Asam Garam Kehidupan: Nam pak tuju nang.

Nuffnang

Pages

13 Oct 2017

Nam pak tuju nang.

" Pakcik, tumpang tanya?" Pemuda key ell.
" Nok tanye mende?" Pokcik Teganung, daeroh Hulu Kuala Berang.
" Pakcik ada nampak tak sebiji kereta merah lalu kawasan ni tadi, saya tunggu  kawan Saya ni, dia pinjam kereta saya." Pemuda key ell.
"Ho, ade tadi, nam pak tuju nang nung tepi lokang tadi," pokcik Teganung.
"Ha, nampak terjunam, habislah kereta Saya tu, pakcik tolong tunjuk tempat tu" pemuda key ell cemas dan menggelabah puyuh.

" Doh bakpenya ya takuk sangak ni, tepi lokang je anok oii,"
" Yelah pakcik, dahla kereta Saya tu belum habis bayar lagi, kalau masuk longkang, habislah rosak," pemuda key ell berjalan kelam kabut mengekori belakang pokcik Teganung.

" Doh bakpe ya masuk lokang pulok?" Pokcik Teganung naik hairan. Sambil menunjukkan kereta merah yang dimaksudkan, dah sampailah ke destinasinya., di tepi sebatang longkang, di sebalik semak hujung sebuah kampung di daerah Hulu Kuala Berang tersebut.

" Laa pakcik, takde masuk longkang pun, kenapa pakcik kata nampak terjunam tepi longkang tadi?" pemuda key ell mengurut dada kelegaan.
" Lhoh, mung ni guane lah mude2 dok ingak nombo kete sediri?" Pokcik Teganung menunjukkan nombor plat kereta pemuda key ell WA 6476 A. Pemuda key ell garuk kepala masih tak faham.

Pengajaran dan kesimpulan
Masuk kandang kambing kenalah mengembik, nanti kena tanduk Kang, susah.
Pahtu kalu nak belajo cakak Teganung, bulehla belajo dengan PH, ye dok PH, ke guane? Cuti Deepavali balik Teganung dok?

Rindu nok balik Teganung, huhu..

14 comments:

  1. Hihii...Azi buat lawak pulak pagi ni.
    Rindu Ganu lah tu ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu, tk dapek cuti Kak, kok dapek pun Tak cukup bajetlah plak

      Delete
  2. Fening kepala saya nak translate Kak hehe...

    ReplyDelete
  3. hah..hah..klakor mu ning, ticer. Dok balik ganung, cuti sining jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah, cuti sehari je, dok padang nok balik, wak penak he dok.

      Delete
  4. ticer buat lawak sesekali nih, cuti balik teganu ke kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak balik pun, tak cukup bajetlah, dh tengah bulan ni..lagipun musim hujan

      Delete
  5. bw sini selepas lm x aktif... nam pak tuju lang.. he he he, kalau km satuk, duak, tigak, ampat...sambilan, sapuluh...

    ReplyDelete
  6. Hehehehe... sabor je la..

    ReplyDelete
  7. Hoih kak org teganu ke....hahaha....

    ReplyDelete
  8. Berak nanang ni kalau dapat pak mertua org Ganung.... Nak berbual dok pehe sokmo hihi

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign