Asam Garam Kehidupan: Bila ada yang buat tak faham.

Nuffnang

Pages

11 Jan 2018

Bila ada yang buat tak faham.

Dah dikato an, dah dibagi noted, dah tampal kenyataan dari KKM, anak tak sihat, demam ko, batuk ko, ciken pox ko...jangan hantar ke tadika, jangan hantar, jangan hantar tapi ada juga yang hantar. Bila kami bagitau demam, suruh pick up anak segera, buat tak tau juga.

Aduhaiii...mak, ayah...taulah nak kerja, cari rezeki..tapi mana yang lebih penting? Anak ke duit??

Ni kira entri nak melepaskan stress ni, aduh..stress..

Betul, stress..bila ada yang buat tak faham, hantar juga anak tak sihat, siap hantar ubat lagi, minta ticer bagi ubat. Adoi..kami cikgu, bukan nurse, bukan doktor, kang kami tersilap bagi ubat, tak ikut sukatan ke, tak dapat on time ke, pastu anak tu demamnya makin teruk, haaaa..macamane? Silap2 kami kena saman.

Bermula dengan seorang budak demam, seorang demi seorang plak berjangkit, dan yang mengejutkan rupanya bukan kes demam biasa, rupanya kes influenza A. Simptomnya sama macam demam biasa, selsema, batuk, tapi demamnya tinggi sampai cecah 40°©. Demamnya lambat kebah, on off. Ada yang kena warded. Daripada 60 lebih kids tinggal separuh je yang datang.

Mungkin parents fikir kami saja2 taknak jaga anak yang dihantar, bila kami tak terima, siap sound kami balik, atau mungkin dia fikir sakit anaknya tak serius..sepatutnya mereka fikirkan parents lain juga, bila berjangkit, dah menyusahkan orang lain juga. Kami pun susah, kena marah dengan boss sebab terima budak demam. Padahal parent yang buat tak faham.

Apa2 pun semoga semua anak2 yang sakit segera sembuh dan dapat bersekolah semula. Amin.
Kena warded sudah.
Potong bawang...letak di sudut2 tadika, petua untuk menyerap kuman2 dan virus, mudah2an ada perubahan.

8 comments:

  1. Kadang2 anak berkeras nak pergi sekolah juga.

    Sy bg contoh si Alya, jika demam sikit2, jgn harap dia nak ponteng sekolah, alasan risau cicir apa yang diajar oleh cikgu.

    Moga semuanya dipermudahkanNya, aamiin..

    ReplyDelete
  2. moga ticer tabah menghadapinya..tadika anak saya pun esok ada Parent talk..nak bincang komplen itu ini la kot, hrp2 yg ada masalah itu ini tu jgn tak dtg pulak ;D

    ReplyDelete
  3. Kesian budak2. Kalau sakit memang mak ayah kena jaga

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Moga masing-masing memahami situasi. Bila dah berjangkit semua akan susah. Macam anak saya juga 'sikecil Haikal yang istimewa' di kelas PPKI, cikgu siap-siap pesan pada hari pertama, kalau tak sihat tak perlu datang ke sekolah. Bimbang berjangkit budak-budak yang lain. Apa pun harap akak bersabar dengan apa yang berlaku dan dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete
  5. Salam owner blog Srikandi Officia Blog. Mohon update Blog List puan dengan blog saya. Saya dah masukkan blog Srikandi Officia Blog kat blog list Rahsia Melancong.

    ReplyDelete
  6. Alahaii, merebak2 lah kan.. mak pak ni kan..

    ReplyDelete
  7. mgkin mak ayah tu dah x ada cuti :-)

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign