Asam Garam Kehidupan: January 2017

Nuffnang

Pages

28 Jan 2017

Jeruk kedondong my style.

Dapatlah dalam 30 biji buah kedondong petik kat kebun mylaling belakang rumah. Haruslah nak menjeruk rasa, eh..jeruk kedundun la kita.
Sampai kecut jari-jemariku mengopek kulit kedondong. Minta tolong Nadhrah, baru kopek dua biji, dah surrender penat katanya, adoko??
Kedondong belakang rumah.
Lepas kopek rendam dalam air garam semalaman. Nasib baik kebetulan ada beli garam kasar, tu pun beli sebab nak buat rendam ikan bagi hilang hanyir, saya suka masak guna garam halus.
Sementara tu, masak dulu air gula. Ni gula pasir, ikutlah rasa manis yang korang suka, saya guna dua cawan gula pasir+ secawan gula merah. Air gula ni kena sejukkan dulu.
Dah sejuk, bolehla masukkan kedondong. Oh ya, kedondong tu lepas keluarkan dari air garam tu, kena toskan betul-betul baru masukkan ke dalam air gula. Kalau suka, boleh masukkan 2,3 biji cili padi. Saya tak suka pedas, jadi saya takdelah letak.
Patutnya kena biarkan dua malam, bagi betul-betul meresap rasa air gula tu, tapi kekdah orang tak sabar, pagi tadi dah lesap 3 biji dalam perut. Sedapnya korang..kalah ayam goreng. Agaknya kalo tunggu 2 malam mesti lagi sedap dari pizza, mwehehe..
  
Jemput.

27 Jan 2017

Berkebun kita hari ni.

Alhamdulillah, cuaca elok hari ni. Harapnya panas sampai ke petang. Ambe dok tahan sejuk-sejuk ni. Dah dua hari tak mandi petang. Oppsss..

Cuti dua hari ni. Semalam dah setelkan kain baju. So hari ni kita nak keluarkan peluh sikit. Kebun bunga ( lah sangat ) saya dah lama tak digembur tanahnya.
Pokok bunga berbunga tak mau menjadi, tanam asyik mati je, tanam tomato pun mati, ermmm..yang boleh hidup pokok tak berbunga je..jadilah.
Yang ni je bertahan, tanam ros tak jadi, tanam kekwa, ishh..tak pernah tanam lah.
Dah siap kebun saya kat depan, jom ke kebun mylaling plak. Kebun dia kat belakang. Dia lagi rajin menanam-nanam ni, ha..pokok limau kasturi, dah ada hasilnya.
Pokok limau purut, dia tau bini dia suka masak tomyam, ha..kan senang takyah beli-beli lagi.
Ni pulak pokok lemon. Dapat benih dari Terengganu. Belum ada hasilnya. Sok-sok dah berbuah bolehla diet minum air lemon selalu, kan.
Pokok nangka ni, Alhamdulillah dah dua tiga kali juga dapat makan hasilnya, tengok tu, kan main banyak putiknya.
Kena balut supaya dapat hasil yang cantik. Kalo tak harus kena kidnap dengan sang monyet kat hutan sebelah tu. Sekali datang bukan main ramai.
Ni pokok tembaga suasa. Elok sangat buat balut untuk hilangkan bengkak terseliuh. Daun tu layur sekejap, sapu minyak panas, pastu balut kat tempat yang bengkak. In shaa Allah..elok.
Pokok kedondong banyak buahnya. Seronok plak saya memetiknya.
Ha..banyak juga hasilnya. Lepas ni saya nak kena tanya uncle google lah yek, camane mau bikin jeruk kedondong.

Hajatnya nak balik Terengganu bila mylaling balik dari Kedah, tapi nampaknya hajat tak kesampaian lagi ni. Takut pulak terperangkap banjir tengah jalan. Kat bandar Kuala Terengganu makcik saya cakap ok jr, tapi tulah..kalau banjir di Kemaman ke, Dungun ke, tak ke haru nanti tak lepas balik KL.

Semoga semua mangsa banjir di Johor akan dapat bantuan sewajarnya. In shaa Allah.

26 Jan 2017

Woh cokok.

PH tau woh cokok? Orang Teganung dok kan dok tau ok? Hehe..
Buah melinjau lah.
Masa kecik-kecik dulu, pokok melinjau ataupun pokok cokok ni ada dua, tiga batang keliling rumah arwah mak di Terengganu. Kami bebudak suka kutip buah yang berterabur di bawah pokok bawak balik suruh ma goreng. Ma pun goreng dalam kuali tembaga, goreng dalam pasir halus. Eh, lupa..nak goreng kenalah kopek dulu kulitnya. Bila dah masak pakat ketuk dengan anak lesung ataupun gigit-gigit je untuk keluarkan isinya yang berwarna putih. Rasanya lemak-lemak pahit gitew. Ralit makan sambil tengok tv hitam putih jer pun masa tu.
Kerepek cokok@melinjau ni, saya tak ingat dah berapa rm sekilo. Beli sikit je. Dah lama simpan. Goreng sikit-sikit je sebab anak-anak tak suka disebabkan rasanya yang pahit-pahit tu. Saya goreng banyak tu, saya je yang makan. Sedap tau jorang makan dengan nasi.

Selain buah, daun yang muda pun boleh dimasak. Masak lemak putih, campur dengan pucuk-pucuk daun lain. Arwah mak kalau goreng telur suka potong-potong halus pucuk cokok ni, campur dalam telur, sedap. Daunnya yang tak tua sangat boleh guna untuk buat balut tapai pulut. Tapi sekarang dah susah nak cari atau jumpa pokok ni. Dah banyak kena tebang.

Kerepek melinjau ni pun datang dari Indonesia sana. Kerepek yang saya goreng kat atas tu beli dari kedai Aceh. Gara-gara rindu kepek cokok Teganu.

Sesekali lantak ajelah.

Terbaca satu pos...keadaan yang bakal dilalui di hari-hari tua seorang ibu, bagaimana rindunya pada suasana macam ni, bila anak-anak dewasa dan masing-masing meninggalkan rumah ibubapa, bagi meneruskan kelansungan hidup mereka...

Seorang ibu akan terus dihantui kerinduan pada gelak tawa anak-anak, gurau senda mereka, bau anak-anak yang tertinggal di bilik mereka..rumah ibubapa bersih dan kemas, tiada lagi sepahan kain baju, beg sekolah, bekas makanan...

Hati kecilku terusik pilu, tak sedar kolam mataku basah sebasahnya, terbayang aku juga bakal menempuh detik-detik begitu..

Lantas...sesekali kubiarkan saja suasana begini, aku letih balik kerja, diorang pun penat seharian di sekolah...

TAPI..

Tunggu sat..kalo korang tak kemaskan kejap-kejap lagi...pasti ibu meletop juga.

24 Jan 2017

Pengaruh abang bomba.

Bila mak dah setia menunggu abang bomba i lap you, anak-anak pun terpengaruh sama. Punya minat kat abang bomba sampai semangat sungguh nak gi skul bila dengar ada bomba nak datang ke tadika ( padahal yang datang tu sorang je, tak pakai uniform pun, datang pun sebab nak check tangga keselamatan kat tadika tu lulus atau tak ).

Time maghrib la banyak naw rancangan yang menggugat keimanan kita dan anak-anak, ada drama, ada katun...ater, camane tuh? Kalo den..kalah tarzan naik minyak menjerit..."tutup tv tu, solat!!!"

Minat dengan abang bomba punya pasal, boleh bangun pagi sendiri, mandi dan pakai baju sendiri, xcited punya pasal nak jumpa abang bomba, tapi tak dapat jumpa pun.

Sentap tak?

22 Jan 2017

Cam bubur caca.

Cerita apa keme? Takkan manjang monday blues ye dok? Ishh..tak baik blues-blues pada hari isnin nih. Isnin tu kan permulaan hari dalam seminggu, takde hari isnin, mana nak datangnya hari-hari yang lain. Lagipun Rasulullah pun lahir hari isnin, 12 Rabiul Awwal, jadi jom kita buanglah persepsi buruk kat hari isnin ni. Patutnya dah cuti dua hari, hari isnin ni kita makin semangat nak gi kerja cari rezeki. Cer tengok burung2 yang keluar pepagi cari rezeki tu, tak pernah mogok takmo keluar cari makan, tawakkal keluar dengan tembolok kosong balik tembolok penuh. Ha..my intro untuk hari isnin nih.

Minggu ni den kojo sampai hari rabu je. Hari khamis dah start cuti cny, lama woo cutinya, 6 hari. Tapi takmolah memandai lagi sewa grab car nak pi jejauh pastu grab car pun tak dapat cari tempat tu, duit habis camtu aje. Takpelah biar je memerap kat rumah. Mytoklaki pi Kedah hari rabu sampai jumaat. Nak ikut dia tak kasi. Dia pi sebab kerjalah, bukan sesaja merantau ke Kedah nun.

Entah apalah den dok melalut ni. Biasalah bila dah dua, tiga hari menyepi dari alamaya nak cari mood ni kena cerita yang santai dulu. Ek eleh..macamlah awak selalu tulis entri berat, bukan ke manjang entri santai.

Selit sikit cerita pasal Umar Zikri. Ni pasal kasut sekolah dia. Punyalah malas nak basuh kasut, tengok kasut plastik ala-ala zaman sekolah mak dia nih tahun 70an dulu, tunjuk kasut lain takmo dah dia. Kasut tu jugak dia nak. Harga pun takla mahal, rm12.90.
Petang semalam dah nak maghrib kasut tu tak berbasuh pun lagi, hah! Kalah tarzanla mak dia menjerit.." Umar Zikri, nape tak basuh kasut???"
Dan-dan tu juga dia amik basuh. Bukan susah pun, guna penyental pinggan yang warna hijau tu dah bersih. Haa..tulah pasal dia nak sangat kasut plastik tu. Ada sekali tu selamba je dia meranduk lopak air. Mentang-mentangla kasut plastik.

Tapi sok-sok dah besar rasanya tak pandangla kasut plastik tu. Macam si abang tengah tu, dulu dari zaman sekolah rendah sampailah naik tingkatan satu ok je pakai kasut yang zrep-zrep lekat tu, sekarang dah pandai nak kasut bertali. Tapi nak ikat tali pun tak berapa pandai, sudahnya kasut dikapur je, nampak putih, tali nampak kekuningan kesan debu.

Yang si Nadhrah pun kemain lagi membeger muncung tudung takmo kesan kelepet-kelepet, dahla cermin muka ada satu je kat bawah, berebut-rebut pepagi omak eh ni nak berbedak dia sibuk dengan muncung tudung yang tak setel-setel tu.

Yang si abang besar sorang lagi tu, masa baru naik tingkatan satu masuk asrama, t shirt dia nak semua yang labuh bawah punggung, lengannya pun nak labuh hampir paras siku, jenuhla omak abah eh mencari t shirt kat dia, padahal masa tu dah memang fesyen t shirt fit2, lengan pendek, labuh atas punggung, aiksss...tengok-tengok sekarang t shirt dia semua ikut trend macam tu. Seluar pun fit. Masa tengah sekolah sanggup jahit tangan seluar sekolah dia nak bagi fit. Padahal pada kita, seluar tu takdelah besar, tak perlu nak jahit bagi kecik. Minta abah bawak kedai, jangan haraplah abah nak layan. Ha, tu yang bertabah menjahit sendiri tu.

Keme semua teman-teman alamaya yang dikasihi, den bukan sesaja nak citer pasal anak-anak den ni. Ni nak ngingatkan pada keme semua kita sebagai makpak ni, cabaran-cabaran yang kita kena tempoh dalam arus kemodenan hari ni. Ngeri tau keme semua, takut anak-anak hanyut. Kita makpak mesti dah buat perisai untuk keselamatan dunia dan akhirat anak-anak, soalnya cukup ampuh ke perisai tu?
Jadi janganlah lupa, doakan selalu anak-anak kita, tu je senjata yang kita ada.
Kasut plastik yang putih bersinar, senang basuh, senang kering, murah je..rm12.90 regenya.
Dulu masa zaman sekolah rendah, anak-anak den ni semua berkopiah ikut cam abah, sekarang dah takmo dia, malu..huh, nak buat baik pun malu.

19 Jan 2017

Masak apa kome malam jumaat ni?

Berapa jam kome semua duk masak kat dapur? Tapi ai is tau la ada yang selalu tapaw dari WB, ada yang masak potam setiap hari, ada yang masak cincai ala-ala tomyam gitew kan, hehe..pekabo aweks blogger? Masak apa kome malam jumaat ni?

Ai is kalo malam jumaat ni kalo boleh nak masak yang paling simple. Rebus cam singgang ke, goreng ikan + sup sayur ke...tapi yang sebenonya memang den selalu masak simple, tak lebih tak kurang dari dua jenis lauk je..mesti ada sayur+ikan ke, sayur+daging ke..bukan apa, den pernah baca kisah saidina Umar Ibnu Al Khattab, walau pun dia tu memegang tampuk pemerintahan negara kat rumah beliau kalau masak tak lebih dari dua jenis lauk saja..katanya beliau tak akan mengumpulkan lebih dari dua jenis lauk waktu makan. See..den cuba nak ikut sikap zuhud sahabat yang dijamin syurga tu. Tak dapat ikut banyak, ikut sikit pun jadilah, daripada tak ikut lansung.

Tapi kalo malam jumaat ni, lagilah ai is nak masak simple dan cepat siap, boleh makan sebelum maghrib. Selesai makan boleh masuk bilik.

Kome is janganlah salah faham kat ai is. Kome ni...

Bukan apa, malam jumaat nilah den  nak beramal lebih sikit, baca surah yasin, surah al Kahfi sedekahkan kepada almarhumah bonda kesayangan di alam sana. Moga sejahtera mybonda di sana. Dulu masa dia ada, dia tak pernah lupa mendoakan anak-anak dia, setiap kali solat, mesti doakan kebaikan buat anak-anak dia, sekarang ni giliran anak-anak dia pulaklah sepatutnya mendoakan, menghadiahkan kebajikan buat dia di sana...

See..jomlah kita sama-sama berazam nak jadi anak yang solehah., isteri yang solehah..amin.

Meh, nak tayang lauk sempoi yang den masak malam jumaat ni. Rasanya siap dua jenis lauk dalam 45 minit je. See..terer tak den?

Bawang putih ketuk, tumis, campak bawang besar potong, halia potong, cili giling, campak tomato, campak carrot.
Alah..kome nak ngumpat kuali den yang hitam tu, ngumpat le..
Campak sotong.
Campak sayur-sayur lain. Masuk daun limau purut selai dua, masukkan kicap.
Ha'ah..memang den masak sotong tu sampai kecut. Pernah gak try masak 5 minit je macam chef wan ajar, tapi anak-anak kata tu sotong tak masak. Dorang suka yang liat-liat yang terlebih masak macam ni.
Nape tiga ketui kepala ikan je? Hehe, ai is tak suka membazir, lebih ikan goreng semalam, goreng semula, tu yang agak rentung kejadiannya tu. Kitorang memang lebih makan ikan, mytoklaki tak suka makan ayam, banyak toksin katanya.

18 Jan 2017

Cian anak aku...kalo maknya tengok..

Rasanya cukup buat sementara waktu den menampo orang yo, walaupun bukan niat den camtu. Betulan plak mak oii, bab malas mandi tu terkono hidung kau pagi semalam, aku dapat alamat dalam mimpi kot, mwehehe..

Hai..memacam plak dah panggilan korang kek den yo, takpo den terima, asal jangan panggil nenek@nanny ko, walaupun hakikatnya kalo ikut belah mytoklaki tu, den dah ada cicit. Aduyaiii..tuo bona plak raso eh.  Buat WP janganlah bahasakan diri tu pakcik dengan saya, saya pun dah tua sikit je, dah masuk umur 40-an dah pun, segan plak saya tau. Ni tengah tutup muka ni, malu gitew.

Ushh...apakah den sudah terkono penyakit berjangkit mengorek segala parit yang dibawa oleh MD? Oh..tidak.

Ni yang sebenonya nak citer pasal anak-anak kesayangan den ni aje ha. Yang kadang buat den penin lalat., kadang tu buat den golak sampai berair mato. Agak eh lah, kalo den biarkan bebudak ni macam ni sampai makpak dorang datang, mau nangis guling-guling, tak pun mau merah telingo den kono menjawab..tak pun boleh viral ni.
Tak cayo? Percayalah..sebab kalo anak den pun, mau sawan marah kat cikgu yang tak prihatin tu.

Yang ni baru 4 tahun umurnya. Budaknya comey la sangat, tapi dah cerdik, pandai bukak baju sendiri, simpan baju kotor sendiri, pakai baju sendiri. Awal-awal masuk tadika dulu, asyikla nangis je, sekarang dah ok dah.
Yang ni baru 4 tahun umurnya. Ni anak tunggal ni, belum ada adik lagi. Yang nilah pernah buat saya tumbang lepas naik sakit kepala sebab dia meronta kan main kuat sambil nangis tak berenti. Tapi sekarang pun dah ok.
Tengoklah tu, pakai baju depan ke belakang, belakang ke depan. Bila suruh betulkan, dia bukak, pakai terbalikla plak. Tapi boleh lagi senyum tu.
Yang ni pun kecik comey juga, tapi umurnya dah 5 tahun. Dah terer sangat pakai baju, tinggal nak dikemaskan je.

Maghrib semalam Nadhrah anak daro den balik sekolah sambil nangis. Mulanya ditanya taknak bagitau sebab, den kan pantang beno kalo taknak bagitau betul-betul ni, mulalah berprangka buruk..kena kaco dengan budak lelaki ke, kena ejek ke, lapar ke? Rupa-rupanya kena demerit. Sebab tak siap homework pendidikan jasmani, aiksss..pj pun ada homework ye? Pastu sekarang ada sistem demerit plak, ingatkan pandu kereta melulu je kena demerit..?

17 Jan 2017

Ibarat nak memberi hadiah.

Seharian den sendiri terfikir-fikir pasal entri yang den tulis sebelum ni. Bukan niat nak tampo sesiapa tau MD and KB, den nak tampo diri sendiri je, tampo nafsu yang jahat yang selalu sangat menipudaya memutar belit, menyelitkan idea supaya den nampak diri den ni baik sangat, nampak tu betapa den telah tertipu., rasa diri baik, rasa diri dah beramal, tu maknanya den dah tertipu oleh nafsu..

Jadi semalam,( hari isnin tu ) sebelum maghrib, den buka radio IKIM, den suka dengar radio IKIM ni, suka dengar nasyid.Ada satu tazkirah pendek ni..macam kebetulan je bagi jawaban pada entri den semalam.

Dj tu kata...sorang kawan dia nak bagi hadiah handbag buatan tangan kat dia. So kawan dia kata, dia jahit beg tangan tu penuh cermat dan gembira kerana nak hadiahkan beg tu pada sorang kawan yang dia sayang sangat.
Jadi ibaratnya..solat kita ni kita nak berikan hadiah kepada Allah, tentulah kita nak bagi yang terbaik, yang terindah, yang tercantik, iaitu yang Allah suka, bukan yang kita suka.
Yang kita suka tu, itulah yang nafsu suka. Solat hujung waktu, solat nak cepat siap je..itulah yang kita suka. Cantik ke? Allah terima ke? Ermmm...jawab sendirilah ye sejujur-jujurnya.

Yang Allah suka tu, itulah yang nafsu tak suka. Tapi kenalah lawan. Mujahadah itu perit tau korang. Tapi kena lawan juga. Contoh, malas nak baca Quran, ambik juga, walaupun tangan terketo-keto dek malas, baca juga walaupun satu ayat. Ok...adalah menang sikit kat situ. Berat nak bagi sedekah, lawan...bagi juga walaupun seposen, malu nak bagi seposen ( den la tu ) buatlah tabung, tiap-tiap hari masuk seposen. In shaa Allah bila dah selalu buat, benda tu jadi ringan. Malas nak masak, pi jugak masak,( niat nak bagi makan yang bersih dan berkat untuk suami dan anak-anak ) jangan bagi chance lansung kat malas tu, malas mandi, pergi juga mandi, malas tulis entri, tulis juga ye MD,><.

So, nak solat yang khusyuk tu bermula dari wudhu lagi, wudhu tu bagi sempurna. Solat tu janganlah laju macam keretapi turun bukit, buatlah dengan tertib, perlahan-lahan dari rukun ke rukun. Kalo dapat usahalah fahamkan bacaan-bacaan dalam solat tu. Pakai minyak wangi sebab Allah dan para malaikat suka bau yang wangi-wangi.

Usahalah ibarat mahu memberi hadiah yang terbaik kepada Allah. In shaa Allah..walaupun kita ni ibarat bermain tarik tali dalam solat tu, yang penting kita usahakan juga yang terbaik,moga ada juga nilaiannya di mata Allah.
Sebuah restoran menaburkan nasi yang tidak habis dijual untuk burung-burung merpati meraih rezeki setiap pagi..

15 Jan 2017

Susahnya nak jadi baik.

Hari ni nak tulis entri berat sikit. Asyik tulis entri santai je. Tapi takdelah berat sangat, in shaa Allah masih boleh dicernakan dengan baik..
Saya selalu rasa terpukul bila baca ayat Quran yang bermaksud..  

          " Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah kamu daripada maksiat dan mungkar."

Bila saya renung-renung dalam diri saya ni, dah lama sembahyang, in shaa Allah sejak akil baligh tak pernah miss, tapi kenapalah saya belum dapat benci maksiat dan masih susah rasanya nak tinggalkan perkara mungkar..?  Setiap malam minggu saya tunggu gak mega movie, habis masa sia-sia depan tv. Saya masih sombong, tamak, dendam, gila puji, gila dunia, hasad dengki, kalau sifat pemarah tu datang, tu dia...rasa nak menjerit kuat-kuat, nak bagi tau orang yang saya tengah nak meletup.
Kenapa jadi camni? Sembahyang yang dibuat tak mampu mencegah maksiat dan sifat-sifat mazmumah

Rupa-rupanya kerana sembahyang takde roh. Sembahyang kosong.....

Roh sembahyang itulah khusyuk (ingat Allah ), faham apa yang dibaca, rasa takut, rasa diri hamba, rasa hina diri dan rasa harap pada Allah. Tapi tak nafikan, memang susahlah nak dapatkan rasa-rasa yang begitu. Apa yang selalu terjadi, angkat je takbir semua masalah datang, hal yang berlaku 10 tahun sudah pun boleh ingat balik. Sedar-sedar dah bagi salam. Pernah jadi tak ingat dah berapa rakaat. Itulah yang saya sedihkan.
Entah ada entah tidak nilai sembahyang saya di mata Allah....?
Alhamdulillah...akhir bertemu jodohnya..selamat diijabkabul 15/1/2017..semoga berkekalan jodohnya..adik ipar dan isteri.

13 Jan 2017

Peace and calm.

Inilah masa kami pun dapat berehat.

11 Jan 2017

Kami budak baru belajar.

Mongah nafas den nak membetulkan tingkah solat bebudak ni. Betulkan kat sini, kat sana bergerak, betulkan kat sana, yang kat sini pulak bersilat. Sudahnya kuarkan tepon, snap jelah apa patut.

Macam nilah tunggang langgangnya sementara nak tunggu empat lima bulan lagi, bagi dorang faham dan boleh ikut kata.

Ada yang masih sedih-sedih.
Gatal plak leher ni..
Tengoklah dua orang yang tengah sembang kat belakang tu.
Nak petik bintang ke..?
Caakkk..
Orang sujud awak boleh perati je yerk..
Caye budak baru 4 tahun..
Ni gaye nak uk uk plak..
Abang dah ciap ke..
Oiitt..
Lhah, ada lubang plak, brummmm..
Tunggang-langgang. Takpelah..at least dapat juga sikit-sikit bacaan solat tu, nanti..in shaa Allah pelan-pelan betulkan. Sementara ni..bertabahlah dulu wahai ticer..

10 Jan 2017

Penin, penin woooo...

"Ticer, mana berus gigi saya?" Auni.
"Berus gigi sayang warna apa?" Ticer
"Warna pepel"...Auni.
"Yang ni?"..ticer.
"Bukan, dia ada gambar belon". ..Auni
"Yang ni ada gambar belon ni."..ticer
"Belon warna putih."...Auni.

Aduihhhh...
Sekian banyak ubat gigi, tak bernama..
Sekian banyak berus gigi, pun banyak yang tak tulis nama, jenuh cari manelah berus gigi warna pepel ada gambar belon warna putih.
Botol mandian pun banyak takde nama, nasib baik ramai yang kenal mandian sendiri, tapi ada juga yang main ambik je kawan punya.

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign