Asam Garam Kehidupan: Ada apa dengan M.E.N.A.N.T.U..

Nuffnang

Pages

6 Jan 2018

Ada apa dengan M.E.N.A.N.T.U..

Apa kabo? Sihat? Alhamdulillah...
Nampaknya hajat hati nak menulis entri sehari satu tak kesampaian weyh. Semakin hari semakin malas adanya.
Tapi hari ni kita keluar dengan tajuk entri tergempar, sensasi lagi kontroversi, haha.

Memandandangkan den ad anak dara yang kalau tahun 60-an dulu, umur 20 tu dah ada anak sorang dua. Anak bujang pun dah memanjang tersengih2 bila pegang phone, sure dah ada makwe tu.. walaupun dalam hati den tak berapa nak redha hubungan pakwe makwe ni, benda tak syariat kan. Tapi kalau ditanya manjang takde jawabnya.
Raso eh boleh dah den cakap pasal menantu ni. Kepada bakal2 menantu den di luar sana baik lelaki mahupun perempuan, dengar dan hadam elok2 yo.

Den ni takdolah sampai nak menetapkan syarat2 yang tak terjangkau dek akal fikiran. Kang tak laku plak anak daro den tu. Tapi yang sebona eh den ni selalu doakan anak2 dara den kawen cepat, bila dah jumpa orang yang boleh terima dorang seadanya, den ok je. Tapi den adalah juga syarat2 ringan kalau bakal menantu lelaki tu kurang2nya macam Syeikh Habib Ali Zainal Abidin ke, kalau yang perempuan tu macam ustazah Isfadiah Mohd Dasuki ke, sejuk mata mandang Kan. Den ni ciri2 separuh ustazah tu adalah juga, mestilah nak menantu yang baik2. Tapi rasanya semua bakal mak mentua nakkan menantu yang baik2, yang soleh, solehah, rajin, pandai mengaji hafal sekurang2nya surah Al kahfi, haaa...berat ke? Lagi..kalau dapat yang rajin puasa sunat, solat-solat sunat, kalau dapat.. uishhh..tak kayo pun takpo, tak ensem pun ok jer.

Lagi..den suka kalau menantu den tu nanti peramah orangnya, ada unsur2 humor, tak kedekut, yang boleh terima anak den seadanya sebab anak2 den tu pun banyak kekurangannya.
Baik den senaraikan juga calon menantu bukan pilihan den. Ini syarat den soranglah, toklaki den takdo kono mengono, mungkin dia pun ada syarat2 dia tersendiri Kan.

Pertama- kalo boleh den takmo bermenantu dan berbesankan orang nogori. Korang jangan sibuk tanya, why eh, why..

Yang kedua- den takmo menantu kaki rayap. Kalau nak merayap, ajak anak den sekali. Jangan merayap sorang2 macam orang bujang. Cuba bayangkan perempuan kaki rayap, merayap dari rumah jiran ke rumah jiran. Kalau yang lelaki, balik dari merayap sibuk nak makan, lepas makan terbongkang. Tak pun lepas makan merayap lagi. Tak ke merana anak den nanti.

Yang ketiga- den takmo menantu panas baran, silap2 kaki pukul. Nauzubillah..simpang malaikat.

Yang keempat- den takmo menantu yang pemalas. Kaki menyepah, Kain pelikat campak bawah katil, Kain batik tersadai celah almari, rumah ibarat tongkang pecah. Tolonglah bini hang tu weyh. Rasulullah pun rajin tolong isteri dia, barulah bahagia rumah tangga.

Yang seterusnya- den takmo menantu kaki merokok. Kalau den tau dia merokok, den reject awal-awal yo. No chance ok!!

Yang seterus-seterusnya- den tak mo menantu pompuan yang tak tutup aurat, pastu gedik-gedik manja tak bertempat. Berbulu mato den.

Lagi- den reject menantu pompuan maleh masak. Kalau tak tau tak ngape, asal dia kemahuan belajar, pastu rajin mencuba, tak pandai masak tak ngape, rajin belajar, lama2  in shaa Allah pandai juga.

Wow..boleh tahan banyak syarat2nya tu. Ada bran? Hehe..
Ada rupa bakal makpak mentua tak?

18 comments:

  1. Banyak syarat tu,kalau saya lulus dah tu tapi yo lah dah rezeki en.azmi lah kan hahaha

    Ye lah kalau saya pun nak ciri2 menantu mcm tu jgklah tapi jauh lagi la nak kesampaian tu, yg ado ni hah baru darjah 2 kikiki

    ReplyDelete
  2. tak lama lg tu...in shaa Allah..

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsal;am..wah tahniah ya dapat atau bakal ada menantu..pastilah yang beriman

    Ok..ala sedihnya ..rajinlah entrikan blog..dua hari 1 entri pun ok ja tu puan

    ReplyDelete
  4. tak mo menantu org nogori, awat??? Kan ke anak2 tu ada darah daging nogori, pure lg.. ha3

    Patutlah jodoh awal datang, doa seorang ibu mustajab, tahniah NA, terimalah seadanya, rasa2nya ciri2 bakal menantu pujaan 100% tepat. aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Den kato an, jgn tanyo...den takmo jawab

      Delete
    2. Opssss kt atas tu dah warning jangan tanya tapi den tertanya jua.. ha3

      Delete
    3. Huhu,kepedasannya biar den sorang yg tanggung

      Delete
  5. Anak2 WP semua perempuan, syarat bakal menantu satu aje iaitu tidak merokok sebab rumah WP bebas rokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong 100% sbb saya antimerokok..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. Uishhh dh nak dpt bkl menantu dh ke...ketggln ketaapi knor ni..hahha

    Sama keinginan semua mak2 ni..no merokok sbb dlm rmh tak de sapa yg merokok..

    Jgn lupa jmput ni ye..ahakks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn semua statement kat atas mcm den juo..nak kopi pes boleh den nak sindir anak2 dennnn..hahhah

      Delete
  7. Sila2, boleh yo, Mano yg buleh pakai tu pakai lah

    ReplyDelete
  8. waaaaaahhhhh...banyak syarat-syaratnya tu kak..heheh tapi semua syarat tu irda setuju..

    ReplyDelete
  9. Boleh digunapakai syarat2 ni walaupun untuk bakal adik ipar ;)

    ReplyDelete
  10. Mudah2an bakal menantu yg sedia menanti tu memenuhi syarat bakal mak mertua ni...

    ReplyDelete
  11. Ketaq lutut bakal2 menantu akak ni. Ana sendiri masih belum lancar Al-Kahfi tu kak. Hehe. InsyaAllah semoga beroleh menantu yg menyejuk mata.

    ReplyDelete
  12. Amboi ticer, siap bagi syarat, eh? hee..hee...

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign