Asam Garam Kehidupan: Terbeliak mata abah.

Nuffnang

Pages

21 Oct 2017

Terbeliak mata abah.

Nasib baik gak den balik petang. Kalo tak harus den pun kono sound. Hari jumaat kan, hari lain balik awal. Jadi sampai kat rumah, dari luar pagar dah dengar riuh-rendah dalam rumah. Apa ke hei nya.

Rupa-rupanya dok pakat menggelabah puyuh dengar bunyi kete abah. Abahnya sampai depan pintu, tu dia..." Sape bawak balik ni?"
" Taklah bah, dia datang sendiri, masuk ikut tingkap, bawak anak dia, tu yang kitorang letak kat luar," kakak jadi peguam bela.

" Pegi hantar kat kedai depan nun, kalo tak hantar, sok baliklah sendiri Naik bas, abah taknak hantar," Huhu..

Nak buat camane, dah abah tak suka. Nanti kencing berak luar rumah, dalam rumah habis busuk. Tapi tulah, tak tau kenapalah kucing2 tak bertuan, kucing bertuan pun suka sangat nak masuk dalam rumah kami..
Budak2 kat rumah ni semua suka kucing, den pun suko, tapi takleh nak bolo, abah tak suko kencing berak merata, busuk..

20 comments:

  1. Dah siap bekas pulak tu ye kak.. Itulah saya pun anak2 nk bela kucing tp tu la takut berak merata, susahkn jiran2 pulak

    ReplyDelete
  2. Kan, kalo berak kt area rumah jiran pun susah, nnt jiran plak bermasam muka dgn Kita.
    Bakul mainan Umar Zikri la tu, habis mainan dilambak dlm store nak bagi jadi tempat kucing, huhu

    ReplyDelete
  3. Sayapun suka kucing, malangnya duduk kawasan taman perumahan, susah sikit nak bela.

    Jika pandai berak kencing dalam bilik air tak der masalah, ini suka membuang merata2, itu yang tak suka.

    ReplyDelete
  4. Yelah kalo kat kampung, byk tanah dia boleh berak kt tanah, ni Kang Tak pasal2 pasu bunga org jadi mangsa.

    ReplyDelete
  5. heheh..irda pula irda yang tak suka.hb and anak suka sangat membawak balik..sudahnya bile mem tak suka memang tak berani lah..sebabnya kite yang mengemas nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, nnt mem juga yg kena kemas. Bukan tak kesian, tapi takut tak cukup sabar.

      Delete
  6. Hihi....garangnya Abahnya. Anak2 suka tp saya pantang ada kucing kat rumah sebab kencing berak merata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah masalah yg abahnya tak suka sangat tu. Nak kata apa lagi kan.

      Delete
  7. sama. kucing kat taman ni suka sangat berak kat porch rumah akak, atau kat bawah keta.. uwaaaaa, masuk rumah mmg x dapat le sbb pintu tingkap bertutup jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawah kete, adoii..tu yang tak sanggup tu. Nak bela kucing kt kawasan perumahan ni tulah masalahnya, nnt menyusahkan jiran.

      Delete
  8. kesian miow beranak ke ? tak apa abah kena hormat ya ..tempat kami humm! tak terkira banyaknya dah membiak banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah cikgu, 6 ekor anaknya..abah tak berkenan cikgu..nasib baik jiran sebelah dah amik ibu kucing dan anak2nya nak dibela.

      Delete
  9. Kat rumah akak ni bela kat luar rumah je.Tapi ada yg pandai cari jln masuk rumah wlpun tingkap rumah sentiasa tertutup.Kencing,berak,muntah dah biasa sangat akak kena bersihkan.Budak2 ni kata je suka kucing tapi bab2 kotor tu kita lh yg kena.Kdg gerammm sngt ,rasa nk buang je tapi kesian pulak tengok muka sekor2 yg dh biasa kita bagi mknn.Yg kena bertabah akak lh jawabnya selagi terdaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak pahala akk tu, in shaa Allah murah rezeki akk sekeluarga, kata org kucing ni akan doakan kebaikan kpd tuannya kan. Cuma masalah kencing beraknya tulah nak kena sabar banyak.

      Delete
  10. Aloo...anak kucing! Kesian pulak tapi ya lah, bukan senang nak bela.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, 6 ekor tau, blm bkak mata pun. Nasib baik Ada jiran yg nak amik bela.

      Delete
  11. Wahhhhh comelnyer cat...yaya suka betul dengan cat...cuma tu la...mak dia tak rajin nak jaga haiwan...hahaha

    ReplyDelete
  12. Orang kata kucing datang rumah kita ada sebab. Tak semua rumah kucing nak pergi. Kucing kan haiwan kesayangan Rasulullah juga. Dan orang kata, kucing juga membawa rezeki. Tapi Ain ni penakut kucing. Kucing mai dekat je terus jerit dan halau. Wahaha

    ReplyDelete
  13. Den tak delah suko mak.... anak tu yg suka. Kucing den pun baru beranak hari tu. Nasiblah sekor je anaknya. Kucing yg lain pun betina jugak tu. Aku ngeri jugaklah kalau beranak tu. Sebelum dia membiak baik ko buang jelah.....

    ReplyDelete
  14. Alolo comeynye baby kucin. Tp Tu laa baik tahi dia yg x tahan

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign