw bersabda:
" Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya adalah lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah."

( HR Anas bin Malik )
Rasulullah saw bersabda:
" Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari ( sang isteri ) berpuasa setahun."

Rasulullah saw bersabda:
" Saat isteri menyiapkan makan pagi dan malam , maka pahalanya mengalir melalui jari- jemarinya."
Larling puji sedap gak buah kedondong buat sambal, so den sharelah resepinya kot ado yang nak cuba. Den petik kedondong musim2 panas camni buahnya taklah masam sangat.
Bahan2 eh:
Buah kedondong dalam 6 ke 7 biji. Kopek dan potong nipis2.
Segenggam ikan bilis.
6 ke 7 biji cili api, sape suka pedas silalah tambah ikut rasa hati yea.
Garam dan sedikit gula.
Pastu tumbuk cili dan ikan bilis, jangan hancur sangat, tumbuk juga kedondong yang dah diracik tu, gaulkan garam dan gula secukup rasa, gula tu janganlah banyak sangat yea,agak nak kasi seimbang rasa je. Siap. Bolehla disantap dengan jayanya. Hehe.

25 Oct 2017

Tuuu dia, kalo kena gigit naiya juga nih.

Terkejut puyuh mylaling, sehabis solat subuh cik li ni tetiba menjalar tepi sejadah dia. Dah sudah meraba mencari benda nak buat ketuk kasi dia mati. Dalam bilik tido kami tingkat atas tu, bayangkan camane dia gigih memanjat rasanya masuk ikut lubang bilik air kot. Cuaca panas camni cari tempat sejuk le agaknya tu.

Jiran rumah sebelah pun ada bagitau, bilik tido dorang tingkat atas juga dah dua kali jumpa cik li ni.

Den pun gigih mengorek balik dia ni dari celah2 sampah tu ( abaikan sampah tu ye kome, buat tak nampak udoh le), abah suruh tunjuk cik li ni Kat abang besar, biliknya tu dah macam tongkang Karam, suruh kemas buat Tak tau jer. 
Cik li ni kalo kat dapo memang selalu jumpa, ni dalam bilik tido tingkat atas plak tu, ishhhh..seriau.

24 Oct 2017

Beguk juga akhirnya.

Cuaca panas kan walaupun ikut musim dah kira musim tengkujuh. Cuaca tak menentu, tempat yang tak pernah banjir jadi banjir, tempat yang selalu banjir, jadi panas berdenting plak. Kadang tu nampak mendung macam nak hujan, tapi tak hujan pun. Fenomena akhir zaman kan. Ngeri plak memikirkan.

Dah panas macam2 penyakit plak, stroke habalah, tambah lagi bebudak ni bukan suka sangat nak minum air kosong. Ni Umar Zikri plak terkena beguk package demam sekali. Hari ni abah cuti. Esok terpaksalah minta tolong abang besar tengokkan, tak boleh nak bawak ke tadika, kalau kata tak berjangkit sekalipun kesian juga dia kat tadika tu bising. Esok den kojo sampai kui 12.00 jelah kot, pastu balik, risau juga, abang besar tu kang tido je lebihnya.

Nasib baik gak exam akhir tahunnya start minggu depan, harapnya menjelang minggu depan oklah, sapu nila, tapi cukanya takdo, den campur jus delima, boleh kot, masam jugakan.

23 Oct 2017

Mana yang lebih mengawasi.

CCTV baru, lebih canggih..
Harapnya walau ada teknologi mengawasi, tauhid menunjam di hati bahawa ada yang Maha Mengawasi..tidak terlepas walau sedetik pun..

21 Oct 2017

Terbeliak mata abah.

Nasib baik gak den balik petang. Kalo tak harus den pun kono sound. Hari jumaat kan, hari lain balik awal. Jadi sampai kat rumah, dari luar pagar dah dengar riuh-rendah dalam rumah. Apa ke hei nya.

Rupa-rupanya dok pakat menggelabah puyuh dengar bunyi kete abah. Abahnya sampai depan pintu, tu dia..." Sape bawak balik ni?"
" Taklah bah, dia datang sendiri, masuk ikut tingkap, bawak anak dia, tu yang kitorang letak kat luar," kakak jadi peguam bela.

" Pegi hantar kat kedai depan nun, kalo tak hantar, sok baliklah sendiri Naik bas, abah taknak hantar," Huhu..

Nak buat camane, dah abah tak suka. Nanti kencing berak luar rumah, dalam rumah habis busuk. Tapi tulah, tak tau kenapalah kucing2 tak bertuan, kucing bertuan pun suka sangat nak masuk dalam rumah kami..
Budak2 kat rumah ni semua suka kucing, den pun suko, tapi takleh nak bolo, abah tak suko kencing berak merata, busuk..

19 Oct 2017

Tegang urat weyh.

Anak2 dok kecoh kenapalah ibu tak cuti, sekolah cuti katanya. Memangle sekolah cuti seminggu nak oi, tapi orang bekerja cutinya sehari je sempena deepavali. Baik Umar Zikri, baik kakak Nadhrah sorang pun tak mau ikut ibu pergi tadika. Tadika tak cuti eh? Aah, tadika den tu ada day care, tapi yang datang tu tak sampai separuh pun, so takdelah tension benau orang cuti, den kojo.

Semalam dah cuti tu, kita bawaklah anak2 jenjalan makan rojak Bellamy kat Jalan Bellamy tu. Sebelum pergi tu siap tanya dulu kat mylaling bersih ke..sebab bila sebut kedai mamak ni den ni dah jadi macam satu skeptical plak..dah banyak citer pasai kedai mamak ni kan, terutama bab2 kebersihan. Kedai mamak bawah tadika den tu, den selalu usha, kadang tengok bawang pun tak basuh, kopek2 terus potong bawak masuk dalam dapur, kalau ikan tu, siang2 buang perut masuk bakul jirus air je. Kalau den ikan tu bersihkan sekor2 siap kikis celah2 tulang darah yang hitam tu, barulah tak hanyir.

Oklah den jamin rojak mamak Bellamy tu kedainya bersih sebab nampak dapurnya konsep open air gitu kan, silalah sesapa yang teringin nak makan rojak tu.

Sempat singgah Kat Taman Tugu juga. Kira banyakla berjalan guna kaki( Kiki..memanglah jalan guna kaki, takkan guna tangan, maksud den tu berjalan kaki ) jalan mendaki takdelah sakit lutut dah sejak makan vivik Shaklee  ni. Sebenarnya den tak pernah sampai ke taman Tugu tu, seronok juga banyak pokok, ada sungai buatan. Toklaki den tu lebih suka tempat macam ni, kalau ajak ke soping mall maunya Raya taun depan baru dapat, tu pun sebab nak beli baju raya anak2.

Dah penat jenjalan semalam, so hari ni den amik cuti emergency gitew, alasan sangat kat boss, tegang urat banyak jenjalan. Tapi memanglah terasa tebal je peha ni masa duduk tahiyat tu, betis pun tegang je. Yelah masa jalan2 tu tak beringat yang awak tu dah tua..kan, padan muka den.

So hari ni, terasa bestnya jadi suri rumah sepenuh masa tengok suami pergi kerja, babai bah..bawak kete elok2..

Jadi bolehle kemas rumah, kain baju, dapur, bunga2 pastu landing2 depan tv macam mak okje tu kan.
Mak, Kita geng hari ni tau.
Abang speki tu seminggu ni cuti, nanti masuk second semester plak, dah bosan dok umah main game je, so abah bawak jalan2 Kat taman pun ikut jelah kan.

16 Oct 2017

Bijak menilai kasih-Nya

Hari ni aku ingin berbicara secara serius, moga ramai yang sudi mengambil manfaat.
 
Aku yakin ramai antara kita tidak suka dipanggil tua...termasuk aku salah seorangnya...kerana kalau diibaratkan daun, daun yang tua itu sudah kuning, kering, rapuh dan layu. Resah tatkala ditiup angin atau ditimpa hujan...oh...bila2 masa sahaja aku boleh gugur ke bumi.

Apabila mencecah usia 40-an, hati kita diserang cemas. Menopause atau putus haid akan membuka tirai tua buat kita. Tentu kita tertanya2, kenapa Allah datangkan ujian itu buat kita? Kenapa orang lelaki tidak diuji begitu?
Wanita beriman juga akan tua, mengalami proses putus haid, hidupnya tetap diuji sama seperti wanita2 lain juga. Malah ujiannya kadang kala lebih berat berbanding wanita biasa, lihat sahaja sejarah Siti Khadijah Al Kubra, saidatina Aishah, bukan calang2 ujian yang Allah timpakan buat mereka. Tapi merekalah sesabar2 manusia tika diuji. Mereka yakin ada sesuatu yang amat berharga dari Allah, antaranya Allah mahu mereka merasakan diri  benar2 hamba.
Sebab itulah wanita beriman tidak berduka walaupun usianya kian meningkat tua kerana dia tahu anugerah itu Allah beri kerana kasih-sayangNya. Dia sangat berterimakasih kerana Allah mahu selamatkannya supaya tidak lagi rakus memburu keseronokan hidup dan terbuai hanyut kerananya. Dia dapat merasakan Allah mahu mengajarnya supaya lebih berhalus denganNya dalam beribadah. Bukan lari dari realiti tua dengan menempek berbagai alat solek, pembedahan plastik untuk menutup segala kedutan isyarat tua itu.

Bila menyedari hakikat ketuaan itu, kita yang mahu melayakkan diri menjadi wanita beriman, akan sentiasa memperkemaskan diri, sesuai dengan usia, kita jaga tutur kata dan tingkah laku, supaya kita jadi orang yang sangat bersopan santun dengan suami, isteri solehah yang merasakan masanya untuk berkhidmat dengan suami sudah semakin singkat dan sentiasa bimbang kalau2 terbuat dosa yang mana boleh menghapuskan amalan sepanjang usianya. Kita mahu jadi wanita beriman yang cukup yakin dengan qadha dan qadarNya, seharusnya menerima hakikat bahawa dalam usia2 begini kekuatan untuk melayan keperluan batin suami kian menurun. Bukan disengajakan, tapi itulah kehendak Tuhan. Inilah percaturan hidup yang kita tidak boleh lari bila bergelar wanita. Ketika ini terasalah kita betapa kerdilnya kita di sisi Tuhan. Walaupun sewaktu gadis, kitalah si rupawan yang menjadi pujaan ramai lelaki.

Hakikatnya Allah beri peluang supaya kita dapat banyak merintih kepadaNya, supaya hati kita menjadi dekat kepadaNya, menyesali segala kelalaian yang lalu, serta memohon kekuatan agar disediakan hati yang mampu menerima ketentuan ini.

Semoga suami kita juga sentiasa dilapangkan dada dan sentiasa memberi semangat dalam menghadapi usia ini. Dengan bantuan dan doa suami, hati wanita beriman dipupuk supaya kian lembut dengan Tuhan. Dia berhempas pulas memperkemaskan ibadahnya kerana dia cukup yakin sedikit masa lagi dia akan dipanggil menghadap Tuhan.

Inilah 'zikir' yang paling berharga hadiah dari Tuhan, tanpa peringatan istimewa in belum tentu kita bersedia kembali kepadaNya. Sesungguhnya Dia Maha Tahu setiap apa yang dijadikanNya. Dihantarnya kita ke dunia in dalam keadaan cantik, bersih dan sihat. Jadi bila Allah mahu kita kembali kepadaNya, walaupun fizikal sudah tidak cantik dan sihat seperti dulu, namun wajiblah bagi kita kembali kepadaNya membawa hati yang sejahtera.
Aku mahu pulang kepadaNya membawa sekeping hati yang sejahtera.

13 Oct 2017

Nam pak tuju nang.

" Pakcik, tumpang tanya?" Pemuda key ell.
" Nok tanye mende?" Pokcik Teganung, daeroh Hulu Kuala Berang.
" Pakcik ada nampak tak sebiji kereta merah lalu kawasan ni tadi, saya tunggu  kawan Saya ni, dia pinjam kereta saya." Pemuda key ell.
"Ho, ade tadi, nam pak tuju nang nung tepi lokang tadi," pokcik Teganung.
"Ha, nampak terjunam, habislah kereta Saya tu, pakcik tolong tunjuk tempat tu" pemuda key ell cemas dan menggelabah puyuh.

" Doh bakpenya ya takuk sangak ni, tepi lokang je anok oii,"
" Yelah pakcik, dahla kereta Saya tu belum habis bayar lagi, kalau masuk longkang, habislah rosak," pemuda key ell berjalan kelam kabut mengekori belakang pokcik Teganung.

" Doh bakpe ya masuk lokang pulok?" Pokcik Teganung naik hairan. Sambil menunjukkan kereta merah yang dimaksudkan, dah sampailah ke destinasinya., di tepi sebatang longkang, di sebalik semak hujung sebuah kampung di daerah Hulu Kuala Berang tersebut.

" Laa pakcik, takde masuk longkang pun, kenapa pakcik kata nampak terjunam tepi longkang tadi?" pemuda key ell mengurut dada kelegaan.
" Lhoh, mung ni guane lah mude2 dok ingak nombo kete sediri?" Pokcik Teganung menunjukkan nombor plat kereta pemuda key ell WA 6476 A. Pemuda key ell garuk kepala masih tak faham.

Pengajaran dan kesimpulan
Masuk kandang kambing kenalah mengembik, nanti kena tanduk Kang, susah.
Pahtu kalu nak belajo cakak Teganung, bulehla belajo dengan PH, ye dok PH, ke guane? Cuti Deepavali balik Teganung dok?

Rindu nok balik Teganung, huhu..

11 Oct 2017

B- - - k cantik.

Tak taulah cantik ke hape, tapi bengkak macam kena tinju mana ke cantiknya.

Entah betul ke idok katanya virus ni dibawa balik jemaah haji baru ni sebab suhu kat sana kan mencecah ke 45°c kan. Tapi bila sorang dah kena habislah berjangkit2 sampai cikgu pun kena jangkit juga. Tapi Alhamdulillah katanya penyakit ni kalau dah pernah kena takkan kena jangkit lagi, sekali seumur hidup gitulah.

Bila sampai dua orang ticer yang kena jangkit, tinggal 4 orang ticer je, cer bayangkan camane kelam-kabutnya kami nak handle budak2 yang boleh tahan lasaknya weh kome, penat yop. Den kono tunggu sampai kui 5.30, sampai rumah kui 6 nak kena masak dinner plak, memang sesungguhnya sangatlah penat...sehingga terpaksa menyepikan diri dari bw dan hapdet apa semua tu, ceh..ada je alasan untuk cover malas tu kan.

Harap2 ticer dua orang tu cepatla sembuh..kot budak takpelah sebab makpaknya bolehle amik cuti, supaya kurang sikit budak dan kurang sikit kerja ticer, haha...teruk punya ticer.

Apa2pun sakit tu ujian kan, sapelah kita nak sihat memanjang, nak kaya memanjang, nak senang memanjang, ye tak? Moga2 ujian sakit ni membuatkan Kita semakin dekat dengan Allah.

Lhah..lupa lak kekonon nak bagi sasepen..beguk. Nasib baik den dah pernah kena, selamatlah kan. Kesian tengok ticer yang baru kena, bengkak pipinya. Pi jumpa doktor, ada doktor yang kata beguk, ada yang kata jangkitan virus, hrmmm...entah mana satu betul pasti, tapi yang pasti dorang kata sakit, nak telan makanan susah, nak bercakap pun susah siap package demam plak tu.

Teringat petua orang tua dulu2, ubat beguk ni sapu nila campur cuka, tapi tak sure nila cair cam sekarang bole guna ke tak. Dulu nila ketul tu, tumbuk2 Kasi hancur campur dengan cuka, sapu Kat bengkak beguk tu. Pastu kena elak minum jus2 oren , in shaa Allah cepat baiknya. Kalo jumpa doktor, tak taulah ada ke tak ubatnya.

Anak ni makannya berselera, tapi bila dah kena, makan pun Tak nak, makan bubur boleh la kan.

9 Oct 2017

Ada yang rindu tak?

Ceh! Perasan kan, alaaa..sesekali takdo salah do. Malas benau, lemau, lazy.. semua adalah, tapi cian plak blog yang semakin suram ni, so kito hapdetlah apo patut yo, buleh gak buat kenangan sok2 kan.

Dek maleh bona kita syer gambar budak2 tadika den main giant bubble lah ek. Ritu kita dah syer kekretipan makpak membuat berbagai bentuk 'wand', so hari ni Kita tengok keterujaan anak2 eh plak main giant bubblenya.

Papehal kita makan dulu, banyak weh bekal dorang, kenyang dorang konyanglah den, mwehehe..
Rasa tu sikit, rasa yang ni sikit, sudahnya sendat perut den.
Kita punya bekal sedap, mak kita buat, tengokla tu, kiri-kanan penuh, mulut pun penuh..
Wuuuuu..
Besar tu, menjadi lah bubblenya.

5 Oct 2017

Macam2 idea.

Jom kita tengok hasil kekretipan parents from my tadika menyediakan 'wand' untuk anak2 dorang gunakan untuk bermain giant bubble. Bubble ticers dah sediakan,so parents kenalah kita bagi kerja sikit kan.😂😂
Ada yang guna hanger besi, paling mudah cari yang ready made jer.
Ada mak yang cukup kretip, cantik wand nya, si baju biru tu batang wand nya dari tiang bendera, oklah tu.
Dari permainan pun jadi.
Amboii, besarnya wand dia😄😄
Haa, yang ni cukup kretip, beli Penapis teh kedai mamak, atau jaring tangguk ikan, tapi buanglah jaringnya.
Yang sebelah tu...ha, Penapis santan pun jadi..hehe, dari tak dimanfaatkan sebab dah senang pakai santan kotak je..so jadilah sebatang wand yang cukup berinovasi😄😄

2 Oct 2017

Terkunci.

Kes terkunci, tombol pintu rosak tu dah perkara biasa Kat tadika. Banyak tangan bukak tutup, banyak kaki keluar masuk, sekejap je tombol jem.

Tahun lepas den jadi minah gyver bila kunci pintu tengah terkunci, nak ke dapur tak boleh, Kat dapur plak takde orang. Den buat camane tau, panjat dari tangga kecemasan Kat dapur belakang, nasib baik tingkap dapur tu kebetulan tak berkunci. Terjerit2 den marahkan mamak kedai bawah tu bila gelak2 tengok den panjat, dahla pakai Kain...

Baru ni den terkunci dalam bilik air plak, samalah kes tombol pintu jem. Nasib baik pintu bilik air tu bawahnya dah lompong, minta pisau..den cungkih2 dari dalam, akhirnya terbuka jugak.

Kes 2015 lagi parah, pintu kelas 6y terkunci masalah tombol jem. Dalam kelas ada budak, ayahnya dah tunggu kat bawah. Last2 terpaksa minta tolong ayahnya naik.
Ayahnya naik jadi mc gyver la jawabnya. Pecah tombol dikerjakan.

Kes terbaru tengahari tadi, pintu kelas 5y plak terkunci, ni bukan tombol yang rosak, rasanya ada budak yang tertekan kuncinya. Kecohla budak2 ni, mana nak tido, camane ni, camane ni, ticer, ticer...carilah kunci.
Den pun menggelabahla keluarkan semua kunci yang ada, malangnya semuanya tak boleh pakai. Aduh, camane ni??? Cemas wei kome, takkan nak pecahkan tombol lagi...
Try lagi, try lagi, try lagi....gedek, gedek, gedek..( tu bunyi tombol kena pusing yea). aduh tak bolehla..

Tetiba, ada satu cadangan entah sape punya suara, tak sempat nak mandang....
" Ticer, ticer masuklah ikut tingkap tu.."
.......ttttttttt.....
Aduihhh., Aduhh..ticer dah mengong, sampai tak terfikir, tak terperasan,  ada tingkap Kat kelas 5y tu  yang bole diceroboh, nasibla tingkapnya tak lock, tingkap ni pun sebenarnya baru gak  ditebuk. Jadi den angkat masuk kot tingkap tu sorang budak yang badannya kecik,...nasib baikla ada anak murid yang brilliant.... 
Tu ha tingkapnya..dah menyong tak sempat nak fikir.
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign